Penipuan Maklumat .

Assalammualaikum ~

Dah lama aku tak update blog kan . Mwihihihi.
Nak kata busy tak pon . Cuma idea di kotak fikiran
aku ni tak muncul-muncul . Apa boleh buat ~

Kali ni aku nak cerita pasal satu masalah yang memang berleluasa
dalam kehidupan laman sosial kita pada masa kini .

Aku fedup kadang-kadang tengok penipuan maklumat
yang sememangnya berleluasa dalam laman sosial .
Lagi-lagi kalau dapat maklumat tu kat orang yang agak 'lurus'
pergi percaya 100% lagi lah teruk padahnya .

Kita ni kena sedar tak semua yang orang type kat laman
tu betul . Facebook , twitter malah blog pun sama .
Tak semuanya 100% betul . Pasti ada yang diorang tokok tambah.

Paling tak tahan kalau ada yang menipu pasal hal hukum agama
semua tu . Haih . Lifeless .

Kadang-kadang kalau aku ketawa je baca apa maklumat yang
diorang bagi tu . Sebab sudah terang lagi bersuluh ianya tak
masuk akal .

Tolonglah .. kalau kita membaca sesuatu maklumat tak kira
dimana pun , Facebook , Twitter etc . Selidik dulu . Sebelum
percaya bulat2 dan sebarkannya. Bila dah tersebar tak memasal
semua jadi huru hara  .

Pipopipopipopipopipopipopipopipopipopipopipopipopi

TAHNIAH ZIZAN RAZAK DAN MATLUTHI SEBAB 
MENANG AWARD KAT SHOUT AWARD !!

TERIMA KASIH SEBAB MENGUNDI . Cara aku cakap thanks
macam aku je yang menang award tu  . Pfffft .



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Hilang Mood Blogwalking Aku

Assalammualaikum !
Selamat Malam
Selamat Habis Exam
Selamat Habis Sekolah *aku tak habis sekolah lagi*
Selamat Bercuti .


Berapa banyak entah Selamat aku . Anyway hari ni aku nak cerita
sedikit lah . Tadi aku tengah syok blogwalking . Tapi malangnya
ada sesetengah orang buat aku hilang mood nak blogwalking.

Pada yang  singgah blog aku dan tinggalkan link kat
cbox aku yang ada di sidebar tu ... Here some advice to you guys .

1. Tolonglah jangan lupa nak Letak URL blog hangpa tu .

Kadang2 aku rasa serba salah pun ada juga , korang singgah blog
aku tapi tak ada link blog . Achaner nak singgah balik and follow balik?
Karang tak singgah merajuk . Aku bukan ada kuasa boleh cari link
blog korang tu .

2 . Jangan letak URL hangpa tu dengan iklan apa benda ntah .

Aku tak tau apa nama2 iklan ni . Tapi yang aku tahu kalau kita tekan
automatik hangpa dapat benefit nya . Kan ? Tolonglah . Hilang mood
blogwalking aku lepas aku bukak satu2 nama banyak yang letak ads
tu . Kalau yang singgah speaking english tu memang tak lah aku bukak.
Pasal tau tu spam je . Ni yang orang melayu ni aku tak tahan .


3 . Jangan letak URL LUCAH

Hah yang ni aku rasa nak tampor seribu kali kat depa yang dok letak
URL lucah kat blog aku . No life betul pada orang yang buat kerja
macam ni . Nak layan , layan lah sensorang. Jangan ajak aku . Duh.
Menambah dosa aku je .


Okay . Itu jelah yang aku nak nasihat kat hangpa semua . Bukan apa
orang tengah ada mood nak blogwalking. Jangan lah hangpa spoil kan.
Tak syok weh . Nanti aku prank hangpa letak Url muka hantu menjerit
tu baru tau . Kehkehkeh .

Pada yang singgah dan sudah follow blog aku . Komen atau tinggalkan
url blog anda di post ini tau di sidebar. Dengan senang hati aku akan
follow :)


Jangan nak mengada letak url yang merapu . Aku sekeh nanti .




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

SHOUT AWARDS 2012 ! LETS VOTE !

Assalammualaikum !
Oyasuminasai ! *Selamat malam*

Okay guys ! As you know ~ Shout Awards will be coming soon ! Argh
i just cant wait for it ! And of course i will vote for my favourite artist/celebrity

You guys can start vote from NOW !
TEKAN .

And of course. As usual . Im gonna promote my own favourite
artis ~ You know .. Zizan Razak and Matluthfi . Yay.

Here's the link for Favourite Tv Personality


Tekan gambar mat handsome di atas.

And this is the new Award . Social Media/Shout Aloud Award!


Tekan gambar mamat cool ni . Eheheh

So what are you waiting for ?? 
Lets Vote !! 

And please vote for them !
Pretty please ! :D

Its easy . Just click the "Vote" Button.
EVERYDAY .

Voting ends at 22 November !

p/s : Awat aku bajet update English ni ?

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi New Video ! [Drama Sebelum Kahwin]

Assalammualaikum .

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri AidilAdha .
So .. tahun ni aku beraya tanpa parent aku yang
berada di Mekah untuk menunaikan Haji.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar di sana. Amin .

Anyway ! Lets Enjoy this Video !



Terima kasih kat cousin aku yang bagi video
ni sebab taknak bagi aku menangis . Ahahhaah .





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Oppa Harimau Muda Style ! [Must Watch!]

Assalammualaikum ! Nah untuk tak bagi blog aku
ni bosan . Layan ah abang2 harimau muda kita ber'gangnam'
Ehehe Enjoy .



Credit : ESPNSTAR

Aku exam final . Nanti dah habis aku update and blogwalking
macam biasa. Pinky promise 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Aku Pun Tak Tahu

Assalammualaikum


Lamanya aku tak update ~

aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni . Semangat nak online
blog langsung tak ada  . Aku buka blog tapi tak tahu nak
update apa. Sadis bukan ? Kadang2 frust pun ada juga .

Pasal line ni kejap okey kejap tak . Huh . Final Exam
dah start jadi aku kenalah study . Bajet Baik . Yelah
aku punya result teruk kot sejak masuk Form 4 ni .
i tak tau apa jadi kat i . Ehehehe . LOL

Tolonglah aku tengah blur and stress gila .
Jadi jangan lah marah kalau aku tak update.

TEHEE .


Doakan urusan ibubapa ku di Tanah Suci dipermudahkan.
Amin .

Hamboi aku ni tak beragak nak post ciput gini je.
Ahaha . Bukan ada yang baca pun. Okey ....


Ehem , Zizan menang Hero Terbaik di Anugerah Blokbuster .


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Itulah Yang Dikatakan Parody [TypicalMalaysian]

Assalammualaikum.

Aku nak type selaju mungkin sebab laptop asyik tersekat.
COME ON . Setiap kali nak update mesti tersekat benci
betul !

Baiklah hari ni aku nak cerita pasal Parody . Okay parody ni
pada yang tak tau , hangpa google sendiri lah . Malas nak
terangkan panjang2 . Ahahaha .

Aku kadang2 tak faham bila aku tengok orang buat parody di
video dan mesti ada comment2 negatif cakap kita tiru orang
tu . What ... awak tak tahu ke parody tu apa ?

Tolonglah , fikiran cuba jangan terlalu sempit . Cuba kopak
sikit otak tu besar2 . Bior dapat fikir dengan betul .

Tapi aku juga kadang2 tak suka dengan parody di Twitter
yang kadang2 agak melebih parody dia . Malas nak
mention kat sini nanti kena kutuk . Kuang kuang kuang .

Baiklah line pun macam hantu . Lebih baik aku habiskan
ayat aku dengan cepat .

Kalau nak buat parody tu beragaklah . Dan pada yang
sangka parody tu kita meniru . Memang . Memang
ada bijak . Ok Done !

Entry pendek pasal idea hilang . Pi lari kat lombok .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Gejala Sapu Tangan Di Sekolah. Ahaks

Assalammualaikum !

Maaf lama tak update. And terima kasih kerana sudi komen
dan singgah blog aku .

OKAY.

Hari ni aku nak cerita pasal Gejala Sapu Tangan di sekolah .
Aku perasan dah lama dah gejala ni . Cuma malas je nak
cerita kat sini *Cough*

Kalau korang nak tau lah kan , aku tengok ramai pelajar perempuan
dan segelintir pelajar lelaki yang suka pegang saputangan dia tanpa
sebab . Nak kata diorang kena Selsema macam kau takda pula.

Aku tiap2 pagi kena selsema teruk . Sadis.

Lagi buat aku macam OMG what is this ?! bila tengok perempuan
main pukul2 pakai sapu tangan bila bergurau . Ahaks. Dulu aku macam
tu juga tapi tu saja nak pekena kawan aku dengan hingus2 aku. LOL

Mati aku kena belasah dengan diorang nanti.

Aku pun tak faham lah apa yang best sangat pegang saputangan
lama2 . Tak rimas ke? Aku yang pegang sebab selsema pun
selalu rasa rimas . Rasa macam nak celek je hingus aku kat tudung
kawan2 aku . Lagi syok .

Lagi awkward bila tengok lelaki yang pegang ...


Sapu tangan yang perempuan suka sangat pegang dan main
pukul2 dengan tawan2 *Kawan* dia . Pfftt .


Auwww isnt that cute? lol.
Slap me.

Zaman korang sekolah menengah ada ke gejala ni ? -.-

Aku terbersin time tulis post ni. Hurm.
Siapa kutuk aku .


Oh ya pasal Cinta Remaja tu .
Aku sendiri tak pasti tu cerpen
ke novel . Bwhahahhaha
TAK LAWAK.



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Kebebasan Yang Sangat Indah

Assalammualaikum ~
*Menari Oppa Gangnam Style*

Ececeh hangpa tengok Tajuk entry tu ingat aku nak
cerita puitis-puitis ke pasal kebebasan ? Takdanya.
Ni hah nak habaq mai kat hangpa, seperti yang anda
ketahui , Cerpen Cinta Remaja aku sudah pun TAMAT.

Yes! YES ! YEEEESSSS !

Okay maaf terlebih excited. Pada yang sudi baca dari
part 1 sampai 45 terima kasih sangat. *Ada ke?* pada
yang baca part yang dia 'Accidently' ternampak pun
terima kasih sangat2.

Pada mulanya cerita tu bukan cerita aku pun . Idea asal
dari kawan aku , dan aku hanya tukar dia sikit2 . Tapi bila
masuk Part 6 , kawan aku 'hebat' pi tukar jalan cerita lain.
Hamik . Terpaksa aku buat cerita tu jadi hak milik kandungan
rahim aku . Bukan senang woh. Sudahlah watak yang ada banyak.
Nak tak nak kena teruskan juga . Aku gagahkan jari2 aku ni,
menaip satu persatu cerita.

Ingatkan nak buat cerita ni sikit je. Tapi makin lama makin
panjang. Maaf . Ahahaha. Okay .

Kalau anda perasan kan dalam cerita ni Haziq ni suka buat
origami . Dalam part 45 ada menunjukkan dia buat cincin
dan part 36 dia ada memberi origami burung pada delaila.
ITUPUN KALAU KORANG PERASAN LAH 

Okay stop. Akhirnya setelah sekian lama. Habis juga
cerita aku ni . Penat aku perah otak . Dan ini merupakan
cerpen pertama aku jadi banyak lah kelemahan aku.
Serious aku dah suka nak buat cerpen2 ni . Dalam
draft aku dah ada dua lagi cerita baru yang aku buat .
Tapi aku akan siapkan sampai habis baru post sebab tak mahu
jadi macam Cinta Remaja ni . Asyik lambat je update . Tehee

Tidak pernah baca cerpen aku?. Boleh lihat disidebar.


Kebebasan ~~ Kebebasan ~~ *Turn into a Zombie*
 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 45 [Final Part]

Part sebelumnya -- Part 44

Delaila tersenyum memegang sijil peperiksaan SPM nya itu.
Genap 7 bulan , Haziq pergi meninggalkan dia . Penagih itu
sudah pun ditangkap . Delaila pula mengalami kemurungan,
trial SPM nya pada waktu itu agak teruk . Namun , rakan
rakannya berjaya menaikkan semula semangatnya itu.

"Kalau haziq masih hidup.. pasti dia akan suruh awak belajar
sehingga berjaya kan?"

Ayat Syahrul pada waktu itu , mengingatkan Delaila tentang
janjinya pada Haziq .. dan waktu itu baru delaila tersedar..
dia perlu tunaikan janjinya itu .

Delaila mengeluarkan sekeping gambar di dalam poketnya itu.
Dia melihat di belakang gambar itu yang tertulis "I LOVE YOU"
di ayat itu terdapat cap jari haziq akibat terkena darah . Lalu delaila
memusingkan semula gambar itu dan melihat gambar dia sewaktu
kecik sedang  mencium pipi haziq ...

************************************************
 Sewaktu Delaila dan Haziq berumur 7 tahun

"Haziq ! awak buat apa tu ?" tanya Delaila sambil duduk disebelah
haziq . " Saya tengah buat cincin" kata haziq sambil tersenyum.
"Cincin? Pakai kertas ?" tanya Delaila . Haziq mengangguk.
"Nak bagi siapa?" tanya delaila lagi . " Nak bagi awak lah. kita
kan nak kahwin nanti " kata Haziq . Delaila hanya ketawa.

"Ibu! Ibu ! kami dah kahwin !" jerit haziq sambil memegang
tangan Delaila dan menunjukkan cincin kertas yang dipakai
delaila. Puan Rita dan Puan  Salmah tersenyum , waktu
itu suami puan rita iaitu ayah kepada Haziq mengambil gambar
mereka berpegangan tangan . "Ibu , kitaorang boleh kahwin
kan?" tanya delaila sambil tersenyum . Puan salmah hanya ketawa .
Delaila terus mencium pipi haziq waktu itu.Wajah Haziq merah
padam .Ayah haziq sempat mengambil gambar delaila mencium
pipi haziq.

"Hah ,delaila nak yang mana?" tanya Puan Rita sambil menunjukkan
dua keping gambar kepada delaila . Delaila memandang lama gambar
itu . "Saya nak yang ni lah" kata Delaila sambil mengambil gambarnya
sedang berpegangan tangan dengan haziq . " Okay kalau macam tu
yang ni Haziq pegang lah ye" kata Puan Rita sambil memberikan
kepada anaknya itu . Delaila mengangguk sambil tersenyum.

*************************************************

Delaila tersedar dari lamunannya. Dia tersenyum . Dengan tiba2
hatinya menjadi sayu . Dia kemudian memandang kearah kelasnya
yang berada di tingkat atas, terlalu banyak kenangannya di sekolah
ini. "Aku dah berjaya Haziq.." kata Delaila sambil tersenyum .

"Kami semua berjaya " kata seseorang di belakangnya . Delaila
memusingkan badannya dia belakang. Kelihatan Syahrul, Danish,
Nazmi, Huda,Elisha , Alisa ,Faizal dan Sofea sedang tersenyum
kearah delaila . Delaila menangis .. bersyukur kerana mempunyai
rakan yang setia disisinya tak kira waktu senang atau susah.

"Sudahlah jangan menangis. Lepas ni kita melawat kubur arwah haziq
okay?" kata Huda sambil menepuk perlahan bahu delaila. Delaila
mengangguk. "Lepastu baru kita enjoy sempena result kita yang
meletup ni" kata Danish dengan riang hati . " Ish awak ni tahu enjoy
je" marah Sofea sambil mencubit bahu danish . Danish mengadu
sakit. Serentak itu mereka semua ketawa melihat gelagat Sofea dan
Danish.

"Delaila .. Tahniah" bisik Syahrul pada Delaila . Delaila tersenyum.
Syahrul tidak meluahkan perasaannya pada delaila. Baginya,cukuplah
hanya tuhan sahaja yang tahu . Dia tak pernah lupa menyebut nama
delaila didalam doanya. Dan berharap suatu hari nanti dia dapat bersama
dengan delaila untuk selama lamanya.

The End



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 44

Part sebelumnya --> Part 43

Pada waktu Malam .

Delaila memandang sayu ke arah gambar yang berada
di tangannya itu .Gambar arwah Erika . "Kalau kau
masih hidup..mesti kau tahu macam mana nak tolong
aku kan .." kata Delaila.Matanya sudah berkaca,
menahan daripada menangis. Delaila kemudian meletakkan
gambar itu semula di meja , dan mengambil lagi satu bingkai
gambar yang berada disitu . Kelihatan di gambar itu terdapat
dua orang budak kecik lingkungan 7 tahun , seorang lelaki,
seorang perempuan sedang berpegangan tangan sambil
tersenyum riang memandang kamera . "Haziq..." kata Delaila
sambil memeluk erat gambar itu . Di meja itu terdapat,satu
origami berbentuk burung dan juga cincin yang dibuat dengan
kertas..

Disamping itu ..

Syahrul memandang kosong kearah buku latihannya itu .
Fikirannya berserabut .Wajah Delaila sering muncul
difikirannya . " Ah..payahlah macam ni.." rungut Syahrul.
Syahrul berada dalam kerunsingan . Dia tidak boleh bagitahu
Delaila tentang perasaan dia , kerana dia tahu Delaila menyukai
Haziq. "Nampaknya..aku kena mengalah dalam hal ni.." bisik
hati syahrul .

Haziq memandang gambar itu sambil tersenyum. "Aku mesti
bagitahu dia" kata haziq . Lalu dia mula mengambil marker
dan menulis sesuatu dia belakang gambar itu .

*********************************************

Hari ni hari pertama mereka mengadakan study group.
Delaila, Haziq , Syahrul dan Sofea berjalan bersama
sama kerumah Elisha. Mereka melalui jalan singkat di
taman untuk pergi ke rumah Elisha kerana terlambat.

" Eh kenapa kita lalu sini? Kau tahu kan taman ni selalu
sunyi bila time2 macam ni . Kalau jadi apa2 macam mana?"
tanya Sofea sambil memegang erat tangan Delaila .
"InsyaAllah tak ada apa2 . Kau jangan fikir bukan2" pujuk
Delaila. "Yelah sofea, awak jangan risau , saya dengan haziq
kan ada" kata Syahrul .

"Tapi kan tempat ni kan ada penagih dadah.. aku takutlah"
kata Sofea. Mukanya mula pucat . " Kalau takut kita jalan
cepat2 lah . Cepat sikit sampai" kata Haziq .

Sedang mereka berjalan , tiba2 seorang lelaki muncul di depan
mereka sambil mengacu parang . Serentak itu , Delaila dan Sofea
menjerit kerana terkejut. Wajah lelaki itu bengis, bajunya kotor,
rambutnya kusut masai , lagaknya seperti penagih dadah.

"Bagi aku duit sekarang !" arahnya . Sofea sudah mula menangis
kerana terlampau takut , lalu dia berlari kebelakang Syahrul,sofea
pada mulanya hendak menarik delaila sekali berlari ke belakang
tetapi dia merasa tangannya ditepis dengan kuat ketika itu.
Delaila hanya memandang sahaja penagih itu . Kedudukan
waktu itu , Delaila lah yang paling dekat dengan penagih dadah itu,
Haziq pula berada di belakang delaila. "Delaila..kau buat apa tu..
kebelakanglah !" jerit hati Haziq . Dia tidak berani untuk bersuara
kerana takut penagih itu mengapa apakan delaila . "Delaila.." bisik
hati Syahrul .

"Kalau kitaorang tak nak bagi . Kau nak buat apa?" tanya Delaila
dengan tiba2 . Wajah penagih itu menjadi semakin bengis . Kemudian
dengan tiba2 penagih itu hendak menikam perut delaila."Delaila ketepi !"
jerit haziq sambil menolak badan delaila ketepi . Delaila terkejut dengan
tindakan Haziq itu . Tanpa disedari , parang itu sudah pun tertusuk di
perut haziq.Sofea menjerit . Penagih itu juga seperti baru tersedar,dan berada
dalam ketakutan . Syahrul yang sedang marah terus pergi kearah penagih
itu lalu memukulnya berkali kali .

Delaila terkaku disebelah haziq, darah yang keluar terlalu banyak hingga
membuatkan delaila hampir pitam . "Delaila!" jerit sofea apabila melihat
rakannya itu sedari tadi tidak bergerak . Delaila tersedar lalu terus pergi
kearah haziq yang sedang terbaring itu . "Haziq ! tolong haziq.. tolong
jangan tinggalkan aku!" kata Delaila sambil menangis teresak esak .

Syahrul yang baru selesai memukul penagih itu , mengarahkan Sofea
menelefon ambulans dan juga polis. Sofea mengangguk lalu terus
mengeluarkan handphonenya. Syahrul berjalan kearah delaila yang
sedang menangis itu . "Haziq..jangan tinggalkan aku haziq.. tolong.."
pinta Delaila. Haziq yang sedang menahan sakit itu , tersenyum pahit
kearah Delaila.. dengan tangannya yang penuh dengan darahnya itu
dia mengeluarkan sesuatu didalam poketnya lalu diberikan kepada
Delaila .

"Apa ni haziq?" tanya delaila sambil menahan diri daripada menangis.
"Bu..ka..lah.." kata Haziq dengan nada tersekat sekat menahan sakit .
Delaila membuka sampul surat yang mempunyai tompokan darah haziq
itu . Rupa rupanya terdapat gambar mereka berdua sewaktu kecil dulu,
Haziq kemudian mengambil gambar itu lalu menterbalikkan gambar itu .
Di belakang gambar itu , terdapat tulisan " I LOVE YOU" . Delaila
menangis . "Aku .. akan.. sentiasa .. berada .. di .. hati.. kau ..Delaila"
kata Haziq sambil tersenyum . Waktu itu , mata haziq sudah pun tertutup.

Delaila cemas. Dia menjerit2 nama haziq, sambil menggerak gerakkan
badan haziq. " Haziq! bangun haziq ! haziq !" jerit delaila . Syahrul
memeriksa nadi haziq, selepas itu dia memandang kearah Delaila dengan
wajah yang sedih . "Dia dah tak ada delaila.." kata syahrul dengan nada
yang perlahan. Delaila dan sofea sudah mula menangis.. Delaila meletakkan
kepalanya didada haziq sambil tangannya memegang erat tangan haziq yang
sedang memegang gambar mereka berdua itu ." Aku suka kau haziq.." kata
delaila sambil menangis . Dia tidak sangka , yang haziq akan pergi meninggalkan
dia..tanpa sempat dia memberitahu haziq tentang perasaan dia .

Cinta pertama delaila.. pergi di depan matanya sendiri ..

To Be Continued




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi New Video ! [Tutorial Songkok Dan Kopiah]

Assalammualaikum
Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 55 !

Ohoi lama aih aku tak update blog . Maklumlah
budak sekolah *alasan* . Hari ni aku nak post
pasal Video terbaru Matluthfi . Macam biasa lah aku
memang suka post pasal video dia .Ye dak ?


30 Minit bersama Ustaz Don Listen To Me



*Beraya bersama Batman . Rare tak ?*

Goodluck Matluthfi (Y)

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 43

Part sebelumnya ---> Cinta Remaja Part 42

"Bongoklah kau haziq !" marah Delaila."Siapa suruh kau
tidur kat kelas! Hahaha" kata Haziq sambil ketawa.
"Sudahlah tu korang . Macam budak2 lah" tegur Elisha
tetapi pada masa yang sama , wajahnya pun seperti menahan
ketawa . Delaila memasam kan mukanya. " Aku benci kau"
katanya pada Haziq. Haziq hanya tersenyum. Sudah faham dengan
sikap rakan baiknya tu .

"Nah..ambik ni" kata Haziq sambil menghulurkan coklat pada
Delaila. Delaila hanya memandang sahaja coklat itu . "Ambiklah
Delaila, kekasih kau dah bagi tu" usik Sofea . Mata Delaila membulat.
"Dia bukan kekasih aku lah !" marah Delaila . Serentak mereka semua
ketawa termasuk Haziq . "Hambik jelah kau ni! Mengada betul. Taknak
sudah aku makan coklat ni" kata Haziq sambil mengacah untuk makan
coklat itu . Delaila dengan pantas merampas coklat itu , lalu memakannya.
Haziq tersenyum .

"Eh! So pasal study group tu bila nak start ?" tanya Huda secara tiba2.
Semua orang memandang Elisha . "Apahal pandang aku?" tanya Elisha
dengan wajah pelik . "Yelah , study group kan dekat rumah kau. Jadi
kau kenalah bagitahu bila boleh buat" kata Nazmi . Elisha berfikir sejenak.
"Okay minggu depan kita buat . Alisa pun boleh join tau!" kata Elisha sambil
memandang Alisa yang sedari tadi mendiamkan diri .Alisa hanya tersenyum
lalu mengganguk tanda setuju .

"Err kalau aku nak ajak lagi seorang boleh tak?" tanya Delaila yang dari
tadi sibuk sedang makan coklat . "Siapa?" tanya Elisha . "Syahrul. Boleh
kan?" tanya Delaila. Haziq sudah memandang pelik kearah Delaila .
"Syahrul ? Err okay . Boleh aje" kata Elisha . "Kenapa nak ajak dia pula?"
tanya Haziq . "Saja. Dia kan kawan kita juga" kata Delaila sambil makan
coklat yang diberi haziq itu .

******************************************************
Waktu Balik .

"Syahrul ! Tunggu saya kejap !" jerit Delaila . Syahrul dengan hati yang
berat berhentikan juga langkahnya . "Nak apa delaila?" tanya Syahrul .
"Ah saya nak ajak awak study group dengan saya and kawan2 yang
lain kat rumah Elisha. Jom?" kata Delaila . Syahrul terdiam . "Kenapa
ajak saya pula ?" tanya Syahrul . "Lah , awak kan kawan saya. Kenapa
salah ke ?" tanya Delaila . Syahrul menggelengkan kepala . "So nak
tak? Minggu depan start" tanya Delaila . "Okey" jawab Syahrul sambil
tersenyum . Delaila ketawa riang . "Ingat tau ! minggu depan!" bagitahu
delaila sambil berjalan meninggalkan syahrul .

"So dah cakap belum ?" tanya Haziq yang dari tadi menunggu
delaila di pintu pagar ."Sudah, dah lah jom .Kata nak belanja
aiskrim tadi" kata Delaila sambil berjalan di hadapan haziq .
Haziq masih lagi  berdiri di pintu pagar itu , sambil memandang
wajah Delaila .

"Kenapa pandang aku macam tu ? Jom lah cepat" kata Delaila
sambil menarik tali beg Haziq . "Kejap lah . Aku nak cakap
dengan kau ni " kata Haziq . "Alah nanti2 lah , kita beli aiskrim
dulu ya" desak Delaila sambil menarik narik tali beg haziq .
Haziq mengeluh . Nak tak nak , dia kena juga mengalah .

*******************************************

"Kau nak cakap apa tadi?" tanya delaila sambil menikmati
Aiskrim coklat ditangannya itu . Haziq hanya mendiamkan diri
sahaja . "Woi aku tanya ni " marah Delaila sambil menolak
badan haziq dengan bahunya . "Lepas SPM nanti .. kita
mesti dah ambil haluan masing2 kan?" tanya Haziq dengan
wajah yang muram . Delaila terdiam .Aiskrim ditangannya
itu dipandang sahaja ."Siapa kata ?Aku tak kira aku nak
juga sama U dengan kau" kata Delaila sambil memuncungkan
mulutnya .

"Tak boleh juga delaila kalau keputusan SPM kita teruk"
kata Haziq . "Kalau macam tu kita belajar lah betul2,
nanti dapat keputusan sama2 gempak " kata Delaila
dengan nada ceria . Haziq tersenyum . "Janji ? Belajar betul2
dan sama2 masuk U okay ?"kata Haziq . "Janji !"jerit Delaila.
Lantas mereka berdua ketawa bersama sama .

To Be Continued


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi New Video ! [Balik Kampung]

Assalammualaikum !

Aku tau hampa semua dok syok beraya kan ?
Tak macam aku , dok kat rumah main game. Entah mana
semangat raya aku pi pun tak tau . Tapi kalau bab makan,
bab duit nombor satu . ekekeke .

Dalam dok bersuka ria berhari raya, janganlah lupa baca
blog aku .Aikk? ok tertukar topik pula. Okey pada yang
tengah baca ni jangan lupa saksikan video terbaru dari Matluthfi.

*Video yang sesuai dibuat iklan . iguess *




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 42

Part sebelumnya --> Part 41 

Kejadian di belakang blok dua hari lepas , terasa seperti tidak
pernah berlaku . Sofea dan rakan2 yang lain melayan alisa
dengan mesra tanpa mengungkit kisah yang sudah berlalu .
Alisa kini , sudah menjadi sebahagian daripada mereka.

Pada waktu rehat , Delaila tidak keluar dari kelas. Alasannya
sakit perut padahal dia mahu tidur saja sebab tak dapat tidur
dengan lena semalam . Baru sahaja Delaila hendak meletakkan
kepalanya di meja , tiba2 sahaja dia mendengar tapak kaki
seseorang sedang masuk ke kelas . "Sudah habis masa rehat
ke?" tanya dia lantas memandang ke arah pintu kelas.

Syahrul sedang berdiri tegak di hadapan pintu itu . Wajahnya
sedikit cemas. "Err Hai delaila" kata Syahrul dengan nada yang
sedikit tersekat sekat . "Hai" pendek sahaja jawapan Delaila.
Dia sendiri tidak tahu hendak cakap apa pada Syahrul . Tiba2
sahaja suanana menjadi hening , syahrul pula masih lagi berdiri
tegak di hadapan pintu . " Eh awak nak ambik apa kat sini?"
tanya delaila apabila pelik melihat syahrul yang sedari tadi tidak
langsung berganjak dari situ .

"Ah lupa pula" kata Syahrul lalu bergerak pantas pergi ketempatnya
untuk mengambil barang .  Delaila hanya tersenyum melihat gelagat
syahrul yang seperti tidak tentu arah itu . Sesekali dia perasan yang
syahrul memandang kearahnya . Selesai syahrul mengambil barang,
dia berjalan hendak keluar dari kelas.

"Eh Syahrul , sekejap!" jerit Delaila. Syahrul memberhentikan langkah
lalu memandang ke arah delaila yang sedang berdiri itu . "Saya nak cakap
dengan awak kejap" kata Delaila dengan nada yang serious. Jantung syahrul
berdegup dengan kencang. "Apa?" tanya Syahrul . Delaila berjalan ke arah
syahrul . "Saya nak tanya kenapa sejak akhir2 ni awak macam elakkan diri
dari saya je?" tanya Delaila. "Saya ada buat salah apa2 ke?" tambah delaila.

Dalam beberapa minit , Syahrul mendiamkan diri . " Tak ada. awak tak ada
buat salah apa2" kata syahrul sambil memandang wajah delaila. Mata mereka
berdua saling bertentangan . Cepat2 syahrul memalingkan wajahnya, mukannya
menjadi merah padam. Delaila yang tersedar akan perubahan wajah syahrul itu
menegurnya " Eh syahrul, kenapa muka merah? demam ke?" tanya delaila risau .

"Ah tak ada apa2! , tak ada apa2 ! jangan risau! okeylah bye!" kata syahrul
lalu berjalan laju meninggalkan delaila yang kelihatan terpinga pinga . "Hurm,
tak sihat kot" kata delaila di dalam hati , lalu dia berjalan semula ke tempatnya
untuk tidur .

"Fuh selamat!" kata Syahrul didalam hati . Punyalah cemas dia tadi bila delaila
nampak wajahnya bertukar merah . "Aduh aku ni macam perempuan lah!"
kata syahrul sambil menepuk dahinya . Malu dengan perangainya yang tidak
tentu arah tadi . Tapi bila difikirkan semula.. ini disebabkan perasaan sukanya
pada Delaila..

*******************************************************

Delaila merasakan badannya bergegar dengan kuat. "Hoi ! Hoi! bangun!
Gempa bumi!" . Mendengar jeritan itu, Delaila dengan pantas bangun
lalu menjerit dengan kuat " Hah?! Gempa bumi ! lari cepat!" katanya
dalam kelam kabut . Delaila memandang sekeliling kelas, semua pelajar
memandangnya dengan wajah yang pelik , suasana menjadi sepi seketika
dengan tiba2 delaila mendengar Haziq sudah gelak terbahak bahak
disebelahnya.Serentak dengan itu , semua pelajar kelas itu turut sama
tergelak melihat aksi memalukan Delaila itu .

Wajah delaila masih lagi dalam keadaan keliru . Dia cuba menstabilkan
fikirannya yang bercelaru. Setelah faham apa yang berlaku , Delaila membaling
pencilcase nya kearah haziq yang seperti orang tak cukup nafas dek kerana tak
henti2 ketawa. Elisha, Faizal ,Huda , Nazmi ,Sofea, Alisa dan Danish pun turut
ketawakannya ."Sudahlah tu ketawa" marah delaila sambil memukul2
menggunakan pencilcasenya.Haziq menghalang pukulan itu menggunakan
tangannya. Tapi ketawanya masih lagi tidak reda .

To Be Continued
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Ini Dikatakan KAD RAYA MODEN.

Assalammualaikum !

So .. macam mana hari anda hari ni ? Baju raya sudah beli
belum ? Kuih raya beli atau buat ? Kalau buat , pakat2
lah hulur kat aku ni .. aku teringin nak makan kuih raya
buatan orang.. habis selama ni robot ke yang buat ? -.-

Baju raya korang semua warna apa tahun ni ? Aku warna hijau.
Itupun family aku jelah . Aku seorang sesat warna biru . Kuih
raya pula, standard beli jelah . Aku nak buat mak aku tak bagi,
katanya nanti mak aku yang kena kemas dapur tu .. ceh macam
tahu2 je .

Aku nak tanya, korang semua ada dapat tak kad raya tahun ni ?
Kalau ada... untungnya ! Jealous aku . Aku langsung tak dapat
hari ni . Maklumlah , zaman dah moden , semua guna laman sosial
dengan SMS saja ye dok ? Siapa baik hati , bagi lah kad raya
kat aku . LOL

Dulu aku suka bagi kad raya kat kawan2 , yang pasti kad raya
berkartun memang feveret aku . Lepastu aku bila dah dapat
kad raya dari kawan , aku tampal2 kat dinding ataupun simpan.

Apa apa pun , aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya
Aidilfitri untuk anda semua yang sedang membaca ini . Maaflah
nak guna kad , alamat hampa semua tak tahu . So aku gunakan
hikmat *Kad Raya Moden* ni jelah ye ?

Ampun maaflah kalau aku ada terkasar bahasa atau ada
tersakit kan hati sesiapa. Maklumlah , bila kita ada blog ni
kita tulis macam2 kadang2 tak sedar yang kita ada terguriskan
hati orang kan .

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
LOL
Standard curi kat google je. Maaf .

Aku wish awal2 pasai takut aku busy *siapkan diri untuk raya*

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 41

Part 40 <-- tekan untuk baca

"Alisa .. kenapa awak buat saya macam ni?" tanya Sofea.
Alisa hanya mendiamkan diri . "Alisa?" panggil Sofea . Dia
tidak mahu berkasar. "Sebab saya sukakan Danish!" kata
Alisa dengan tiba2 . Sofea terdiam . Alisa mula menangis. "Saya
terlampau sukakan dia..dah bermacam cara saya cuba untuk
tarik perhatian dia.. tapi .. dimata dia hanya awak seorang je"
kata Alisa dengan keadaan teresak esak menahan nangis.

Danish yang mendengar mula berasa simpati . Dia tahu , dia
langsung tidak menjaga hati Alisa, dia tahu dia tak patut
buat Alisa begitu . Sofea mendekati Alisa , tanpa alisa
sedari , Sofea memeluk erat Alisa. Alisa tergamam.
Sofea melepaskan pelukannya itu sambil tersenyum.

"Dah rasa lega belum ? kalau belum kita peluk awak lagi sekali"
tanya Sofea sambil tersenyum ikhlas. Alisa dengan tiba2 memeluk
Sofea sambil menangis , "Thanks" bisik Alisa ditelinga Sofea.

"Err Alisa... aku nak minta maaf sebab berkasar dengan kau
selama ni .. maafkan aku yea?" kata Danish . Untuk beberapa
minit , Alisa mendiamkan diri akhirnya dia bersuara "its okay..
salah aku juga. . Friends?" kata Alisa sambil tersenyum .
"Friends!" serentak mereka semua berkata.

"Alhamdullilah semuanya sudah berakhir" kata Elisha. Faizal
yang berada disebelahnya tersenyum , dia juga rasa lega apabila
semuanya sudah selesai . Kini masa untuk dia dan rakan2 memberi
tumpuan pada peperiksaan SPM .

"Sofea" panggil Danish . Wajah sofea menjadi merah . "Alamak
macam mana aku lupa boleh pasal ni" kata Sofea didalam hati .
Sofea memalingkan badannya kearah Danish . Danish tersenyum.
"Awak sukakan saya kan?" kata Danish dengan muka gatalnya.
"Ehh mana.. mana ada !" kata Sofea dengan riak yang cemas.
Danish ketawa terbahak bahak . " Ahahah comel lah awak ni,
muka cepat sangat merah. Dah lah jom, nanti cikgu tangkap
basah tak pasal2. Tapi bagus juga , cepatlah kita kahwin" usik
Danish panjang lebar . Wajah sofea menjadi semakin merah .
"Hish dia ni!" marah Sofea didalam hati tapi dibibirnya terselit
satu senyuman nipis .

************************************************

Di Kelas, Delaila merenung lama wajah Syahrul . Sudah lama
dia tidak bergurau senda dengan Syahrul . Entah kenapa hati
dia rasa kosong apabila ketiadaan Syahrul .

"Hoi ! kau termenungkan apa tu ?" terjah Elisha. Delaila yang
terkejut hampir2 sahaja hendak terpukul Elisha. " Hish dia ni,
tak ada apa2 lah. Just fikir, SPM dah dekat. Dan kita tak
buat apa persediaan lagi" tipu Delaila . Takkan lah dia hendak
bagitahu Elisha yang dia sedang fikirkan Syahrul , mau tak kecoh
satu kelas nanti .

"Oh pasal SPM , jangan risau . Aku dengan Fuad dah bincang nak
buat study group kat rumah aku . Nak tak?" cadang Elisha. "Gila
tak nak, mestilah nak" kata Delaila dengan wajah selambanya .
"Good, kita ajak semua nanti!" kata Elisha. Mata Delaila membulat.
"Semua? Satu kelas ke??!" tanya Delaila. Satu pukulan tiba di bahu
delaila , "Bukannlah ! semua tu maksudnya sofea , huda semua tu lah,
lembab lah dia ni" marah Elisha . "Oohh" pendek sahaja jawapan delaila.

Alisa mendiamkan diri sahaja di dalam kelas. Sesekali dia memandang
ke arah Sofea dan Danish yang sedang duduk di meja mereka.. rasa
bersalah mula menyelubungi diri dia, Kerana terlampau ikutkan hasutan
syaitan , dia sanggup buat semua tu . Tapi dia bersyukur kerana semuanya
sudah selesai dan dia redha dengan ketentuan Ilahi , kini tiba masa dia
meluapakan semuanya. Fuad juga sudah meminta maaf kepada mereka
semua. Jadi semuanya sudah selesai .

To be Continued


Line macam Hantu . Macam mana nak update laju .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Oh Ibu Mertuaku

Assalammualaikum !
Salam Ramadhan .

Hari ni kan aku tiba2 terfikirkan sesuatu perkara yang
buatkan aku terfikir dari sebelum puasa sehingga
sekarang. Apa ke lama benor aku fikir .

Ini bermula apabila aku dan kawan aku sedang duduk
berbual kosong . Tiba2 kawan aku terpegang tapak tangan
aku, then disitu bermulalah perbualan kami tentang Ibu Mertua
dan Tapak Tangan .

Kawan aku tanya kenapa tapak tangan aku lembut , dan dia
cakap aku ni mesti jarang buat kerja2 rumah semua. And i was
like.. what the fish ? -.- Aku buat lah. Dah tangan aku taknak
kasar nak buat macam mana . Then kawan aku ada mention
yang Bakal Mak Mertua kita nanti akan check tapak tangan
kita lembut atau tak . And kalau lembut tu maknanya kena reject
ah sebab jarang buat kerja2 rumah .

Itu buatkan aku terfikir , oh kalau begitu kesianlah kat orang macam
aku ni . Nak kata tak pernah basuh pinggan semua tu , aku tiap2
hari kena . Tapi tangan aku tetap lembut juga .Dan aku terfikir,
Kenapa perlu check tapak tangan bakal menantu ? Mana lah tahu
bakal menantu kita tu suka pakai losyen ke apa ke sebab tu lah
tangan dia tak kasar .

Perlu ke nak check tapak tangan bagai ? Kita duduk sehari dengan
bakal menantu kita tu dulu , then tengok dia buat ke tak semua
kerja2 rumah . Baru lah okey . Ini hanya kerana tapak tangan
yang lembut kena reject . Ahahaha . Rasa macam kelakar je.

Kalau ya pun bakal menantu kita tu tak tahu buat semua benda2 tu
kita boleh ajar kan ?.  Kalau betul lah cerita hal tapak tangan ni,
taubat aku takmao ibu mertua lagu tu . Cerewet . Eh? Ahaha.

Wahai bakal ibu mertuaku , tolonglah . Jangan check tapak
tangan saya. Ahahahah.


*Aku dengar2 dulu bakal mak mertua akan tengok kaki bakal
menantu , untuk apa hah ?*


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi New Video ! [Om Nom nom nom]

Assalammualaikum .
Salam Ramadhan.

Ya. Aku tahu . sekali imbas , tajuk video dia macam
bahasa Thailand. Tapi , kita hiraukan apa maksud tajuk
tu .

Video kali ni betul2 bagi impak pada orang ramai agaknya.
Sebab siapa yang pernah kena tu , dia tahu lah . Kan ?

Time bulan puasa ni , mesti ada perempuan yang puasa
sebab nak kuruskan badan . Kan ? Tipulah kalau tak.
Tak salah kalau kita nak kuruskan badan , tapi seeloknya
kita puasa kerana Allah . Bukan sebab nak kurus je . Okay?

Macam melalut je ayat aku . Maklumlah aku update ni
time pukul 1.30 pagi . 

Okay now, lets enjoy.


Petang Hang kurus, Malam hang gemuk
Terima Hakikat. 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Mana Benda Tu ?!

Assalammualaikum
Salam Ramadhan

Aku tahu korang semua mesti pernah menghadapi
masalah Barang hilang . bukan 'Barang' yang
penjenayah selalu sebut tu .

Dekat rumah aku . Always . terjadi kejadian hilang
barang , Handphone , Remote Control, Baju , Seluar,
Sikat, Etc . Senang cerita semua benda yang dipanggil
benda hilang . Kadang2 makanan pun boleh hilang . Hah
yang tu mesti kerja Hantu Raya yang dah setahun tak makan.

Actually barang tu tak kemana pun . Cuma kita je yang
lupa. Al maklumlah , melayu mudah lupa. Sebab tu formula
mathematik semua Cina je yang ingat. Eh apa kena mengena?


Kemudian bila dah tak jumpa tu , mula si ayah tanya si ibu , si ibu
tanya si along, si along tanya si akak , si akak tanya si adik . Yang
si adik ni tak tahu nak tanya siapa terpaksa tanya pada diri sendiri .
Dengan itu bermulalah pencarian harta karun di rumah sendiri .

Serious aku cakap , aku tak suka cari barang yang hilang ni melainkan
barang tu aku betul2 nak gunakan . Ahah . Nampak bertapa pemalasnya
aku . Aku ni kadang2 guna prinsip 'Bukan aku yang hilangkan , aku
tak perlu cari' Ekekekek . PEMALAS


Cuba bayangkan kalau dekat dunia ni kita ada kuasa , kita hanya perlu
sebab nama benda tu , then POOF ! benda tu terpangpang depan mata
kita. Hah . Indahnya dunia. Tapi nanti makin malas lah manusia. Aha.
sekarang pun dah malas ~~


Bila dah hilangkan sila mengaku . Jangan buat2 tak tahu
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi New Video ! [Lampu Tandas Rosak]

Assalammualaikum
Salam Ramadhan .

*Drum roll* <-- betui ke eja ?

Yeay mempersembahkan The New Video By Matluhtfi !

Okay seriously , dont judge a book by its cover . Tajuk
dia tu ada maksud tersirat . Jangan hang sangka dia cerita
pasal Lampu tandas dia rosak sepanjang masa . 

Ya memang ramai orang yang suka menilai dahulu sebelum
melakukannya . Kita patut lebih terbuka. Jangan hanya 
ada sedikit kekurangan disitu , kita melarang seseorang
untuk mengetahuinya apa sebenarnya yang kurang . 

Okay apa aku melalut . Dah pi tengok .

p/s : Please doakan abang aku. Dia terlibat dalam
kemalangan :'(


Enjoy :)

Ilmu itu sifatnya mencerahkan. kalau makin belajar makin gelap,
itu namanya ilmu hitam.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Pengisytiharan Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum
Go Pakcik Go! .. lol 

Seperti yang semua sudah sedia maklum 1 ramadhan jatuh pada
21 Julai 2012 . Yeay ! i know , everyone getting excited right?
Only one more day left. Wuuuuh . Semoga kita semua dapat
meraikan Ramadhan dengan penuh keberkatan . Amin .


Entry kemain pendek . Ekekekeke .

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 40

Part 39 <-- tekan untuk baca

"So apa macam ? Korang dapat apa je tadi ?"tanya Delaila tidak
sabar."Relaks lah kau ni. Kot ye pun bagilah kitaorang duduk
dulu" kata Haziq lalu duduk di kerusi kantin itu . Danish dan
Sofea sudah pun balik, dan mereka langsung tidak mengetahui
tentang rancangan ini .

Fuad pun menceritakan apa yang dia, Haziq dan Nazmi dengar
sewaktu rehat tadi . Bulat mata Delaila, Elisha dan Huda apabila
mendengarnya . "Serious?!!" tanya Delaila untuk kepastian .
Mereka mengangguk . Untuk beberapa saat mereka berenam
terdiam sebentar .Fikirkan perkara yang buatkan mereka runsing
setiap hari .

Kemudian Elisha mula berbicara " Okay . Now, tiba masa untuk kita
selesaikan semuanya" yang lain semuanya memandang Elisha dengan
wajah pelik . "selesaikan apa?" tanya Delaila sedikit lembab untuk
menangkap apa yang dimaksudkan Elisha . "Delaila...kau ni kan..
cuba cepat sikit pickup" ngeluh Haziq . Delaila mencebik . 

"Selesaikan hal Danish dan Sofea lah. Okay . Here's the plan" kata
Elisha. Kelima lima yang lain mendekatkan diri untuk mendengar
rancangan Elisha .

-----------------------------------------------------------------
Keesokkan Harinya , 

"Yo Fuad ! Ada hal kitaorang nak settle dengan kau" jerit haziq
lalu menarik Fuad ke tepi dinding . "Eh apahal korang ni?!" tanya
Fuad cemas ." Relaks lah , kitaorang bukan nak jual dadah" kata
Nazmi sambil menepuk bahu Fuad yang kelihatan cemas itu .

Sementara itu , 
"Sofea ! rehat nanti kita lepak kat belakang sekolah tau , jangan
risau kita ada dua orang pengawas sebagai backup" kata Delaila
sambil menuding jari ke arah Elisha dan Huda . "Banyaklah kau
backup" kata Huda. Sofea hanya senyum lalu menggangguk.

----------------------------------------------------------------

"U nak apa jumpa I kat belakang sekolah time2 rehat macam ni?"
tanya Alisa . Fuad berdiri sandar di dinding . "Eh you pekak ke?
i tanya ni!" marah Alisa. "Pasal Sofea dan Danish" bicara
Fuad dengan wajah yang serious ."Oh pasal diorang, kenapa?
U nak ikut balik ke rancangan I nak pisahkan diorang?" kata
Alisa sedikit teruja. Fuad mengangguk perlahan. "Bagus, sekarang
lagi senanglah I nak pisahkan diorang. You pun mengoratlah lagi
si Sofea tu . Biar diorang makin jauh" kata Alisa. Fuad hanya
mendiamkan diri . 

Sedang Alisa rancak bercakap . Tiba2 muncul Danish dari belakang
bersama Faizal, Nazmi dan Haziq. "Oh , macam tu . Jadi kau lah
yang rancang semua ni ?" kata Danish tanpa ada sedikit senyuman
di bibirnya . Alisa pucat. Fuad berjalan dan berdiri di sebelah Faizal
lalu berkata "Sorry . Aku dah tak nak buat kerja ni lagi"."Fuad!How
could you !" marah Alisa . Alisa kemudiannya berpaling untuk lari
dari situ,  tetapi laluannya dihalang oleh Sofea, Elisha , Huda dan
Delaila yang dari tadi mencuri curi dengar . Wajah alisa semakin
pucat . "Sorry . Awak dah kalah" kata Delaila sambil membuat
gaya gedik . Sofea hanya mendiamkan diri . Dia memandang Danish
yang masih lagi berwajah serious itu . Ada sedikit rasa bersalah
dalam diri dia kerana melukakan hati Danish .








Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Di Kala Bulan Puasa .

Assalammualaikum ~

Okey lagi 9 or 8 days lagi untuk bulan Puasa. Im sure ramai yang
tak sabar2 nak puasa kan ? Ehe samalah titew ~ *Kita* .
Mesti semua orang dah tak sabar nak pergi ke Bazaar Ramadhan
dimana waktu tu nafsu kita *menggelegak* mahukan semua makanan
yang ada disitu *Syaitan kena ikat* . Alah mengaku sajalah , anda semua
mesti pernah beli banyak2 makanan lepastu time berbuka makan sikit je
dah kenyang. Tahu sangat . Hahaha .

Time puasa ni lah kita dapat tambahkan amal ibadah kita with solat terawih
semua tu . Kan ? And that moment bila kita tak sabar2 menunggu azan maghrib
berkumandang , sampaikan ada yang duduk di depan Tv, di depan Radio atau
di depan meja makan <-- ini aku. And then sebelum tu kita tolong mak kita
hidangkan makanan untuk makan bersama keluarga. time ni lah kita dapat
makan bersama sama keluarga kita, dapat baca doa sama2  . Ehe.

Menu buka puasa yang paling aku suka Mee Bandung. Ya Allah memang
tu favourite aku . Bila nak buka puasa kalau boleh hari-hari aku nak suruh
mak aku masak tu . Time bukan bulan puasa tak ada pula aku suruh .
Maklumlah time2 macam ni lah kita nak bermanja dengan mak kita dengan
suruh masak masakkan kegemaran kita kaaaan ? =P lepastu mesti ada part
di mana masakan kita tak cukup GARAM . Ahahaha biasalah orang puasa
bak kata mak aku .

Kalau pi Bazaar Ramadhan tak sah kalau kita tak beli bermacam macam jenis
kuih kan ? Murtabak , kuih segala jenis kuih *aku tak hafal nama kuih*

Sumber ihsan dari Google. Lol

Kemudian MOST IMPORTANT sekali bagi aku , kena ada air tembikai.
Seriously aku memang sukakan tembikai , jadi kalau buka sebijik tembikai,
air tembikai pun jadi lah bagi aku .
Sumber ihsan dari Google.

Tiba2 aku teringat waktu aku kecil2 dulu , aku pernah curi2 minum air
kat paip . Lol sorry mom. Ahahahha . Alah masa tu i tak matang lagi tau.
Ecewah ayat nak cover.  Tapi sekarang taubat tak buat dah pasal air
paip tak sedap pun. Eh ? 

Oh ya dulu2 juga aku suka sangat main Mercun POP POP dan Bunga Api . Serious
kalau nampak je orang jual aku menangis2 nak benda ni . Pasal benda ni tak bahaya.


Dua2 gambar ihsan dari Google.

Tapi sekarang ni kalau nak main pun kena cover2 . Pasal nanti ternampak
sangat aku kebudak budakkan ahahaha. Serious rindu nak main benda alah
ni. 


Mercun bola. Bagi peminat fanatik bola janganlah sampai nak
main mercun bola ni woi . Bahaya . Kot2 lah hangpa lembap sangat
dah pi nyalakan api lepastu lupa nak baling , sia sia kau raya pakai
satu tangan . Tapi Kalau nak baling kat Israel boleh aja. Ahahaha .


Okey lah sekian sahaja Entry Di kala Bulan Mengambang Puasa aku ni .
Semoga terhibur .

Puasa hang dah ganti belum woooooooooooooi ~~~ ?


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi