Buta



DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION


Amira merupakan seorang gadis berumur 25 tahun. Wajahnya putih melepak,
bertudung labuh dan berbadan kecik molek. Jika dilihat sekali pandang, dia
memang nampak sempurna. Namun , ramai yang tidak sedar yang dia
sebenarnya ada kekurangannya sendiri.

Sejak kemalangan yang berlaku 3 tahun dahulu yang mengakibatkan kematian
ayahnya dan dia tercedera parah.Doktor mengesahkan yang dia tidak mampu
melihat lagi. Dia buta.Namun dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku.
Dia terima segalanya dengan hati yang rela.

Suatu hari, dia bersiap sedia mengambil tongkatnya untuk keluar dari
rumah. Dia berasa bosan dan terasa hendak pergi ke taman untuk
menghirup udara yang segar. Baru sahaja dia hendak keluar, ada suara
yang memanggilnya.

"Sayang..nak pergi mana tu?" tanya seorang wanita yang berumur lingkungan 40 tahun.
Amira tersenyum manis mendengar suara ibunya. "Mira nak pergi taman ma..kejap je"
kata Amira sambil meraba raba di lantai untuk mencapai kasutnya. Dahi ibunya
berkerut mendengar jawapan anaknya. "Mira..bahayalah.Biar mama ikut okay" kata
ibunya sambil berjalan kearahnya. Amira yang dapat rasakan kehadiran ibunya ke
arahnya dengan pantas bangun dan memegang tongkat. "Ma.. tak apa jangan risau.
Mira tahu jalan nak pergi sana and Mira pandai jaga diri. Kan Mira dah biasa" kata
Amira sambil tersenyum.

Ibunya mengeluh. Susah betul anaknya hendak mengalah. Memanglah anaknya selalu
berjalan ke taman seorang diri. Tapi , dunia sekarang ni makin ramai orang jahat.
Ibunya cuma risaukannya. Lantas ibunya pergi kearah Amira lalu mencium pipinya.
"Yelah..baik2 jalan. Jangan ikut orang asing. Kalau apa2 pukul dia pakai tongkat tau"
pesan ibunya.Amira hanya ketawa. Dia kemudian menyalam tangan ibunya dan mula
berjalan menuju ke taman dibantu oleh tongkatnya untuk mengelakkannya tersepak
sesuatu.

Sampai sahaja di sana, Amira dapat mendengar suara kanak2 yang sedang bermain.
Amira tersenyum apabila dia dapat menggambarkan suasana tersebut di fikirannya.
Dia kemudian mencari tempat duduk yang selalu digunakannya. Sampai sahaja
di situ, Amira duduk dan meletakkan tongkatnya disisi. Dia kemudian mula menghirup
udara yang segar disitu.

Perlakuannya terhenti apabila ada suara yang menegurnya. "Assalammualaikum"
kedengaran suara lelaki memberi salam terhadapnya. "Waalaikumsalam" jawab Amira.
"Boleh saya duduk sini? Tempat lain tak ada yang kosong" kata lelaki itu. Amira
menganggukkan kepalanya lalu mengalihkan tongkat itu dan diletakkan di bawah.

"Terima kasih. Nama saya Haikal" kata Haikal sambil duduk disebelah Amira.
Amira tersenyum manis,dan menoleh kearah Haikal walaupun dia tahu dia tidak
boleh melihat. "Sama2. Saya Amira" jawab Amira lalu dia kembali pandang kehadapan.

"Um..maaf tanya. Tapi boleh saya tahu awak ni tak dapat lihat sejak lahir ke?" tanya
Haikal dengan nada teragak agak. Amira tersenyum mendengar suara Haikal yang
menunjukkan dia sedang risau itu. "No..saya buta sebab kemalangan" jawab Amira.
Haikal menganggukkan kepalanya, lupa yang Amira tidak mampu lihat.

"Um..awak tak takut ke dengan saya?" tanya Haikal. Amira mengerutkan dahinya.
"Kenapa saya nak takut?" tanya Amira. "Yelah, mana tahu saya ni perogol ke, pencuri
ke, hah macam mana?" jawab Haikal. Amira tertawa mendengar jawapan Haikal.
"Saya tak takut sebab saya yakin awak ni baik orangnya" jawab Amira sambil tersenyum.

Haikal mengerutkan dahinya. " Macam mana awak tahu?" tanya Haikal. Amira
tersenyum lalu menjawab "First, awak bagi salam dulu dekat saya sebelum memulakan
bicara. Secondbawak tanya dulu saya boleh ke tidak duduk di sini. Third melalui
naluri hati saya,saya tak terasa terancam pun bila awak duduk disebelah saya" terang
Amira panjang lebar. Haikal terdiam mendengar jawapan Amira lalu tersenyum gembira. 

Mereka kemudian menghabiskan masa berbual dan tanpa sedar hubungan mereka
semakin rapat sejak pertemuan mereka itu . Setiap hari Haikal akan datang menjemput
Amira dari rumah dan dia akan membawanya pergi ke taman. Mereka tidak perlu
pergi ke tempat yang jauh2 untuk berbual. Cukuplah di tempat yang mereka selesa
dan suasana yang tenang .

***
 Amira duduk di dalam biliknya sambil membaca buku yang bertulisan braille.
Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk Amira belajar tulisan braille namun
Alhamdullilah berkat usahanya , dia sudah mula arif dengan tulisan itu.

