Janji II


Aqram melempar semua barang yang berada diatas mejanya dengan kasar.
Dia menumbuk mejanya beberapa kali sehingga tangannya berdarah. Air
mata yang mengalir langsung tidak diendahkannya. Dia kemudian duduk di
lantai sambil memukul lantai berkali kali. Bukan tangannya yang sakit,tapi
hatinya. Kerana dia telah menghina orang yang dia betul2 cintakan . "Maafkan
saya Isma..Maafkan saya..maafkan saya..." ucap Aqram dengan perlahan
berkali kali sambil meraup wajahnya. 

Tiba2 pintu officenya terbuka. "Aqram kau- Ya Allah Aqram kau kenapa?!"
ucap seorang lelaki sambil berlari ke arah Aqram . Aqram masih lagi duduk
di lantai sambil memeluk lututnya dan menangis teresak esak. "A-aku..aku
hina dia Syaf..aku lukakan hati dia..aku buatkan dia menangis ..sedangkan
aku dah janji takkan buatkan dia menangis sebab aku lagi..hati aku sakit
Syaf...sakit sangat ..aku dah lukakan hati orang yang aku sayang.." terang
Aqram sambil menangis teresak esak. Syaf memandang kearah kawannya
dengan wajah simpati. Dia tahu tentang situasi yang dilalui oleh kawan baiknya
itu. Dia kemudian mengusap belakang badan Aqram beberapa kali untuk
menenangkannya. "Aqram..kenapa kau buat macam ni..kenapa kau
tak putus dengan dia dengan cara elok? Kenapa mesti seksa diri macam ni"
tanya Syaf. Aqram mengeleng kepalanya beberapa kali. "Aku kena buat macam
ni..kalau tak Isma akan datang lagi dekat aku..dia tahu yang aku masih cintakan
dia..aku taknak dia terluka kalau aku bagitahu perkara sebenar.." terang Aqram.

"Tolong aku syaf...tolong aku tamatkan semua ni..." pinta Aqram .

***
Isma membuka matanya dan dia melihat sekeliling bilik. Dia sedar yang dia berada
di hospital. Dia kemudian memegang kepalanya yang terasa berat itu sambil cuba untuk
bangun. "Eh Isma kau dah bangun!" ucap seorang perempuan sambil berjalan kearah
Isma.Isma memandang pelik kearah perempuan itu. "Ma-macam mana aku boleh ada
dekat sini Huda?" tanya Isma. Huda duduk disebelah katil Isma dengan wajah yang risau.
"Kau pengsan kat depan bangunan syarikat Aqram tadi. Doktor kata sebab kau tengah
lemah tak makan dari semalam. Kenapa kau tak makan Isma? Kau tahu kan badan kau
ni lemah" nasihat Huda sambil memegang tangan Isma yang terasa sejuk itu.

Isma diam seketika cuba untuk mengingati apa yang berlaku sebelum dia pengsan.
Namun setelah memori itu muncul, Isma mula menangis teresak esak. Huda
yang terkejut melihat Isma menangis itu mula memeluk kawannya. "Shush..shush..
cuba cerita dekat aku apa yang jadi sekarang ni? Kenapa kau menangis?" pujuk
Huda sambil mengusap badan Isma. "Aku dengan Aqram dah putus.." kata Isma
sambil menangis. "Ya Allah..macam mana boleh jadi macam tu? Kan korang
dah rancang nak kahwin?" tanya Huda sambil melepaskan pelukkannya. Isma
menundukkan kepalanya. "Dia benci kan aku..dia kata aku hodoh.." ucap Isma
sambil memejamkan matanya. Hatinya sakit mengingati perkataan yang dihamburkan
oleh Aqram tadi . Huda terdiam . "Asstaghfirullah Halladzim.. kau biar betul? Takkan
lah dia nak cakap kat kau macam tu? Selama ni dia tak pernah pun buat perangai
macam tu" tanya Huda. Isma menangguk kepalanya. "Aku tak tipu..tak ada guna
aku nak tipu pasal ni" cakap Isma sambil tersedu sedu kerana menangis. 

Huda kemudian memeluk kawannya semula."Its okay..semuanya akan okay.Kau
patut lupakan lelaki macam tu yang sanggup hina kau" kata Huda. Isma hanya menangis
di dakapan kawan baiknya itu.

***
Beberapa minggu kemudian. 7 Hari sebelum tarikh perkahwinan Sally dan Aqram.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dan kelihatan Aqram masih lagi duduk di
officenya melakukan kerja yang semakin hari semakin menimbun. Setiap hari dia
akan kerja overtime demi menyelamatkan syarikatnya dan memastikan ianya menjadi
stabil semula. Dengan itu dia tidak perlu berkahwin dengan Sally dan kembali semula
kepada Isma. Itupun jika Isma menerima dia semula. Aqram mengeluh apabila teringat
tentang Isma. Cinta pertama dia sewaktu sekolah..dan juga cinta terakhir dia.

Pintu bilik pejabatnya dikuak dari luar. Aqram mengangkat muka untuk melihat siapa
yang masuk kedalam. Kelihatan Syaf dengan wajah ceria menuju kearah Aqram.
"Aqram ! Good news !! Aku dah dapat pujuk pelabur tu ! And dia setuju nak
jumpa kau esok !" terang Syaf sambil tersenyum lebar. Aqram ketawa dan tersenyum
lega. Akhirnya pelabur syarikat yang mampu membantu syarikatnya stabil semula sudah
bersetuju untuk membantu dia. "Terima kasih Syaf bantu aku stabilkan syarikat ni"
ucap Aqram sambil memeluk kawannya itu dengan erat. Terlampau erat sehingga
membuatkan Syaf tak boleh bernafas. Syaf menolak badan kawannya itu sambil menjeling.
"Kau nak bunuh aku ke?!" marah Syaf sambil memuncungkan mulutnya. Aqram hanya tersengih. 

"Okaylah aku nak balik dulu. Kau pun balik lah esok nak jumpa client. Jangan kerja
overtime sangat" ucap Syaf sambil bersalam dengan kawannya itu. Aqram mengangguk.
Syaf kemudian keluar dari pejabatnya. Namun baru sahaja Aqram hendak berjalan duduk
di kerusinya pintu pejabatnya terbuka lagi. Aqram terdiam melihat siapa yang berdiri di
hadapan pintu. Dato Bahaman.

"Papa nak minta maaf sebab paksa kamu kahwin dengan Sally. Papa dapat tahu hal yang
dia ugut kamu pasal Isma. Jadi papa dah bagitahu dekat ayah Sally. And you know
what? Ayah Sally sendiri kata dia akan membantu tanpa kamu perlu berkahwin dengan
anaknya sendiri" ucap Dato Bahaman sambil tersenyum . Mata Aqram membulat. Dia
kemudian memeluk kuat ayahnya itu sambil menangis kegembiraan.

***
Aqram berjalan masuk ke cafe dengan hati yang berdebar. Dia mengambil keputusan
untuk meminta maaf kepada Isma dan berharap dapat bersama dengannya semula.
Aqram masuk kedalam kedai dan terkejut melihat Isma sedang berdiri di hadapannya
dengan reaksi terkejut. Namun untuk seketika. Isma kemudian berjalan melepasinya
dengan reaksi kosong seperti langsung tidak mengenalinya. Hati Aqram terasa sakit
apabila diperlakukan begitu. Dia kemudian mengenggam tangannya dan berjalan
kearah Isma yang sedang mengelap meja itu. "Isma.." panggil Aqram dengan perlahan.
Pergerakan Isma terhenti apabila mendengar suara Aqram. Tangannya mengigil.

Isma kemudian berpusing dan memandang kearah Aqram. "Maaf cik. Encik duduk
sebentar disini nanti saya datang ambik order" ucap Isma dengan tenang sambil
menundukkan kepalanya sebelum berjalan melepasi Aqram. Namun langkahnya
terhenti apabila Aqram menjerit namanya.

"Isma ! Satu tahu awak marahkan saya sebab saya hina awak. Saya tahu saya bodoh
sebab buat awak menangis sedangkan saya dah janji takkan buat awak menangis
lagi. Saya tahu saya mungkir janji hal saya nak kahwin dengan awak. Tapi saya
datang sini sebab saya nak bagitahu awak yang saya masih lagi cintakan awak. Saya
minta maaf sebab rahsiakan sebab saya putus dengan awak. Saya minta maaf sebab
tengking dekat awak. Tapi tolonglah..terima saya semula. Awak boleh pukul saya!
Marah saya ! tapi tolong..jangan tinggalkan saya ..Saya datang sini nak tunaikan
janji saya mengahwini awak.." ucap Aqram sambil menangis dan melutut di belakang
Isma.

Isma yang sedang membelakangi Aqram mengenggam tangannya dan mengigit bibirnya
untuk menahan daripada menangis. Namun gagal kerana air matanya mengalir laju
jatuh ke pipi. Pandangan orang di dalam cafe langsung tidak dihiraukan. Semua orang
diam untuk melihat situasi yang terjadi antara mereka. "Isma...Saya cintakan awak..dan
awak tahu tu kan..?" ucap Aqram dengan perlahan. Isma memalingkan badannya
memandang Aqram yang sedang melutut itu. Dia berjalan perlahan dan melutut di
hadapan Aqram.

Dia kemudian memukul dada Aqram beberapa kali sambil menangis. "Awak ni jahat!
Kenapa awak mesti putuskan hubungan dengan saya! Awak tahu tak saya terluka
bila awak buat macam tu" raung Isma sambil meraup wajahnya. Aqram tersenyum
melihat perlakuan Isma. Dia kemudian mengeluarkan cincin daripada poketnya dan
menghulurkan cincin itu kepada Isma.

"Nur Isma Binti Rashidi..sudi tak awak mengahwini saya?" 

Dan orang ramai mula bertepuk tangan melihat adegan drama di dalam cafe itu.

The End
So apa kene mengena cerita I Frankeinstain
dengan cerita drama poyo ni sampai aku dapat ilham dari tu? Hmm..

 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

4 Itik gebo-gebo:

Am_Mir berkata...

bhahah .. kelakar + sweet + comel = Terbaik! tehee, suka suka =D <3

Haneeza Mohamad berkata...

best.. best :-) seronok baca, hihi

btw singgah sini, dah follow awak, jemput singgah, komen dan follow di blog saya pula ya ;)


www.haneeza.com

eyqa yushaiza berkata...

hee.. happy ending.. sally camne? sudah bunuh diri? membawa diri? hihi.. :DD

Isma ssasi berkata...

lepas adegan kat kafe tu sally kacau hidup isma lg ke x .
Lol ..

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi