Warning Ini cerita Fantasi.
Jadi ianya tidak pernah wujud dalam buku sejarah anda.
Atau mana2 buku sekolah
Jadi ianya tidak pernah wujud dalam buku sejarah anda.
Atau mana2 buku sekolah
Farhad dan Aryani sedang
berjalan di dalam hutan apabila tiba2 sahaja kedengaran bunyi siren dari arah
istana. Farhad dan Aryani memandang satu sama lain. "Mereka dah sedar
tentang kehilangan awak. Kita kena jalan cepat sikit untuk elakkan dari bertembung
dengan pasukan pencari nanti" kata Farhad. Aryani menangguk kepalanya.
Mereka berdua kemudian berjalan pantas di dalam hutan yang gelap gelita itu.
Setelah beberapa jam mereka berjalan, Farhad terdengar bunyi kuda sedang
berlari kearah mereka. Dengan pantas Farhad menarik tangan Aryani dan
membawanya masuk kedalam hutan tebal dan semak samun untuk bersembunyi. Aryani
yang tersentak itu hampir sahaja hendak menjerit namun Farhad dengan pantas
menekup mulutnya. Mereka berdua kemudian duduk bersembunyi di belakang batu
besar dan semak samun.
"Diam...saya dengar bunyi kuda datang arah kita.." bisik Farhad. Aryani hanya mengangguk sambil cuba sedaya upaya mengecilkan dirinya di sebalik batu itu. Bunyi kuda berlari itu semakin dekat dan akhirnya mereka berhenti di tempat Farhad dan Aryani bersembunyi. Jantung Aryani berdegup kencang. Dia betul2 harap mereka takkan ditangkap. Dengan tiba2 ada seseorang mengacu pedang di leher Farhad dan Aryani membuatkan nafas mereka berdua terhenti seketika. "Tuan puteri buat apa dekat sini? Tak ada gunanya nak bersembunyi tuan puteri" kata seorang lelaki dengan suara garau. Aryani mengangkat kepalanya untuk melihat tuan empunya suara dan pedang itu. Matanya membulat apabila melihat orang itu bukanlah orang istana yang ditugaskan untuk mencari dia. Tapi mereka ni Ahli Gelap dimana mereka sering membunuh dan menculik orang yang kaya untuk mendapatkan duit.
Lelaki yang berbaju hitam itu memandang sinis kearah Aryani apabila menyedari wajahnya menjadi pucat. "Rasanya tuan puteri tahu siapa saya kan? Seronok saya dapat jumpa tuan puteri" kata lelaki itu. "Phoenix..." kata Aryani dengan perlahan. Phoenix tersenyum sinis. "Ya..itu saya. Terharu saya bila awak tahu nama saya" kata Phoenix sambil memandang kearah Farhad dan Aryani. "T-tapi..macam mana kamu boleh tahu saya akan ada dekat sini?" tanya Aryani. Phoenix mengangkat bahunya. "Saya dibayar seseorang. Sudah. Sekarang bangun dari sini dan ikut saya" arah Phoenix dengan masih lagi mengacu pedang itu di leher Aryani. Pengikutnya pula mengacu kearah Farhad.
Aryani dan Farhad bangun dengan berhati hati. Farhad dalam diam cuba untuk mengeluarkan pedangnya namun Phoenix sudah pun perasan. "Oh. Si tukang kebun ada pedang? Bagus. Apa kata kita lawan, tak ada lah bosan sangat kerja saya ni" kata Phoenix sambil tersenyum sinis. Farhad dan Aryani keluar dari tempat persembunyian mereka dan berjalan keluar ke tempat dimana kuda2 Ahli Gelap itu berada. "Aryani..kalau jadi apa2 saya nak awak lari dari sini secepat mungkin" bisik Farhad. "Auw..dah nak mati pun masih lagi nak bisik2 dengan kekasih. Cemburu saya dibuatnya" perli Phoenix. Pengikutnya ketawa mendengar perlian dari ketua mereka. Farhad memandang tajam kearah Phoenix dan pengikutnya di hadapan lalu mengeluarkan pedangnya dan berdiri di hadapan Aryani.
"Oh wow..Seorang tukang kebun nak jadi wira kepada seorang Puteri. Romantiknya..tapi sayang . Ni bukan cerita dongeng yang ada happy ending. Kau takkan dapat menang wahai tukang kebun" kata Phoenix sambil bermain main dengan pedangnya. Farhad merengus menahan marah. "Belum cuba belum tahu..oh kalau kau nak tahu. Ayah aku dulu seorang bekas pahlawan. Jadi aku tahu serba sedikit cara nak gunakan pedang" kata Farhad. Phoenix mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sinis. "Baiklah kalau itu yang kau nak.." kata Phoenix. "Aryani..lari!" bisik Farhad sebelum meluru kearah Phoenix dan pengikutnya. Aryani tersentak namun dia dengan pantas lari meninggalkan Farhad. Aryani menoleh kebelakang dan melihat Farhad sedang berlawan dengan mereka semua.
"Pergi tangkap puteri tu!" arah Phoenix kepada pengikutnya sambil mengelak hanyunan pedang yang dilakukan oleh Farhad. Farhad melihat beberapa pengikutnya lari mengejar Aryani membuatkan dia tidak sedar Phoenix menghayunkan pedang kearah kepalanya. Farhad menjerit sakit apabila dahinya kirinya dihiris oleh bucu pedang itu. Farhad berundur kebelakang sambil memegang dahinya yang berdarah. "Sakit? Itu baru sikit. Cepatlah serang aku. Aku bosan ni" kata Phoenix sambil tersenyum sinis.
***
Aryani lari masuk ke dalam hutan
tebal . Dia dapat mendengar beberapa orang pengikut Phoenix sedang mengikutnya
dari belakang. Sedang dia berlari itu dia tidak sedar yang ada kayu besar
di tanah membuatkan dia tersandung dan terjatuh. Aryani mengerutkan dahinya apabila
dia berasa dahinya kanannya berdarah. Kepalanya pening akibat hentakkan di kayu
itu. Dengan perlahan Aryani cuba untuk bangun dari situ dengan dahi kanannya
yang berdarah. Namun terlambat apabila dia dikepung oleh pengikut Phoenix.
"Seronok kan bila kena kepung macam ni? Tunggu masa nak mati je.." kata seseorang di sebalik pokok. Aryani mengecilkan sedikit matanya untuk melihat siapa orang itu yang tiba2 sahaja muncul di dalam gelap. Setelah nampak, mata Aryani membulat. "P-putera Irham?" kata Aryani. Putera Irham tersenyum sinis sambil bersandar di pokok itu. "Oh..awak ingat lagi siapa saya. Saya ingatkan lepas awak dah ada kekasih gelap, awak lupakan saya" perli Putera Irham. "T-tapi macam mana awak-" belum sempat Aryani menghabiskan ayatnya Putera Irham sudah memotong. "Saya secara tak sengaja terdengar perbualan awak dengan si tukang kebun tu. Bagus juga bila saya terdengar semua tu. Senang sikit kerja saya nak bunuh awak" kata Putera Irham sambil berjalan dekat kearah Aryani.
Wajah Aryani menjadi pucat. "B-bunuh s-saya? Tapi kenapa? Awak ke yang bayar Phoenix?!" tanya Aryani. Putera Irham ketawa sinis. "Ya..memang aku yang upah Phoenix untuk buru korang berdua..tujuan dia untuk jatuhkan kerajaan Nasturtium ni.Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Ayah aku dah lama merancang nak jatuhkan kerajaan ni. Dan bila ayah kau pilih aku sebagai bakal suami kau,aku terima jelah dengan rela hati. Sebab bila kau dah mati, serta merta kerajaan ni akan jatuh di tangan aku" Badan Aryani mengigil. Dia betul2 tidak dapat berfikir dengan waras sekarang ni.
"Selamat tinggal Puteri Aryani..terima kasih senangkan kerja saya" kata Putera Irham sebelum menghunus pedang kearah hati Aryani sehingga tertembus kebelakang. Mata Aryani terbeliak apabila dia sedar yang dia ditikam. Aryani mula mengigil dan badannya mula kebas. Fikirannya mula melayang kepada Farhad yang sedang bertarung demi menyelamatkan dia. Aryani memandang kearah wajah Putera Irham yang sedang tersenyum sinis itu sebelum penglihatannya mula menjadi hitam.
***
Farhad terjatuh ke tanah apabila
dia merasakan hati dia sakit tiba2. Fikirannya mula terfikir tentang Aryani.
"Tak..tak mungkin..Aryani takkan apa2..dia selamat" bisik Farhad cuba
untuk menghilangkan rasa tidak sedap hatinya itu. "Rasanya..kau tak patut
berangan waktu macam ni" kata Phoenix lalu menghunus pedang itu ke hati
Farhad. Badan Farhad menjadi layu lalu terjatuh ke tanah apabila Phoenix
menarik pedang itu keluar. "Seronok dapat main dengan kau, tapi kau kena
sedar tak semua kisah cinta akan berakhir dengan gembira" kata Phoenix
sebelum berjalan kearah kudanya.
***
2014
"Okay! Okay! Hish! Boyfriend apa kau ni nak bagi bunga untuk awek tapi suruh orang lain beli!" rungut perempuan itu ke telefon bimbitnya sambil meletakkan keretanya di hadapan kedai bunga. "Yelah . Aku dah sampai. Nanti aku hantar kat kau. Bye" kata perempuan itu lalu mematikan telefonnya. Dia kemudian berjalan masuk kedalam kedai bunga itu.
Masuk sahaja di situ dia disambut oleh seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum melihat kearah perempuan itu membuatkan jantung perempuan itu berdegup kencang. Itulah pertama kali dia melihat wajah lelaki itu, namun dia rasa seperti dia sudah lama kenal dengan lelaki itu. Perempuan itu berdehem sebelum berjalan kearah lelaki itu. "Hai selamat datang, Cik nak beli bunga apa?" tanya lelaki itu sambil tersenyum manis. Perempuan itu tersenyum dan memandang kearah lelaki itu.
Dahi perempuan itu berkerut apabila melihat ada parut di dahi kiri lelaki itu. "Um..awak ada parut kat dahi kiri awak.." kata perempuan itu tanpa sedar. Lelaki itu terdiam seketika kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh perempuan itu. Perempuan itu kemudian tersedar apa yang dia ucapkan mula berwajah merah menahan malu. "Ah..maaf. Maaf. Saya tak sengaja" kata perempuan itu. Lelaki itu kemudian ketawa melihat wajah merah perempuan itu. "Its okay, saya lahir2 dah ada parut kat dahi kiri saya ni. Um..awak pun ada parut sama dengan saya kat dahi kanan awak" kata lelaki itu sambil menunjukkan kearah dahi perempuan itu. Perempuan itu ketawa. "Oh. Samalah. Saya lahir2 ada parut ni" kata perempuan itu.
Lelaki itu tersenyum sebelum
bertanya "Oh..awak nak beli bunga apa?". "Saya nak sejambak
bunga ros" kata perempuan itu sambil membalas senyuman. Lelaki itu
mengangguk sebelum pergi mengambil bunga ros itu dan datang semula ke kaunter
itu. Dahi perempuan itu berkerut apabila ada sebatang bunga berwarna purple di
sebelah sejambak bunga ros itu. "Um..saya tak minta bunga ni" kata
perempuan itu. Lelaki itu tersenyum. "I know..itu untuk awak. Bunga
Gloxinia..it means-"
"Love at First Sight"
kata perempuan itu sambil memandang kearah bunga Gloxinia itu. Lelaki itu
tersenyum. "Hey..nama saya Farhad. Boleh saya tahu siapa nama awak?"
tanya lelaki itu sambil memberi bunga gloxinia kepada perempuan itu.
"Aryani..nama saya Aryani.."
The End.
Phew..Its a lot of work here..
At last berjaya habiskan cerita ni. Serious susah gila nak reka cerita fantasi
macam ni. And maaf kalau bosan or wtv. Sebab ni cubaan pertama aku dalam tema
fantasi ni. Dimana berlaku Reincarnation (Penjelmaan semula). Farhad dan Aryani
pada tahun 1679 yang dah mati berjumpa semula di dunia yang baru pada tahun
2014. So..thanks for reading !
Aku Bukan Stalker !
Coming soon~ Pfft kawan aku tak habis2 suruh post cerita ni awal.
0 Itik gebo-gebo:
Catat Ulasan