Aktivitinya terganggu apabila ibunya masuk ke dalam biliknya sambil berkata
"Mira..ada tetamu datang. Cepat pakai tudung and keluar".Amira mengerutkan
dahinya . Pelik kerana selalunya kalau tetamu tu kawan ibunya,ibunya tak pernah
suruh dia keluar dari bilik. Malas hendak fikir panjang Amira menyarung tudungnya
dan berjalan keluar dari bilik. Dia tidak perlukan tongkatnya kalau setakat hendak
berjalan dirumah. Dia sudah cukup hafal dengan selok belok rumahnya.

Keluar sahaja dia dari bilik, dia dapat mendengar suara ibunya bercakap.
"Hah..tu lah bunga dalam rumah ni" kata ibunya dengan nada ceria. Amira
mengerutkan dahinya. "Bunga apa ni mama?" tanya Amira sambil berjalan
perlahan ke ruang tamu. Dia dapat dengar beberapa suara lelaki dan perempuan
di situ. "Kamu duduk sini diam2 and dengar" kata ibunya sambil membawanya
duduk di sofa.

***
Hari ni hari di mana Amira dan Haikal diijab kabul kan dan mereka akan
sah menjadi suami isteri. Ya. Tetamu yang datang tempoh hari itu ialah
rombongan merisik yang dihantar oleh Haikal.  Amira sendiri terkejut
apabila mendapat tahu tentangnya. Dan sebulan kemudian iaitu hari ini, mereka
akhirnya menjadi suami isteri yang sah.

Haikal membawa isterinya yang sah itu kedalam bilik mereka. Dia kemudian
membawanya untuk duduk di sisi katil. Haikal memandang lama wajah isteri
barunya itu. Dia berasa tenang memandang wajahnya,dan dia merasakan rugi
apabila gadis yang cantik seperti isterinya sebenarnya buta. Namun dia tidak
kisah semua itu dan tidak mahu ingat tentang itu. Yang penting dia dapat bersama
dengan orang yang dia cintai.

"Um..awak.Saya nak minta sesuatu boleh?" tanya Amira tiba2 menghentikan
lamunan suaminya itu. "Apa dia?" jawab Haikal dengan nada lembut. "Saya..
nak pegang muka awak boleh? Saya nak tahu juga macam mana rupa suami
saya" kata Amira sambil menundukkan kepalanya kerana malu. Wajahnya
menjadi merah padam. Haikal menahan ketawa melihat wajah malu isterinya itu.
Comel.. bisik hati Haikal.

"Mestilah boleh. Kita kan dah halal" kata Haikal. Dia kemudian memegang tangan
isterinya dan dibawa ke arah mukanya. Isterinya kemudian meneliti satu persatu
wajah suaminya dengan meraba raba wajahnya. Haikal hanya tersenyum sambil
memandang wajah isterinya. Namun terhenti apabila isterinya tiba2 sahaja mengalirkan
air mata.

"Eh..awak kenapa awak menangis?" tanya Haikal dengan cemas. Dia cepat2 memegang
wajah isterinya dan mengelap air matanya yang jatuh. Isterinya masih lagi menangis.
Haikal kemudian memeluk isterinya dengan harapan isterinya akan berhenti dari menangis.

"Kenapa awak pilih saya...?" tanya Amira yang masih lagi berada di dalam dakapan
suaminya. Haikal tersenyum apabila dia dapat faham apa yang buat isterinya menangis.
Dia kemudian melepaskan pelukan isterinya dan memegang kedua dua pipi isterinya,
membuatkan isterinya memandang kearahnya. Dia tersenyum lalu mendekatkan
wajahnya kearah isterinya. 
"Sebab awak ni baik hati" kata Haikal sambil mencium dahi isterinya

"Awak tabah menghadapi semua ni" dia mencium mata kiri isterinya

"Awak seorang yang berani" dia mencium mata kanan isterinya

"Awak comel" dia mencium hidung mancung isterinya.

"Dan yang terakhir..sebab saya cintakan awak" dia mencium bibir isterinya dengan
lembut. 

Air mata Amira mengalir..dan kali ini ianya air mata kegembiraan.

End
Ini kali pertama aku gunakan jalan cerita yang
TOTALLY different melibatkan orang buta. Harap terhibur.



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

7 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

Allahu Allah .. indahnya kalo ada org mcmni ..menerima kekurgn seadanya .. best la kak . sure sgt best jln cerita ni .. :D

Dalila Samsudin berkata...

@Zuyyin Hijrah Alhamdullilah. kita sendiri suka dgn jalan cerita ni :)

_nuratikaajiz berkata...

best.keep it up girl ^^
insya-Allah boleh suksess kalau terus berusaha.chaiyokk :)
http://bynuratikaaziz.blogspot.com
do drop a visit to my blog if you're free ^o^

Sya berkata...

Amboi, semenjak akak dah habis SPM ni tulis kisah cinta jelah ya? Ish ish ish

Dalila Samsudin berkata...

@Miss Xyz bwahahahahhaha xD ni kes menganggur sepanjang masa lahni xD

Dalila Samsudin berkata...

@nuratika aziz Alhamdullilah thank you :)

Rahsia Hati Huda berkata...

Baiknya Haikal.Jarang nak dapat suami macam tu. :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi