Sampai di puncak Namsam Tower, Aina memandang pemandangan di luar
dengan teruja walaupun cuaca sedang sejuk. Tidak ramai yang berada disitu
kerana cuaca yang sejuk . Aina mengambil beberapa gambar disitu dan
sekali sekala dia akan curi2 mengambil gambar Zain yang sedang fokus
memandang pemandang disitu.
Aina kemudian memandang beberapa pasangan bercinta menulis sesuatu
di lock sebelum menguncinya di tempat yang disediakan . Terdapat berjuta
juta jenis lock yang terkunci di situ. "Tu Love Lock.." kata Zain di sebelah Aina.
Aina memandang kearah Zain dengan wajah yang keliru. Zain tersenyum.
"Orang sini kata, kalau kita tulis nama kita dengan orang yang kita cinta kat situ,
hubungan kita akan kekal untuk selama lamanya dan impian kita akan tercapai" terang
Zain."Oh.." jawab Aina sambil memandang kearah pasangan2 yang sedang bahagia
menulis sesuatu di lock mereka. "Nah" kata Zain sambil menghulurkan lock berwarna
biru kearahnya dan sebuah pen. Aina memandang kearah Zain dengan wajah
yang terkejut. "Eh? Bila masa kau ambil ni?" tanya Zain . "Tadi.." jawab Zain
sambil mula menulis sesuatu di locknya. Aina memandang lama lock itu sambil
memikirkan apa yang hendak ditulisnya. Setelah mendapat idea Aina mula
menulis sesuatu di situ .
"Dah?" tanya Zain . Aina menganggukkan kepalanya. "Kau tulis apa?"
tanya Zain . Aina tersenyum lalu sembunyikan lock itu dibelakangnya.
"Rahsia" kata Aina.Zain memasamkan mukanya. "Ceh kedekut, dah lah cepat
kunci benda tu" kata Zain . Aina mengangguk sambil mencari tempat untuk
mengunci locknya dan tidak sedar yang Zain perhatikan gerak langkahnya.
Setelah selesai Aina kembali berlari kearah Zain. "Dah ! Jom!" kata Aina sambil
tersenyum. Zain mengangguk sambil tersenyum. "Okay. Baik kita cepat sebab
diorang kata lepasni kita ada makan bbq" kata Zain. Dengar saja tentang itu, Aina
terus berjalan meninggalkan Zain seorang diri untuk turun ke bawah.
Zain tersenyum sinis melihat Aina yang sudah hilang dari penglihatannya. Dia
kemudian berjalan kearah tempat di mana Aina mengunci locknya. Setelah
jumpa , Zain membaca apa yang tertulis di situ.
Zain tersenyum melihat apa yang ditulis oleh Aina. Dia kemudian mengunciI Love You Mom and Dad..Saranghae !
locknya bersebelahan dengan Aina punya.
1220 Memories together with Zain and Aina ♥
Setelah berpuas hati, Zain berjalan menuju ke lif untuk turun ke bawah semula dengan senyuman yang lebar.
To Be Continue
Masih menghadapi masalah internet :(
To Be Continue
Masih menghadapi masalah internet :(
1 Itik gebo-gebo:
Heheee..best...
Catat Ulasan