First Kiss !?



DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION

"Saya tak kira. Saya nak awak kahwin dengan saya juga !" marah seorang lelaki sambil
memeluk tubuhnya dan memuncungkan mulutnya. Walaupun sudah berumur 25 tahun,
perangainya saling tak tumpah seperti budak berumur 7 tahun.

Perempuan yang berada di hadapannya itu mengeluh panjang sambil memicit dahinya.
"Kenapa pulak? Awak ni tak masuk akal betul lah! Tiba2 minta saya kahwin!" marah
perempuan itu sambil memandang tajam ke arah lelaki itu . Sudahlah pagi2 buta dah
kena panggil datang office dia, ini tiba2 kena ajak kahwin. Buang tebiat apa laki ni!

"Salah awak ! Awak yang meragut kesucian bibir saya ! First kiss saya !" marah lelaki
itu. Wajah perempuan itu berkerut mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
"Eh? Bila masa ?! Saya mana pernah cium orang sesuka hati! Berdosa tau tak?!" marah
perempuan itu dengan nada yang tinggi. Lelaki itu tersenyum sinis. "Awak lupa apa
yang jadi waktu umur kita 5 tahun dulu?" tanya lelaki itu. Perempuan itu menyengetkan
kepalanya kerana keliru.

"Tak apa..kalau awak tak ingat biar saya cerita dekat awak" terang lelaki itu sambil
bersandar di kerusi officenya dengan senyuman nakal.

***
Flashback (Sewaktu mereka berumur 5 tahun)

Seorang budak lelaki sedang sibuk bermain pasir di taman permainan. Seluruh
badannya comot akibat pasir namun itu langsung tidak merisaukan dia. Tiba2
ada sepasang kaki berdiri di hadapannya. Budak itu kemudian mendongak untuk
melihat tuan empunya kaki itu dan kelihatan seorang budak perempuan dengan
rambut panjang paras bahu sedang memandangnya dengan wajah yang masam.

"Haiqal ! Berapa kali nak bagitahu ni ! Kalau main jangan sampai kotorkan baju!"
marah budak perempuan itu sambil memandang tajam kearah Haiqal. Dia sangka
dengan pandangan tajam itu dia akan kelihatan menakutkan, namun bagi Haiqal
pandangan itu nampak begitu comel sekali. Wajah Haiqal membahang apabila dia
melihat wajah comel kawannya itu. "Sukahati saya lah ! Baju saya kan! Mummy tak
marah saya pun,kenapa awak nak marah" rungut Haiqal itu sambil memeluk tubuhnya.

Budak perempuan itu mengeluh. Walaupun umur mereka sebaya. Namun budak
perempuan itu lebih matang daripada lelaki itu. Maklumlah perempuan memang cepat
matang walaupun umur masih muda. Budak perempuan itu kemudian mengcangkung
di hadapan Haiqal yang sedang duduk di atas pasir itu. Dia kemudian mengeluarkan
sapu tangan dari dalam beg sandang Hello Kittynya itu lalu menyapu wajah Haiqal yang
comot itu . "Mummy saya kata..tak elok main kotor2 macam ni. Banyak kuman. Nanti
Haiqal sakit siapa yang susah" ucap budak perempuan itu sambil masih lagi fokus
mengelap wajah kawannya itu.Haiqal hanya mendiamkan diri membiarkan perempuan
itu mengelap wajahnya

Setelah selesai membersihkan wajah Haiqal perempuan itu tersenyum puas."Okay dah
siap!Sudah. Jom balik.Nanti mummy marah." ucap perempuan itu sambil menghulurkan
tangannya. Haiqal mengangguk lalu bangun dari pasir itu. Dia mengibas ngibas seluarnya
yang kotor kerana pasir. "Um..terima kasih Arina..sebab tolong.." ucap Haiqal sambil
tertunduk malu. Arina tersenyum lebar. "Tak apa kita kan kawan !" ucap Arina lalu
dia mendekatkan wajahnya kearah Haiqal. Haiqal dengan tiba2 mengangkat wajahnya
dan matanya membulat apabila bibirnya dan bibir Arina bersentuhan untuk beberapa
saat sebelum Arina berundur ke belakang dengan wajah panik. Wajah Arina dan Haiqal
menjadi merah padam, dan mereka berdua menekup mulut mereka dengan reaksi panik.

