Reincarnation

 Warning Ini cerita Fantasi.
Jadi ianya tidak pernah wujud dalam buku sejarah anda.
Atau mana2 buku sekolah



Tahun 1679

Cuaca di negara Nasturtium begitu cerah. Para penduduk di kerajaan itu mula bangun untuk memulakan kerja mereka mencari nafkah. Suasana di dalam istana pula sibuk dengan orang gaji yang bersiap sedia untuk menyiapkan makanan untuk kerabat di raja. 

Beberapa orang gaji ditugaskan untuk mengejut puteri tunggal di istana itu.Salah seorang orang gaji mengetuk perlahan pintu puteri itu sebelum masuk.Mereka kemudian melangkah perlahan menuju kearah katil di mana si puteri sedang tidur.Orang gaji itu kemudian menepuk perlahan bahu puteri itu untuk mengejutnya.

"Puteri Aryani..masa untuk bangun" kata orang gaji itu dengan perlahan. Puteri
Aryani kemudian mengerutkan dahi apabila tidurnya diganggu sebelum membuka
matanya. Dia kemudian melihat 3 orang gaji perempuan sedang berdiri sebelah
katilnya sambil menundukkan kepala. Dia kemudian mengeluh sebelum bangun.
"Kami dah siapkan air untuk mandi" kata salah seorang orang gaji itu sambil
menundukkan kepala. Aryani kemudian menganggukkan kepala sebelum turun dari
katil untuk mandi.

Selesai mandi dan bersiap, Aryani turun ke meja makan di mana Ayah dan ibunya
sedang menunggu untuk bersarapan. Sampai disana Aryani menundukkan kepala
kepada ibubapanya sebelum duduk di kerusi. "Selamat pagi Ayah.Ibu..." ucap
Aryani. "Selamat pagi" serentak Ayah dan ibunya menjawab sambil tersenyum.

Mereka kemudian dihidangkan makanan diatas meja. Seusai makan, Ayahnya Raja
Arshad tiba2 membuka bicara. "Aryani..Ayah ada sesuatu nak bagitahu kamu"
ucap Raja Arshad sambil memandang kearah puteri tunggalnya itu. Aryani hanya
mengangkat kening sambil memandang kearah ayah dan ibunya. "Apa dia?"
tanya Aryani. Raja Arshad dan isterinya Permaisuri Riana memandang satu sama lain
sambil tersenyum sebelum memandang kearah Aryani. "Kamu tahu kan hari jadi kamu
yang ke 20 bulan depan?" ucap Raja Arshad. Aryani menangguk dengan wajah yang
keliru."Dan kamu tahu kan peraturan di istana ni, puteri akan berkahwin sewaktu
umurnya 20 tahun?"sambung Raja Arshad. Aryani mula berasa tidak sedap hati.
"Tahu..jadi kenapa?" tanya Aryani.

"Kami rancang sewaktu hari jadi kamu, kamu akan dikahwinkan dengan Putera Irham dari
negara Dandelion" ucap Permaisuri Riana sambil tersenyum. Aryani terdiam. Dia
belum sedia untuk berkahwin lagi tapi dia tidak berani untuk melanggar perintah ayah
dan ibunya. Dengan hati yang berat Aryani menganggukkan kepalanya. "Baiklah..Aryani
ikut je keputusan ayah dan ibu" jawab Aryani. Raja Arshad dan Permaisuri Riana
tersenyum puas mendengar jawapan puteri mereka.

***
Farhad mengelap peluh di dahinya sambil mengipas badanya dengan tangan dengan
harapan ia dapat mengurangkan sedikit panas. Cuaca yang panas betul2 menganggu
kerjanya di taman bunga Istana ini. Sememangnya Permaisuri Riana seorang yang
sangat sukakan bunga jadi dia perlu berjaga jaga dalam mengedalikan taman bunga ini.
Farhad kemudian mengangkat bakul yang dipenuhi dengan rumput yang baru sahaja dia
selesai cantas. Sedang dia mengangkat dan berjalan untuk membuang rumput itu,dia tidak
sedar ada batu di hadapannya membuatkan dia tersandung dan jatuh ke tanah.

Farhad merengus memikirkan nasib malangnya itu. Rumput2 habis jatuh berselerak di
tanah.Sedang dia bangun dari tanah itu tiba2 ada suara yang datang dari sebelahnya.
"Awak tak apa2 ke?". Farhad menoleh ketepi dan matanya membulat melihat Puteri
Aryani sedang menongkat dagu di tepi tingkap istana yang terbuka itu sambil memandang
kearahnya. Dengan pantas Farhad menundukkan kepalanya sambil membetulkan sedikit
bajunya. "Err..S-saya t-tak apa2. Maaf tuan puteri. Nanti saya kemaskan balik rumput2
yang jatuh tu" kata Farhad dengan suara yang panik.

Aryani kemudian ketawa melihat telatah tukang kebun itu. "Tak apalah saya tak
kisah.Nama awak siapa?" tanya Aryani sambil mencuba untuk melihat wajah Farhad
yang sedang tunduk dan ditutupi topi besarnya. Farhad terdiam sebentar apabila Puteri
menanya namanya. "Nama saya Farhad" jawab Farhad dengan masih lagi menundukkan
kepala. "Okay..Farhad..boleh tak awak angkat kepala awak tu?" arah Aryani. Farhad
kemudian mengangkat wajahnya dengan perlahan lalu memandang kearah wajah Aryani.
Wajah Farhad membahang melihat wajah cantik Puteri Aryani di hadapannya.Ini baru
pertama kali dia dapat melihat wajah Puteri Aryani secara dekat.

Buat beberapa minit mereka berdua hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah satu
sama lain. Aryani kemudian berdehem sebelum menundukkan kepalanya untuk
menyembunyikan wajahnya yang sedikit merah. Entah kenapa bila dia memandang mata
Farhad dia seperti tertarik dengannya. "Kalau macam tu..saya pergi dulu lah. Awak boleh
sambung kerja" kata Aryani sambil berjalan pergi meninggalkan Farhad yang masih lagi
dalam keadaan terpegun.

Aryani dan Farhad masing2 meletakkan tangan di dada mereka untuk merasakan degupan
jantung mereka yang berdegup kencang itu . Pada saat itu mereka berdua merasakan yang
mereka sudah jatuh cinta pada pandangan pertama.

***
Keesokkan harinya , Farhad sedang menyiram pokok bunga namun aktivitinya terganggu
apabila namanya dipanggil seseorang dari belakang. Dia menoleh dan terkejut apabila
melihat Puteri Aryani sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

"Hai!" ucap Aryani sambil melambai kearah Farhad yang sedang membatu kerana terkejut
itu.Farhad tersedar sebelum menundukkan dan memandang kearah Aryani. "H-Hai..Puteri
Aryani buat apa dekat sini?" tanya Farhad sambil meletakkan bekas menyiram bunga di
bawah.Aryani mengetap bibirnya untuk menahan malu. "Err...saja nak jalan2 dekat taman
ni..tak apa kan?"tanya Aryani. Farhad ketawa mendengar soalan Aryani. Aryani pula
terpegun melihat senyuman di wajah Farhad. "Puteri..tempat ni kat milik keluarga puteri.
Bila2 masa puteri boleh datang" kata Farhad sambil tersenyum manis.

Aryani menggaru kepalanya menahan malu. "Oh yelah..lupa pulak..tapi..boleh tak awak
teman saya?" tanya Aryani sebelum menundukkan kepalanya. Farhad terbatuk apabila
mendengar permintaan Aryani. "Err..t-teman? Puteri pasti ke ni?" tanya Farhad sambil
cuba mengawal debaran jantungnya itu. Aryani menganggukkan kepalanya sambil
menunduk. Ini pertama kali dia bercakap dengan lelaki selain dari ayahnya kerana ayahnya
selalu melarang dia dari berhubung dengan lelaki lain. Aryani berjumpa dengan Farhad
sekarang ni pun tanpa pengetahuan ayah dan ibunya.

Farhad menggaru belakang lehernya sambil cuba untuk bertenang."Um..Okay.." jawab
Farhad dengan wajah yang membahang. Aryani kemudian mengangkat kepala sambil
tersenyum lebar. "Betul ke ni?" tanya Aryani dengan teruja membuatkan dia seperti
budak berumur 5 tahun. Farhad tersenyum sambil menganggukkan kepalanya."Oh..
awak tak payah lah panggil saya Puteri Aryani lagi. Panjang sangat. Panggil Aryani
je okay?" kata Aryani sambil berjalan mendekati Farhad. Mata Farhad membulat
mendengar permintaan Aryani."Err..boleh ke? Saya tak nak dianggap sebagai kurang ajar
dengan puteri"kata Farhad dengan teragak agak.Aryani tersenyum."Betul! Awak
jangan risau sebab saya yang benarkan awak panggil nama saya. Lagipun kita kan
kawan!" kata Aryani sambil berjalan dengan riak wajah gembira di sisi Farhad.Farhad
terdiam apabila Aryani mengatakan yang mereka berdua ni kawan. Baru semalam
kenal dah kawan? bisik hati Farhad namun lamunannya terganggu apabila Aryani
memanggilnya di hadapan.

 ***
Sudah lebih seminggu hubungan Farhad dan Aryani semakin rapat tanpa pengetahuan
Raja Arshad. Aryna pula semakin hari semakin jatuh cinta pada Farhad,tapi dia
terlalu takut untuk berterus terang kepada Farhad. Kerana ini pertama kali dia merasai
perasaan itu. 

Seperti selalu mereka berdua duduk di taman sambil menikmati udara yang segar.
Farhad kemudian menghulurkan sekuntum bunga berwarna purple kepada Aryani.
"Untuk awak.." kata Farhad sambil tersenyum manis. Aryani kemudian mengambil
bunga itu dengan wajah yang membahang. "T-terima kasih" kata Aryani sambil
menundukkan kepala. Farhad kemudian duduk di sebelah Aryani. "Sama2..nama
bunga tu Gloxinia. Saya rasa tu bunga yang paling sesuai untuk awak" kata Farhad.
Aryani memandang wajah Farhad dengan wajah yang keliru. "Kenapa?" tanya Aryani.

"Rahsia" kata Farhad sambil tersengih. Aryani kemudian memuncungkan mulutnya.
Farhad yang sedar Aryani sedang merajuk itu mula tersenyum. "Saya nak awak tahu
sendiri apa maksud bunga tu" terang Farhad. Aryani hanya memandang kearah bunga
berwarna purple itu dengan senyuman. 

Dia betul2 berharap dia dapat meluangkan masa dengan Farhad setiap hari tanpa
perlu bersembunyi dari ayahnya dan hidup bersama untuk selamanya. Namun tak semua
benda yang kita impikan akan terjadi.. 

To Be Continue
Oh.. okay. Cerita ni serious mencabar bagi aku.Tapi tak apa pengalaman baru.Ini cerita Fantasi dan dari zaman dahulu kala (1679) yang tidak wujud. Jadi jangan cakap pasal logik disini. And daku tak expect yang orang akan baca cerita ni  /sobs/. Oh and dalam segi perbualan aku malas nak buat yang terlampau formal diantara raja dan anaknya. Ayahanda bonda blablabla~

Dandelion : Faithfulness, Happiness 
Nasturtium : Conquest, Victory in Battle  
Gloxinia : Google please lol



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Mira_Othman berkata...

Wahhh best best! Menariklah!
lawanyaa bunga Gloxinia! Cantiklah warna dia! Teruskan teruskan *tak sabar*

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi