" Awak semua buat apa disini ? nak jadi penjaga pintu ke ? cepat masuk kelas!"
Kata seorang wanita lingkungan 30 tahun itu . Mereka berempat tersentak
dengan teguran tu lalu memandang wanita itu . Ternyata firasat diorang itu benar
wanita itu ialah guru matapelajaran mereka , Cikgu Fatimah .
"Alamak lebih baik kita masuk cepat , kalau tak sia-sia kita kena tendang
sorang2"bisik Delaila kepada rakannya .Mereka berempat dengan segera
masuk ke kelas dan bersedia untuk memberi salam .Setelah selesai memberi
salam ,Cikgu Fatimah mengarahkan mereka untuk menghantar kerja rumah yang
diberinya .
"Sila hantar kerja rumah yang saya berikan semalam ! sesiapa yang tidak siap
sila kedepan!"kata Cikgu Fatimah . Mendengar sahaja arahan cikgu Fatimah itu
ramai pelajar kelas 5 Muzik sedang memeriksa balik buku2 mereka,ada yang
terus kehadapan ."Huda awak dah siap?" tanya Elisha kepada Huda.
"Alamak kita terlupa lah , macam mana ni" jawab huda dengan suara yang panik .
Sementara itu ,Sofea yang duduk bersebelahan dengan Delaila bertanya
"Delaila kau dah siap ? kalau belum jom kita sama2 pergi ke depan haha"
Sofea sedikit pun tidak berasa takut , mungkin kerana itu memang sikapnya
yang sering tidak menyiapkan kerja rumah . Lebih2 lagi kerja rumah matematik
itu memang kelemahan dia."Apa kau ? aku dah siap lah"kata Delaila
sambil menunjukkan buku latihan dia .Sofea lantas mengambil buku latihan
Delaila , tidak sampai beberapa minit , Sofea ketawa ."Kenapa kau ketawa?"
Tanya Delaila , dia pelik kenapa rakannya itu tiba2 ketawa. Tersalah makan
ubat agaknya."Kau salah buatlah! Hahaha ni soalan yang kita belum belajar"
Mendengar kata2 Sofea tu membuatkan Delaila berasa seperti hendak gila.
Penat2 Delaila bersengkang mata ,memerah otak untuk menyiapkan kerja
rumah itu rupa2 nya dia tersalah buat .Belum sempat Delaila hendak merungut
tiba2 Cikgu Fatimah menengking"Cepat keluar ! Jangan nak menipu kalau tidak
saya check seorang2".Mendengar amaran cikgu fatimah itu , ramai yang mula
berdiri dan pergi ke hadapan .Ternyata bukan mereka berempat sahaja yang
belum siapkan kerja rumah itu .Semua tahu yang Cikgu Fatimah itu suka
memberi kerja yang banyak tanpa fikirkan kerja2 rumah mereka yang lain.
Setiap hari 100 soalan dia berikan kemudian dia akan meminta nya esok.
Sesiapa pun tidak suka dengan caranya itu .
Setelah berdiri di hadapan,"Korang pun kena berdiri ke ? Hahaha " kata Haziq
dengan mukanya yang sedikit pun tidak ada rasa takut mahupun bersalah .
Delaila hanya menjeling sahaja Haziq,sememangnya mereka berdua itu sering
sahaja bertengkar . Ada sahaja yang tidak kena apabila berjumpa .
"Alahai denda apa lah kali ni "Danish sudah mula risau dan tertanya tanya apa
denda yang akan dikenakan untuk dia."Huda awak pun kena denda ya ?"
Tanya Nazmi sambil tersenyum .Huda hanya mampu tersenyum sambil menahan
malu sahaja ."Elisha nanti kita lari sama-sama ya ?" kata faizal kepada Elisha .
Semua pelajar tahu yang mereka ini pasangan kekasih, dimana mana sahaja bersama.
Belum sempat Elisha hendak menjawab tiba2 Cikgu Fatimah sudah bersuara
"Sudah ! Jangan bercakap lagi . Sudahlah tidak siapkan kerja rumah" semua
pelajar yang berada di hadapan hanya mampu menundukkan kepala sahaja.
Masing- masing tertanya tanya apakah denda yang akan mereka dapat ?
adakah mereka kena berjumpa dengan Guru Disiplin mereka yang garang
macam Singa itu ?
(To Be Continued)
Cerita Ini Hanyalah Rekaan Semata mata
3 Itik gebo-gebo:
sambung cepat plssss
kena denda .
hehe .
:)
Alololo... comelnyee...
Catat Ulasan