End Of Flashback

***

"Waaaait !"  jerit Arina dengan wajah yang membahang . Haiqal tersenyum sinis
melihat kawan baiknya itu dalam keadaan menahan malu. "I-itu semua tak sengajalah!
Sa-Saya cuba nak tengok muka awak dekat2 je sebab awak tundukkan muka awak!
Awak tu yang tiba2 angkat muka !" jerit Arina dengan wajah yang merona merah dan
tergagap. Haiqal bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah Arina. "I dont care,
awak kena bertanggungjawab pada saya" jawab Haiqal dengan selamba sambil
mendekatkan diri kearah Arina.

Wajah Arina bertukar panik . Kenapalah dia ditakdirkan ada kawan yang gila macam ni.
"Bertanggungjawab apanya?! Awak bukan mengandung pun! Lagipun tu bukan cium!
Bibir kita cuma bersentuh tak sampai 2 saat !" kata Arina sambil mencengkak
pinggangnya.Dia cuba untuk menahan dirinya daripada mencengkik lelaki yang berada
di hadapannya itu. Haiqal kemudian memasamkan wajahnya dan memandang kearah wajah
Arina dengan riak wajah sedih.

"Tapi..kalau saya kahwin dengan orang lain. Takkan saya nak bagitahu yang first kiss
saya diambil oleh kawan baik saya sendiri" ucap Haiqal sambil memuncungkan mulutnya.
"Yang awak nak bagitahu isteri awak tu kenapa!? Diam2 jelah!" marah Arina. Rimas
melihat wajah Haiqal yang berpura pura sedih itu. Itulah senjata yang selalu digunakan
Haiqal setiap kali dia mahukan sesuatu. Dari kecik hingga besar! Mentang-mentanglah
wajahnya babyface seperti Jang Geun Suk pelakon korea itu.

Haiqal kemudian menekup kedua dua telinganya."Lalalala saya tak nak dengar apa2.Awak
akan kahwin juga dengan saya! Lagipun mummy and daddy dah setuju!" kata Haiqal
sambil menjelir lidah kearah Arina. Arina menjulingkan matanya keatas melihat perangai
childish kawannya itu."No ! Saya muda lagilah ! Saya taknak kahwin! Please?" pujuk
Arina sambil membuat muka comel kearah Haiqal dengan harapan ia akan menjadi.

Haiqal dengan tiba2 tersenyum nakal. Dia kemudian mendekatkan dirinya kearah Arina
yang sedang terperangkap diantara dia dan pintu pejabatnya. Arina menelan air liur
melihat Haiqal semakin menghampirinya. "Awak lupa ke yang kita ni sama umur? Oh ya..
jangan ingat saya tak tahu. Awak sebenarnya sukakan saya kan? Saya terbaca diari
awak waktu sekolah menengah dulu" bisik Haiqal sambil tersenyum sinis dan berjalan
keluar dari pejabatnya.Meninggalkan Arina seorang diri terkedu dengan apa yang
dikatakan oleh Haiqal.Wajahnya membahang apabila mengetahui rahsianya sebenarnya
sudah lama terbocor. 

"Haiqal ! Saya benci awak !" jerit Arina di dalam pejabat. Haiqal yang berada di luar
pejabatnya tersengih kegembiraan. Namun terhenti apabila ada tangan yang menepuk
bahunya dari belakang. Haiqal menoleh dan tersenyum melihat ayahnya sedang
menggelengkan kepala kearahnya.

"Kan lagi senang kalau kamu cakap yang kamu sukakan dia. Daripada kacau dia
macam tu" ucap Ayahnya. Haiqal hanya tersengih sambil membuat isyarat "Peace" 
kearah ayahnya.

Hanya kerana ciuman ( Innocence) yang terjadi sewaktu kecik..perkara ini terjadi.

The End
I think this story ...its cute? Ahahaha
dont judge me. lmao





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

7 Itik gebo-gebo:

Aizan Shazlin berkata...

hahaha ambooi, dia approach kita kat cb bukan main sensasi lagi. rupa2nya story je haaha

Dalila Samsudin berkata...

@Aizan Shazlin Bwahahahaha sekali skala kena prank :P

Liza Licha berkata...

wahh.. sronok bc benda ni.. hihi.. dah lama licha tak singgah

Batrisyia Arashe berkata...

LOL! haha xD comel je :3

Miss Rin berkata...

haha . so nakal haiqal ni tau . kesian arina . but sweet :)

Am_Mir berkata...

Cute cute cute! Simple and best too! xD <3 (y)

kay_are berkata...

memang sweet tapi terlebih matang budak2 kecik tu.. =P

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi