[Sequel] Suamiku Pembuli



Dilarang mengambil cerita atau plot atau bahan disini tanpa izin


Oh ni Part Pertama pada yang belum baca --> Suamiku Pembuli


Pada mulanya Siti sangka lepas Asyraf mengucapkan perkataan i love you itu kepadanya, dia akan berhenti membuli . Namun sangkaannya itu salah 100% kerana setiap hari ada sahaja agenda jahat yang dilakukan oleh suaminya itu.
"Mak..!!" jerit Siti apabila melihat lipas didalam kotak hadiah yang diterimanya. Hari ni merupakan hari jadinya, dan semestinya dia mengharapkan Asyraf yang sudah genap 1 bulan menjadi suaminya itu memberikannya hadiah yang istimewa. Namun semuanya hancur apabila kotak kecik yang diberi oleh suaminya itu rupanya berisi lipas.
Siti melempar kotak itu kebawah sambil melompat ke atas sofa. Asyraf pula sedang ketawa terbahak bahak melihat reaksi isterinya itu yang melompat seperti monyet di dalam hutan hanya kerana lipas. Dia memegang perutnya sambil ketawa membuatkan Siti menjeling kearahnya . "Bertuah punya suami ! Asyraf !" jerit Siti sambil melompat keatas badan Asyraf membuatkan dia terpaksa mendukung isterinya yang sedang naik hantu itu.
"Hey ! Turunlah ! Dah lah berat !" arah Asyraf sambil cuba untuk melepaskan pegangan isterinya di leher untuk menjatuhkannya. "No! Tak mahu padan muka siapa suruh kenakan saya" ujar Siti di telinganya . Lalu dia dengan sengaja menarik rambut suaminya dari belakang membuatkan suaminya menjerit kesakitan.
"Ah ! Sakitlah ! Lepaskan rambut saya and turun dari badan saya !" marah Asyraf sambil cuba untuk menepis tangan isterinya yang berada di rambutnya itu. "No way! rasakan azab ni dulu" kata Siti sambil menarik lagi kuat rambut suaminya itu sambil cuba untuk mengimbangi dirinya yang sedang terapung kerana didukung (secara paksa) dari belakang oleh suaminya itu  .
Pergaduhan itu akhirnya tamat setelah 10 minit berlalu kerana kedua dua mereka kepenatan . Dan akhirnya, Asyraf memberikan Siti seutas rantai sebagai hadiah hari jadinya juga sebagai tanda minta maaf . Siti juga tidak dapat berbuat apa selain memaafkan suaminya dan berasa gembira dengan hadiah yang diterimanya.
***
"So..bila mak nak dapat cucu ni?" ujar Pn Rosmah merangkap ibu Siti membuatkan Siti dan Asyraf tersembur makanan di atas meja. Pn rosmah mengerutkan dahinya. "Bertuah punya suami isteri, mak tanya soalan kamu pi sembur nasi kat meja" kata Pn Rosmah sambil mengelengkan kepalanya. Hari ni Siti dan Asyraf menerima kunjungan dari ibunya dan disebabkan itu Siti langsung tidak dibuli oleh suaminya.
Namun sekali lagi, nasib tidak menyebelahi Siti apabila ibunya menanyakan soalan itu di hadapannya dan suaminya. Wajah Siti membahang mendengar soalan itu,di pandang ke arah suaminya itu dan kelihatan Asyraf sedang menggaru belakang lehernya sambil menundukkan kepala. "Mak..! Jangan lah tanya soalan tu time macam ni" rungut Siti sambil memuncungkan mulut. Asyraf hanya mendiamkan diri.
Pn Rosmah memandang kearah Siti dengan wajah selamba. "What? Mak tanya je..yelah kamu dah 4 bulan kahwin. Takkan lah tak ada hasil lagi" ujar Pn Rosmah dengan selamba. Wajah Siti menjadi semakin merah padam. Dia betul2 mengharapkan suaminya akan membantunya namun tidak. Asyraf hanya mendiamkan diri. Siti mencubit lengan suaminya kerana geram. "Auch!hey sakitlah" ngadu Asyraf sambil memuncungkan mulutnya dan memandang kearah Siti. Pn Rosmah menahan dirinya daripada tersenyum melihat tingkah laku anaknya dan menantunya itu. Siti pula menjeling ke arah Asyraf lalu kembali sambung makan tanpa menghiraukan wajah sedih suaminya itu. Tak boleh harap punya suami ngadu Siti di dalam hati.
"Oh..and kalau dalam masa 2 bulan lagi takda hasil.Mak ingat nak bagi kamu ubat herba supaya suburkan kamu berdua" ujar Pn Rosmah membuatkan Siti dan Asyraf sekali lagi tersemburkan makanan didalam mulut mereka.
"Maaaak..!"
***
Beberapa tahun kemudian..
"Happy Birthday mama !" ucap dua orang budak kecil yang berumur 7 tahun. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ya.Siti melahirkan sepasang kembar yang comel,sekaligus memuaskan hati ibunya yang tidak habis2 menganggunya dengan bertanyakan bila dia akan mendapat anak.
Siti tersenyum manis kearah dua orang anaknya itu. "Thank you Aiman and Aina" ucap Siti sambil mengucup dahi anaknya itu. Mereka kemudian menghulurkan sebuah kotak yang dibalut kemas dengan pembalut gambar teddy kepadanya. Siti membuka kotak itu dan serta merta dia menjerit sambil melempar kotak itu ketepi. Aiman dan Aina ketawa sambil larikan diri dari ibunya yang sudah mula naik hantu itu .
Siti melompat keatas sofa apabila melihat katak itu melompat lompat di bawah "Asyraf ! Tolong !" jerit Siti meminta tolong apabila melihat katak itu semakin hampir melompat kearahnya. Asyraf yang sedang berada di dapur berlari ke ruang tamu untuk melihat apa yang terjadi namun sampai saja di sana dia serta merta ketawa terbahak-bahak bersama sama anaknya melihat Siti sedang berdiri di atas sofa dengan wajah yang pucat. Siti menjeling kearah suami dan anaknya itu. "Hey! Tolonglah saya ni! Halau ka-Aaah!" jerit Siti apabila katak itu melompat ke atas sofa membuatkan Siti melompat dengan pantas ke bawah dan berlari kearah suaminya kemudian memeluknya dengan kuat. Asyraf tersenyum melihat isterinya yang sedang memeluknya itu.
"Aiman, Aina sudah bawa keluar katak tu" arah Asyraf kepada anaknya. Mereka kemudian mengangguk sambil tersenyum sebelum menangkap katak itu untuk di bawa ke luar. Asyraf mengusap belakang isterinya itu yang sudah pun menangis kerana terlampau takut.
"Sudah..diorang dah halau katak tu keluar dah" pujuk Asyraf.
Dia sangkakan isterinya akan memandang kearahnya dengan wajah yang sedih dan comel setelah isterinya melepaskan pelukkan. Namun tekaannya salah apabila isterinya memandang ke arahnya dengan jelingan yang tajam. Asyraf menelan air liurnya melihat wajah isterinya yang sedang marah itu. Mati aku ucap Asyraf sebelum menjerit kesakitan kerana rambutnya ditarik.
****
"Ceh .. diorang yang buat. Saya yang kena hukuman dia. Tak aci" rungut Asyraf sambil memuncungkan mulutnya dan menggosok kepalanya di bahagian yang ditarik tadi. Siti tersenyum melihat dua orang anaknya yang sedang makan kek yang dibeli oleh mereka sempena hari jadinya itu dan langsung tidak menghiraukan suaminya. Selesai makan , Aiman dan Aina menuju ke arah Siti dan mengucup pipinya. "Happy Birthday mama! Maaf pasal katak tadi" ucap Aiman dan Aina sambil tersenyum manja. Siti tersenyum melihat perangai anaknya itu, sebijik macam suaminya. Aiman kemudian menjengketkan kakinya untuk membisik ke telinga ibunya.
"Ma.. pergi pujuk papa.Buruk lah muka papa merajuk" bisik Aiman. Siti ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. "Okay..dah kamu pergi main sana. Biar mama handle papa kamu" bisik Siti kepada dua orang anaknya yang sedang tersengih itu.  Si kembar itu kemudian berlari ke ruang tamu untuk bermain.
Siti menahan ketawa melihat suaminya yang masih lagi memasamkan muka sambil memandang kek yang langsung tidak disentuh itu. Walaupun suaminya jenis yang suka mengusiknya , namun dia tidak dapat menolak daripada menerima hakikat yang suaminya sebenarnya seorang yang kebudak-budakan .Cepat sangat merajuk kalau dia tidak puas hati, sampai dengan anak sendiri pun dia akan merajuk.
Siti kemudian mendekatkan dirinya kearah suaminya. Lalu dia mengucup pipi suaminya itu membuatkan suaminya memandang kearahnya. Siti tersenyum manis. "Thanks for the cake and sorry sebab tarik rambut awak" kata Siti sambil mengusap rambut suaminya. Asyraf tersenyum gembira apabila dipujuk.
"It’s okay. Oh and Happy Birthday dear" ucap Asyraf sambil memeluk isterinya. Namun dalam diam mengeluarkan cicak mainan dari dalam poketnya dan meletakkannya di bahu isterinya.
"Aaaah ! Asyraf !!"


The End. Maybe?

Guysss jangan lupa baca cerpen aku yang lain dan Aku Bukan Stalker ! Oh ada watak Aiman di situ hee /Angkat2 kening/

Update on 26 Oktober 2015 : SUAMIKU PEMBULI [OPS CEMBURU] 

BUKU TERBITAN PERTAMA DARI DALILA SAMSUDIN. KLIK SAYA

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

5 Itik gebo-gebo:

Am_Mir berkata...

hahaha .. ok. comel! xD

tsumiki hajira berkata...

membuli tu ada macam2 cara, hikhik! ^_^

Farah Huda berkata...

Bestnya,tak sabar nak baca versi novel.Tak puas baca,padat sangat.Ehehehe.Kalau akak buat novel mesti meletop punya.

EAT,MAKE,READ berkata...

kalau dah sambung bagitau ye kak :)
Semoga novel ni menjadi..

Tanpa Nama berkata...

assalam gilerrr best arr kak.... buat lah novel..... msti gempak nnti

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi