Cinta Remaja Part 3 .
"Weyh Cepatlah lari ! Jangan tahu rehat je" terkejut dengan jerkahan
itu , Elisha hampir2 tersembur air yang berada di mulut dia itu . Bila
dia memandang belakang , rupa-rupanya Haziq , Danish dan Faizal
yang berada di situ . Haziq ketawa melihat reaksi Elisha itu , oleh kerana
terlalu marah , Elisha membuat muka masam lalu berkata "Jahatlah
kau Haziq ! ".Faizal dengan serta merta memarahi haziq kerana mengacau
kekasih nya itu . Haziq hanya tersenyum sahaja , langsung tiada reaksi menyesal
di wajahnya . Sofea hanya ketawa melihat telatah rakan rakan nya itu , tanpa
dia sedari ada seseorang sedang memerhati dia .
"Eh minta sedikit air boleh tak? Haus ni" Pinta Danish . Elisha yang sedikit
teragak agak menjawab " Ni bukan air aku , ni air Sofea. lagipun tak kisah
ke nak minum bekas perempuan?" Danish menggeleng lalu memandang Sofea
dengan senyuman yang manis " Sofea tak kisah kan ? " Sofea yang sedari tadi
ketawa tiba2 menjadi kaku . Untuk mengelakkan Danish mengetahui sesuatu
Sofea hanya mampu senyum dan mengangguk.
Danish lantas mengambil botol di tangan Elisha lalu meneguk air itu . Selesai
minum dia berikannya kepada sofea "Terima Kasih Sofea" kata danish
sambil tersenyum. Sofea hanya senyum sahaja . Sedang mereka berlima
berada di situ tiba2 Cikgu Fatimah menjerit " Hey ! Saya suruh lari bukan
suruh berkhemah ! Cepat lari " mendengar sahaja suara cikgu Fatimah itu
Faizal dengan segera memegang lengan Elisha dan membawanya lari . Haziq
pula seperti mempunyai kuasa laju sahaja lari meninggalkan tempat itu . Tinggal
lah Sofea yang masih lagi terpinga pinga , akibat ditinggalkan Elisha . Danish
yang sedari tadi berada di sebelahnya tersenyum lalu berkata " Jom lari sama2 "
Sofea dengan perasaan yang keliru mengikut sahaja kehendak Danish . Sedang
mereka berlari bersama sama , Danish tiba2 bertanya "Kejap lagi masa cikgu
nak habis , kita pula baru 2 pusingan lari sempat ke tak ye?"
Sofea hanya menaikkan bahu tanda tidak tahu , sebenarnya Sofea berasa malu
untuk bercakap dengan Danish secara berdua duaan . Sekolah Sri Muzika ini
sememangnya mempunyai ruang bangunan yang sungguh luas dan besar , oleh
kerana itu lah pelajar2 yang didenda ambil masa yang lama untuk berlari .
Danish sedar yang sofea seperti hendak mengelak dari bercakap dengan dia.
Lalu dia berhenti sebentar dan bertanya " Sofea , awak tak suka kawan dengan
saya ke? " Sofea tersentak mendengar pertanyaan Danish itu . Dia sedar yang
dia telah mengecilkan hati Danish . Dengan segera Sofea menjawab"Tak adalah
saya cuma tak selesa bila kita berdua duaan ni " . Mendengar jawapan dari
Sofea itu ,Danish tersenyum lalu mendekatkan muka nya kearah Sofea .Sofea
tunduk kerana malu dengan tindakan yang dibuat oleh danish itu . Kelihatan
muka sofea yang pada mulanya putih itu , menjadi merah padam . Danish
kemudian hanya ketawa lalu berlalu pergi meninggalkan Sofea . Sofea terpinga
pinga lalu terus mengekori dia daripada belakang.
Kriiiiiiiinggggg
Bunyi loceng tamat sudah pun berbunyi , Sofea dan Danish sampai dikelas
setelah penat berlari,sewaktu itu semua pelajar kelas 5 muzik sudah pun
membuat kerja masing2 .Cikgu Fatimah juga sudah tidak kelihatan .
Sofea yang baru sahaja sampai ditegur oleh Delaila " Hoit best tak
dating?" usik delaila.Sofea hanya tersenyum menahan malu . Lalu dia
dengan segera bertanya"Eh Nazmi , Huda , Haziq , Elisha and Faizal mana?"
pelik melihat hanya Delaila seorang sahaja berada disitu . "Huda pergi
tandas,Elisha dan Faizal tak tahu , Nazmi dan Haziq pergi melepak"
terus sahaja Delaila menjawab dengan mukanya yang selamba . Sofea
hanya diam sahaja mendengar jawapan dari Delaila . " Faizal and Elisha
berdating lah tu.." bisik hati sofea . Waktu itu Danish sudah pun berlalu pergi
keluar dari kelas untuk bersama sama rakannya .
Sementara itu ..
" Elisha sebenarnya awak sukakan saya atau tidak ?" Faizal bertanya
sambil memandang Elisha dengan penuh tanda tanya . Elisha terdiam
sebentar melihat gelagat kekasihnya yang tiba2 sahaja betanya begitu .
"Kenapa awak tanya macam tu ? " tanya Elisha . Faizal hanya diam
lalu menggelengkan kepala sambil tersenyum " Tak ada apa2 lah" .
Elisha tahu Faizal kecil hati yang dia tidak membalas pertanyaan dia
itu lalu dia berkata " Awak , dalam hati saya hanya ada awak seorang
saja . Tiada orang lain selain awak " Faizal tersenyum mendengar jawapan
daripada Elisha itu .
Guru Bahasa Melayu masih lagi tidak masuk , kelihatan Nazmi ,Danish dan
Haziq sedang berbual bual di belakang kelas . Kemudian , Delaila , Sofea
dan Huda menghampiri mereka bersama dengan sehelai kertas dan sebatang
pen .Delaila tanpa dipelawa terus duduk di sebelah Haziq . " Boleh kami
duduk?" tanya Huda kepada mereka . " Boleh , baguslah minta izin dulu
bukan macam budak sebelah aku ni " sindir Haziq . Delaila hanya memekak
telinga lalu terus bertanya " Eh korang ada idea tak untuk Hari Guru nanti ?"
Delaila telah dilantik oleh pelajar-pelajar Sekolah Sri Muzika untuk mengendali
acara Hari Guru ini . Tahun lepas juga dia diberi tanggungjawab yang besar
itu , Jadi memang penting untuk Delaila berikan komitmen yang baik untuk
Acara yang sememangnya ditunggu tunggu oleh Pelajar dan Guru Sekolah
Sri Muzika .
"Hmm tahun lepas kita buat tema Air kan ? " Tanya Danish . Delaila
hanya mengangguk , malas agaknya hendak buka mulut ."Then apa
kata tahun ni kita buat tema api ?" Sambung Danish ."Tema api ?
alamat terbakarlah sekolah kita ni " dengan selamba haziq mencelah
tanpa sempat Delaila menjawab . "Haziq please jangan menyampuk,
lagisatu tema api tak semestinya kita kena letak api di merata rata tempat"
kata Delaila dengan penuh marah sekali . Haziq terdiam seketika , sebelum
mula melawan "Aku tahu lah , dan kau pun tak payahlah nak marah2 aku
gurau je !" Bingung dengan pergaduhan itu , Nazmi dengan segera mengarah
mereka supaya berhenti . Tidak sanggup dia hendak mendengar leteran Haziq
dan Delaila , boleh rosak telinga dia.
Baru sahaja Delaila hendak meneruskan perbincangan dia yang tergendala
tadi, tiba2 ada suara yang memberi salam "Assalammualaikum" keenam
enam mereka memandang pintu kelas mereka di hadapan .
(To Be Continued)
Cerita Ini Hanya Rekaan Semata mata
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan