Cinta Photographer Part 39

Part 38

"So..lepasni awak nak pergi mana?" tanya Zain kepada Liyana. Liyana
kemudian tersenyum manja. " Sayang, kita pergi dinner sama2 nanti
boleh?" tanya Liyana sambil membuat muka comel. Zain kemudian
berfikir sejenak . 

Namun baru sahaja dia hendak membuka mulut dia dapat rasakan
collar belakang jaketnya ditarik dengan kuat membuatkan Zain tertarik
kebelakang dan jatuh terlentang keatas salji dengan kuat. Kepalanya
terasa sakit akibat hentakkan secara tiba2 itu. "Zain !" jerit Liyana
sambil melutut disebelahnya. 

Zain mendengus menahan sakit sambil memandang ketepi untuk
memandang siapa yang menariknya itu dan matanya membulat
melihat wajah Ain yang sedang terbaring di sebelahnya itu dengan mata
tertutup. Zain dengan pantas bangun dan melutut di sebelah Aina.
Dia kemudian menampar perlahan pipi Aina untuk menyedarkannya.

"Wei ! Aina kau okay tak? Bangunlah" jerit Zain sambil menampar
pipi Aina. Namun Aina masih lagi tidak membuka matanya. Zain mula
panik. Dia kemudian mendukung Aina di belakangnya dengan bantuan
Liyana dan berlari pantas menuju ke resort untuk meminta bantuan
meninggalkan Liyana. Amirul yang baru sampai itu memandang Liyana
dengan riak wajah keliru .

"Eh, apa jadi ni ?" tanya Amirul kepada Liyana. Liyana kemudian menjeling
kearah Amirul . " Kau lahni ! Apahal tak jaga minah tu elok2" marah Liyana
sambil memeluk tubuhnya. "Aku pulak yang salah. Mana lah aku tahu nak
jadi macam ni" kata Amirul. Liyana mengeluh. "Sudah,jom ikut diorang"
kata Liyana sebelum mengangkat barang2 yang ditinggalkan Zain dan berjalan
menuju ke resort bersama sama dengan Amirul.

***
Aina membuka matanya dengan perlahan dan melihat sekeliling bilik itu.
Kepala dan bahunya terasa sakit akibat jatuh tadi. Namun dia tidak
kisah, asalkan dia dapat berhenti kan luncuran itu dengan menarik kolar
jaket Zain dan dia masih hidup itu pun dia sudah bersyukur.

"Dah bangun pun kau" Aina memandang kearah pintu bilik itu dan kelihatan
Zain sedang bersandar di pintu itu sambil memeluk tubuhnya.Wajahnya tegang
memandang kearah Aina. Aina menelan air liurnya sambil mengalihkan pandangannya
kearah lain. Zain kemudian berjalan kearah Aina dan duduk di kerusi yang berada
di sebelah katilnya.

Aina dengan mengetap bibirnya sambil menundukkan kepala. Tidak sanggup memandang
kearah mata Zain yang dipenuhi dengan kemarahan itu. "Aina. Pandang aku sekarang"
arah Zain. Aina mengangkat kepalanya dan memandang kearah Zain dengan perlahan.
Melihat kelakuan Aina yang sedikit takut itu , Zain mengeluh lalu mengusap kepala
Aina. "Kau ni..lain kali nak main ski tu jangan lah memandai nak meluncur sorang2.
Kalau jadi apa2 kan susah nanti" kata Zain sambil tersenyum kearah Aina. Aina
terdiam melihat sikap Zain yang berubah secara tiba2 itu.

"Oh..and ni hadiah kau sebab kau buat aku risau" kata Zain sebelum menjentik
dengan kuat kearah dahi Aina.

Dan kedengaran suara jeritan yang kuat dari Aina di dalam bilik itu membuatkan
orang yang lalu lalang disitu terkejut mendengar jeritan itu dan memandang pelik
kearah bilik itu.

***

Aina menutup wajahnya dengan selimut setelah selesai dari menangis. Kenapa
dia menangis? Well dah kalau kepala dia tengah sakit ditambah lagi dengan jentikan
maut dari Zain mahu tak retak kepala otak dia waktu itu. Zain pula hanya membiarkan
Aina menangis sambil membaca komik ver korea yang disediakan disitu walaupun
dia sendiri tidak faham apa kebenda yang dikatakan di situ.

Tiba2 pintu bilik itu terbuka dengan luas dan kelihatan Amirul dengan wajah yang
risau berlari kearah Aina. Aina mengeluarkan kepalanya dari selimut dan memandang
kearah Amirul dengan wajah yang sedih. Amirul dengan wajah yang risau menolak
Zain ketepi dan berdiri di sebelah Aina.Jelingan tajam yang diberikan Zain kearahnya
langsung tidak diendahkan "Aina awak okey? Kenapa awak pergi luncur dulu! Oh god!
kenapa dahi awak merah teruk ni ?!" kata Amirul dengan cemas sambil memandang kearah
dahi Aina yang merah itu . "Pergi lah tanya si beruk tu kenapa dahi saya merah"kata Aina
sambil menjeling kearah Zain yang masih lagi berwajah selamba.

Namun belum sempat Amirul hendak bertanya kepada Zain. Liyana sudah masuk
ke dalam bilik dengan senyuman manis. "Zain..jom kita pergi dinner?" kata Liyana
dengan suara manja dan berjalan menuju ke arah Zain . Dia kemudian melihat Aina
yang sedang baring di katil tu. "Oh. Hai Aina and Amirul" ucapnya lalu kembali 
memandang kearah Zain. Zain hanya mendiamkan diri dan bangun dari kerusi
lalu keluar dari bilik itu diikuti oleh Liyana

Pada waktu itu Aina merasakan hatinya betul2 sakit melihat situasi yang berada di
hadapannya itu. Amirul yang sedar perubahan riak wajah Aina mengeluh. "Aina.."
panggil Amirul perlahan untuk menyedarkan Aina. Aina memandang kearah Amirul.
"Stop..awak kena berhenti cintakan dia. Awak sendiri yang terseksa sekarang ni"
nasihat Amirul sambil memandang ke arah Aina dengan penuh prihatin. Mata Aina
mula berkaca, dia kemudian menundukkan kepalanya. 

"Aina..sudi tak awak kahwini saya?" ucap Amirul tiba2 membuatkan mata Aina
membulat.

To Be Continue 
Er...Okay. Patut tak Aina terima ?



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Iskh..baru je kenal...hurmm...et see either they suit each other or not...

xoxo ^___^

AFIFAH berkata...

Best gilerr

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi