Cinta Remaja . Part 11

Tengok Disidebar untuk Part Sebelumnya.

Delaila segera memandang kearah belakang , ternyata pemilik
suara itu ialah Syahrul . Tanpa membuang masa Delaila menjemput
Syahrul untuk duduk . "Awak tunggu siapa ? " tanya Syahrul .
"Saya tunggu ibu saya, awak pula?" kata Delaila ."Samelah kita"
jawab Syahrul sambil tersenyum . Semestinya Delaila sendiri tidak tahu
hendak bercakap apa dengan Syahrul .Maklumlah Syahrul itu budak baru
jadi Delaila tidak tahu Syahrul itu orangnya bagaimana ."Awak pegang kertas
apa tu?" ujar Syahrul ."Oh ini kertas kerja untuk Hari Guru nanti , saya kena
kendalikan acara tu " Jawab Delaila .Syahrul yang mendengar itu kelihatan
sungguh kagum dengan Delaila,maklumlah kerja itu bukan senang untuk
diuruskan .Semua warga Sekolah Sri Muzika bergantung harap padanya.
"Oh okey hebatlah awak,sebab diberi kepercayaan kendalikan acara tu"
kata Syahrul dengan kagumnya.Delaila tergelak kecil melihat telatah rakan
barunya itu .Belum sempat Delaila hendak membalas kata2 Syahrul itu ,
ibunya sudah pun sampai . "Eh Ibu saya dah sampailah besok kita berbual
lagi kay" ujar Delaila sambil melambai tangan pada Syahrul.

Keesokkan harinya .
Sebelum pelajar- pelajar memasuki kelas , Delaila sudah pun meminta
kebenaran guru2 untuk berjumpa sebentar dengan semua pelajar Tingkatan
5 untuk mengagihkan kerja2 yang perlu dibuat pada Hari Guru . Mujur semua
guru-guru disana kenal dengan Delaila dan memberikan keizinan . Tanpa
membuang masa, Delaila memberi kertas kerja kepada semua pelajar2
Tingkatan 5 . Di situ , tertulis

Kelas 5 Muzik - Menghias Pentas
Kelas 5 Melodi - Menyediakan Makanan
Kelas 5 Balada - Mengendalikan alat2 instrument yang akan digunakan
Kelas 5 Merdu - Menyediakan alat2 menghias
Kelas 5 Karya - Menyediakan muzik yang akan dinyanyikan .

Berikut merupakan kerja2 yang akan dikendalikan oleh setiap kelas .
Sememangnya Delaila berharap mereka dapat laksanakan tanggungjawab
mereka dengan baik .Delaila juga menyenaraikan segala persembahan
persembahan yang akan dijalankan disitu, semua pelajar dari seluruh tingkatan
yang berdaftar untuk melakukan persembahan akan disenaraikan . Tetapi
senarai itu hanya terhad untuk 10 persembahan sahaja. Setelah selesai
semuanya,Delaila membenarkan mereka untuk bersurai . Pada waktu itu,
Delaila sudah pun berasa tertekan dengan tugasan itu . Risau jika acara itu
bertukar menjadi hura hara.


(To Be Continued)

Cerita ini hanyalah rekaan semata mata




p/s : Maaf  lambat Continued Cerita, Busy dengan acara di sekolah.
Lepas selesai semuanya , saya akan cuba untuk sambung cerita dengan
cepat . Ehem Malaysia kalah . Isk Isk . #Menangis


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Tanpa Nama berkata...

okaay . saya tggu episod seterusnya . :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi