Cinta Remaja Part 3 , Cinta Remaja Part 4 , Cinta Remaja Part 5
" Baiklah murid2 semua , hari ini cikgu bawa dua orang pelajar baru yang
akan masuk kelas kita hari ini " kata Cikgu Siti sambil tersenyum . Semua
pelajar sudah mula berbisik bisik , melihat dua orang pelajar itu . Sofea,
Huda dan Elisha juga tidak melepaskan peluang untuk bergossip tentang
mereka . Delaila hanya mendiamkan diri melihat dua orang pelajar itu .
"Diam Semua . Baiklah sila kenalkan diri anda " perintah Cikgu Siti .
Pelajar perempuan itu , rupanya saling tak tumpah seperti pelakon
terkenal Lisa Surihani , dia senyum lalu memperkenalkan dirinya .
"Hai nama saya Alisa Syafira selamat berkenalan" . Tatkala itu
ramai pelajar2 lelaki kelas 5 Muzik sudah pun membuat bunyi2
gatal mereka . " Feeewit Feewit awek HOT " jerit seorang pelajar lelaki.
Cikgu Siti hanya mengelengkan kepala melihat telatah anak muridnya itu ,
" Baiklah kamu pula ? " tanya Cikgu siti . Pelajar lelaki itu hanya mengangguk
lantas memperkenalkan dirinya " Hai nama saya Syahrul . Selamat berkenalan"
katanya sambil tersenyum . Sekarang pelajar-pelajar perempuan pula yang mula
menggatal , ada yang bisik2 dengan kawan nya , ada yang pandang dia tanpa
henti . Sememangnya lelaki itu sama tanding dengan The Macho Group .
Selesai memperkenalkan diri , Cikgu Siti arahkan mereka untuk duduk di
tempat yang kosong , pada mulanya kelas itu penuh tetapi ada 3 orang pelajar
yang telah pindah kesekolah lain . Jadi terdapat 3 kekosongan disitu . Selesai
segala urusan itu , Cikgu Siti beredar daripada kelas . Sewaktu itu , ramai
gadis2 dan lelaki2 yang nampak seperti terlebih hormon gatal cuba untuk
mendekati Pelajar baru itu termasuk dengan Danish . Sofea ternampak
danish cuba untuk mendekati gadis itu , tatkala itu wajah Sofea bertukar
menjadi masam .
Waktu Addmath sudah pun habis , pelajar2 kelas 5 muzik sedang bersiap
sedia untuk pergi ke studio di sekolah mereka . Disebabkan sekolah itu
sekolah jenis Muzikal , jadi Datin Intan telah membina 3 Studio di setiap
tingkat untuk memberi kemudahan kepada pelajar2 yang hendak training .
" Haziq kau dah training belum lagu yang kita nak nyanyi untuk Hari Guru
nanti?"tanya Danish . Haziq hanya mengganguk tanda sudah , fikirannya
sedikit terganggu hari ini , Danish yang perasan akan sikap rakannya yang
lain itu mula berasa pelik.Namun dia tak mahu busybody jadi hanya
mendiamkan diri sahaja .
Di Studio cikgu Ning yang mempunyai vokal yang mantap itu mengajar segala
teknik2 nyanyian untuk pelajar yang ingin menyanyi . Manakala cikgu Shah
mengajar pelajar2 yang ingin bermain alat muzik .Studio muzik itu besar jadi
banyak ruang untuk membuat kumpulan , didalam nya ada tempat untuk alat
muzik , ada tempat untuk recording dan ada tempat untuk belajar teknik
menyanyi sememangnya semua kelengkapan ada disitu .Bagi pelajar yang
ada alat muzik sendiri mereka lebih gemar membawanya ke sekolah . Bagi
pelajar yang ingin bermain alat muzik and bernyanyi mereka boleh pergi diantara
kedua dua group itu . Sememangnya cikgu Ning and Cikgu Shah tidak kisah
jika ada pelajar yang tidak masuk di group itu , kerana mereka faham yang
mereka hendak pergi ke kelas lain .
Delaila dan Sofea berada di kelas bermain alat muzik , kerana kelas yang
lalu mereka telah pun berada di kelas Menyanyi . Mereka bergilir gilir
pergi ke kelas itu mengikut turutan . Dengan itu mereka akan dapat lebih
banyak ilmu tentang muzik . Delaila masih lagi termenung , gitar yang
ada di tangannya itu tidak langsung dipetik . Tiba2 ada suara yang
menegurnya " Awak ni Delaila kan ? " Delaila tersentak lalu mengalihkan
pandangan kearah orang itu .. ( To Be Continued)
Cerita ini hanyalah rekaan semata mata
Selamat Membaca :)
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan