Janji

Isma dan Aqram sudah lama bercinta sejak dari sekolah menengah. Mereka
sememangnya pasangan bahagia dan bercadang untuk berkahwin dalam
masa yang terdekat ini. Namun semuanya berubah apabila ada perkara
yang menghalang mereka daripada melangsungkan perkahwinan mereka.

"Papa nak kamu kahwin dengan Sally hujung bulan ni" ucap Dato Bahaman
kepada Aqram di ruang tamu rumah mereka. Aqram mengerutkan dahinya.
"Siapa Sally? And Aqram kan nak kahwin dengan Isma" ucap Aqram sambil
cuba untuk menahan sabar. Dato Bahaman mengeluh sambil meletakkan surat
khabar yang dibacanya di atas meja. "Maaf. Papa tahu kamu dengan isma dah
lama bercinta. Tapi syarikat kita tengah mengalami masalah dan dengan kamu berkahwin
dengan Sally. Kamu dapat selamatkan syarikat kita daripada bankrupt" terang Dato
Bahaman sambil memandang kearah wajah anak tunggalnya dengan penuh harapan.

Aqram memandang wajah ayahnya dengan riak wajah tidak percaya. "What
are you talking about? No way Aqram akan tinggalkan Isma hanya kerana syarikat
bodoh tu!" amuk Aqram . " Mohd Aqram ! Jaga mulut kamu tu! Kamu tahu tak 
syarikat tu datuk kamu dengan papa dah berhempas pulas bangunkan syarikat tu.
Takkan lah kamu nak tengok syarikat tu hancur macam tu je?!" marah Dato Bahaman
namun nada suaranya masih lagi dikawal. Aqram meraup wajahnya. "Aqram tahu
papa...tapi takkan takda cara lain?" tanya Aqram dengan penuh harapan. Dato
Bahaman menggeleng kepalanya. "Itu je caranya. Ayah Sally dah berjanji nak
bantu kita kalau kita kahwinkan Sally dengan kamu" ucap Dato Bahaman.
Dia tahu bertapa sayangnya Aqram terhadap Isma. Namun dia tak mampu buat
apa2. Buat masa ini hanya itu sahaja jalan penyelesaiannya.

"Aqram nak jumpa dengan Sally dulu papa"

***
Isma melihat pemandangan beberapa keluarga yang keluar beriadah di taman
bersama sama dengan anak mereka. Perasaan terujanya datang apabila
memikirkan yang suatu hari nanti dia dan Aqram akan berada di dalam
situasi tersebut tidak lama lagi. Dia datang ke taman itu setelah mendapat
panggilan daripada Aqram yang mahu berjumpa dengannya . 

"Assalammualaikum" ucap seseorang di belakang Isma. Isma menoleh kebelakang
dan melihat Aqram sedang berdiri di belakangnya. Isma melemparkan senyuman
kearahnya namun Aqram hanya memandangnya dengan reaksi kosong. Isma
dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Aqram namun dia cuba
untuk menolak tepi perasaan itu. "Waalaikumsalam. Aqram duduk lah sini.Awak
nak bincang pasal apa je?" tanya Isma sambil tersenyum . Aqram masih lagi
berdiri kaku disitu dengan reaksi kosong seperti tiada perasaan. 

"Kita putus" ucap Aqram tanpa memandang wajah Isma. Isma terdiam.Jantungnya
berdegup kencang mendengar perkataan itu. "T-tapi..kenapa tiba2?" tanya Isma
sambil bangun di hadapan Aqram dengan reaksi terkejut. Aqram memandang
kearah Isma dengan wajah yang tegang. "Sebab aku dah bosan dengan kau.
Aku muak tengok muka kau, aku dah jumpa orang yang lagi sesuai dengan
aku berbanding kau" ucap Aqram dengan kasar. Isma terkedu. Tangannya
digenggam kuat.

"A-awak bergurau kan? Tolong cakap awak bergurau t-" belum sempat isma
menghabiskan ayatnya Aqram sudah memotong. "Aku tak gurau lah lembab!!"
tengking Aqram tiba2 membuatkan Isma tersentak. Air matanya mula bertakung
dimata. Hatinya bagaikan disiat apabila ditengking oleh Aqram. "Kenapa baru
sekarang...kenapa awak bagitahu semua ni waktu kita akan berkahwin tak
lama lagi..kenapa?" tanya Isma dengan nada perlahan. Wajahnya ditunduk untuk
menghalang Aqram daripada melihatnya menangis. "Sebab aku dah jumpa seseorang
yang lebih cantik dan sempurna daripada kau" ucap Aqram dengan sinis. Isma memejam
matanya sambil mengigit bibir. Menahan diri daripada menangis dengan teresak esak.

"Aku pergi dulu. Lepas ni jangan jumpa aku lagi. Jangan muncul di hadapan aku
lagi and kau anggap je aku ni tak wujud di dunia ni  " ucap Aqram lalu
berjalan pergi meninggalkan Isma sendirian. Hilang sahaja kelibat Aqram, Isma
terjatuh di lantai sambil menangis. Dia sudah tidak kisah apa orang lain hendak
cakap tentang dia sekarang ni . Yang dia tahu dia betul2 terluka apabila diperlakukan
sebegitu rupa oleh orang yang dicintainya. Isma mengenggam tangan lalu diletakkan
di bahagian hatinya sambil menangis. Dia betul2 terkejut. "Macam mana aku nak
anggap kau tak pernah wujuh sedangkan kaulah orang yang sentiasa wujud di hati
aku sekarang ni" ucap Isma sambil menangis di lantai.

Aqram berjalan pantas meninggalkan Isma sambil mengenggam tangannya dengan
kuat. Dia masuk ke dalam keretanya dan menghentak stereng kereta itu dengan kuat
beberapa kali melepaskan marah. Setelah penat memukul, dia meletakkan kepalanya
di stereng itu. Air matanya mengalir apabila mengingati perkataan kasar yang disebutnya
kepada Isma sebentar tadi. Itu sahaja yang perlu dia lakukan untuk mengelakkan Isma
daripada kembali kepadanya..dan untuk melindungi Isma.

Flashback (Sebelum Aqram berjumpa dengan Isma)

Aqram berjalan pantas ke dalam restaurant yang dia telah berjanji dengan Sally
untuk berjumpa. Sampai disana dia dapat melihat seorang perempuan berambut
perang dan berpakaian ketat sedang duduk di kerusi sambil memandang telefonnya.
Aqram mengerutkan dahinya apabila melihat pakaian dan gaya tidak senonoh perempuan
itu . Dia kemudian berjalan kearah perempuan itu . "Oh ! Hai Aqram ! Sampai pun u kat
sini. Lama tau i tunggu" ucap Sally dengan manja. Aqram hanya berdiam diri lalu duduk
dikerusi berhadapan dengan Sally. "You nak makan apa? Oh i-" belum sempat Sally
menghabiskan ayatnya Aqram sudah memotong. "Kenapa kau setuju nak kahwin dengan
aku?" tanya Aqram sambil memandang tajam kearah Sally. Sally tersenyum sinis."I
ingatkan u datang sini nak kenal2 dengan i lebih rapat lagi. Rupanya nak cakap pasal
betina hodoh tu" kata Sally dengan sinis. Aqram menghentak meja dengan kuat sambil
memandang tajam kearah Sally. "Kau jangan berani nak hina Isma macam tu! Kau tak
sedar ke kau tu yang betina. Pakaian ketat suka clubbing tiap2 malam. Ayah kau tu nak
kau kahwin dengan aku sebab nak jaga maruah dia dapat anak tak guna macam kau!
Kau jangan ingat aku akan setuju kahwin dengan kau! Betina tak sedar diri" marah Aqram
sambil menahan geram.

Dia kemudian bangun untuk berjalan pergi. Namun terhenti apabila mendengar apa yang
dikatakan oleh Sally. "Kau akan kahwin dengan aku. Aku akan pastikan tu. Kalau tidak,
aku akan musnahkan hidup betina hodoh tu dan pastikan dia sengsara. Aku ada duit,
dan aku mampu buatkan dia hidup tanpa ada satu pun pekerjaan. Dan ayahnya yang
sedang sakit tu, aku boleh buang dia dari hospital itu kerana tidak mampu bayar bil
hospital. Jadi..mana pilihan kau. Kahwin dengan aku atau biarkan hidup betina itu
sengsara?"ucap Sally sambil memeluk tubuhnya dengan senyuman sinis. Aqram
mengenggam tangannya dengan kuat menahan amarah. "Oh..kalau aku nampak kau
jumpa lagi dengan betina tu..kau tahu lah nasib yang dia akan timpa" sambung Sally lagi.

