Cinta Photographer Part 38

Part 37

Hari ni Zain telah pun selesai melakukan pengambaran dan mereka
semua pergi melakukan aktiviti bebas di Korea. Zain membawa Aina
pergi untuk bermain ski walaupun sudah berjuta kali diprotes oleh Aina
kerana dia tidak tahu bermain.

Sampai sahaja di sana, Aina dipaksa memakai ski boots and dia kemudian diberi
ski poles, goggle, snowboard dan helmets untuk keselamatan. Sewaktu Aina
bersusah susah payah hendak berjalan di atas salji itu , tiba2 sahaja ada seseorang
yang memegang bahunya dari belakangnya. Aina menoleh dan terkejut apabila
melihat Amirul sedang berdiri di belakangnya. "W-what? Macam mana awak
boleh ada kat sini?!" tanya Aina dengan riak wajah terkejut sambil berusaha
untuk memusingkan badannya. Amirul hanya tersengih melihat gelagat Aina.

"Saya sampai semalam. Hari ni baru ada masa nak jumpa awak. Tu pun nasib
Marina yang bagitahu awak akan ada kat sini. Suprise!" ujar Amirul dengan ceria.
Aina mengerutkan dahinya. "Kenapa awak datang sini?" tanya Aina. Amirul
mengeluh. " Saja..saya nak teman awak. And awak kan dah kata nak cuba
sukakan saya" terang Amirul .Aina hanya mengeluh. Dia melihat sekeliling
dan langsung tidak nampak kelibat Zain . Tak guna punya artis kerek,
paksa aku kesini, last2 dia menghilangkan diri kutuk Aina didalam hati.

Amirul yang sedar Aina sedang mengelamun itu berdeham. Membuatkan
Aina pandang kearahnya. "Um..awak nak saya ajar tak cara nak main
ski?" tanya Amirul. Wajah Aina kemudian menjadi ceria lalu dia mengangguk
dengan teruja.

***
Zain yang sedang seronok meluncur salji itu terkejut apabila ada seorang perempuan
meluncur sama di sebelahnya. Tidak mahu ambik kisah, Zain meluncur tanpa
pandang kearah perempuan itu . Namun pergerakannya terhenti apabila tiba2
sahaja perempuan itu meluncur di hadapannya dan membuatkan dia terhenti secara
tiba2. 

Zain mengerutkan dahinya dan memandang perempuan itu dari belakang. Perempuan
itu kemudian berpusing dan membuka gogglenya sambil tersenyum kearah Zain.
Mata Zain membulat. Liyana?

Zain terkedu apabila melihat Liyana sedang tersenyum manis dihadapannya.
"Hai Zain ! Suprise?!" ujar Liyana sambil tersenyum lebar.Zain masih
lagi mendiamkan diri dan memandang wajah Liyana. Entah kenapa,perasaan
terujanya selama ni bila memandang Liyana hilang dan dia tidak lagi
merasakan perasaan cinta itu terhadap Liyana. 

Liyana mengerutkan dahinya. Lalu dia melambai lambaikan tangannya di hadapan
Zain untuk menyedarkan Zain yang sedang mengelamun itu . "Zain are you okay?"
tanya Liyana. Zain yang tersedar itu mengangguk kepalanya. "Ah..okay. Jap.Kenapa
awak ada kat sini?" tanya Zain dengan riak wajah keliru. Liyana kemudian tersenyum.
"Saja, saya nak suprise awak.Kan kita dah lama tak jumpa" kata Liyana. 

***
Amirul dan Aina sekarang ni sedang berada di puncak setelah lama berlatih untuk
meluncur ski. "Hah pandai macam tu lah" kata Amirul lepas tengok Aina sudah
pandai meluncur ski menggunakan snowboard itu. 

Aina yang begitu teruja mula tersenyum riang sambil memandang kearah Amirul.
Dia kemudian tanpa berfikir panjang , meluncur turun bukit itu dengan laju.
Amirul terdiam sejenak sebelum matanya membulat.

"Wait !! Aina awak tak belajar nak brek lagi!" jerit Amirul namun terlambat kerana
Aina sudah pun meluncur laju ke bawah. Amirul dengan pantas meluncur untuk
mengejar Aina .

"Maaaak!" jerit Aina sepanjang dia meluncur laju itu . Dia baru sedar dia tidak
tahu cara hendak berhentikan luncuran itu . Okay okay jangan panik! Think
Aina think! jerit hati Aina sambil matanya melilau untuk mencari bantuan.

Matanya kemudian tertancap kepada kelibat lelaki di bawah itu yang sedang 
berbual dengan seorang perempuan. Senyuman sinis mula muncul dibibirnya.

"Target locked" kata Aina sambil menghala kearah lelaki itu dengan pantas.

To Be Continue
 Seriously menghadapi masalah internet ! Tak boleh connect wifi ugh
maybe jarang blogwalking . But still tinggalkan link anda . Promise
akan dilawati semula . 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Cik Aadhirah berkata...

hye, bw here ..dah lama tengok citer awak ni .. meltin gile!
http://cikaadhirah.blogspot.com/

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Wahhh..TARGET LOCK eyh...macam main game daaaa...heheheee.....keep up a good story....

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi