Hello Baby

"Okay ! Jaga baby elok2, Pastikan rumah kemas ! Apa2 hal call kami okay"
ucap Melinda kepada dua orang lelaki yang sedang mendukung bayi itu.
Syira yang berada di sebelahnya hanya tersenyum geli hati melihat suaminya
terpaksa mendukung dua orang bayi sekali gus . 

Dua orang lelaki itu hanya menganguk dengan senyuman tawar. Pipi mereka
kemudian dicium oleh isteri mereka, sebelum Melinda dan Syira keluar dari
rumah.

Dum!

Pintu rumah ditutup menandakan bermulanya kesengsaraan dua orang lelaki yang
berada di rumah itu. "So...kita nak kena buat apa sekarang ni?" tanya seorang
lelaki sambil mendukung bayi kembar lapan bulannya itu. Tangan kecil anaknya
tidak henti2 bermain di muka dan bajunya. Kawannya disebelah pula hanya mengeluh
sambil melihat anaknya yang berumur 3 tahun sedang berlari keriangan di sekeliling
rumah. 

Semua ni terjadi kerana ibu mertua mereka berdua mencadangkan isteri mereka
berehat dan mahu mereka berdua belajar menjaga anak sendiri. Jadi untuk satu
hari suntuk, mereka berdua terpaksa berada di rumah menjaga anak mereka.
Kenapa berdua? Kerana untuk pengetahuan semua, Melinda dan suaminya Asyraf,
Syira dan Faizul mereka berempat merupakan kawan rapat sejak dari mereka kecik
lagi. Dan ibubapa mereka juga rapat. Jarang kan ada hubungan macam ni? Tapi itulah
yang berlaku pada mereka. Disebabkan itu, mertua mereka bercadang bersama sama
untuk meletakkan Asyraf dan Faizul dalam satu rumah sepanjang hari menjaga anak.

"Ugh...aku tak faham betul kenapa mak Syira buat cadangan ni.."rungut Asyraf sambil
duduk di lantai dan meletakkan anak kembarnya itu di bawah."Manalah aku tahu..
balik2 kerja je dia dah serang aku cakap pasal cadangan ni" ucap Faizul sambil duduk
di sofa . Asyraf menjeling kearah Faizul."Sudahlah.So sekarang ni kau kena tolong
aku jaga si kembar ni" arah Asyraf sambil mengusap kepala salah seorang anaknya
Misha yang sedang duduk di pehanya. Misha hanya tersenyum apabila kepalanya
diusap manakala kembarnya Mehran sedang bermain dengan anak patung rabit. 

"Amboi..ingat sikit aku pun ada anak..and cakap pasal anak. Mana Asif ni menghilang??"
tanya Faizul apabila sedar yang anaknya yang berumur 3 tahun itu tidak berada di
ruang tamu lagi. Dia kemudian bangun untuk mencari anaknya meninggalkan Asyraf
dan si kembar. Asyraf yang sedang sibuk bermain dengan Misha terkejut apabila
Mehran tiba2 sahaja menangis . Dia kemudian mengesut dengan Misha di ribanya
menuju kearah Mehran yang tidak jauh di hadapannya ."Shussh..kenapa ni sayang?"
tanya Asyraf sambil mencium dahi anaknya yang tiba2 sahaja menangis. Namun
terdiam apabila dia terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Dahinya berkerut. 

"Ugh..Mehran..why now? Kenapa tak masa mummy ada tadi" rungut Asyraf apabila
sedar yang anaknya itu baru lepas membuang hajat besar. Keadaan sekeliling mula
berbau.Mehran yang sudah berhenti menangis hanya tersenyum sebelum merangkak
jauh dari Asyraf. Asyraf meletakkan Misha di lantai dan mendukung Mehran sebelum
dia pergi lebih jauh."Faizul ! Jaga Misha kejap!Aku nak cuci Mehran ni !" jerit Asyraf.
Faizul kemudian muncul dengan Asif yang berjalan di sebelahnya . "Okay~ pergi cuci
cepat. Euw..habis berbau" gurau Faizul sambil menutup hidungnya. Asyraf hanya
menjulingkan matanya keatas sebelum mendukung Mehran menuju ke tandas.

Faizul berjalan menuju kearah Misha yang sedang merangkak dan bermain dengan anak
patung. Asif kemudian berlari kearah Misha dan duduk di hadapannya untuk bermain
bersama sama. Faizul juga duduk bersama mereka , dia kemudian mengangkat Misha
dan meletakkan di atas riba. Asif berdiri di hadapan Misha sambil cuba untuk mencium
Misha berkali kali. "Asif~ Asif nak adik macam ni tak?" tanya Faizul dengan nada manja.
Asif memandang kearah ayahnya dengan riak wajah teruja. "Nak ! Nak!" ucapnya.
"Kalau macam tu , nanti mama balik esok. Asif minta dia tau!" ucap Faizul sambil
tersengih."Okey papa !" ucap Asif sebelum sambung bermain dengan tangan Misha.

"Takdalah susah mana pun nak jaga budak ni..." ucap Faizul seorang diri apabila melihat
keadaan di rumah ini tenang.

***
Beberapa jam kemudian..

"Asif ! Keluar dari bawah meja tu !"

"Misha ! Mana misha pergi?! Anak aku hilang!"

"Asyraf ! Misha kat bawah meja tu lah! And tolong stopkan Mehran dari menangis!"

Faizul mengusap kepalanya dengan kasar. Keadaan di rumah menjadi kelam kabut
bila waktu senja. Dia sekarang ni sedang berusaha untuk masak sesuatu yang harap2
boleh dimakan oleh dia, Asyraf dan Asif. Disebabkan Asyraf langsung tidak tahu
memasak, jadi dia tugaskan kawan dia itu menjaga anak2 namun lain yang jadi.

Dia melihat Asyraf sedang merangkak di dapur cuba untuk memujuk Asif dan Misha
keluar dari bawah meja. "Misha..Asif...sini kat daddy..janganlah masuk situ"
pujuk Asyraf  dengan penuh menyedihkan. Mehran pula sedang menangis sambil
duduk di sebelah Asyraf yang sedang memujuk Misha dan Asif keluar itu. "Asif! Keluar
dari meja tu sekarang!" arah Faizul dengan tegas.Asif dengan pantas keluar meninggalkan
Misha seorang diri bawah meja. Faizul mengeluh. Dia kemudian sambung untuk memotong
sayur bahan untuk memasak dia itu nanti.

Asyraf mengangkat Misha keluar dari bawah meja setelah bersusah payah merangkak
kebawah meja untuk mengambil Misha keluar. Setelah keluar dari meja, Asyraf mendukung
Mehran dan Misha bersama sama. "Keluarlah dari dapur ni! Menganggu and bahaya
untuk budak2. Bawa budak2 semua kat ruang tamu" marah Faizul sambil cuba untuk
fokus memasak."Ceh. Kau tu masak betul2. Aku taknak sakit perut nanti" ucap Asyraf
sebelum membawa Asif,Misha dan Mehran keluar dari dapur.

***
Waktu makan.

Misha dan Mehran diletakkan di tempat duduk bayi di kedua dua sisi Asyraf. Mehran
di kiri, Misha di kanan. Manakala Faizul dan Asif bertentangan mereka. Masakan
ayam masak kicap dan sayur kankung terhidang di hadapan mereka. Asyraf mengerutkan
dahinya. "Kau habiskan masa 2 jam untuk masak ni je?" tanya Asyraf . Faizul mengangkat
kedua dua bahunya dengan wajah selamba. "Diamlah..kau tak tahu susahnya memasak
ni. Makan je jangan nak merungut" ucap Faizul sambil meletakkan nasi ke atas pinggan.

Ceh..aku yang kena jaga tiga orang budak. Dia yang nak over kutuk Asyraf
di dalam hati. Dia kemudian menyuapkan nasi yang berlaukkan ayam kicap itu.
Namun memuntahkan balik semula makanan itu. Faizul yang baru sahaja hendak
menyuapkan nasi terhenti melihat kelakuan Asyraf. "Dude! Kau yakin ke kau
letak kicap kat sini? and masin gila kau tau tak?!" ucap Asyraf dengan wajah
yang berkerut sambil minum air. "Betul lah..aku letak benda yang warna hitam
kat botol tu dalam ni" ucap Faizul. Asyraf bangun dan mengambil botol yang
dikatakan oleh Faizul itu. Matanya membulat.

"Wait..kau letak ni je ke dalam masakan tu? Separuh botol ni?" tanya Asyraf. Faizul
hanya mengangguk. "Weh ! Ni sos tiram lah ! Buat apa kau letak sampai separuh
botol ! Orang patutnya  kena letak kicap yang banyak! Bukan ni" marah Asyraf.
"Mana lah aku tahu tu sos tiram ! aku ingat tu kicap tadi" rungut Faizul. Asyraf
menjeling kearah kawannya."Lain kali tengok label dulu.Tak masuk akal betul
dia ni" ngeluh Asyraf. Sebenarnya Faizul tidak tahu pun kena letak sos tiram
dalam masakkan. Dia ingat kena letak kicap je dengan bahan lain. And rupa2
nya botol yang disangka kicap itu sebenarnya sos tiram. 

Dan akhirnya mereka terpaksa makan nasi dengan kangkung berserta dengan
kicap yang sudah siap di dalam botol. Ayam masak sos tiram itu dibiarkan begitu
saja..

***
Waktu tidur..

Hari sudah lewat malam tapi Mehran, Misha dan Asif masih lagi tidak mahu tidur.
Mehran dan Misha tidak berhenti henti menangis bila Asyraf cuba untuk menidurkan
mereka. "Shushh...shusshh..Misha..Mehran..tidur sayang" pujuk Asyraf sambil
kedua dua tangannya menepuk badan si kembar. Mereka berdua akhirnya sudah
berhenti menangis dan mula mengantuk. Misha sudah pun tertidur dan Asyraf mula
fokus kearah Mehran.

Faizul selesai menukar pakaian Asif kepada baju tidur namun dengan tiba2 anaknya
berlari masuk kedalam bilik dimana Asyraf dan si kembar berada. Wajah Faizul mula
panik. "Wait ! Asif ! Come back here !" pinta Faizul dengan suara yang cuba dikawal
untuk mengelakkan daripada si kembar terbangun. Namun usahanya sia2 apabila Asif
sudah pun masuk kedalam bilik dengan teruja untuk bermain dengan si kembar.

Asyraf terkejut apabila melihat Asif tiba2 berlari dengan gembira menuju ke arah Misha
yang sedang tidur. Belum sempat di hendak menghalang Asif, Asif sudah duduk di
sebelah Misha dan mencium wajah Misha membuatkan Misha terbangun lalu menangis.
Apabila mendengar Misha menangis,Mehran yang hampir sahaja hendak tidur itu turut ikut
sama menangis. Asyraf mengeluh . Faizul kemudian masuk kedalam bilik dengan riak
wajah panik dan bersalah. "Asif! Pergi tengok tv sana. Papa dah buka cerita Ultraman"
pujuk Faizul . Dengar sahaja apa yang dikatakan oleh ayahnya itu, Asif keluar dari
bilik untuk menonton tv. Faizul mengeluh lalu duduk diatas tilam untuk membantu Asyraf
menidurkan si kembar. Dia mengangkat Misha dan mendodoinya di dalam dakapan untuk
berhentikannya dari menangis."Sorry pasal Asif.." ucap Faizul. "Takpa.." ucap Asyraf
sambil mendodoi Mehran di dalam dakapannya.

Akhirnya mereka menghabiskan masa setengah jam untuk menidurkan Mehran dan Misha.

***

Melinda dan Syira masuk kedalam rumah dengan pemandangan suami mereka sedang
tidur bersama sama anak mereka . Jelas kelihatan di wajah suami mereka yang
mereka menghadapi waktu yang susah sepanjang hari semalam. Syira dan
Melinda tersenyum manis.

"Sekarang..baru diorang tahu macam mana penatnya jadi ibu ni.." ucap Syira
sambil tersenyum.

The End
I love you mom~ kekeke





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

6 Itik gebo-gebo:

Byzura Halifah (MB) berkata...

bkn mudah nak jd housewife & jaga anak2 kn? hehehe... nmpk je mudah tp sbnrnya byk cabaran dia... :)

Pwincess berkata...

hahaha. comelnya husband kena jaga anak.

ar ai en berkata...

haha gelabah jaga anak .

Mira_Othman berkata...

hahaha ... Nice try Mrs Writer! :D <3 <3

licha berkata...

hm.. jaga sehari baru tau apa rasanya ..haha

Unknown berkata...

Wahh..best nie...nnti buat panjang2 erkk...hehehe..AWeSome !!!

xoxo

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi