DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION |
Amira merupakan seorang gadis berumur 25 tahun. Wajahnya
putih melepak,
bertudung labuh dan berbadan kecik molek. Jika dilihat sekali
pandang, dia
memang nampak sempurna. Namun , ramai yang tidak sedar yang
dia
sebenarnya ada kekurangannya sendiri.
Sejak kemalangan yang berlaku 3 tahun dahulu yang
mengakibatkan kematian
ayahnya dan dia tercedera parah.Doktor mengesahkan yang dia
tidak mampu
melihat lagi. Dia buta.Namun dia tidak menyesal dengan apa
yang berlaku.
Dia terima segalanya dengan hati yang rela.
Suatu hari, dia bersiap sedia mengambil tongkatnya untuk
keluar dari
rumah. Dia berasa bosan dan terasa hendak pergi ke taman
untuk
menghirup udara yang segar. Baru sahaja dia hendak keluar,
ada suara
yang memanggilnya.
"Sayang..nak pergi mana tu?" tanya seorang wanita
yang berumur lingkungan 40 tahun.
Amira tersenyum manis mendengar suara ibunya. "Mira nak
pergi taman ma..kejap je"
kata Amira sambil meraba raba di lantai untuk mencapai
kasutnya. Dahi ibunya
berkerut mendengar jawapan anaknya. "Mira..bahayalah.Biar
mama ikut okay" kata
ibunya sambil berjalan kearahnya. Amira yang dapat rasakan
kehadiran ibunya ke
arahnya dengan pantas bangun dan memegang tongkat. "Ma..
tak apa jangan risau.
Mira tahu jalan nak pergi sana and Mira pandai jaga diri. Kan
Mira dah biasa" kata
Amira sambil tersenyum.
Ibunya mengeluh. Susah betul anaknya hendak mengalah.
Memanglah anaknya selalu
berjalan ke taman seorang diri. Tapi , dunia sekarang ni
makin ramai orang jahat.
Ibunya cuma risaukannya. Lantas ibunya pergi kearah Amira
lalu mencium pipinya.
"Yelah..baik2 jalan. Jangan ikut orang asing. Kalau apa2
pukul dia pakai tongkat tau"
pesan ibunya.Amira hanya ketawa. Dia kemudian menyalam tangan
ibunya dan mula
berjalan menuju ke taman dibantu oleh tongkatnya untuk
mengelakkannya tersepak
sesuatu.
Sampai sahaja di sana, Amira dapat mendengar suara kanak2
yang sedang bermain.
Amira tersenyum apabila dia dapat menggambarkan suasana
tersebut di fikirannya.
Dia kemudian mencari tempat duduk yang selalu digunakannya.
Sampai sahaja
di situ, Amira duduk dan meletakkan tongkatnya disisi. Dia
kemudian mula menghirup
udara yang segar disitu.
Perlakuannya terhenti apabila ada suara yang menegurnya.
"Assalammualaikum"
kedengaran suara lelaki memberi salam terhadapnya.
"Waalaikumsalam" jawab Amira.
"Boleh saya duduk sini? Tempat lain tak ada yang
kosong" kata lelaki itu. Amira
menganggukkan kepalanya lalu mengalihkan tongkat itu dan
diletakkan di bawah.
"Terima kasih. Nama saya Haikal" kata Haikal sambil
duduk disebelah Amira.
Amira tersenyum manis,dan menoleh kearah Haikal walaupun dia
tahu dia tidak
boleh melihat. "Sama2. Saya Amira" jawab Amira lalu
dia kembali pandang kehadapan.
"Um..maaf tanya. Tapi boleh saya tahu awak ni tak dapat
lihat sejak lahir ke?" tanya
Haikal dengan nada teragak agak. Amira tersenyum mendengar
suara Haikal yang
menunjukkan dia sedang risau itu. "No..saya buta sebab
kemalangan" jawab Amira.
Haikal menganggukkan kepalanya, lupa yang Amira tidak mampu
lihat.
"Um..awak tak takut ke dengan saya?" tanya Haikal.
Amira mengerutkan dahinya.
"Kenapa saya nak takut?" tanya Amira. "Yelah,
mana tahu saya ni perogol ke, pencuri
ke, hah macam mana?" jawab Haikal. Amira tertawa
mendengar jawapan Haikal.
"Saya tak takut sebab saya yakin awak ni baik
orangnya" jawab Amira sambil tersenyum.
Haikal mengerutkan dahinya. " Macam mana awak
tahu?" tanya Haikal. Amira
tersenyum lalu menjawab "First, awak bagi salam dulu dekat saya
sebelum memulakan
bicara. Secondbawak tanya dulu saya boleh ke tidak duduk di sini. Third
melalui
naluri hati saya,saya tak terasa terancam pun bila awak duduk disebelah saya"
terang
Amira panjang lebar. Haikal terdiam mendengar jawapan Amira lalu tersenyum gembira.
Mereka kemudian menghabiskan masa berbual dan tanpa sedar
hubungan mereka
semakin rapat sejak pertemuan mereka itu . Setiap hari Haikal
akan datang menjemput
Amira dari rumah dan dia akan membawanya pergi ke taman.
Mereka tidak perlu
pergi ke tempat yang jauh2 untuk berbual. Cukuplah di tempat
yang mereka selesa
dan suasana yang tenang .
***
Amira duduk di dalam biliknya sambil membaca buku yang
bertulisan braille.
Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk Amira belajar
tulisan braille namun
Alhamdullilah berkat usahanya , dia sudah mula arif dengan tulisan
itu.
Aktivitinya terganggu apabila ibunya masuk ke dalam biliknya
sambil berkata
"Mira..ada tetamu datang. Cepat pakai tudung and
keluar".Amira mengerutkan
dahinya . Pelik kerana selalunya kalau tetamu tu kawan
ibunya,ibunya tak pernah
suruh dia keluar dari bilik. Malas hendak fikir panjang Amira
menyarung tudungnya
dan berjalan keluar dari bilik. Dia tidak perlukan tongkatnya
kalau setakat hendak
berjalan dirumah. Dia sudah cukup hafal dengan selok belok
rumahnya.
Keluar sahaja dia dari bilik, dia dapat mendengar suara
ibunya bercakap.
"Hah..tu lah bunga dalam rumah ni" kata ibunya
dengan nada ceria. Amira
mengerutkan dahinya. "Bunga apa ni mama?" tanya
Amira sambil berjalan
perlahan ke ruang tamu. Dia dapat dengar beberapa suara
lelaki dan perempuan
di situ. "Kamu duduk sini diam2 and dengar" kata
ibunya sambil membawanya
duduk di sofa.
***
Hari ni hari di mana Amira dan Haikal diijab kabul kan dan
mereka akan
sah menjadi suami isteri. Ya. Tetamu yang datang tempoh hari
itu ialah
rombongan merisik yang dihantar oleh Haikal. Amira
sendiri terkejut
apabila mendapat tahu tentangnya. Dan sebulan kemudian iaitu
hari ini, mereka
akhirnya menjadi suami isteri yang sah.
Haikal membawa isterinya yang sah itu kedalam bilik mereka.
Dia kemudian
membawanya untuk duduk di sisi katil. Haikal memandang lama
wajah isteri
barunya itu. Dia berasa tenang memandang wajahnya,dan dia
merasakan rugi
apabila gadis yang cantik seperti isterinya sebenarnya buta.
Namun dia tidak
kisah semua itu dan tidak mahu ingat tentang itu. Yang
penting dia dapat bersama
dengan orang yang dia cintai.
"Um..awak.Saya nak minta sesuatu boleh?" tanya
Amira tiba2 menghentikan
lamunan suaminya itu. "Apa dia?" jawab Haikal
dengan nada lembut. "Saya..
nak pegang muka awak boleh? Saya nak tahu juga macam mana
rupa suami
saya" kata Amira sambil menundukkan kepalanya kerana
malu. Wajahnya
menjadi merah padam. Haikal menahan ketawa melihat wajah malu
isterinya itu.
Comel.. bisik hati Haikal.
"Mestilah boleh. Kita kan dah halal" kata Haikal.
Dia kemudian memegang tangan
isterinya dan dibawa ke arah mukanya. Isterinya kemudian
meneliti satu persatu
wajah suaminya dengan meraba raba wajahnya. Haikal hanya
tersenyum sambil
memandang wajah isterinya. Namun terhenti apabila isterinya
tiba2 sahaja mengalirkan
air mata.
"Eh..awak kenapa awak menangis?" tanya Haikal
dengan cemas. Dia cepat2 memegang
wajah isterinya dan mengelap air matanya yang jatuh.
Isterinya masih lagi menangis.
Haikal kemudian memeluk isterinya dengan harapan isterinya
akan berhenti dari menangis.
"Kenapa awak pilih saya...?" tanya Amira yang masih
lagi berada di dalam dakapan
suaminya. Haikal tersenyum apabila dia dapat faham apa yang
buat isterinya menangis.
Dia kemudian melepaskan pelukan isterinya dan memegang kedua
dua pipi isterinya,
membuatkan isterinya memandang kearahnya. Dia tersenyum lalu
mendekatkan
wajahnya kearah isterinya.
"Sebab awak ni baik hati" kata Haikal sambil
mencium dahi isterinya
"Awak tabah menghadapi semua ni" dia mencium mata
kiri isterinya
"Awak seorang yang berani" dia mencium mata kanan
isterinya
"Awak comel" dia mencium hidung mancung isterinya.
"Dan yang terakhir..sebab saya cintakan awak"
dia mencium bibir isterinya dengan
lembut.
Air mata Amira mengalir..dan kali ini ianya air mata
kegembiraan.
End
Ini kali pertama aku gunakan jalan cerita yang
TOTALLY different melibatkan orang buta. Harap terhibur.
7 Itik gebo-gebo:
Allahu Allah .. indahnya kalo ada org mcmni ..menerima kekurgn seadanya .. best la kak . sure sgt best jln cerita ni .. :D
@Zuyyin Hijrah Alhamdullilah. kita sendiri suka dgn jalan cerita ni :)
best.keep it up girl ^^
insya-Allah boleh suksess kalau terus berusaha.chaiyokk :)
http://bynuratikaaziz.blogspot.com
do drop a visit to my blog if you're free ^o^
Amboi, semenjak akak dah habis SPM ni tulis kisah cinta jelah ya? Ish ish ish
@Miss Xyz bwahahahahhaha xD ni kes menganggur sepanjang masa lahni xD
@nuratika aziz Alhamdullilah thank you :)
Baiknya Haikal.Jarang nak dapat suami macam tu. :)
Catat Ulasan