Note: Tengah menghadapi masalah internet. Maybe tak boleh update selalu.
Aina berdiri di hadapan rumah Zain dengan senyuman yang tidak pernah
lengkang di bibirnya. Bagasi yang berisi bajunya untuk ke Korea di pegang
dengan kuat. Zain yang baru keluar dari rumahnya terkejut melihat Aina
sedang berdiri di hadapan rumahnya . Teruja sangat minah ni kutuk hati
Zain lalu dia menutup pintu rumahnya dan menguncinya.
Mereka kemudian menuju ke airport dan seterusnya menghabiskan
masa beberapa jam di dalam kapal terbang menuju ke Korea.
Selepas sampai di Korea Aina berlari keluar dari airport itu tanpa
menghiraukan pandangan orang lain terhadapnya. Sampai di luar Aina
tersenyum lebar apabila melihat salji mula turun ke bumi .
"Wah...Zain! Tengok ! Salji ! Salji!" panggil Aina dengan teruja.Wajah
Zain membahang apabila namanya dipanggil dengan kuat dan orang
mula pandang kearahnya dengan pandangan pelik."Bising betullah budak
ni" bisik Zain sambil berjalan kearah Aina yang sedang cuba untuk menangkap
salji.
"Weh.. kita ni kat tempat orang. Jagalah perangai sikit" marah Zain.Marina yang
baru sampai tersenyum melihat telatah Aina. Aina mencebik lalu menarik semula
bagasinya ke arah Zain dengan muka masam. "Fine.Nak main salji sekejap pun
tak boleh" rungut Aina sambil menguis nguis salji dengan kakinya. Zain menjeling
ke arahnya. "Kot ye pun nak main janganlah kat sini.Dah macam orang gila tau
tak" marah Zain. Aina mengerutkan dahinya lalu memandang tajam kearah Zain.
Zain menjelir lidahnya lalu mula berjalan kearah kereta yang staff telah sediakan
untuknya ke hotel.
Sampai di hotel, Aina berkongsi bilik dengan Marina manakala Zain pula
mempunyai biliknya sendiri. Bilik mereka hanya bersebelahan supaya
senang untuk Marina mengaturkan jadual Zain disana. Aina masuk kedalam
bilik dan terus berlari ke balkoni untuk melihat pemandangan di luar. Bandar
Seoul Korea kelihatan tersergam indah di hadapan matanya tambahan lagi
apabila ianya diselaputi oleh salji . Aina menarik nafas dalam sambil memejamkan
matanya untuk menikmati udara di situ. Namun terhenti apabila ada suara yang
menegurnya.
"Woi kau tak sejuk ke?" Aina membuka matanya dan menoleh untuk melihat tuan
empunya suara itu. Kelihatan Zain sedang bersandar di pintu balkoni sambil memandang
kearahnya. Dia sedang memakai baju sejuk yang entah berapa inci tebalnya. Aina
memandang kosong kearah Zain cuba untuk menangkap apa yang ditanya oleh Zain.
Setelah tersedar Aina dengan pantas memeluk tubuhnya sambil berlari ke dalam
biliknya untuk mengambil baju sejuk yang lebih tebal. Dia baru sedar yang dia
memakai baju nipis sebentar tadi sedangkan cuaca sedang sejuk beku di luar.
Zain ketawa melihat telatah Aina sambil menggelengkan kepalanya. Dia kemudian
memandang semula kearah pemandangan di luar.
***
Keesokkan harinya Zain seperti biasa melakukan kerjanya untuk muzik video
barunya. Mereka pergi ke pelbagai tempat yang menarik dan setelah 5 jam
melakukan shooting. Akhirnya shooting itu berakhir dan akan bersambung
untuk keesokkan harinya. Aina berdiri seorang diri sambil memandang kearah
bangunan pencakar langit terkenal di Korea iaitu Namsam Tower.
Zain yang baru selesai menukar pakaian setelah selesai shooting memandang
pelik kearah Aina yang sedang berdiri tegak seorang diri mula merapatinya.
Zain memandang kearah Namsam Tower yang sedang dipandang oleh Aina itu
lalu tersenyum. "Nak pergi sana tak?" tanya Zain di belakang Aina membuatkan
Aina tersentak lalu memandang kearah Zain yang berada di belakangnya.
"Boleh ke..?" tanya Aina perlahan sambil memandang kearah Zain dengan penuh
harapan . Zain tersenyum melihat wajah Aina lalu menggangukkan kepalanya.
"Yup. Lagipun shootingkan dah habis. Kita ada free time sekarang ni" terang Zain.
Mata Aina mula bersinar dan dia tersenyum lebar. "Yes ! Jom! Jom pergi! Cepatlah"
kata Aina dengan teruja sambil berlari anak kearah Namsam Tower itu. Zain
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum . Lalu dia memandang kearah Marina yang
sedang memandang kearahnya dan memberi isyarat tentang dia mahu ikut Aina.
Marina tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Cepatlah!" jerit Aina yang sudah jauh kehadapan. Zain ketawa sambil berlari
anak kearahnya menuju ke Namsam Tower.
To Be Continue
1 Itik gebo-gebo:
Bestnyerrr,,,akak pun nak berangan jugak aa...
Catat Ulasan