Suamiku Pembuli


DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION




Siti menghempaskan badannya ke atas katil dengan kuat. Geram. Dia geram dengan keluarganya yang membuat keputusan untuk kahwinkan dia. Dia tidak kisah kalau kena kahwin atas pilihan keluarga, tapi kenapa mesti keluarganya memilih seseorang yang dia benci sejak dia kecil lagi .
Kenapa mesti keluarganya memilih anak kawan baik mereka Asyraf atau lebih dikenali sebagai Si Pembuli . Sejak dari kecik keluarga Siti dengan Asyraf memang rapat. Siti dan Asyraf lahir pada hari yang sama. Dan membesar pun sama2 kerana ibu mereka sememangnya suka melawat satu sama lain . Bergosip lah agaknya.
Dan sejak dari kecik juga Asyraf lah yang selalu membulinya. Setiap hari, nonstop. Rambut Siti ditarik, bajunya kena tumpah susu, kepala teddy bearnya tercabut gara2 Asyraf mengguntingnya. And disebabkan oleh itu lah Siti membenci lelaki yang bernama Asyraf.
Dan sekarang, Siti kena menghadapi realiti yang dia bakal berkahwin dengan seorang Pembuli !
**
Setelah selesai diijab kabul dan majlis telah pun selesai. Siti dan Asyraf menuju ke rumah baru mereka. Sampai sahaja di sana, Siti keluar dari kereta dan mengambil beg rodanya untuk di bawa masuk kedalam. Namun tindakannya terhenti apabila Asyraf tiba2 sahaja menghalangnya di hadapan.
"Boleh ketepi tak ?" tanya Siti dengan nada meluat. Asyraf hanya memandangnya dengan wajah selamba sambil berkata " Tak" . Siti mengeluh . Apa lah nasib ada suami macam ni. Siti kemudian cuba untuk ketepi dan jalan untuk melepasinya namun terhenti sekali lagi apabila tangannya di tarik. "Tunggu kejap" kata Asyraf. Siti hanya menjulingkan matanya keatas melihat tingkah laku Asyraf. Asyraf kemudian mengeluarkan begnya lalu di hulurkan kepada Siti. Siti terdiam dan memandang Asyraf dengan riak wajah keliru.
"Kau isteri kena dengar cakap aku. Nah bawa beg ni masuk kedalam" kata Asyraf lalu dia berlalu pergi masuk ke rumah dengan wajah selamba membiarkan Siti yang sedang berdiri kaku di luar kerana terkejut .
***
Sekarang sudah pukul 10 malam, Siti yang berasa mengantuk itu mula mendaki tangga untuk masuk ke bilik tidurnya yang dikongsi bersama Asyraf. Pada mulanya Siti tidak mahu tidur bersama si pembuli itu. Tapi disebabkan si pembuli tu dah mula gunakan "Aku suami kau. Kena dengar cakap" nak taknak Siti terpaksa mendengar arahan. 
Dia juga sengaja masuk tidur lambat dan membiarkan Asyraf tidur dahulu sebelum dia. Sampai sahaja di depan pintu, Siti memulas tombol pintu dan matanya membulat.
Pintunya dikunci !
Siti kemudian mengetuk pintu itu beberapa kali. "Asyraf! kau suruh aku tidur sini tapi kenapa kau kunci pintu" marah Siti. Namun tiada jawapan yang diterima. Dia dah tidur kot bisik hati Siti . Dia baru sahaja merancang untuk tidur di bilik lain tapi terhenti apabila terdengar suara dari dalam.
"Sila nyatakan password sebelum masuk" kata Asyraf di dalam bilik. Mata Siti membulat.
"Woi. Aku mengantuk ni . Apa benda password pula ni" rungut Siti.
"Access denied" kata Asyraf. Siti memuncungkan mulutnya sambil mengeluh.
"Um..Mohd Asyraf?" kata Siti cuba meneka.
"Access denied"
"Siti comel?" 
"Double Access Denied" Siti membuat lagak hendak menumbuk pintu itu apabila mendengar jawapan si pembuli.
"Asyraf si pembuli ?" dia mencuba lagi.
"Acces Denied. And hey mana ada aku pembuli" rungut Asyraf. 

Siti mengeluh apabila segala benda yang dia katakan semuanya tidak diterima. "Sudahlah, aku pergi tidur kat bilik lain lagi senang" kata Siti lalu memusingkan badannya untuk berjalan.
Siti tersentak apabila tiba2 sahaja badannya ditarik masuk kedalam bilik. Dan posisinya sekarang ni dia sedang tersandar di pintu bilik dan Asyraf sedang memerangkapnya di hadapan. Wajah mereka terlampau dekat sehingga membuatkan wajah Siti membahang. Dia baru sedar yang suaminya itu handsome sebenarnya.
Asyraf kemudian mendekatkan wajahnya ke telinga Siti membuatkan Siti mula berdebar dengan situasi itu .
"Password dia. I Love You" bisik Asyraf. Siti terdiam.


End
Did i just write this cheesy story? um..
check out my other stories at the side bar

BUKU TERBITAN PERTAMA DARI DALILA SAMSUDIN. KLIK SAYA

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

9 Itik gebo-gebo:

Elvy Nellysha berkata...

kita suka !! ehhehehe

eh , sweet la pulak .. buat la novel !
:)

mesti laku ..

Dalila Samsudin berkata...

@Elvy Nellysha Alhamdullilah . Terima kasih :) ehehe tak sure lagi nak buat ke tak. Maybe buat sequel je.

Miss Xyz berkata...

Woah, dah lama tak dtg sini dah ada cerita baru. Bolehlah, cheesy sgt ahaha

Nurulee berkata...

part password dia I love you. ahahaha.
so sweet.

Zuyyin Hijrah berkata...

kalau da nikah semua jadi shuweet ,,hhe ,, best la .. :D buatla novel ..

Farah Huda berkata...

Aigoo..best cita akak..sambungannya ada tak?

EAT,MAKE,READ berkata...

best!

aqilah khir berkata...

Adik suka baca cerpen akak , chaiyokk akak , adik sentiasa sokong akak . *muahciked*

Tanpa Nama berkata...

Pendek sangat 💁

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi