Cinta Photographer Part 42

Part 41

Zain bangun dari tidur dan dikejutkan dengan dentuman pintu rumahnya. Zain kemudian mendengus menahan marah. "Ugh siapa lembab sangat ketuk pintu ni . Macam lah loceng rumah tak ada" rungut Zain sambil cuba untuk bangun dari katil. Baru sehari dia nak merasa untuk bangun lambat sebab jadualnya hanya ada pada waktu malam, sudah diganggu oleh makluk yang mengetuk pintu rumahnya seperti mahu robohkannya. "Kejap! kejap! Hish" jerit Zain sambil berjalan kearah pintu dengan wajah baru bangun dari tidur. Zain membuka pintu dan dahinya berkerut melihat Liyana sedang berdiri di hadapan pintu sambil memeluk tubuhnya.

Tanpa fikir panjang, Zain menutup pintu itu di hadapan wajah Liyana. Liyana yang terkejut apabila pintu rumah itu ditutup mula mengetuk semula pintu rumah itu. "Zain! Bukak lah! Zain!" marah Liyana. Zain mengeluh lalu membuka semula pintu rumahnya. "Apa dia awak nak? Pagi2 dah ganggu" tanya Zain. Liyana tanpa dipelawa menolak badan Zain untuk masuk ke rumahnya. Zain terdiam melihat tindakkan Liyana itu. "Eh wait! Siapa benarkan awak masuk? Keluar. Tak elok anak dara masuk rumah bujang sorang2 ni. Nanti apa kata orang" marah Zain sambil menarik Liyana. Liyana menepis tangan Zain.

"Biarlah apa orang nak kata ! Lagipun kita nak kahwin kan!" bentak Liyana. Zain mengerutkan dahinya. "Apa awak merepek ni? Bila masa saya kata saya nak kahwin dengan awak?" tanya Zain. Liyana memeluk tubuhnya. "Saya tak kira. Saya dah penat nak tunggu awak. Kita dah bercinta lama. Jadi perkara biasa lah kalau kita kahwin kan" kata Liyana. Zain menggaru kepalanya. "Stop. Saya tak nak kahwin lagi okay. Saya belum sedia. Kalau awak tak nak setuju tentang hal ni. Kita putus" kata Zain. Mata Liyana membulat mendengar apa yang dikatakan oleh Zain.

"What?! Oh now awak nak putus dengan saya? Lepas saya balik Malaysia baru awak nak putus? Kenapa tak masa saya kat luar negara dulu?! Kenapa? Waktu saya takda awak dah jatuh cinta pada orang lain kan?" marah Liyana.  "Apa awak merepek ni. Saya mana ada suka orang lain!" marah Zain. Liyana ketawa kecil mendengar jawapan Zain. "Hey. Its Obvious lah awak. Cara awak pandang dia semua tu dah menunjukkan awak sukakan dia" kata Liyana dengan nada sedih. Zain mengerutkan dahinya. "Apa ni? Siapa yang awak maksudkan ? Saya tak fahamlah" tanya Zain. Liyana mengeluh. "Awak ni bodoh lah..nampaknya saya ni takdalah sekuat Amirul..kalau awak sukakan dia. Saya tak boleh buat apa. Sebab salah saya juga tinggalkan awak dulu. Saya harap awak sedar tentang perasaan awak. Jangan ambik masa lama..takut terlepas" kata Liyana dengan perlahan sebelum berjalan ke arah pintu. "Oh ya. Saya akan balik ke London.Semoga awak sedar tentang perasaan awak tu. Bye." kata Liyana sebelum keluar dari rumah meninggalkan Zain yang sedang kebingungan itu.

***
"Oh. Hey idiot ~" kata Sue sambil tersenyum kearah Aina yang sedang masuk ke dalam kedai itu. Aina merengus menahan marah. "Ugh. Seriously bila kau nak stop panggil aku idiot? Dari semalam lagi " rungut Aina sambil berjalan ke kaunter. Sue mengangkat bahunya dengan wajah selamba. "Sampai kau confess kat Zain yang kau sukakan dia" jawab Sue sambil membelek buku gambar kahwin itu. Aina hanya mengeluh sebelum mula mencuci lensanya di sofa yang berada di kedai itu.

Tiba2 kedengaran pintu kedai dibuka. Dua orang gadis itu mengangkat kepala untuk memandang siapa yang masuk ke kedai. Seorang gadis tersenyum. Seorang lagi mengerutkan mukanya. Amirul masuk ke dalam kedai dan menundukkan sedikit kepala kearah Sue sambil tersenyum sebelum berjalan kearah Aina. "Hai Aina!" ucap Amirul sambil duduk disebelah. Aina tersenyum melihat telatah Amirul. "Hai. Awak buat apa kat sini? Tak ada kerja ke?" tanya Aina. Tidak mempedulikan Sue yang sedang menjeling kearah mereka berdua. Amirul menggelengkan kepalanya. "Tak. Saya minta cuti sehari. Saya ingat nak ajak awak keluar hari ni" kata Amirul sambil membelek kamera Aina.

"Oh. Nak keluar boleh . Tapi kena tunggu lepas saya habis kerjalah. Tak apa ke?" tanya Aina. Amirul mengangguk. "Takpa. Saya boleh tolong awak kat sini. Boleh kan? Please" pinta Amirul. Aina mula cuak. Dia tahu yang Sue masih lagi tidak berkenan dengan Amirul. "Err..saya tak sure lah" jawab Aina sambil menggaru kepalanya. Amirul mengerutkan dahinya. "Alah please. Saya janji tak kacau awak dengan Sue" kata Amirul. Aina mengeluh sambil mengangguk. "Okay.."

***
Zain masuk ke dalam studio dengan fikiran yang berterabur. Dia cuba untuk faham apa yang dikatakan oleh Liyana itu. Siapa yang dia maksudkan? Betul ke dia dah jatuh cinta pada orang lain? Tapi siapa? Zain berjalan masuk tanpa menghiraukan pandangan pelik Marina yang berada di dalam studio itu. "Zain? Kenapa datang studio sekarang. Kita mana ada jadual sekarang ni" tanya Marina sambil mendekati Zain yang duduk di meja kerjanya. Zain hanya mendiamkan diri. Terlampau khusyuk berfikir. Marina mengerutkan dahinya apabila dirinya tidak diendahkan oleh Zain. "Zain!" panggil Marina sambil menghentak meja. Membuatkan Zain memandang kearahnya.

"What?" tanya Zain dengan perlahan. Marina mengeluh. Lalu dia duduk di hadapan Zain. "Kenapa ni? Cuba cerita dekat saya" tanya Marina dengan prihatin. Zain hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala. "Ni sebab Aina ke?" tanya Marina. Zain memandang kearah Marina dengan dahi yang berkerut. Namun masih tidak berkata apa2 . Marina mengeluh. "Aina ada sebab berhenti awal. Jadi janganlah marah dia, dia sampai sanggup jual kereta dia sebab nak berhenti-" belum sempat Marina menghabiskan ayatnya Zain itu memotong. "Wait. Jual kereta? Apa maksud awak ni?" tanya Zain dengan keliru. Marina memandang pelik kearah Zain. "Awak tak tahu ke ? Dia bayar hutang tu guna hasil jualan kereta dia" kata Marina. Zain dengan pantas bangun dan keluar dari studio.

"That idiot !" bisik Zain sambil berjalan menuju ke keretanya untuk berjumpa dengan Aina.

***
Aina mengangkat beberapa frame gambar untuk digantung di kedainya dengan dibantu oleh Amirul. Sedang dia dan Amirul sibuk mengantung gambar tiba2 pintu kedai dibuka dengan kuat oleh seseorang.  Mata Aina membulat melihat Zain sedang berdiri di hadapan pintu dengan wajah yang tegang. "Oh Zain..kau buat apa kat sini?" tanya Aina. Amirul dan Sue hanya diam memandang kearah Zain. Zain kemudian berjalan kearah Aina dan mula menarik lengan Aina. "Ikut aku kejap. Aku nak cakap dengan kau" kata Zain. Aina terkejut apabila ditarik oleh Zain ke luar kedai, dia sempat menoleh ke dalam kedai dan melihat wajah serious Amirul dan wajah gembira Sue. Aina hanya mampu mengeluh melihat reaksi Sue.

Aina kemudian dipaksa masuk ke dalam kereta Zain dan Zain kemudian memandu kereta itu dengan pantas. Di dalam kereta suasana sedikit janggal sebelum Aina membuka mulut untuk bertanya. "Err..kau nak cakap apa dekat aku?" tanya Aina. Zain masih lagi berwajah tegang. "Amirul ke lelaki tu?" tanya Zain tiba2. Aina mengerutkan dahinya. "Huh? What? Lelaki apa?" tanya Aina. Zain mengenggam stereng keretanya. Pada mulanya dia datang hanya hendak bertanya tentang duit bayaran tu. Tapi lepas nampak kemesraan Aina dengan Amirul dalam kedai. Zain tidak dapat mengelak daripada berasa marah, dan entah kenapa hatinya terasa sakit memandang situasi itu.

"Amirul ke lelaki yang kau setuju nak kahwin tu?" tanya Zain sambil menahan marah. Aina menundukkan kepalanya. "Oh..ya. Dia.." jawab Aina. Zain mengenggam stereng kereta dengan lebih kuat. "Kenapa? Kau cintakan dia ke? Ke kau cintakan duit dia?" tanya Zain. Aina memandang wajah Zain dengan riak wajah tidak percaya. "What?! Kau ingat aku murah sangat ke nak kahwin sebab duit?! And kau kisah apa kalau aku cintakan dia atau tak!" marah Aina. Namun dalam hati dia takut juga bila marah dalam keadaan tegang macam ni. Mujur Zain sedang memandu dan tidak boleh memandang wajahnya. "Aku tanya kau cintakan dia atau tak?!" tanya Zain. Aina menarik nafas panjang. Dia kemudian teringat tentang nasihat Sue. "Tak. Aku tak cintakan dia. Tapi aku akan cuba untuk cintakan dia" jawab Aina. Zain mengerutkan dahinya mendengar jawapan Aina. "Apa maksud kau?" tanya Zain. Aina mengenggam tangannya sambil memejamkan mata. "Aku sukakan kau" kata Aina. Zain terkejut lalu dengan pantas membawa kereta ke sisi jalan sebelum memberhentikan kereta. Setelah berhenti, Zain masih lagi dalam keadaan terkejut. 

"Apa kau merepek ni? Kejap kau kata kau cuba nak suka Amirul. Then tiba2 kau kata kau suka aku?" tanya Zain dengan masih lagi memandang hadapan. Tidak berani untuk memandang Aina. Aina pun tidak berani hendak memandang Zain, dan hanya menundukkan kepala. "Aku sukakan kau..tapi aku tahu kau sukakan Liyana. Jadi tak ada gunalah kan untuk aku teruskan perasaan aku ni. So..Amirul yang tahu tentang perasaan aku ni selalu berada disisi aku bila aku sedih. Pada mulanya aku ingat dia buat tu sebab kawan. Tapi rupanya sebab dia jatuh cinta pada aku. Dia minta aku peluang. Dan aku pun bagi dia peluang tu, dengan harapan dapat lupakan perasaan aku pada kau" terang Aina. Zain hanya mendiamkan diri. Sebelum dia mula menjalankan keretanya.

Sepanjang perjalanan itu, Zain dan Aina langsung tidak berkata apa2. Aina mengetap bibirnya apabila dia mendapat layanan dingin dari Zain . Dia sepatutnya dah sedar yang Zain takkan pernah suka pada dia. Sebab tu lah bila dia confess, Zain langsung tidak berkata apa2. Aina mengangkat kepalanya apabila dia merasakan kereta sudah berhenti. Dia melihat yang dia sudah sampai semula di kedai gambarnya. Aina mengeluh. Aina memandang kearah Zain namun Zain langsung tidak berkata apa dan langsung tidak memandang kearahnya. Sekali lagi Aina mengeluh sebelum membuka pintu untuk keluar.

"Jangan risau..aku akan cuba cintakan Amirul...harap kau dengan Liyana bahagia" kata Aina sebelum keluar dari kereta itu. Aina kemudian melihat kereta Zain meluncur laju meninggalkan dia seorang diri. Aina berjalan masuk ke dalam kedai sambil menundukkan kepala. Sue yang sedar tentang perubahan mood Aina itu dengan pantas berjalan kearah Aina. "Aina? Kenapa ni? Hey...kau okay tak?" tanya Sue dengan prihatin. Aina mengangkat kepalanya, "Amirul mana?" tanya Aina dengan perlahan. "Amirul ada dekat belakang. Tengah buang sampah" kata Sue.

Aina mengangguk sebelum memeluk badan Sue dengan kuat. Sue terkejut apabila dipeluk oleh Aina. Sebelum mula membalas pelukkan itu apabila dia mendengar Aina sedang menangis. "Kenapa hati aku sakit sangat Sue..bila dia bersikap dingin dekat aku.." kata Aina sambil menangis di pelukkan Sue. Sue hanya mendiamkan diri. Dia tahu Aina tidak mahukan jawapan, dia cuma mahu luahkan perasaan dia sekarang ni. "Kenapa aku susah sangat nak lupakan dia? Kenapa...kenapa aku tak boleh cintakan Amirul. Kenapa aku mesti suka dengan orang macam dia? " ucap Aina lagi.

Tanpa disedari oleh mereka berdua, Amirul mendengar segala luahannya disebalik pintu dengan hati yang terluka.

To Be Continue
#PrayForMH370




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi