Aqram melempar semua barang yang
berada diatas mejanya dengan kasar.
Dia menumbuk mejanya beberapa
kali sehingga tangannya berdarah. Air
mata yang mengalir langsung
tidak diendahkannya. Dia kemudian duduk di
lantai sambil memukul lantai
berkali kali. Bukan tangannya yang sakit,tapi
hatinya. Kerana dia telah
menghina orang yang dia betul2 cintakan . "Maafkan
saya Isma..Maafkan saya..maafkan
saya..." ucap Aqram dengan perlahan
berkali kali sambil meraup
wajahnya.
Tiba2 pintu officenya terbuka.
"Aqram kau- Ya Allah Aqram kau kenapa?!"
ucap seorang lelaki sambil
berlari ke arah Aqram . Aqram masih lagi duduk
di lantai sambil memeluk
lututnya dan menangis teresak esak. "A-aku..aku
hina dia Syaf..aku lukakan hati
dia..aku buatkan dia menangis ..sedangkan
aku dah janji takkan buatkan dia
menangis sebab aku lagi..hati aku sakit
Syaf...sakit sangat ..aku dah
lukakan hati orang yang aku sayang.." terang
Aqram sambil menangis teresak
esak. Syaf memandang kearah kawannya
dengan wajah simpati. Dia tahu
tentang situasi yang dilalui oleh kawan baiknya
itu. Dia kemudian mengusap
belakang badan Aqram beberapa kali untuk
menenangkannya.
"Aqram..kenapa kau buat macam ni..kenapa kau
tak putus dengan dia dengan cara
elok? Kenapa mesti seksa diri macam ni"
tanya Syaf. Aqram mengeleng
kepalanya beberapa kali. "Aku kena buat macam
ni..kalau tak Isma akan datang
lagi dekat aku..dia tahu yang aku masih cintakan
dia..aku taknak dia terluka
kalau aku bagitahu perkara sebenar.." terang Aqram.
"Tolong aku syaf...tolong
aku tamatkan semua ni..." pinta Aqram .
***
Isma membuka matanya dan dia
melihat sekeliling bilik. Dia sedar yang dia berada
di hospital. Dia kemudian
memegang kepalanya yang terasa berat itu sambil cuba untuk
bangun. "Eh Isma kau dah
bangun!" ucap seorang perempuan sambil berjalan kearah
Isma.Isma memandang pelik kearah
perempuan itu. "Ma-macam mana aku boleh ada
dekat sini Huda?" tanya
Isma. Huda duduk disebelah katil Isma dengan wajah yang risau.
"Kau pengsan kat depan
bangunan syarikat Aqram tadi. Doktor kata sebab kau tengah
lemah tak makan dari semalam.
Kenapa kau tak makan Isma? Kau tahu kan badan kau
ni lemah" nasihat Huda
sambil memegang tangan Isma yang terasa sejuk itu.
Isma diam seketika cuba untuk
mengingati apa yang berlaku sebelum dia pengsan.
Namun setelah memori itu muncul,
Isma mula menangis teresak esak. Huda
yang terkejut melihat Isma
menangis itu mula memeluk kawannya. "Shush..shush..
cuba cerita dekat aku apa yang
jadi sekarang ni? Kenapa kau menangis?" pujuk
Huda sambil mengusap badan Isma.
"Aku dengan Aqram dah putus.." kata Isma
sambil menangis. "Ya
Allah..macam mana boleh jadi macam tu? Kan korang
dah rancang nak kahwin?"
tanya Huda sambil melepaskan pelukkannya. Isma
menundukkan kepalanya. "Dia
benci kan aku..dia kata aku hodoh.." ucap Isma
sambil memejamkan matanya.
Hatinya sakit mengingati perkataan yang dihamburkan
oleh Aqram tadi . Huda terdiam .
"Asstaghfirullah Halladzim.. kau biar betul? Takkan
lah dia nak cakap kat kau macam
tu? Selama ni dia tak pernah pun buat perangai
macam tu" tanya Huda. Isma
menangguk kepalanya. "Aku tak tipu..tak ada guna
aku nak tipu pasal ni"
cakap Isma sambil tersedu sedu kerana menangis.
Huda kemudian memeluk kawannya semula."Its okay..semuanya akan okay.Kau
patut lupakan lelaki macam tu
yang sanggup hina kau" kata Huda. Isma hanya menangis
di dakapan kawan baiknya itu.
***
Beberapa minggu kemudian. 7 Hari
sebelum tarikh perkahwinan Sally dan Aqram.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dan kelihatan Aqram masih lagi duduk di
officenya melakukan kerja yang
semakin hari semakin menimbun. Setiap hari dia
akan kerja overtime demi
menyelamatkan syarikatnya dan memastikan ianya menjadi
stabil semula. Dengan itu dia
tidak perlu berkahwin dengan Sally dan kembali semula
kepada Isma. Itupun jika Isma
menerima dia semula. Aqram mengeluh apabila teringat
tentang Isma. Cinta pertama dia
sewaktu sekolah..dan juga cinta terakhir dia.
Pintu bilik pejabatnya dikuak
dari luar. Aqram mengangkat muka untuk melihat siapa
yang masuk kedalam. Kelihatan
Syaf dengan wajah ceria menuju kearah Aqram.
"Aqram ! Good news !! Aku
dah dapat pujuk pelabur tu ! And dia setuju nak
jumpa kau esok !" terang
Syaf sambil tersenyum lebar. Aqram ketawa dan tersenyum
lega. Akhirnya pelabur syarikat
yang mampu membantu syarikatnya stabil semula sudah
bersetuju untuk membantu dia.
"Terima kasih Syaf bantu aku stabilkan syarikat ni"
ucap Aqram sambil memeluk
kawannya itu dengan erat. Terlampau erat sehingga
membuatkan Syaf tak boleh
bernafas. Syaf menolak badan kawannya itu sambil menjeling.
"Kau nak bunuh aku
ke?!" marah Syaf sambil memuncungkan mulutnya. Aqram hanya
tersengih.
"Okaylah aku nak balik dulu. Kau pun balik lah esok nak jumpa client. Jangan kerja
overtime sangat" ucap Syaf
sambil bersalam dengan kawannya itu. Aqram mengangguk.
Syaf kemudian keluar dari
pejabatnya. Namun baru sahaja Aqram hendak berjalan duduk
di kerusinya pintu pejabatnya
terbuka lagi. Aqram terdiam melihat siapa yang berdiri di
hadapan pintu. Dato Bahaman.
"Papa nak minta maaf sebab paksa kamu kahwin dengan Sally. Papa dapat tahu hal yang
dia ugut kamu pasal Isma. Jadi
papa dah bagitahu dekat ayah Sally. And you know
what? Ayah Sally sendiri kata
dia akan membantu tanpa kamu perlu berkahwin dengan
anaknya sendiri" ucap Dato
Bahaman sambil tersenyum . Mata Aqram membulat. Dia
kemudian memeluk kuat ayahnya
itu sambil menangis kegembiraan.
***
Aqram berjalan masuk ke cafe
dengan hati yang berdebar. Dia mengambil keputusan
untuk meminta maaf kepada Isma
dan berharap dapat bersama dengannya semula.
Aqram masuk kedalam kedai dan
terkejut melihat Isma sedang berdiri di hadapannya
dengan reaksi terkejut. Namun
untuk seketika. Isma kemudian berjalan melepasinya
dengan reaksi kosong seperti
langsung tidak mengenalinya. Hati Aqram terasa sakit
apabila diperlakukan begitu. Dia
kemudian mengenggam tangannya dan berjalan
kearah Isma yang sedang mengelap
meja itu. "Isma.." panggil Aqram dengan perlahan.
Pergerakan Isma terhenti apabila
mendengar suara Aqram. Tangannya mengigil.
Isma kemudian berpusing dan memandang kearah Aqram. "Maaf cik. Encik duduk
sebentar disini nanti saya
datang ambik order" ucap Isma dengan tenang sambil
menundukkan kepalanya sebelum
berjalan melepasi Aqram. Namun langkahnya
terhenti apabila Aqram menjerit
namanya.
"Isma ! Satu tahu awak marahkan saya sebab saya hina awak. Saya tahu saya bodoh
sebab buat awak menangis
sedangkan saya dah janji takkan buat awak menangis
lagi. Saya tahu saya mungkir
janji hal saya nak kahwin dengan awak. Tapi saya
datang sini sebab saya nak
bagitahu awak yang saya masih lagi cintakan awak. Saya
minta maaf sebab rahsiakan sebab
saya putus dengan awak. Saya minta maaf sebab
tengking dekat awak. Tapi
tolonglah..terima saya semula. Awak boleh pukul saya!
Marah saya ! tapi tolong..jangan
tinggalkan saya ..Saya datang sini nak tunaikan
janji saya mengahwini awak.."
ucap Aqram sambil menangis dan melutut di belakang
Isma.
Isma yang sedang membelakangi
Aqram mengenggam tangannya dan mengigit bibirnya
untuk menahan daripada menangis.
Namun gagal kerana air matanya mengalir laju
jatuh ke pipi. Pandangan orang
di dalam cafe langsung tidak dihiraukan. Semua orang
diam untuk melihat situasi yang
terjadi antara mereka. "Isma...Saya cintakan awak..dan
awak tahu tu kan..?" ucap
Aqram dengan perlahan. Isma memalingkan badannya
memandang Aqram yang sedang
melutut itu. Dia berjalan perlahan dan melutut di
hadapan Aqram.
Dia kemudian memukul dada Aqram
beberapa kali sambil menangis. "Awak ni jahat!
Kenapa awak mesti putuskan
hubungan dengan saya! Awak tahu tak saya terluka
bila awak buat macam tu"
raung Isma sambil meraup wajahnya. Aqram tersenyum
melihat perlakuan Isma. Dia
kemudian mengeluarkan cincin daripada poketnya dan
menghulurkan cincin itu kepada
Isma.
"Nur Isma Binti
Rashidi..sudi tak awak mengahwini saya?"
Dan orang ramai mula bertepuk
tangan melihat adegan drama di dalam cafe itu.
The End
So apa kene mengena
cerita I Frankeinstain
dengan cerita drama
poyo ni sampai aku dapat ilham dari tu? Hmm..
3 Itik gebo-gebo:
bhahah .. kelakar + sweet + comel = Terbaik! tehee, suka suka =D <3
best.. best :-) seronok baca, hihi
btw singgah sini, dah follow awak, jemput singgah, komen dan follow di blog saya pula ya ;)
www.haneeza.com
lepas adegan kat kafe tu sally kacau hidup isma lg ke x .
Lol ..
Catat Ulasan