***
Keesokkan harinya Isma datang ke syarikat Aqram untuk berbincang dengannya
hal berkaitan semalam. Dia berasa tidak percaya dengan apa yang dikatakan
oleh Aqram dan dia perlukan penjelasan. Mungkin waktu tu Aqram stress dan
lakukan itu tanpa sengaja. Itu yang Isma percaya pada saat ini . Isma berjalan
masuk ke pejabat itu tanpa masalah. Kerana selalunya dia akan datang ke pejabat
untuk menghantar makanan kepada Aqram. Jadi semua pekerja disitu kenal dengannya.
Isma mengentuk pintu beberapa kali sebelum memulas tombol pintu bilik pejabat Aqram
lalu masuk ke dalam. 

Dari situ dia melihat Aqram sedang menunduk memandang file2 kerja yang berteraburan
di atas meja dengan wajah serious. "Siti..awak nak-" Aqram mengangkat kepalanya dan
terkejut melihat Isma sedang berdiri dihadapannya. Dia sangkakan yang mengentuk
pintunya tadi itu secretarynya Siti. Matanya membulat melihat wajah Isma namun dia
dengan pantas mengubah wajahnya kepada marah."Kau buat apa kat sini? Keluar sebelum
aku panggil guard halau kau" arah Aqram dengan tegas sebelum tunduk memandang file. 

"Aqram..saya tahu awak tak maksudkan apa yang awak cakap semalam. Awak ada masalah
kan? apa kata kita selesaikan dengan cara baik. Tak perlu putus hubungan. Please
aqram.."pujuk Isma sambil memandang kearah Aqram dengan penuh harapan.Aqram
mengenggam tangannya. "Tak ada apa yang perlu dibincangkan sekarang ni. Lebih baik
kau pergi sekarang"kata Aqram masih lagi tidak memandang kearah Isma. Isma menahan
dirinya daripada menangis."Awak ..awak dah janji kan? Awak janji akan kahwin dengan
saya! Awak kata awak akan tunaikan janji tu! Kenapa awak mungkir janji tu !" marah Isma
dengan air matanya mengalir.Aqram masih lagi menundukkan diri, tidak mahu Isma nampak
yang dia sedang menahan diri daripada menangis. Telefonnya tiba2 berbunyi tanda ada
seseorang yang mesej. Aqram membuka mesej itu dan matanya membulat. 

Aku tahu isma ada di pejabat kau. Halau dia
atau dia akan sengsara -Sally-

Isma masih lagi menangis sambil memandang kearah Aqram. Dia kemudian berjalan
mendekati Aqram. "Aqram..please tell  me..awak ada masalah apa? Kita boleh selesaikan
cara baik kan?Saya tahu awak masihkan cintakan saya" kata Isma dengan perlahan.Aqram
dengan tiba2 mengangkat kepala dan memandang kearah Isma dengan pandangan tajam. 

"Aku benci kau ! Dan aku akan selamanya benci pada kau ! Perempuan hodoh! Keluar
dari sini aku taknak tengok kau jejak kaki kat sini lagi ! Guard !!" tengking Aqram
membuatkan Isma tersentak dan berdiri kaku. Beberapa minit kemudian security datang
dan membawa Isma yang masih dalam keadaan terkejut itu keluar dari bangunan syarikat
Aqram. 

"Kenapa kau buat aku macam ni Aqram... " ucap Isma dengan perlahan sebelum
penglihatannya mula bertukar menjadi hitam.

To be Continue
Last chapter next day. Just pray my laptop
and wifi will be fine by tomorrow.



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Am_Mir berkata...

Ikram jahat! -..-

Miss Rin berkata...

sally ! kejam nya kau . huh -,- kesian isma

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi