Maya sedang mengelap meja di
sebuah cafe tempat dia bekerja. Fikirannya
melayang memikirkan anaknya Mia.
Dia sedar dia perlu bagitahu Mia tentang Lokman
dan Mia juga perlukan kasih
sayang seorang ayah. Tapi selepas bercerai, Maya larikan
diri jauh dari Lokman dan
berpindah ke tempat lain. Jadi dia tidak tahu di mana
Lokman dan dia tak nak tahu.
Maya menggelengkan kepalanya untuk kembali fokus
kepada kerja .
"Maya..? Awak ke tu?" panggil seseorang dari belakang. Maya menoleh kebelakang
dan terdiam apabila melihat
siapa orang itu . "L-lokman?" ucap Maya dengan wajah
yang terkejut dan panik. Lokman
kemudian tersenyum, sambil berjalan mendekati Maya.
"Maya..akhirnya saya jumpa
awak. Awak tak tahu berapa lama saya cari awak" ucap
Lokman sambil meraup wajahnya.
Maya hanya mendiamkan diri tidak tahu hendak buat
apa. "Mama !" jerit
Mia dari jauh sambil berlari ke arah Maya. Wajah Maya bertukar
menjadi pucat. Lokman tidak
pernah tahu yang dia ada anak. Maya sembunyikan
perkara itu dari Lokman selepas
mereka bercerai. Dahi Lokman berkerut melihat Mia
yang sedang berlari kearah Maya.
"Maya..ni..anak kita ke?" tanya Lokman sambil
memandang kearah Maya. Maya
mengeluh sebelum menganggukkan kepala. Mia hanya
memandang pelik kearah Lokman
dan Maya.
Mata Lokman membulat apabila melihat Maya menganggukkan kepala. Dia kemudian
meraup wajahnya dengan kasar.
Matanya mula berair. "Ya Allah..Maya kenapa awak
tak bagitahu saya?! Kenapa awak
rahsiakan perkara ni?!" marah Lokman. Maya
memandang tajam kearah Lokman.
"Apa awak peduli? Kan awak sibuk layan perempuan
lain" jawab Maya dengan
dingin. Lokman mengeluh. "Maya please..saya dengan
perempuan tu tak ada apa2. Saya
dah putuskan hubungan dengan dia. Tapi dia ni anak
saya! Saya ada hak nak tahu
pasal dia!" marah Lokman. Maya mengenggam tangan
anaknya. "Nama dia
Miasarah. Umur 5 tahun. Dah. Awak dah tahu kan? So excuse me.
Saya nak sambung buat
kerja" kata Maya sambil menarik anaknya untuk pergi jauh dari
Lokman . Lokman dengan pantas
memaut lengan Maya membuatkan Maya tersentak.
"Maya please..im
sorry..saya masih cintakan awak. Bertahun saya cuba cari awak tapi tak
jumpa. And now saya dah jumpa
and dapat tau saya ada anak,awak fikir saya akan biarkan
macam tu je? Please..terima saya
semula"rayu Lokman dengan mata yang berair.
Maya menarik kasar lengannya dari genggaman Lokman dan memandang tajam kearahnya.
"No. Saya takkan terima
awak semula! Saya tak nak percaya lagi pada awak.So please
jangan ganggu saya lagi"
kata Maya lalu berjalan masuk ke belakang kedai. Sampai di
dalam Maya menangis sambil
memeluk badan anaknya. "Mama..mama okay?" tanya
Mia dengan penuh prihatin. Maya
melepaskan pelukkannya. "Mama okay sayang..Mama
cuma penat je" jawab Maya.
Sejujurnya, Maya masih cintakan Lokman.Tapi perasaan
kecewa dan marahnya kepada
Lokman yang menghalang dirinya daripada mahu menerima
Lokman semula.
***
Keesokkan harinya, Lokman
datang semula ke cafe itu. Dengan senyuman di wajah
dia berjalan menghampiri Maya
dan Mia. "Ugh.Awak buat apa kat sini? Pergi lah
balik" halau Maya apabila
melihat Lokman datang kepadanya. Lokman hanya tersenyum.
"Saya datang nak dapatkan
awak dan Mia semula" jawabnya dengan selamba. Maya
menjulingkan matanya keatas.
"Jangan harap" jawabnya. "Belum cuba belum tahu kan"
kata Lokman lalu dia merapati
Mia. " Hai! Nama Pa-Uncle Lokman ! Adik ni Mia kan?"
kata Lokman dengan teruja. Mia
menganggukkan kepalanya. Lokman kemudian
menghulurkan lolipop dan teddy
bear kepada Mia. Mia kemudian tersenyum lalu
mengambil itu dari
Lokman."Waaah! Terima kasih Uncle Lokman !" kata Mia dengan
teruja. "Alah terima kasih
je ke? Kiss takda?" kata Lokman sambil berpura pura sedih.
Mia kemudian mencium pipi
Lokman.
Maya melihat situasi itu dengan hati yang berat. Melihat Lokman berinteraksi dengan
anaknya sendiri. Dia dalam diam
berharap semua benda yang berlaku dulu tidak pernah
terjadi. At least Mia dapat
dilahirkan dengan keluarga yang sempurna. Fikirannya
terganggu apabila ada sejambak
bunga dihulurkan di depan mukanya. "And this is for
my Angel.As a thank you for
giving me my Little Angel. Maaf lambat bagi" bisik Lokman
kepada Maya sambil tersenyum.
Maya terdiam.Lokman selalu panggil dia Angel sewaktu
mereka bersama dulu. Maya
berdehem untuk mengelakkan dirinya daripada menangis
sambil mengambil bunga itu .
Dan sejak hari itu, Lokman akan sentiasa datang sama ada untuk bantu Maya bekerja atau
bermain dengan Mia. Dia tidak
lagi mengungkit tentang perkara dia hendak bersama
dengan Maya semula. Tapi dari
tingkah lakunya, Maya tahu dia masih berusaha untuk
bersama semula dengan Maya. Dan
semakin hari Maya semakin selesa dengan Lokman,
cuma dia tidak mahu tunjuk
kepada Lokman.
***
"Kau yakin ke pasal
ni Maya?" tanya Aisyah sambil bermain dengan Mia. Maya
mengeluh."Entahlah..aku
sendiri keliru" jawab Maya. Aisyah memandang kearah
kawannya. "Syah?"tanya
Aisyah. "Kenapa dengan dia?" jawab Maya. Aisyah mengeluh.
"Maya..kau tahukan Syah tu
cintakan kau? Dari dulu sampai sekarang ni. And aku
tengok dia layan Mia ni dah
macam anak dia sendiri" kata Aisyah. Maya menundukkan
kepalanya. "Aku tahu..tapi
kau tahu kan aku cintakan siapa..aku dah cuba nak suka
Syah.Tapi hati aku ni.."
jawab Maya.Aisyah memeluk kawannya. "Fikir elok2 sebelum
kau buat keputusan. Aku cuma nak
yang terbaik buat kau..lagipun aku tengok Lokman
tu betul2 berubah" kata
Aisyah. Maya mengangguk. "Terima kasih Aisyah..sebab bantu
aku selama ni" kata Maya
sambil membalas pelukkan Aisyah.
***
Mia dimasukkan ke dalam hospital
setelah dia menghidapi demam panas selepas dia
pengsan sewaktu di cafe. Mujur
Lokman ada pada masa itu untuk bawa Mia ke hospital.
Sepanjang hari, Lokman duduk di
sebelah Mia menunggu anaknya untuk bangun. Maya
tersenyum melihat Lokman betul2
berubah dah sayang pada anaknya. Maya masuk ke
dalam wad dan menepuk bahu
Lokman. "Lokman..awak pergi lah balik. Sepanjang hari
awak duduk sini. Biar saya jaga
dia pulak" kata Maya. "Apa lah sangat nak dibandingkan
satu hari ni daripada bertahun
saya tak ada di sisi dia..selama ni kalau dia sakit saya
tak ada disisi dia..teruk kan
saya ni" kata Lokman sambil memegang tangan Mia yang
sedang tidur itu. Maya tersentak
. "Maaf..." ucap Maya. Lokman memandang kearah
Maya sambil tersenyum. "Awak
tak perlu minta maaf..saya yang patut minta maaf.
Sebab tak jadi suami dan ayah
yang baik pada awak dan Mia.." kata Lokman.
"Kenapa awak buat semua
ni..?" tanya Maya sambil cuba untuk menahan daripada
menangis."Sebab saya
cintakan awak dan Mia" jawab Lokman. Maya mengenggam
tangannya yang mengigil.
"Kalau awak cintakan saya dan Mia..awak takkan lukakan
hati saya dulu" kata Maya
dengan perlahan. Lokman mengeluh. "Saya tahu saya salah.
Saya yang bodoh..saya ikut apa
yang diminta oleh boss saya supaya rapat dengan
anaknya. Tapi percayalah..saya
tak pernah lupakan awak walau sesaat pun. Saya
sedar apa yang saya buat tu
salah..Saya tak cintakan dia. Saya cintakan awak dan
awak seorang saja" terang
Lokman sambil mencium tangan anaknya. Air matanya
mengalir. "Dan
sekarang..saya cintakan awak dan Mia" ucapnya lagi.
Maya menangis mendengar luahan
hati Lokman. Perasaannya bercampur baur.
Lokman hanya memandang kearah
wajah anaknya itu sambil mengusap perlahan pipinya.
"S-saya..saya pun cintakan
awak juga" ucap Maya dengan perlahan. Lokman terkedu,
matanya membulat. Lalu dia
menoleh kearah Maya. "Apa?" tanya Lokman perlahan
cuba untuk memastikan apa yang
dia dengar tadi. Maya tersenyum. "Saya cintakan awak
Lokman. Dan saya rasa Mia
perlukan semula ayah kandungnya" kata Maya. Lokman
kemudian meraup wajahnya sambil
menangis. "Ya Allah..terima kasih..terima kasih Maya.
Terima kasih bagi saya peluang
kedua ni.." kata Lokman sambil menangis.
***
Kelihatan Syah dan Lokman sedang
duduk di buaian pada waktu malam. Masing-
masing mendiamkan diri sambil
memikirkan sesuatu. "So..aku dengar kau nak rujuk
semula dengan Maya" kata
Syah. Dia tak dapat nafikan yang hatinya terluka apabila
mendapat tahu tentang perkara
itu. Lokman mengangguk sambil tersenyum. "Ye..
Aku sendiri terkejut dia terima
aku semula..tapi aku bersyukur" jawab Lokman
sambil memandang kearah langit
yang dipenuhi bintang. "Kau tahu kan..lepas
ni kalau kau ulang semula
kesilapan kau. Aku takkan lepaskan Maya lagi pada kau"
kata Syah juga sedang memandang
kearah langit. Lokman ketawa kecil. "Aku tahu..
tapi aku janji takkan buat
kesilapan sama lagi..aku terlampau cintakan dia" jawab Lokman.
"Aku rindu nak lepak dengan
kau macam dulu lagi..ingat tak dulu kita panjat pokok
rambutan kat rumah Pakcik
Ali?" kata Syah sambil tersenyum. Lokman ketawa.
"Ingat sangat..gila tak
ingat kalau dah kena serang dengan serangga satu badan" kata
Lokman. "And..waktu tu lah
kita berdua jumpa Maya kan?" kata Syah. Lokman
tersenyum. "Yup..dia lah
budak perempuan pertama yang aku tengok berani nak
terajang kau sebab curi
rambutan" kata Lokman. Syah ketawa. "And waktu tu lah
kita berdua mula jatuh cinta
pada orang yang sama" kata Syah. Lokman hanya
mendiamkan diri.
Mereka berdua kemudian bangun
dari buaian itu. Syah tiba2 sahaja menumbuk wajah
Lokman sehingga dia terjatuh ke
tanah. "Tu untuk lukakan hati Maya and peringatan
pada kau sebelum kau kahwin
nanti" kata Syah sambil membantu Lokman bangun.
Lokman hanya tersenyum.
"Kau nasib baik aku tak pukul kuat sebab aku fikir kau
nak kahwin dah" kata Syah
sambil meletakkan tangannya di bahu Lokman. Lokman
hanya ketawa. "Terima kasih
Syah..sebab jaga Maya dan Mia selama aku takda"
ucap Lokman. Syah tersenyum .
"No problem ! Alahai Nampaknya dah dua kali aku
kalah dengan kau dalam dapatkan
Maya" kata Syah sambil berjalan pergi meninggalkan
Lokman dengan mata yang berair
dan hati yang berat.
***
Lokman dan Maya sudah pun diijab
kabulkan dan kini mereka menuju ke rumah
baru mereka untuk tinggal
bersama. Sampai di sana, Maya memandang sekeliling
rumah itu dengan senyuman. Tiba2
Lokman memeluknya dari belakang. Maya tersenyum.
"Terima kasih terima saya
semula. Saya janji saya akan bahagiakan awak dan Mia"
kata Lokman. "Kalau awak
buat lagi perangai..saya tak teragak agak nak kahwin
dengan Syah" ugut Maya.
Lokman menguatkan pelukkannya. "No! Awak dan Mia
milik saya seorang je. Saya
janji tak buat awak macam tu lagi. Saya cintakan awak
dan Mia je. My Angel and Little
Angel" kata Lokman. Maya ketawa melihat telatah
Lokman.
"Papa ! Mama ! Tengok ada kolam lah kat belakang !!" jerit Mia dengan teruja.
Maya dan Lokman tersenyum
melihat telatah anak mereka. Kali ni mereka
berdua yakin , yang kehidupan
mereka akan menjadi bahagia semula. Dan
juga sempurna.
"So..agak2 bila boleh dapatkan adik untuk Mia?" bisik Lokman. Jawapannya
dibalas dengan tumbukan di perut
oleh Maya dan Lokman terjatuh di lantai
dengan penuh menyedihkan. At
least dia tak kena teranjang macam Syah dulu.
The End
Ahahahahaha Ending
dia teruk gila !To be honest aku dah korbankan
air mata sendiri
dengan membaca cerita2 sedih untuk dapatkan ilham
cerita ni. And hey~
please tell me this story is sad. lol kiddin~
2 Itik gebo-gebo:
ahaha .. sedih jugaklah ...
Good job writer! <3 :D
Rajin betul akak ye buat novel. Takpe takpe, zmn skrg ni penulis untung ohh~
Catat Ulasan