Danish terkejut melihat kelibat gadis itu . Rupa rupanya itu ialah
pelajar baru Alisa Syafira .Gadis itu kelihatan sungguh manis
apabila senyum . Danish yang tadinya riuh kini terdiam , terkejut
agaknya dengan kemunculan Alisa yang cantik itu .
Alisa yang pelik melihat kelakuan Danish itu mula bertanya
"Danish awak okey ke?". Haziq yang faham dengan sikap
rakannya itu , terus menepuk bahu danish untuk sedarkannya.
setelah itu barulah Danish tersedar , "Ya Alisa ? nak apa?"
tanya Danish. "Tak ada apa2 saya saja nak tegur awak,lagipun
saya tengok kawan2 yang lain macam sombong je" ujar Alisa sambil
membuat muka sedihnya itu . Haziq dalam diam membuat muka
meluatnya terhadap Alisa " Kau yang tak tegur , nak cakap orang sombong"
bisik hati haziq . Tanpa membuang masa Danish terus mendapatkan kerusi
untuk Alisa dan mempersilakan dia untuk duduk . Mereka berdua berbual
dengan mesra sekali , Faizal , Nazmi dan Haziq sudah mula meninggalkan
mereka kerana malas hendak masuk campur . Semestinya mereka perasan
dengan sifat gedik Alisa yang melebih itu .
"Eh Sofea cuba tengok tu ? Tu budak baru Alisa tu kan ? " ujar Huda , dia
kelihatan terkejut melihat kelakuan Alisa yang cuba mendekati Danish itu .
Sofea hanya melihat Danish dengan berwajah muram sahaja . Tiada sepatah
perkataan pun keluar dari mulutnya. Delaila yang berada disebelahnya,sudah
pun tertidur kerana tidak cukup tidur semalam,sememangnya itulah perkara
yang suka dibuat Delaila apabila cikgu tiada . Huda dan Elisha perasan dengan
perubahan diwajah Sofea,tetapi mereka tidak berani untuk bertanya . Dan
sekiranya mereka bertanya sudah pasti Sofea tidak akan memberitahu sebabnya,
kerana Sofea lebih gemar merahsiakannya.
Guru matapelajaran Sejarah sudah pun masuk , Delaila yang pada mulanya
mengantuk , kini menjadi hyper . Kerana matapelajaran Sejarah dan Muzik
adalah Subjek yang paling dia minati . Tetapi tidak pada rakan rakannya itu,
ketiga tiga mereka seperti orang tidak pernah tidur setahun . Menguap sahaja
sudah lebih 10 kali .
Selepas Tamat Persekolahan
"Bye Sofea!" ujar Danish sambil tersenyum . Sofea hanya mengangguk dan
senyum sahaja, mood dia untuk bergembira sudahpun hilang semuanya kerana
Alisa." Time nak balik pun masih lagi nak menggedik" bisik hati Sofea apabila
melihat Alisa berjalan seiringan dengan Danish . "Sofea jum balik sama2" ujar
Huda dan Elisha . Sofea sedikit terkejut , mujur dia tidak terlepas cakap .
Kalau tidak habis bocor segala rahsianya. " Mana Delaila?" tanya Sofea ,
dia pelik kerana Delaila tiba2 sahaja hilang , tidak seperti selalu. "Oh dia balik
lambat sikit , katanya nak kena jumpa cikgu untuk bincang hal Hari Guru nanti"
jawab Huda. Sofea hanya mengangguk sahaja . Lantas mereka bertiga segera
berjalan untuk pulang ke rumah .
"Baiklah cikgu saya akan buat yang Terbaik untuk Hari Guru nanti" ujar
Delaila sebelum keluar dari bilik guru . Delaila berjalan pantas kerana
tidak mahu lewat sampai ke busstop sekolah.Rumah Delaila agak jauh daripada
sekolah jadi setiap hari ibunya yang akan menghantar dan mengambilnya dari
sekolah. Sesudah sampai di Busstop , delaila melihat2 di luar pagar samaada
ibunya sudah sampai atau belum . Ternyata ibunya masih lagi belum sampai ,
jadi Delaila terus duduk di kerusi sambil membaca kertas2 kerja untuk Hari
Guru nanti . Sedang khusyuk membaca , tiba2 ada suara yang menegurnya
daripada belakang.
(To Be Continued)
Cerita Ini Hanyalah Rekaan Semata Mata
1 Itik gebo-gebo:
jalan2, baca novel :)
Catat Ulasan