Oh ni Part Pertama pada yang belum baca --> Suamiku Pembuli
Pada mulanya Siti sangka lepas
Asyraf mengucapkan perkataan i love you itu kepadanya, dia akan berhenti
membuli . Namun sangkaannya itu salah 100% kerana setiap hari ada sahaja agenda
jahat yang dilakukan oleh suaminya itu.
"Mak..!!" jerit Siti
apabila melihat lipas didalam kotak hadiah yang diterimanya. Hari ni merupakan
hari jadinya, dan semestinya dia mengharapkan Asyraf yang sudah genap 1 bulan
menjadi suaminya itu memberikannya hadiah yang istimewa. Namun semuanya hancur
apabila kotak kecik yang diberi oleh suaminya itu rupanya berisi lipas.
Siti melempar kotak itu kebawah
sambil melompat ke atas sofa. Asyraf pula sedang ketawa terbahak bahak melihat
reaksi isterinya itu yang melompat seperti monyet di dalam hutan hanya kerana
lipas. Dia memegang perutnya sambil ketawa membuatkan Siti menjeling kearahnya
. "Bertuah punya suami ! Asyraf !" jerit Siti sambil melompat keatas
badan Asyraf membuatkan dia terpaksa mendukung isterinya yang sedang naik hantu
itu.
"Hey ! Turunlah ! Dah lah
berat !" arah Asyraf sambil cuba untuk melepaskan pegangan isterinya di
leher untuk menjatuhkannya. "No! Tak mahu padan muka siapa suruh kenakan
saya" ujar Siti di telinganya . Lalu dia dengan sengaja menarik rambut
suaminya dari belakang membuatkan suaminya menjerit kesakitan.
"Ah ! Sakitlah ! Lepaskan
rambut saya and turun dari badan saya !" marah Asyraf sambil cuba untuk
menepis tangan isterinya yang berada di rambutnya itu. "No way! rasakan
azab ni dulu" kata Siti sambil menarik lagi kuat rambut suaminya itu
sambil cuba untuk mengimbangi dirinya yang sedang terapung kerana didukung
(secara paksa) dari belakang oleh suaminya itu .
Pergaduhan itu akhirnya tamat
setelah 10 minit berlalu kerana kedua dua mereka kepenatan . Dan akhirnya,
Asyraf memberikan Siti seutas rantai sebagai hadiah hari jadinya juga sebagai
tanda minta maaf . Siti juga tidak dapat berbuat apa selain memaafkan suaminya
dan berasa gembira dengan hadiah yang diterimanya.
***
"So..bila mak nak dapat
cucu ni?" ujar Pn Rosmah merangkap ibu Siti membuatkan Siti dan Asyraf
tersembur makanan di atas meja. Pn rosmah mengerutkan dahinya. "Bertuah
punya suami isteri, mak tanya soalan kamu pi sembur nasi kat meja" kata Pn
Rosmah sambil mengelengkan kepalanya. Hari ni Siti dan Asyraf menerima kunjungan
dari ibunya dan disebabkan itu Siti langsung tidak dibuli oleh suaminya.
Namun sekali lagi, nasib tidak
menyebelahi Siti apabila ibunya menanyakan soalan itu di hadapannya dan
suaminya. Wajah Siti membahang mendengar soalan itu,di pandang ke arah suaminya
itu dan kelihatan Asyraf sedang menggaru belakang lehernya sambil menundukkan
kepala. "Mak..! Jangan lah tanya soalan tu time macam ni" rungut Siti
sambil memuncungkan mulut. Asyraf hanya mendiamkan diri.
Pn Rosmah memandang kearah Siti
dengan wajah selamba. "What? Mak tanya je..yelah kamu dah 4 bulan kahwin.
Takkan lah tak ada hasil lagi" ujar Pn Rosmah dengan selamba. Wajah Siti
menjadi semakin merah padam. Dia betul2 mengharapkan suaminya akan membantunya
namun tidak. Asyraf hanya mendiamkan diri. Siti mencubit lengan suaminya kerana
geram. "Auch!hey sakitlah" ngadu Asyraf sambil memuncungkan mulutnya
dan memandang kearah Siti. Pn Rosmah menahan dirinya daripada tersenyum melihat
tingkah laku anaknya dan menantunya itu. Siti pula menjeling ke arah Asyraf lalu
kembali sambung makan tanpa menghiraukan wajah sedih suaminya itu. Tak boleh
harap punya suami ngadu Siti di dalam hati.
"Oh..and kalau dalam masa 2
bulan lagi takda hasil.Mak ingat nak bagi kamu ubat herba supaya suburkan kamu
berdua" ujar Pn Rosmah membuatkan Siti dan Asyraf sekali lagi tersemburkan
makanan didalam mulut mereka.
"Maaaak..!"
***
Beberapa tahun kemudian..
"Happy Birthday mama
!" ucap dua orang budak kecil yang berumur 7 tahun. Seorang lelaki dan
seorang perempuan. Ya.Siti melahirkan sepasang kembar yang comel,sekaligus
memuaskan hati ibunya yang tidak habis2 menganggunya dengan bertanyakan bila
dia akan mendapat anak.
Siti tersenyum manis kearah dua
orang anaknya itu. "Thank you Aiman and Aina" ucap Siti sambil
mengucup dahi anaknya itu. Mereka kemudian menghulurkan sebuah kotak yang
dibalut kemas dengan pembalut gambar teddy kepadanya. Siti membuka kotak itu
dan serta merta dia menjerit sambil melempar kotak itu ketepi. Aiman dan Aina
ketawa sambil larikan diri dari ibunya yang sudah mula naik hantu itu .
Siti melompat keatas sofa
apabila melihat katak itu melompat lompat di bawah "Asyraf ! Tolong
!" jerit Siti meminta tolong apabila melihat katak itu semakin hampir melompat
kearahnya. Asyraf yang sedang berada di dapur berlari ke ruang tamu untuk
melihat apa yang terjadi namun sampai saja di sana dia serta merta ketawa
terbahak-bahak bersama sama anaknya melihat Siti sedang berdiri di atas sofa
dengan wajah yang pucat. Siti menjeling kearah suami dan anaknya itu.
"Hey! Tolonglah saya ni! Halau ka-Aaah!" jerit Siti apabila katak itu
melompat ke atas sofa membuatkan Siti melompat dengan pantas ke bawah dan
berlari kearah suaminya kemudian memeluknya dengan kuat. Asyraf tersenyum
melihat isterinya yang sedang memeluknya itu.
"Aiman, Aina sudah bawa
keluar katak tu" arah Asyraf kepada anaknya. Mereka kemudian mengangguk
sambil tersenyum sebelum menangkap katak itu untuk di bawa ke luar. Asyraf
mengusap belakang isterinya itu yang sudah pun menangis kerana terlampau takut.
"Sudah..diorang dah halau
katak tu keluar dah" pujuk Asyraf.
Dia sangkakan isterinya akan
memandang kearahnya dengan wajah yang sedih dan comel setelah isterinya
melepaskan pelukkan. Namun tekaannya salah apabila isterinya memandang ke
arahnya dengan jelingan yang tajam. Asyraf menelan air liurnya melihat wajah
isterinya yang sedang marah itu. Mati aku ucap Asyraf sebelum menjerit
kesakitan kerana rambutnya ditarik.
****
"Ceh .. diorang yang buat.
Saya yang kena hukuman dia. Tak aci" rungut Asyraf sambil memuncungkan
mulutnya dan menggosok kepalanya di bahagian yang ditarik tadi. Siti tersenyum
melihat dua orang anaknya yang sedang makan kek yang dibeli oleh mereka sempena
hari jadinya itu dan langsung tidak menghiraukan suaminya. Selesai makan , Aiman
dan Aina menuju ke arah Siti dan mengucup pipinya. "Happy Birthday mama!
Maaf pasal katak tadi" ucap Aiman dan Aina sambil tersenyum manja. Siti tersenyum
melihat perangai anaknya itu, sebijik macam suaminya. Aiman kemudian menjengketkan
kakinya untuk membisik ke telinga ibunya.
"Ma.. pergi pujuk
papa.Buruk lah muka papa merajuk" bisik Aiman. Siti ketawa mendengar apa
yang dikatakan oleh anaknya itu. "Okay..dah kamu pergi main sana. Biar
mama handle papa kamu" bisik Siti kepada dua orang anaknya yang sedang
tersengih itu. Si kembar itu kemudian berlari ke ruang tamu untuk
bermain.
Siti menahan ketawa melihat
suaminya yang masih lagi memasamkan muka sambil memandang kek yang langsung
tidak disentuh itu. Walaupun suaminya jenis yang suka mengusiknya , namun dia
tidak dapat menolak daripada menerima hakikat yang suaminya sebenarnya seorang
yang kebudak-budakan .Cepat sangat merajuk kalau dia tidak puas hati, sampai
dengan anak sendiri pun dia akan merajuk.
Siti kemudian mendekatkan
dirinya kearah suaminya. Lalu dia mengucup pipi suaminya itu membuatkan
suaminya memandang kearahnya. Siti tersenyum manis. "Thanks for the cake
and sorry sebab tarik rambut awak" kata Siti sambil mengusap rambut
suaminya. Asyraf tersenyum gembira apabila dipujuk.
"It’s okay. Oh and Happy
Birthday dear" ucap Asyraf sambil memeluk isterinya. Namun dalam diam
mengeluarkan cicak mainan dari dalam poketnya dan meletakkannya di bahu
isterinya.
"Aaaah ! Asyraf !!"
The End. Maybe?
Update on 26 Oktober 2015 : SUAMIKU PEMBULI [OPS CEMBURU]
BUKU TERBITAN PERTAMA DARI DALILA SAMSUDIN. KLIK SAYA
5 Itik gebo-gebo:
hahaha .. ok. comel! xD
membuli tu ada macam2 cara, hikhik! ^_^
Bestnya,tak sabar nak baca versi novel.Tak puas baca,padat sangat.Ehehehe.Kalau akak buat novel mesti meletop punya.
kalau dah sambung bagitau ye kak :)
Semoga novel ni menjadi..
assalam gilerrr best arr kak.... buat lah novel..... msti gempak nnti
Catat Ulasan