Cinta Remaja . Part 3

Tekan untuk membaca - Cinta Remaja Sinopsis ,Cinta Remaja Part 1
Cinta Remaja Part 2

Sedang semua orang memikirkan denda yang akan diberi oleh Cikgu Fatimah.
"Saya nak awak semua lari 4 pusingan di sekeliling bangunan ni" mendengar
arahan dari cikgu fatimah itu membuatkan mereka semua terbeliak biji mata .
terkejut dengan denda yang diberikan oleh cikgu itu . Tiba2 "Aduh jatuhlah
market aku" dengan selamba Danish mengeluh dihadapan cikgu .

Cikgu Fatimah yang mendengar kata2 Danish itu memandang danish
dengan jelingan yang penuh tajam "Danish awak ada bantahan? Apa market2?
awak ingat pasar ke ?" mendengar sahaja jawapan dari cikgu itu ramai yang
sudah ketawa sembunyi2 kerana tidak tahan mendengar jawapan dari cikgu itu.
Sememangnya ramai cikgu yang tidak tahu perkembangan ayat2 zaman ini .

Cikgu Fatimah perasan ada yang ketawa mendengar jawapan daripada beliau
lantas dia bertanya "Kenapa awak semua ketawa?" . Sofea dengan segera
menjawab " Tidak ada apa-apa lah cikgu. cikgu bila boleh lari ni? nanti habis
masa cikgu"  . Pertanyaan Sofea itu membuatkan Delaila berasa pelik ,
"Semangatnya nak lari" itu yang bermain dalam fikiran delaila . Dalam pada
masa yang sama , Sofea mencuri curi pandang kearah Danish , sedang sibuk
melayan perasaan angau nya itu.Danish tiba2 memandang kearahnya lalu
senyum.Sofea yang berasa malu itu ,cepat2 mengalihkan pandangannya itu .

"Baiklah pergi lari sekarang!" mendengar arahan cikgu itu . Ramai pelajar
berpusu-pusu keluar dari kelas . Sewaktu sedang lari di hadapan kelas2 junior
mereka,ada yang ketawakan ada yang buat muka kesian malah ada yang baik
hati berikan sokongan pada mereka ,sudah seperti pertandingan marathon pula.
Sofea, Delaila dan Elisha mendahului larian itu , manakala Huda berhenti
sebentar kerana hendak membetulkan tali kasutnya .Nazmi yang berada
berhampiran Huda dengan segera menolong Huda .

"Mari saya tolong ikatkan tali kasut awak" kata Nazmi sambil tersenyum .
"Eh tak payahlah Nazmi" Huda berasa malu apabila melihat tindakan Nazmi itu.
Nazmi sememangnya digilai ramai gadis , jadi huda tidak mahu dicop
"Penggoda"oleh peminat2 Nazmi .Namun Nazmi tetap tidak mengendahkan
tolakan Huda itu lantas terus mengikat tali kasut Huda.Tanpa mereka sedari ,
Elisha, Delaila dan Sofea sedang berlari ke arah mereka .

"Ulat bulu dah naik daun" Ujar Delaila dengan kuat sekali. Pelik dengan ayat
yang Delaila sebutkan itu , Sofea bertanya " Eh apa kena mengena ulat dengan
diorang tu?"Delaila yang mendengar pertanyaan Sofea itu hanya tersenyum dan
menaikkan bahu tanda tidak tahu . Sememangnya Delaila suka bercakap tanpa
mengetahui maksudnya.Terdengar suara Delaila dan Sofea itu , Nazmi dengan
segera bangun.

"Eh korang dah habis satu pusingan dah?" tanya Huda kepada mereka . "A'ah
tak macam awak dating je tahu" dengan selamba nya Sofea menjawab. Huda
dan Nazmi berasa malu dengan usikan Sofea itu ."Mana ada aku dating aku
tolong dia lah"Kata nazmi dengan harapan dapat menutup malunya itu, lalu
lantas dia dengan segera meminta diri untuk sambung berlari . Huda yang
sedari tadi hanya tersenyum seperti orang baru berkahwin ditegur oleh
Delaila "Sudahlah tu Huda . Jangan Senyum2 lagi nanti orang ingat awak tu
gila, cepatlah pergi lari awak tu 1 pusingan pun tak lepas lagi"mendengar Delaila
berkata begitu, Huda dengan serta merta teringat denda yang diberi oleh Cikgu
Fatimah itu,"Oh ya !Lupa pula , okey jom lari sama2 " pinta Huda.

"Korang lari lah dulu , aku dengan Elisha nak berehat sekejap" akur dengan
permintaan Sofea , Delaila dan Huda dengan segera meneruskan larian mereka
Sofea dan Elisha duduk sebentar di koridor itu , mereka bernasib baik kerana
pelajar di kelas itu tiada.Jadi senanglah mereka hendak berehat. Sofea dengan
segera menghirup Air botol yang dibawanya dengan senyap2.Sedar bahawa
rakannya Elisha itu juga sedang haus ,Sofea memberi botol itu kepada rakannya
"Terima kasih" kata elisha sambil tersenyum

Sedang Elisha menghirup air itu , tiba2 dia terdengar satu suara yang
sememangnya tidak asing lagi pada dia dan Sofea ...
(To Be Continued)


Cerita Ini Rekaan Semata Mata

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

4 Itik gebo-gebo:

Drain Camera Melbourne berkata...

Hello... Just dropping by to leave you some smile...Have a wonderful day.

Ain Nadiah berkata...

wah buat cerpen ye? ada bakat ni

aimie berkata...

@Ain Nadiah hahaaha :) ini hasil idea kita dengan kawan kita ^^ . kami hanya kongsikan sahaja hehe Thanks

Sabila Azam berkata...

Amboi danish.. tergelak taw.. "Jatuhlah market aku.." Aduhh..

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi