Kelihatan seorang budak
perempuan berusia 7 tahun sedang berjalan
seorang diri, bajunya labuh
berwarna putih. Di tangannya terdapat jarum
yang dicucuk dan wajahnya pucat.
Walaupun keadaannya begitu,senyuman
di bibirmya tidak pernah
lengkang . Dia tersenyum kearah nurse yang
sedang sibuk bekerja.
"Mia? Kenapa keluar dari
bilik. Nanti parent mia marah tengok mia takda dalam
bilik" tegur seorang nurse
perempuan sambil menunduk kearahnya. Mia memuncungkan
mulut. "Alah..tapi Mia
bosan. Asyik duduk dekat situ je. Mia dengar ada kawan baru
masuk betul ke?" tanya Mia
dengan teruja. Mia yang sudah lama duduk di hospital
kerana sakitnya sememangnya
sudah kenal dengan ramai pesakit kanak2 di hospital itu.
Dan Mia suka melawat mereka dan
menghabiskan masa dengan mereka.
Nurse itu tersenyum melihat
telatah Mia. "Yup, dia kat dalam bilik tu. Dia baru masuk
semalam" kata nurse itu
sambil menunjukkan kearah bilik tersebut. Mia tersenyum manis.
"Mia nak pergi melawat dia
boleh?" tanya Mia dengan memandang nurse itu dengan
penuh harapan. Nurse itu
kemudian mengusap kepalanya. "Boleh, tapi jangan lama2 tau"
pesan nurse itu sebelum pergi
semula ke tempat kerjanya.
Mia berjalan menuju ke arah bilik itu dan membuka pintu bilik itu dengan perlahan
untuk menjenguk kedalam .
Kelihatan seorang budak lelaki lingkungan 8 tahun sedang
membaca buku cerita di atas
katil. Wajahnya pucat dan badannya kurus . Mia mengentap
bibirnya sebelum masuk kedalam .
Budak lelaki itu masih lagi tidak sedar akan kehadiran
Mia.Mia mengenggam hujung
bajunya itu sambil memandang kearah budak lelaki itu.
"Um.. Hai" kata Mia sambil melambai kearah budak itu . Budak lelaki itu mengangkat
kepalanya dan mengerutkan
dahinya apabila memandang kearah Mia. "Hai? Uh.. awak
siapa?"tanya budak itu .
Mia tersenyum mesra. "Saya Mia, saya duduk kat bilik hujung
sana tu. Saya datang sini nak
melawat awak" kata Mia dengan mesra sambil menunjukkan
arah biliknya.Budak lelaki itu
ketawa. " Pesakit melawat pesakit yang lain? Ahaha awak ni
kelakarlah"kata lelaki itu.
Mia memuncungkan mulutnya. Sedar tentang perubahan
wajah Mia,lelaki itu berhenti
dari ketawa dan tersenyum kearah Mia. "Sorry, saya gurau je.
Nama saya Danish"kata
lelaki itu sambil tersenyum. Semenjak hari itu Mia dan Danish
semakin rapat dan sentiasa
luangkan masa bersama.
***
Mia berjalan pantas kearah bilik Danish sambil menegur dan melambai kearah nurse
yang sedang bekerja. Sampai
didalam, Mia berjalan masuk dan melihat Danish sedang
tidur lena di atas katil .
"Danish ... Bangun !" bisik Mia di telinga Danish sambil mencucuk
cucuk badannya. Mia mengerutkan
dahinya apabila Danish langsung tidak bergerak. Mia
kemudian membisik lagi ke
telinga danish . "Danish ! bangun! " bisik Mia.
Mia mencengkak pinggangnya lalu berkata , "Danish, saya kira sampai tiga awak tak
bangun siap awak" kata Mia.
Namun Danish masih lagi tidak bergerak. Mia kemudian
menutup matanya lalu mula
mengira. " 1.....2......3!" kira Mia lalu membuka matanya
dan melihat Danish yang sedang
tersenyum kearahnya. Mia kemudian memuncungkan
mulutnya."Awak ni ! Selalu sangat
buat macam ni tau. Penat saya kejut awak" marah Mia.
Danish hanya ketawa melihat Mia.
Seronok dapat kenakan kawannya.
***
Mia melihat Danish yang sedang tekun membaca buku. "Um.. Danish. Kenapa
awak asyik baca buku je? Best
ke?" tanya Mia. Danish tersenyum. "Best,saya
nak berjaya sebab tu saya suka
membaca. Saya nak jadi pilot !" kata Danish
dengan bangga . "Wah? Pilot
tu best ke?" tanya Mia. Danish mengangguk dengan
pantas. "Yup ! Nanti saya
dapat tengok awan yang berada di atas langit tu, and
kalau bernasib baik saya nak
tengok pelangi dari atas!" terang Danish dengan
bersungguh sungguh. Mata Mia
bersinar apabila mendengar cerita Danish. "Wah!
Cerita lah lagi !" pinta
Mia . Danish kemudian menceritakan segalanya tentang pilot
kepada Mia dan Mia hanya
mendengar dengan perasaan yang penuh teruja.
"Satu hari nanti, awak
janji tau dengan saya yang awak akan ajar saya sampai
pandai" kata Mia. Danish
menganggukkan kepalanya
***
Mia dan Danish sama2 makan roti
sandwich yang dibuat oleh ibu Danish. Ibunya
seorang ibu tunggal. Dan Danish
selalu memuji masakan ibunya dan selalu berkongsi
makanan dengan Mia. Mia pun
kadang2 akan membawa makanan yang parentnya
bawa untuknya kepada Danish.
"Kamu berdua makanlah, makcik nak pergi bawah
kejap"kata ibu Danish
sambil mengusap kepala Mia dan Danish sebelum keluar dari
wad bilik itu.
"Mia.. janji dengan saya.
Kalau saya takda. Awak tolong jaga mak saya. Saya
taknak mak saya
keseorangan" kata Danish sambil memandang kearah Mia. Mia
tersenyum lalu menganggukkan
kepalanya. "Janji !" kata Mia sambil menyimpulkan
jari kecilnya dengan Danish
sebagai tanda berjanji.
***
Waktu itu hujan lebat, Mia
dikejutkan oleh ibubapa sewaktu sedang tidur.
"Mia.. bangun
sayang..Danish.." kata ibu Mia sambil mengusap kepala Mia.
Dahi mia berkerut melihat ibunya
seperti sedang menangis. Matanya merah, dan dia
nampak muram. "Kenapa mama?
Kenapa dengan Danish?" tanya Mia dengan nada
keliru sambil bangun dari
katilnya. Ibunya hanya diamkan diri lalu mendukungnya .
Mia memandang kearah ibu dan
ayahnya untuk meminta jawapan namun langsung
tiada jawapan yang
diterimanya.
Mia dibawa oleh ibunya ke dalam wad Danish. Mia tersenyum melihat Danish
yang sedang lena tidur diatas
katil. Ibunya pula sedang duduk sambil menundukkan
mukanya. Mia meminta ibunya
melepaskannya lalu dia berlari kearah Danish.
"Danish!saya dah datang.
Bangunlah" kata Mia dengan ceria. Namun Danish masih
lagi tidak membuka matanya. Ibu
Danish kemudian berjalan keluar dari bilik itu
dengan pantas.
Mia kemudian menjengketkan kakinya dan membisik kearah telinga Danish.
"Danish..bangun!"
bisik Mia. Namun masih lagi tiada reaksi dari Danish. Mia
kemudian tersenyum."Okay..
saya kira sampai tiga awak tak bangun siap awak"
kata Mia lalu menutupkan
matanya.
"1...."
"2..."
"3...!"
Mia membuka matanya namun Danish masih lagi sedang menutup mata. Dahi Mia
berkerut. Mia memandang kearah
ibubapanya dengan wajah keliru. Ibu sedang
dipeluk oleh ayahnya sambil
menangis. Mia mengerutkan dahinya. "Saya kira lagi
okay. Kali ni tolong bangun
tau!" kata Mia.
"1..."
"2..."
"3.. !"
Mia membuka matanya dan terdiam
apabila Danish masih lagi tidak bangun. Mata Mia
mula berkaca. "Ma...kenapa
Danish taknak bangun..? Mia dah kira sampai tiga.." tanya
Mia dengan nada perlahan . Ibu
Mia mengesat air matanya dan memegang bahu Mia.
"Mia... Danish..dah tak
ada.. Dia tak boleh bangun dah.." terang ibu Mia dengan perlahan.
Mata Mia membulat. Dia tahu apa
yang dimaksudkan oleh ibunya. Tapi dia masih lagi
tidak mahu mengalah. "Tak..
dia akan bangun. Dia main2 je ni..Danish sudahlah tu. Saya
taknak main macam ni lagi"
kata Mia sambil mengenggam baju Danish. "Saya kira lagi
tau ! kali ni awak mesti
bangun ! Mesti !" Mia kemudian menutup matanya, air matanya
dibiarkan mengalir.
"1..."
"2...." Mia mula
menangis dengan teresak esak . Namun matanya masih tertutup
"3....tolong bangun.."
kata Mia lalu membuka matanya. Melihat keadaan Danish yang
masih tidak bangun itu Mia mula
menangis dengan kuat . "Danish! Bangunlah ! Awak
janji nak ajar saya sampai
berjaya ! Awak janji dengan saya nak jadi pilot ! Awak kata
nak tengok awan sama2 dengan
saya !" marah Mia sambil menangis . Ibu Mia mula
menenangkan Mia dengan
memeluknya.
Mia meronta ronta cuba untuk
melepaskan pelukan ibunya. Setelah terlepas dia
memandang kearah Danish dengan
air mata yang mengalir. "Saya..saya kira lagi tau!
Awak bangun tau ! Ingat awak dah
janji dengan saya !" kata Mia teresak esak lalu dia
menutup matanya. Dia kemudian
mengira sampai tiga dan perkara itu berulang beberapa
kali sehinggalah ayahnya
berhentikan tindakannya itu .
Sepanjang hari itu Mia menangis di dalam biliknya kerana dia baru sahaja kehilangan
seorang kawan.
***
Beberapa tahun kemudian.
Mia kini berusia 25 tahun. Dia
sudah bekerja sebagai seorang pilot seperti yang
dia dan arwah Danish janjikan
suatu masa dahulu. Ibu Danish kini tinggal bersama
dengan keluarga Mia. Mia sudah
menganggap Ibu Danish itu sebagai ibunya.
Mia mendongak dan memandang
kearah langit yang dipenuhi awan .
"Saya dah berjaya
Danish..Saya dah tunaikan janji saya" kata Mia seorang
diri sambil tersenyum .
End
First time buat
story one shot macam ni. So..How?
1 Itik gebo-gebo:
Owwhhh dear...tersentuh...i can feel it...ni kalau dengar lagu slow slow ni sure hujan turun...hahaha...
BTW..ni link blog baru akak...
Scarf Perfume..personal blog tak buat2 lagi...ahahahaa...biz blog jer...ada masa & kalau rajin singgah laa...
http://scarfperfumewangianperibadi.blogspot.com/
x0x0 ^___^
Catat Ulasan