Oh Ibu Mertuaku

Assalammualaikum !
Salam Ramadhan .

Hari ni kan aku tiba2 terfikirkan sesuatu perkara yang
buatkan aku terfikir dari sebelum puasa sehingga
sekarang. Apa ke lama benor aku fikir .

Ini bermula apabila aku dan kawan aku sedang duduk
berbual kosong . Tiba2 kawan aku terpegang tapak tangan
aku, then disitu bermulalah perbualan kami tentang Ibu Mertua
dan Tapak Tangan .

Kawan aku tanya kenapa tapak tangan aku lembut , dan dia
cakap aku ni mesti jarang buat kerja2 rumah semua. And i was
like.. what the fish ? -.- Aku buat lah. Dah tangan aku taknak
kasar nak buat macam mana . Then kawan aku ada mention
yang Bakal Mak Mertua kita nanti akan check tapak tangan
kita lembut atau tak . And kalau lembut tu maknanya kena reject
ah sebab jarang buat kerja2 rumah .

Itu buatkan aku terfikir , oh kalau begitu kesianlah kat orang macam
aku ni . Nak kata tak pernah basuh pinggan semua tu , aku tiap2
hari kena . Tapi tangan aku tetap lembut juga .Dan aku terfikir,
Kenapa perlu check tapak tangan bakal menantu ? Mana lah tahu
bakal menantu kita tu suka pakai losyen ke apa ke sebab tu lah
tangan dia tak kasar .

Perlu ke nak check tapak tangan bagai ? Kita duduk sehari dengan
bakal menantu kita tu dulu , then tengok dia buat ke tak semua
kerja2 rumah . Baru lah okey . Ini hanya kerana tapak tangan
yang lembut kena reject . Ahahaha . Rasa macam kelakar je.

Kalau ya pun bakal menantu kita tu tak tahu buat semua benda2 tu
kita boleh ajar kan ?.  Kalau betul lah cerita hal tapak tangan ni,
taubat aku takmao ibu mertua lagu tu . Cerewet . Eh? Ahaha.

Wahai bakal ibu mertuaku , tolonglah . Jangan check tapak
tangan saya. Ahahahah.


*Aku dengar2 dulu bakal mak mertua akan tengok kaki bakal
menantu , untuk apa hah ?*


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

3 Itik gebo-gebo:

nana kamarul berkata...

Eh! Susahlah macam tu!! Not to brag but macam Nana tiap hari basuh pinggan tapi tiap2 hari pun pakai lotion jugak. So, tak mustahil lah tangan x kasar. Sedihhh gila x pasal2 kena reject! Hopefully x dapat mak mertua yang macam tu jugak. Aminnn :(

Nurulee berkata...

Hahaha, first ever dgr pasal tapak tangan ni. Omaigad, ee pun buat kerja rumah and at the same time pakai losyen sbb nak always lembut. kekekeke =D

Cik Kay Jue berkata...

hish.. tak logik la kalau juz check tangan da tau kita ni buat kerja2 rumah ke tak..hish.. macam2 la andaian orang..

*p/s : may be dia jelez kot tngn awak lembut seperti saya.. hahahaha.. peace..

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi