My Angel II

Maya sedang mengelap meja di sebuah cafe tempat dia bekerja. Fikirannya
melayang memikirkan anaknya Mia. Dia sedar dia perlu bagitahu Mia tentang Lokman
dan Mia juga perlukan kasih sayang seorang ayah. Tapi selepas bercerai, Maya larikan
diri jauh dari Lokman dan berpindah ke tempat lain. Jadi dia tidak tahu di mana
Lokman dan dia tak nak tahu. Maya menggelengkan kepalanya untuk kembali fokus
kepada kerja .

"Maya..? Awak ke tu?" panggil seseorang dari belakang. Maya menoleh kebelakang
dan terdiam apabila melihat siapa orang itu . "L-lokman?" ucap Maya dengan wajah
yang terkejut dan panik. Lokman kemudian tersenyum, sambil berjalan mendekati Maya.
"Maya..akhirnya saya jumpa awak. Awak tak tahu berapa lama saya cari awak" ucap
Lokman sambil meraup wajahnya. Maya hanya mendiamkan diri tidak tahu hendak buat
apa. "Mama !" jerit Mia dari jauh sambil berlari ke arah Maya. Wajah Maya bertukar
menjadi pucat. Lokman tidak pernah tahu yang dia ada anak. Maya sembunyikan
perkara itu dari Lokman selepas mereka bercerai. Dahi Lokman berkerut melihat Mia
yang sedang berlari kearah Maya. "Maya..ni..anak kita ke?" tanya Lokman sambil
memandang kearah Maya. Maya mengeluh sebelum menganggukkan kepala. Mia hanya
memandang pelik kearah Lokman dan Maya.

Mata Lokman membulat apabila melihat Maya menganggukkan kepala. Dia kemudian
meraup wajahnya dengan kasar. Matanya mula berair. "Ya Allah..Maya kenapa awak
tak bagitahu saya?! Kenapa awak rahsiakan perkara ni?!" marah Lokman. Maya
memandang tajam kearah Lokman. "Apa awak peduli? Kan awak sibuk layan perempuan
lain" jawab Maya dengan dingin. Lokman mengeluh. "Maya please..saya dengan
perempuan tu tak ada apa2. Saya dah putuskan hubungan dengan dia. Tapi dia ni anak
saya! Saya ada hak nak tahu pasal dia!" marah Lokman. Maya mengenggam tangan
anaknya. "Nama dia Miasarah. Umur 5 tahun. Dah. Awak dah tahu kan? So excuse me.
Saya nak sambung buat kerja" kata Maya sambil menarik anaknya untuk pergi jauh dari
Lokman . Lokman dengan pantas memaut lengan Maya membuatkan Maya tersentak.
"Maya please..im sorry..saya masih cintakan awak. Bertahun saya cuba cari awak tapi tak
jumpa. And now saya dah jumpa and dapat tau saya ada anak,awak fikir saya akan biarkan
macam tu je? Please..terima saya semula"rayu Lokman dengan mata yang berair.

Maya menarik kasar lengannya dari genggaman Lokman dan memandang tajam kearahnya.
"No. Saya takkan terima awak semula! Saya tak nak percaya lagi pada awak.So please
jangan ganggu saya lagi" kata Maya lalu berjalan masuk ke belakang kedai. Sampai di
dalam Maya menangis sambil memeluk badan anaknya. "Mama..mama okay?" tanya
Mia dengan penuh prihatin. Maya melepaskan pelukkannya. "Mama okay sayang..Mama
cuma penat je" jawab Maya. Sejujurnya, Maya masih cintakan Lokman.Tapi perasaan
kecewa dan marahnya kepada Lokman yang menghalang dirinya daripada mahu menerima
Lokman semula.

***
 Keesokkan harinya, Lokman datang semula ke cafe itu. Dengan senyuman di wajah
dia berjalan menghampiri Maya dan Mia. "Ugh.Awak buat apa kat sini? Pergi lah
balik" halau Maya apabila melihat Lokman datang kepadanya. Lokman hanya tersenyum.
"Saya datang nak dapatkan awak dan Mia semula" jawabnya dengan selamba. Maya
menjulingkan matanya keatas. "Jangan harap" jawabnya. "Belum cuba belum tahu kan"
kata Lokman lalu dia merapati Mia. " Hai! Nama Pa-Uncle Lokman ! Adik ni Mia kan?"
kata Lokman dengan teruja. Mia menganggukkan kepalanya. Lokman kemudian
menghulurkan lolipop dan teddy bear kepada Mia. Mia kemudian tersenyum lalu
mengambil itu dari Lokman."Waaah! Terima kasih Uncle Lokman !" kata Mia dengan
teruja. "Alah terima kasih je ke? Kiss takda?" kata Lokman sambil berpura pura sedih.
Mia kemudian mencium pipi Lokman.

Maya melihat situasi itu dengan hati yang berat. Melihat Lokman berinteraksi dengan
anaknya sendiri. Dia dalam diam berharap semua benda yang berlaku dulu tidak pernah
terjadi. At least Mia dapat dilahirkan dengan keluarga yang sempurna. Fikirannya
terganggu apabila ada sejambak bunga dihulurkan di depan mukanya. "And this is for
my Angel.As a thank you for giving me my Little Angel. Maaf lambat bagi" bisik Lokman
kepada Maya sambil tersenyum. Maya terdiam.Lokman selalu panggil dia Angel sewaktu
mereka bersama dulu. Maya berdehem untuk mengelakkan dirinya daripada menangis
sambil mengambil bunga itu .

Dan sejak hari itu, Lokman akan sentiasa datang sama ada untuk bantu Maya bekerja atau
bermain dengan Mia. Dia tidak lagi mengungkit tentang perkara dia hendak bersama
dengan Maya semula. Tapi dari tingkah lakunya, Maya tahu dia masih berusaha untuk
bersama semula dengan Maya. Dan semakin hari Maya semakin selesa dengan Lokman,
cuma dia tidak mahu tunjuk kepada Lokman.

***
 "Kau yakin ke pasal ni Maya?" tanya Aisyah sambil  bermain dengan Mia. Maya
mengeluh."Entahlah..aku sendiri keliru" jawab Maya. Aisyah memandang kearah
kawannya. "Syah?"tanya Aisyah. "Kenapa dengan dia?" jawab Maya. Aisyah mengeluh.
"Maya..kau tahukan Syah tu cintakan kau? Dari dulu sampai sekarang ni. And aku
tengok dia layan Mia ni dah macam anak dia sendiri" kata Aisyah. Maya menundukkan
kepalanya. "Aku tahu..tapi kau tahu kan aku cintakan siapa..aku dah cuba nak suka
Syah.Tapi hati aku ni.." jawab Maya.Aisyah memeluk kawannya. "Fikir elok2 sebelum
kau buat keputusan. Aku cuma nak yang terbaik buat kau..lagipun aku tengok Lokman
tu betul2 berubah" kata Aisyah. Maya mengangguk. "Terima kasih Aisyah..sebab bantu
aku selama ni" kata Maya sambil membalas pelukkan Aisyah.

***
Mia dimasukkan ke dalam hospital setelah dia menghidapi demam panas selepas dia
pengsan sewaktu di cafe. Mujur Lokman ada pada masa itu untuk bawa Mia ke hospital.
Sepanjang hari, Lokman duduk di sebelah Mia menunggu anaknya untuk bangun. Maya
tersenyum melihat Lokman betul2 berubah dah sayang pada anaknya. Maya masuk ke
dalam wad dan menepuk bahu Lokman. "Lokman..awak pergi lah balik. Sepanjang hari
awak duduk sini. Biar saya jaga dia pulak" kata Maya. "Apa lah sangat nak dibandingkan
satu hari ni daripada bertahun saya tak ada di sisi dia..selama ni kalau dia sakit saya
tak ada disisi dia..teruk kan saya ni" kata Lokman sambil memegang tangan Mia yang
sedang tidur itu. Maya tersentak . "Maaf..." ucap Maya. Lokman memandang kearah
Maya sambil tersenyum. "Awak tak perlu minta maaf..saya yang patut minta maaf.
Sebab tak jadi suami dan ayah yang baik pada awak dan Mia.." kata Lokman. 

"Kenapa awak buat semua ni..?" tanya Maya sambil cuba untuk menahan daripada
menangis."Sebab saya cintakan awak dan Mia" jawab Lokman. Maya mengenggam
tangannya yang mengigil. "Kalau awak cintakan saya dan Mia..awak takkan lukakan
hati saya dulu" kata Maya dengan perlahan. Lokman mengeluh. "Saya tahu saya salah.
Saya yang bodoh..saya ikut apa yang diminta oleh boss saya supaya rapat dengan
anaknya. Tapi percayalah..saya tak pernah lupakan awak walau sesaat pun. Saya
sedar apa yang saya buat tu salah..Saya tak cintakan dia. Saya cintakan awak dan
awak seorang saja" terang Lokman sambil mencium tangan anaknya. Air matanya
mengalir. "Dan sekarang..saya cintakan awak dan Mia" ucapnya lagi.

Maya menangis mendengar luahan hati Lokman. Perasaannya bercampur baur.
Lokman hanya memandang kearah wajah anaknya itu sambil mengusap perlahan pipinya.
"S-saya..saya pun cintakan awak juga" ucap Maya dengan perlahan. Lokman terkedu,
matanya membulat. Lalu dia menoleh kearah Maya. "Apa?" tanya Lokman perlahan
cuba untuk memastikan apa yang dia dengar tadi. Maya tersenyum. "Saya cintakan awak
Lokman. Dan saya rasa Mia perlukan semula ayah kandungnya" kata Maya. Lokman
kemudian meraup wajahnya sambil menangis. "Ya Allah..terima kasih..terima kasih Maya.
Terima kasih bagi saya peluang kedua ni.." kata Lokman sambil menangis. 

***
Kelihatan Syah dan Lokman sedang duduk di buaian pada waktu malam. Masing-
masing mendiamkan diri sambil memikirkan sesuatu. "So..aku dengar kau nak rujuk
semula dengan Maya" kata Syah. Dia tak dapat nafikan yang hatinya terluka apabila
mendapat tahu tentang perkara itu. Lokman mengangguk sambil tersenyum. "Ye..
Aku sendiri terkejut dia terima aku semula..tapi aku bersyukur" jawab Lokman
sambil memandang kearah langit yang dipenuhi bintang. "Kau tahu kan..lepas
ni kalau kau ulang semula kesilapan kau. Aku takkan lepaskan Maya lagi pada kau"
kata Syah juga sedang memandang kearah langit. Lokman ketawa kecil. "Aku tahu..
tapi aku janji takkan buat kesilapan sama lagi..aku terlampau cintakan dia" jawab Lokman.

"Aku rindu nak lepak dengan kau macam dulu lagi..ingat tak dulu kita panjat pokok
rambutan kat rumah Pakcik Ali?" kata Syah sambil tersenyum. Lokman ketawa.
"Ingat sangat..gila tak ingat kalau dah kena serang dengan serangga satu badan" kata
Lokman. "And..waktu tu lah kita berdua jumpa Maya kan?" kata Syah. Lokman
tersenyum. "Yup..dia lah budak perempuan pertama yang aku tengok berani nak
terajang kau sebab curi rambutan" kata Lokman. Syah ketawa. "And waktu tu lah
kita berdua mula jatuh cinta pada orang yang sama" kata Syah. Lokman hanya
mendiamkan diri. 

Mereka berdua kemudian bangun dari buaian itu. Syah tiba2 sahaja menumbuk wajah
Lokman sehingga dia terjatuh ke tanah. "Tu untuk lukakan hati Maya and peringatan
pada kau sebelum kau kahwin nanti" kata Syah sambil membantu Lokman bangun.
Lokman hanya tersenyum. "Kau nasib baik aku tak pukul kuat sebab aku fikir kau
nak kahwin dah" kata Syah sambil meletakkan tangannya di bahu Lokman. Lokman
hanya ketawa. "Terima kasih Syah..sebab jaga Maya dan Mia selama aku takda"
ucap Lokman. Syah tersenyum . "No problem ! Alahai Nampaknya dah dua kali aku
kalah dengan kau dalam dapatkan Maya" kata Syah sambil berjalan pergi meninggalkan
Lokman dengan mata yang berair dan hati yang berat.

***
Lokman dan Maya sudah pun diijab kabulkan dan kini mereka menuju ke rumah
baru mereka untuk tinggal bersama. Sampai di sana, Maya memandang sekeliling
rumah itu dengan senyuman. Tiba2 Lokman memeluknya dari belakang. Maya tersenyum.
"Terima kasih terima saya semula. Saya janji saya akan bahagiakan awak dan Mia"
kata Lokman. "Kalau awak buat lagi perangai..saya tak teragak agak nak kahwin
dengan Syah" ugut Maya. Lokman menguatkan pelukkannya. "No! Awak dan Mia
milik saya seorang je. Saya janji tak buat awak macam tu lagi. Saya cintakan awak
dan Mia je. My Angel and Little Angel" kata Lokman. Maya ketawa melihat telatah
Lokman.

"Papa ! Mama ! Tengok ada kolam lah kat belakang !!" jerit Mia dengan teruja.
Maya dan Lokman tersenyum melihat telatah anak mereka. Kali ni mereka
berdua yakin , yang kehidupan mereka akan menjadi bahagia semula. Dan
juga sempurna.

"So..agak2 bila boleh dapatkan adik untuk Mia?" bisik Lokman. Jawapannya
dibalas dengan tumbukan di perut oleh Maya dan Lokman terjatuh di lantai
dengan penuh menyedihkan. At least dia tak kena teranjang macam Syah dulu.

The End
Ahahahahaha Ending dia teruk gila !To be honest aku dah korbankan
air mata sendiri dengan membaca cerita2 sedih untuk dapatkan ilham
cerita ni. And hey~ please tell me this story is sad. lol kiddin~



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Mira_Othman berkata...

ahaha .. sedih jugaklah ...
Good job writer! <3 :D

Sya berkata...

Rajin betul akak ye buat novel. Takpe takpe, zmn skrg ni penulis untung ohh~

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi