Cinta Remaja Part 3 ,Cinta Remaja Part 4
Ternyata suara itu milik Faizal dan Elisha . Kedua dua mereka berjalan
seiringan ke tempat rakan mereka . "Amboi setahu aku kita lari dua pusingan
je bukan 10 pusingan , lambatnya masuk.Nasib lah tadi cikgu Fatimah tak
sedar korang tak ada" ujar Delaila . Faizal dan Elisha hanya tersenyum sahaja
mendengar kata2 Delaila itu . Mereka berdua terus mengambil kerusi dan
duduk bersama sama mereka . "Korang tengah bincang apa ni?" tanya Elisha.
"Kitaorang tengah bincang pasal nak buat apa untuk Hari Guru nanti" ujar
Sofea . Faizal dan Elisha hanya mengangguk tanda faham .
Sebenarnya tadi Faizal dan Elisha tidak pun menghabiskan larian , sebaliknya
mereka pergi ke blok lain . Jadi sebab itu lah mereka lambat masuk ke kelas,
dan sememangnya diorang bernasib baik kerana Cikgu Fatimah tidak sedar
akan kehilangan diorang . Al maklumlah cikgu fatimah hanya tahu berikan
kerja , kerja dan kerja .
Sedang mereka khusyuk berbincang , akhirnya mereka telah membuat kata
putus dengan membuat keputusan untuk membuat tema "Garden" . Delaila
hanya perlu buat kertas kerja untuk pengagihan kerja sahaja , dalam pada
masa yang sama Delaila berharap Hari Guru itu akan berjalan dengan lancar
untuk tahun ini .
Setelah tamat persekolahan (Di rumah Delaila)
Delaila sedang khusyuk membuat kertas kerja untuk Matapelajaran Sains .
Kertas kerja itu ialah PEKA yang wajib dibuat oleh semua pelajar . Untuk
mendapatkan markah yang baik dalam ujian . Sedang dia khusyuk membuatnya
tiba2 Handphone nya berbunyi lagu Selamanya Harimau Malaya . Delaila
sememangnya meminati Bolasepak , lebih2 lagi dengan Team Harimau Malaya.
Delaila lantas menekan butang "Open Messages" itu lalu membaca .
Dalila aku minta maaf tentang hal di sekolah tadi aku harap kau maafkan aku . im so sorry .
Selesai membaca , Delaila termenung sendirian . Kertas kerja itu tidak lagi
disentuh olehnya .
Pada Keesokkan paginya di dataran
" Delaila kau dah siap kerja PEKA sains ? " tanya Sofea . Delaila hanya
termenung tanpa mempedulikan pertanyaan Sofea. Sofea yang pelik dengan
sikap Delaila yang lain itu lantas bertanya lagi "Delaila , are you okey?" sambil
memegang bahu Delaila . Delaila yang tersedar dari termenung itu, nampak
sedikit terpinga pinga " Maaf , kau cakap apa tadi ?" . Sofea mengerutkan
dahinya melihat perangai Delaila yang seratus peratus berubah itu ."aku tanya
kau dah siap belum kerja PEKA sain?" Delaila hanya menggelengkan kepala
nya tanda belum. Setelah mendapat membaca messages itu semalam, Delaila
lebih banyak termenung daripada menyiapkan kerja itu .
"Delaila , kau ni okey ke tak?" tanya sofea dengan sedikit marah .
Sememangnya Sofea tidak menyukai rakannya itu merahsiakan sesuatu masalah
daripadanya.Delaila hanya tersenyum dan mengganguk tanda dia Okey .
Hanya itu saja yang mampu dia buat. Fikiran dia masih lagi memikirkan hal semalam .
Sememangnya Sofea tidak menyukai rakannya itu merahsiakan sesuatu masalah
daripadanya.Delaila hanya tersenyum dan mengganguk tanda dia Okey .
Hanya itu saja yang mampu dia buat. Fikiran dia masih lagi memikirkan hal semalam .
Setelah tamat perhimpunan , semua pelajar Sekolah Sri Muzika beratur
untuk masuk ke kelas . Setelah sampai di kelas, Delaila lantas duduk tanpa
menghiraukan Sofea yang berada disebelahnya itu . Delaila bukan tidak
mahu berkawan dengan Sofea , tetapi buat masa ini fikirannya terganggu.
Delaila sempat menoleh memandang seseorang di belakang . Seseorang
yang selama ini berada di hatinya . Sedang Delaila mengelamun seorang
diri . Tiba2 bunyi pintu diketuk oleh seseorang . Disitu kelihatan Guru
kelas 5 Muzik Cikgu Siti sedang berjalan bersama dua orang pelajar..
Seorang perempuan , seorang lelaki . "Siapa diorang ni ? " bisik hati
Delaila ..
(To Be Continued)
3 Itik gebo-gebo:
wooo, *tepuk tangan*
@Amani◕‿◕ hahahaha :D
Bila nak sambung balik?
Catat Ulasan