Maya merupakan seorang ibu
tunggal yang membesarkan seorang anak perempuan
berumur 5 tahun setelah bercerai
dengan bekas suaminya sewaktu dia mengandung
2 minggu. Kehidupannya selepas
itu memang susah, namun dengan bantuan dan
sokongan kawan-kawannya Maya dapat
melalui kehidupan dengan baik.
"Mama ! Tengok Uncle Syah bagi gula2 ni!" jerit Mia anaknya dengan gembira
sambil menunjukkan lolipop besar
di tangannya. Maya yang sedang duduk di bangku
taman tersenyum melihat telatah
anaknya. "Lama dah tunggu?" tanya seorang lelaki
berkemeja menunjukkan yang dia
baru balik dari office. Maya mendongak untuk melihat
kearah lelaki itu sambil
tersenyum. "Takdalah lama sangat Syah..Macam mana kerja ?
Okay?"tanya Maya sambil
memberi ruang kepada Syah untuk duduk. Syah kemudian
duduk di sebelah lalu
meregangkan badannya. "Bolehlah..at least hari ni dapat kaut lagi
satu projek" kata Syah
sambil tersenyum manis. Maya hanya mengangguk sambil
memandang kearah anaknya yang
sedang bermain di buaian.
"Um..maya..awak tak rasa ke yang Mia tu perlu kenal siapa ayah kandung dia?" tanya
Syah dengan berhati hati. Badan
Maya tiba2 menjadi tertekan. Tangannya digenggam
menahan marah. "Saya belum
sedia lagi..lagipun saya tak rasa saya mampu berdepan
dengan Lokman buat masa ni"
jawab Maya dengan perlahan. "Tapi..." belum sempat Syah
hendak berkata Maya sudah
memotong ayatnya. " Sudahlah. Kita jangan cakap pasal
dia,nanti dah tiba masa yang
sesuai saya bawa lah Mia pergi jumpa dia" jawab Maya.
***
Flashback.
Maya duduk diruang tamu dengan
fikiran yang serabut. Siaran Tv yang terpampang
di hadapannya langsung tidak
diendahkan. Dia tidak henti-henti memandang kearah
jam dinding yang sekarang ini
menunjukkan pukul 1 pagi. Perasaan risau mula
menyelebungi dirinya apabila
suaminya Lokman masih lagi tidak balik dari kerja.
Berpuluh kali dia sudah
menelefon suaminya tapi satu pun tidak diangkat.
Lamunannya terhenti apabila pintu rumahnya terbuka. Dengan pantas dia bangun dari
sofa dan berjalan kearah pintu
untuk menyambut suaminya.Sampai disana, kelihatan
suaminya dalam keadaan serabut,
dengan kemeja terkeluar dari seluar dan rambut yang
kusut masai."Abang okay?
Kenapa lambat sangat balik?" tanya Maya dengan nada
prihatin dan risau.Lokman hanya
tersenyum tawar. "Banyak sangat kerja kat office.Sorry.
Kenapa awak tak tidur
lagi?" tanya Lokman sambil tangannya dicium oleh Maya."Saya
tunggu abang balik. And abang
lapar tak? Saya boleh panaskan lauk" tanya Maya.
Lokman menggelengkan
kepalanya."Its okay. Abang dah makan kat luar.Dah jom tidur
my Angel~ abang penat" ucap
Lokman sambil mencium dahi isterinya.
Sewaktu Lokman mencium dahinya,Maya dapat rasakan dia bau perfume perempuan.
Dan sepertinya perfume itu bukan
milik dia. Namun dia tidak mahu bersangka buruk
terhadap suaminya jadi dia hanya
berdiam diri dan tersenyum kearah suaminya sambil
masuk ke dalam bilik.
Perkara ini terjadi sudah hampir 2 minggu. Maya ada rasa sedikit curiga. Tapi dia
tidak mahu bersangka buruk
kepada suaminya. Mungkin memang betul suaminya
sibuk di office. Maklumlah
suaminya baru sahaja dinaikkan pangkat. "Kau ni baik
sangatlah.."ngeluh Aisyah
sambil menghirup ice coffee di sebuah cafe . Maya yang
duduk di hadapannya mengerutkan
dahi. " What? Apa yang baik?" tanya Maya dengan
riak wajah keliru. Aisyah
mengeluh melihat kawannya yang clueless itu.
"Takkan kau tak syak langsung bila laki kau balik lambat tiap2 hari. Then baju dia bau
perfume perempuan lain?"
tanya Aisyah. Maya hanya mengangkat bahu. "Dia kan
kerja office. Kat office dia
banyak perempuan. So normal lah kan" jawab Maya. Aisyah
merengus menahan sabar.
"Hey. Kau kena hati2, buatnya si Lokman tu main kayu tiga
hah macam mana?" tanya
Aisyah. Maya memuncungkan mulutnya mendengar apa yang
dikatakan oleh kawan baiknya
itu. "Takkanlah...lagipun aku..um.." ucap Maya dengan
wajah yang sedikit merah. Aisyah
mengangkat kening melihat kawannya tiba2 malu.
"Kau apa? Apahal kau ni
tetiba malu?" tanya Aisyah. "Aku mengandung.." kata Maya
perlahan dengan muka yang merah.
Aisyah ternganga sebelum bangun dan memeluk
kawannya itu . "Really?!
Congrats weh ! Omg ! Aku akan jadi aunty tak lama lagi!"
kata Aisyah dengan teruja sambil
memeluk badan Maya dengan kuat.
Dia kemudian kembali duduk ke tempatnya. "So Lokman tahu tak?" tanya Aisyah.
Maya menggelengkan kepalanya.
"What? Then bila kau nak bagitahu dia?" tanya
Aisyah lagi. "Um..aku
rancang nak bagitahu hari ni" jawab Maya sambil tersenyum
malu. Namun senyumannya terhenti
apabila dia melihat pasangan yang masuk kedalam
cafe itu. Matanya membulat.
Aisyah yang sedar perubahan wajah Maya itu menoleh
kebelakang dan terkejut apabila
melihat Lokman sedang masuk ke cafe sambil memegang
tangan seorang perempuan .
"Oh no.." bisik Aisyah sebelum memandang kearah Maya
yang sedang menahan diri
daripada menangis itu. Aisyah dengan pantas bangun menarik
Maya keluar dari cafe tanpa
disedari oleh Lokman yang sedang berada di counter itu.
Sepanjang pejalanan ke rumah Aisyah , Maya hanya berdiam diri. Dia tidak menangis
dan bercakap. Dia hanya duduk
diam sambil termenung kearah luar. Aisyah mengeluh
sambil mengenggam stereng kereta
dengan kuat. Tak guna kau lokman..sanggup
buat maya macam ni marah
Aisyah didalam hati sambil mengenggam stereng kereta.
Sampai di rumah Aisyah, Aisyah
bawa Maya masuk ke dalam bilik untuk berehat.
Maya hanya berdiam diri, dia
seperti berada di alam lain. Aisyah memandang kearah
kawannya dengan penuh prihatin.
"Maya...kalau kau nak menangis.Menangis lah
sampai puas. Jangan
tahan.." pujuk Aisyah sambil duduk di sebelah Maya di atas katil.
Maya kemudian menekup mulutnya
dan air matanya mula jatuh ke pipi. Dia mula
menangis teresak esak dengan
mulut ditekup dan memeluk lututnya. Melihat kawannya
yang sedang terseksa itu, Aisyah
terus memeluk Maya dengan kuat. Air matanya juga
jatuh bersama sama Maya.
"Shush..shussh..Its okay..kau kuat..aku tahu kau kuat Maya"
kata Aisyah sambil cuba sedaya
upaya untuk tahan daripada menangis.
"Kenapa...kenapa dia buat aku macam ni.." ucap Maya sambil menangis teresak esak.
Aisyah hanya memeluk kawannya
sambil mengusap belakangnya. Maya kemudian
menangis sehingga dia tertidur
di dalam dakapan kawannya. Aisyah membaringkan
Maya yang sedang lemah itu
sebelum keluar dari bilik. Dia kemudian mengeluarkan
telefon untuk menelefon
seseorang. Seseorang yang cintakan Maya sebelum Maya
berkahwin lagi.
"Hello..Syah.."
***
Lokman tersenyum sambil melambai
kearah Syeri yang berada di dalam kereta
sebelum kereta itu meluncur laju
pergi. Hilang sahaja kelibat Syeri dari pandangannya,
dia mengeluh panjang. Perasaan
bersalah mula menyelebungi dirinya apabila dia
teringat akan isterinya di
rumah. Namun dia tidak mampu buat apa2,dia perlu rapat
Syeri diatas arahan bossnya
sendiri. Baru sahaja dia hendak melangkah berjalan
masuk kedalam bangunan syarikat
tempatnya bekerja. Mukanya sudah ditumbuk oleh
seseorang membuatkan dia
terjatuh ke lantai. "What the? Hoi kau kenapa?!" marah
Lokman apabila dia melihat siapa
yang menumbuk mukanya.
Kelihatan Syah sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang bengis. Tangannya
digenggam kuat. Syah kemudian
menarik kolar baju Lokman dengan kasar membuatkan
Lokman berdiri dalam keadaan
terpaksa. "Kau ! Kau memang laki tak guna! Kau tipu
Maya ! Kalau aku tahu kau nak
buat macam ni kat Maya, dari dulu lagi aku dah rampas
Maya dari kau !" tengking
Syah sambil menumbuk wajah Lokman sekali lagi. Lokman
berwajah pucat apabila mendengar
apa yang dikatakan oleh Syah. "Sumpah aku menyesal
sebab mengalah bagi Maya dekat
kau dulu! Kalau bukan sebab Maya cintakan kau dulu
dah lama aku ambil dia dari
kau!" marah Syah sambil menendang badan Lokman. Lokman
hanya membiarkan apa yang
dilakukan oleh Syah. Fikirannya hanya memikirkan Maya,
wajah kecewa Maya. "Aku
taknak kau jumpa Maya lagi. Dia dah cukup terseksa sebab
kau" kata Syah sebelum
berjalan pergi meninggalkan Lokman sendirian.
***
Lokman balik ke rumahnya dengan
perasaan yang bercampur baur. Sampai di rumah dia,
dia melihat isterinya sedang
sibuk mengemas barang masuk ke dalam beg. Hatinya sakit
melihat wajah isterinya yang
sedang menangis itu. "Maya.." panggil Lokman dengan
perlahan.Maya langsung tidak
menghiraukannya dan terus mengemas barang masuk ke
dalam beg.Lokman kemudian
berjalan menghampirinya."Sayang-" belum sempat Lokman
menghabiskan ayatnya wajahnya
ditampar kuat oleh Maya. "Jangan panggil saya sayang!
Saya benci awak!" marah
Maya. Matanya merah akibat terlalu banyak menangis.
"Ceraikan saya." arah
Maya dengan nada yang dingin. Mata Lokman membulat
mendengar apa yang dikatakan
oleh isterinya. Dia kemudian memeluk isterinya dengan
kuat. "No.Please jangan
tinggalkan saya. Saya cintakan awak. Saya taknak kita berpisah"
pujuk Lokman sambil memeluk kuat
Maya. Maya menolak kasar badan Lokman sambil
menjeling kearah
suaminya."Penipu! Sama ada awak ceraikan saya sekarang atau saya
yang akan failkan
perceraian" kata Maya sambil menangis.
"Saya tak nak dengar apa2
alasan dari awak lagi! Awak tak tahu apa perasaan saya bila
tunggu awak balik tiap2 hari.
And bila awak dah balik saya bau perfume perempuan lain
dekat badan awak ! Awak ingat
hati saya tak sakit ke?! Saya cuba bersangka baik! Orang
lain semua kata awak main kayu
tiga ! Tapi saya pekakkan telinga! Saya percaya pada
awak!Apa yang saya dapat?! Imej
awak dengan perempuan lain berpegangan tangan !
Awak ingat saya tak sakit ke ?!
Saya benci awak! Saya menyesal percayakan awak!"
sambung Maya lagi sambil
menangis teresak esak.Dia kemudian berjalan untuk mengambil
barangnya dan berjalan menuju ke
pintu sebelum berhenti seketika. "Saya akan failkan
perceraian.Semoga awak bahagia
dengan perempuan tu" kata Maya sebelum berjalan
keluar dari rumah. Lokman
kemudian terduduk di lantai sambil menangis.
To Be Continue
Oh wow..this is one
heavy story. Wait for the Part II~
4 Itik gebo-gebo:
cepat sambung ye dear :)
Eh kurang ajar ini Lokman!
Go kak! Chaiyok2x! :D
lokman buat sbb terpaksa ?
spatutnya dia kena ada pendirian sdiri . kesian maya
Wow..memang best cerita nie..and know what..akak baca atas dulu..baru turun ke bawah..kalau novel kira start dari belakang..baru ke muka surat depan...hahahah...
But..its really sad...
Congrate dear...hah..apalagi...hantar le kat group writer... ^___^
Catat Ulasan