Sofea melihat pasangan yang
sedang asyik berbual di hadapannya.Sofea
hanya mampu memberikan senyuman
kearah mereka apabila mereka
sesekali memandang kearahnya.
"Sampai bila kau nak macam ni sofea.."
bisik rakannya Dania di
sebelahnya. Sofea memandang pelik kearah
rakannya.
"Sampai bila apa?"
tanya Sofea. Rakannya Dania memandang tajam
kearahnya apabila dia
bertanyakan soalan yang bodoh bagi pandangan
Dania. "Kau masih nak
menafikannya lagi? Kau ingat aku tak tahu kau
masih cintakan si Syahrul
tu?" bisik Dania lagi tidak mahu pasangan di hadapan
mereka dengar. Sofea terdiam.
Dia mengetap bibirnya lalu memandang ke
luar cermin cafe itu memandang
pejalan pejalan kaki di luar.
"Kau..jangan merepek lah. Aku mana ada suka dia" jawab Sofea dengan nada
perlahan. Dania mengeluh. Dia
kemudian memandang tajam kearah pasangan
yang duduk dihadapannya. Syahrul
dan Fina sedang berbual mesra langsung
tidak mengendahkan mereka. Kalau
bukan disebabkan Syahrul ni bestfriend
dia dan Sofea dah lama dia halau
Fina tu keluar,naik menyampah dia tengok
aksi tergedik gedik dia tu
dihadapannya.
Ya.Sofea cintakan Syahrul. Dia cintakan Syahrul sejak dari sekolah menengah.
Dan dia dan Syahrul merupakan
bestfriend. Disebabkan itu, Sofea tidak berani
meluahkan perasaan kepada
Syahrul kerana dia takut dia akan kehilangan
Syahrul sebagai seorang kawan
jika Syahrul tidak sukakannya. Sudah lebih
10 tahun dia simpan perasaan ni
dan dia dah cuba berbagai cara untuk lupakan
perasaannya namun masih tidak
berjaya.
***
Sofea baring di atas katilnya sambil membelek majalah di tangannya. Aktivitinya
terhenti apabila telefon
bimbitnya berbunyi. Sofea mengerutkan dahinya melihat
nama Syahrul terpampang di skrin
telefonnya.
"Hello" jawab Sofea.
"Aku dah break dengan
Fina" kata Syahrul dengan tiba2 .Mata Sofea membulat.
"What?! Again ? Hey masuk
ni dah 3 kali dalam 2 bulan kau break tau!" marah Sofea
"Nak buat macam mana..dah
takda jodoh" kata Syahrul dengan selamba.
"Kau ni..tak baik tau buat macam
tu" nasihat Sofea. Tapi didalam hatinya dia gembira.
"Apa2 jelah. So..agak2
siapa yang akan jadi awek aku lepasni ye?" tanya Syahrul
sambil ketawa. Sofea hanya
menjulingkan matanya keatas melayan perangai buruk
kawannya itu."Sukahati
kaulah" jawab Sofea dengan malas. Cuba menghilangkan
perasaan sakit hatinya itu.
"Um..aku rasakan aku dah
jatuh cinta dekat Dania lah" kata Syahrul
Dan pada waktu itu Sofea
merasakan dunianya sudah hancur. Air matanya
tidak berhenti mengalir
mendengar apa yang dikatakan oleh Syahrul.
"Kalau macam tu..kau
confess lah dekat dia" jawab Sofea dengan perlahan
***
Dania berdiri di hadapan Syahrul
dengan wajah keliru. Pagi2 dia sudah dapat
panggilan dari Syahrul dan dipanggil
untuk berjumpa di cafe ini. "Hah, kau
nak apa jumpa aku ni?"
tanya Dania sambil menghirup coffee yang baru diletakkan
oleh waiter itu.
"Aku suka kau" kata Syahrul. Serta merta Dania tersedak dan matanya membulat.
"What? kau bergurau apa
ni?!" marah Dania dengan wajah yang berkerut. Syahrul
masih lagi berwajah selamba.
"Aku tak gurau. Aku serious ni" jawab Syahrul.
Dania kemudian diam sebentar seperti memikirkan sesuatu. Dia kemudian tersenyum
sinis. Syahrul yang melihatnya
memandang pelik. "Okay. Fine. Kita try couple untuk
sehari" jawab Dania dengan
selamba. Syahrul kemudian tersenyum lebar mendengar
jawapan yang diberikan oleh
Dania.
Sofea pula , mencuba sedaya upaya untuk menahan dirinya dari membenci kawan
baiknya setelah mendapat mesej
dari Syahrul yang mereka akan couple untuk
sehari untuk Dania cuba
mencintai dia. Dia tahu yang dia tidak patut marahkan
kawan baiknya itu. Dania pun
manusia mempunyai perasaan, dan dia sendiri yang
cadangkan supaya Syahrul
confess. Kenapa perlu dia marah..
***
Hari ni ialah hari dimana Dania
akan menjadi kekasih Syahrul buat sehari.
Syahrul yang sedang bahagia itu
tidak tahu apa yang terancang di minda
Dania untuk dia.
Mereka berdua duduk di taman
sambil menikmati pemandangan. Dania
lihat Syahrul tidak habis2
bermain dengan telefonnya. "Kau mesej siapa
tu?" tanya Dania. Syahrul
memandangnya sambil tersenyum. "Sofea,
dia tengah merungut sebab kucing
dia main dengan baju dia sampai
koyak" terang Syahrul
sambil ketawa. Dania tersenyum.
"Rasanya kau kena berhenti
mesej dengan Sofea lepas ni" kata Dania sambil
memandang kehadapan cuba untuk
sembunyikan senyumannya. Syahrul
memandang pelik kearah Dania.
"Kenapa?" tanya Syahrul. "Dia dah nak
kahwin bulan depan" jawab
Dania selamba. Mata syahrul membulat.
"What?! Kenapa dia tak
bagitahu aku?! Mana boleh !" marah Syahrul
tiba2. Dania memandang Syahrul
dengan wajah selamba. Cuba untuk
elakkan dirinya dari ketawa atau
senyum. "Kenapa pula? tu hak dia
nak kahwin. Kenapa kau cemburu
ke?" tanya Dania.
Syahrul terdiam. Pipinya sedikit
merah cuba untuk menahan malu.
Dania yang geli hati melihat
kelakuan Syahrul itu masih cuba sedaya
upaya untuk menahan ketawa.
"Kau ni bodohlah.." kata Dania.
Syahrul mengerutkan dahinya.
Dania kemudian memandang kearah Syahrul.
"Kau ingat aku tak tahu
yang selama ni kau cintakan Sofea?" kata Dania.
***
Sofea yang sedang bermasam muka
dengan kucingnya yang bernama Mochi
itu terkejut apabila mendengar
jeritan seseorang memanggilnya di luar. Sofea
menjenguk keluar dan terkejut
melihat Syahrul sedang berdiri di hadapan pagar
rumahnya. Dengan pantas Sofea
keluar dan menuju kearahnya dengan wajah
keliru.
"Kau kenapa terpekik kat luar panggil aku?" tanya Sofea. Keliru melihat
reaksi wajah Syahrul yang risau
semacam itu . "Sofea ! Awak tak boleh
kahwin ! Tak boleh ! Saya tak
benarkan !" kata Syahrul dengan tiba2.
Sofea menggaru kepalanya tidak
faham apa yang dikatakan oleh Syahrul itu.
"Apa kau merepek ni?" tanya Sofea. Syahrul kemudian berjalan merapatinya
dan melutut.
"Sofea, Saya cintakan
awak.Saya taknak awak kahwin dengan
orang lain selain saya. Saya
minta maaf sebab tak bagitahu awak awal2,
saya takut kehilangan awak kalau
saya confess. Dan saya sengaja couple dengan
ramai perempuan sebab nak tengok
reaksi awak. Saya minta maaf , and please
sudi tak awak mengahwini saya?
Dan tinggalkan lelaki tu!" ucap Syahrul
dengan panjang lebar. Siti
tercengang dengan penjelasan Syahrul. Tak tahu dia
nak rasa gembira atau confuse
dengan apa yang berlaku sekarang ni.
Syahrul kemudian mengeluarkan sebentuk cincin yang dia awal2 sudah beli
sewaktu dia jatuh cinta pada
Sofea tapi tidak berani untuk melamar. Dia
kemudian menunjukkan cincin itu
kepada Sofea dengan harapan dia akan
menerimanya.
Sofea dengan wajah keliru mengambil cincin. Syahrul bangun dan melompat
kegembiraan apabila lamarannya
diterima. "Terima kasih Sofea! saya tahu awak
mesti cintakan saya! terima
kasih sebab tinggalkan lelaki tu" ucap Syahrul sambil
memegang kedua dua bahu Sofea.
"Wait !" kata Sofea yang masih bingung tu.
"Lelaki mana awak cakap ni?
And bila masa saya nak kahwin?" tanya Sofea.
Dahi Syahrul berkerut.
"Tapi Dania kata awak nak kahwin bulan depan?" kata
Syahrul sambil menunding kearah
Dania yang sedang bersandar di kereta dengan
senyuman sinis. Gembira kerana
rancangannya berjaya. "Mana ada! Saya..saya
tak terfikir pun nak
kahwin" jawab Sofea dengan perlahan. Syahrul kemudian tersenyum
lebar. "Baguslah ! So
maknanya saya lah yang akan kahwin dengan awak lepasni"
kata Syahrul sambil mengenyitkan
matanya. Wajah Sofea membahang.
"Jumpa parent saya
dulu!" kata Sofea sebelum lari masuk kedalam rumah dan
menutup pintunya dengan kuat.
"I Love you Sofea ! and saya tahu awak pun
cintakan saya !" jerit
Syahrul di luar rumah sambil tersengih. "Shut up!" kedengaran
suara Sofea menjerit dari dalam.
"Dua2 lembab..padan
sangatlah dua orang ni" kata Dania seorang diri apabila melihat
situasi yang berlaku di
hadapannya itu .
End.
Apa yang aku buat
ni.. hahaha
1 Itik gebo-gebo:
haha ... comelnya! xD suka suka suka (y) <3 =D
Catat Ulasan