Cinta Photographer Part 41

Part 40

Zain meraup wajahnya berkali kali. Imej wajah Aina yang sedang menangis itu masih berada di fikirannya. Dia cuba untuk menelefon Aina berkali kali untuk meminta maaf. Namun tidak dijawab, sungguh Zain berasa menyesal kerana dia secara tidak sengaja menengking kearah Aina.Dia sepatutnya kawal perasaan marahnya.Zain mengusap kepalanya dengan kasar. "Kenapa aku mesti marah! Kenapa aku mesti rasa macam ni bila dia kata yang dia akan berkahwin!" marah Zain sendiri sambil menghentak meja. Dia betul2 keliru dengan perasaannya sekarang ni .

Sedang Zain melayan perasaan itu. Telefonnya tiba2 sahaja berbunyi. Dahi Zain berkerut melihat pemanggilnya. 

"Hello Liyana..ada apa call?" jawab Zain dengan nada meluat. Fikirannya tengah serabut."Whats with that attitude? Ugh nevermind. Daddy saya nak jumpa awak malam ni.Dia ajak makan " kata Liyana dengan ceria. Zain mengerutkan dahinya."Oh..okay. Kita jumpa malam nanti. Ok bye" kata Zain lalu terus mematikan panggilan tanpa menunggu jawapan Liyana.

***
"Jom keluar" arah lelaki itu sambil membawa Aina yang tidak mampu melihat itu keluar dari kereta.Sepanjang masa di dalam kereta tadi, Aina hanya mampu duduk diam dan berdoa tidak akan di apa2 oleh lelaki itu. Perlahan lahan Aina keluar dari kereta dengan bantuan lelaki itu. Sudah keluar, benda yang diletakkan di kepala Aina sehingga menutup pandangannya itu di buka. Aina mengerutkan dahinya sedikit apabila melihat cahaya setelah sekian lama tidak mampu melihat apa2. Setelah berasa selesa,Aina memandang ke hadapan dan melihat sebuah rumah banglo yang besar dan mewah. Mata Aina membulat melihat rumah itu. "Err..saya kat mana ni?"tanya Aina kepada lelaki suit hitam itu. "Sila masuk cik" arah lelaki itu tanpa menjawab soalannya. 

Aina hanya mengikuti lelaki itu masuk ke dalam. Sampai didalam dia disambut oleh orang gaji lelaki yang berpakaian kemas. Dah macam dalam komik jepun lah pulak ada butler kat sini bisik hati Aina. Lalu dia diarah untuk duduk di sofa ruang tamu. Sewaktu duduk disitu, Aina perasan lelaki yang memakai suit itu memegang topeng Iron Man ditangannya. Kejap! takkan lah dia pakaikan aku tu tadi?! jerit hati Aina. "Um..nak tanya ta-" belum sempat Aina hendak bertanya seseorang telah memanggilnya.

"Oh..ni lah Aina.." kata seorang wanita lingkungan 40 tahun dengan senyuman manis.Aina hanya mengerlipkan mata memandang kearah wanita itu kerana dia betul2 tidak tahu apa yang terjadi.Dia kemudian bangun dan menyalam tangan wanita itu walaupun tidak tahu siapa dia, tapi dah kalau dia masuk ke rumahnya kenalah hormat kan.Wanita itu tersenyum melihat gelagat Aina sebelum berkerut dahi dengan tiba2 seperti ada sesuatu yang tidak kena."Kenapa rambut Aina serabut semacam ni? " tanya wanita itu. Mendengar apa yang dikatakan wanita itu, Aina dengan pantas membetulkan rambutnya. Dia betul2 tidak sedar yang rambutnya telah serabut kerana topeng tadi."Err..tadi diorang ada pakaikan saya topeng tu yang serabut sikit. Maaf..p-puan" kata Aina dengan teragak agak. Wanita itu kemudian menjeling tajam kearah lelaki yang berdiri di tepi itu membuatkan lelaki itu menelan air liur kerana takut.

"Sorry pasal diorang tu. Diorang berangan nak buat macam dalam drama.Saya suruh bawa awak ke sini elok2 diorang buat macam tu. Haih..anyway saya Datin Faridah ibu kepada Amirul. But you can call me Aunty okay?" kata Datin Faridah sambil tersenyum. Mata Aina terbeliak apabila mendapat tahu dia ibu Amirul."M-maaf A-aunty.Saya betul2 tak tahu" kata Aina dengan cemas.Datin Faridah ketawa melihat telatah Aina. "Its okay..Aunty bawa kamu sini sebab nak bincang pasal Amirul.." kata Datin Faridah dengan wajah yang serious. Aina mula tidak senang duduk."You know..lepas Amirul balik dari Korea, dia tiba2 je bagitahu Aunty yang dia akan berkahwin. Habis satu rumah riuh dengan suara dia terpekik sebut yang dia tak lama lagi akan berkahwin. Itu pertama kali Aunty tengok dia betul2 gembira, then dia cerita kat Aunty yang kamu setuju nak berkahwin dengan dia. Terkejut Aunty dibuatnya. So..Aunty nak tanya betul ke kamu setuju nak kahwin dengan Amirul? Dia tak main2 kan?" tanya Datin Faridah.

Aina menundukkan kepalanya. "Y-ye..saya setuju nak kahwin dengan dia" kata Aina.Datin Faridah memandang lama kearah Aina yang sedang tunduk itu sebelum mengeluh."Kamu cintakan orang lain kan?" tanya Datin Faridah. Mata Aina terbeliak. Dengan pantas Aina mengangkat kepalanya lalu memandang kearah Datin Faridah dengan reaksi panik.Datin Faridah ketawa kecil melihat reaksi Aina. "Aunty tahu..tengok dari reaksi kamu aunty dah tahu yang kamu masih teragak agak dalam perkahwinan ni..perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main Aina..kamu kena kahwin dengan orang yang kamu cinta bukan main terima je" nasihat Datin Faridah. Aina memandang telapak tangannya. Matanya mula berair.

"Saya tahu..tapi apa gunanya cintakan orang yang dah berpunya. Saya tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan dia. Sebab tu saya terima Amirul. Saya cuba untuk cintakan dia,dan saya betul2 hargai dengan kesabaran dia dalam menunggu saya. Jadi tak salahkan kalau saya bagi dia peluang?" tanya Aina sambil memandang kearah Datin Faridah dengan mata yang berair. Datin Faridah mengusap kepala Aina. "Tak salah sayang..Aunty faham..tapi Aunty taknak kamu dan Amirul terluka..sebab tu Aunty tanya macam ni.." kata Datin Faridah dengan nada lembut. "And you know..sejak kamu wujud dalam kehidupan Amirul dia betul2 berubah. Dia dah tak playboy lagi macam selalu. And sejak akhir2 ni dia dah mula lakukan tanggungjawab dia sebagai pewaris Hotel kami..Aunty betul2 bersyukur dengan perubahan yang dia buat tu. Tapi Aunty rasa..kamu berdua perlukan masa lagi sebelum kahwin.Buat masa ni..tenangkan fikiran kamu dan fikirkan keputusan yang terbaik buat kamu" nasihat Datin Faridah sebelum memeluk Aina.


***
 Pada waktu malam..

Zain masuk ke kediaman rumah Dato Faizal iaitu ayah kepada Liyana dengan fikiran yang serabut. Dia dibawa oleh maid ke ruang makan mereka. Disitu kelihatan Dato Faizal, Datin Melina dan Liyana sedang menunggu dia di meja makan dengan senyuman mesra. "Ah.Assalammualaikum Dato , Datin " ucap Zain sambil bersama dengan Dato Faizal . "Waalaikumsalam Zain. Jemput lah duduk. Kita makan dulu then nanti baru kita bincang sesuatu okay" ucap Dato Faizal dengan senyuman. Zain mengangguk lalu duduk di tempat bersebelahan Liyana. 

Usai makan Zain dan Dato Faizal duduk di ruang tamu untuk berbincang tentang sesuatu yang Zain sendiri tidak tahu tentang apa. Liyana dan ibunya duduk di dapur sementara mereka berdua berbincang. "So..rasanya kamu mesti nak tahu kenapa saya panggil kamu ke sini kan?" tanya Dato Faizal sambil tersenyum. Zain hanya mengangguk."Sebenarnya saya nak bincang tentang hal kamu dengan Liyana" ucap Dato Faizal."Kenapa dengan kami Dato?" tanya Zain sambil mengerutkan dahinya. "Kamu berdua dah lama bercinta. Saya rasa dah tiba masa kamu berdua berkahwin. Umur pun makin meningkat kan" ucap Dato Faizal sambil tersenyum. Zain terkedu. Dia betul2 tidak menyangka tentang perkara ni."Tapi dato..saya.." Zain cuba untuk memberi alasan tapi fikirannya terlampau serabut. Entah kenapa imej wajah Aina muncul di mindanya pada waktu ini. 

"Saya faham kamu berdua masing2 busy. Tapi paling kurang pun kamu bertunang dulu then bila dua2 dah free kita set kan tarikh kahwin" cadang Dato Faizal. Zain hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu hendak membuat keputusan apa. Dia cuba untuk menenangkan fikirannya. Setelah beberapa minit. Dato Faizal mula memandang pelik kearah Zain yang hanya mendiamkan diri itu . "Maaf dato..bagi saya masa dulu..saya kena fikir elok2. Sebab ni melibatkan perkahwinan dan anak dato.Saya takut saya belum sedia terima tanggungjawab ni" Zain cuba memberi alasan. Dato Faizal mengeluh . " Tak apa lah, saya faham. Nanti kalau kamu dah sedia. Kamu bagitahu saya. Tapi saya nasihatkan jangan lambat2 okay?" ucap Dato Faizal. Zain mengangguk sambil tersenyum . 

Dia kemudian bangun untuk beredar dari situ. "Baiklah dato. Saya kena pergi dulu."ucap Zain sambil menyalam tangan Dato Faizal. "Okay. Hati2 drive and jangan overwork sangat okay" nasihat Dato Faizal dengan senyuman. Zain mengangguk lalu keluar dari rumah dengan segera. Tidak mahu berjumpa dengan Liyana terlebih dahulu.

Di dalam perjalanan balik ke rumahnya , Zain tidak henti2 termenung mengenangkan apa yang terjadi pagi tadi diantara dia dengan Aina. Kenapa mesti dia berasa marah apabila Aina berkata yang dia akan kahwin? Kenapa dia tak berasa gembira? Takkan lah dia cemburu ? Tapi dia kan sukakan Liyana.. Fikiran Zain berserabut memikirkan jawapan untuk perkara itu . 

Sampai di kondominium dia, Zain menaiki lif dan menuju ke rumahnya. Namun terhenti apabila melihat rumah di sebelahnya. Dia termenung mengingati saat2 yang sering berlaku sewaktu dia berjiran dengan Aina. Zain berjalan menuju ke rumah itu dan mengeluarkan kunci. Dia membuka pintu rumah itu dan melihat sekeliling rumah yang sudah pun dikemaskan oleh Aina sebelum berpindah . Zain masuk ke dalam bilik yang dahulunya
milik Aina.

Dia kemudian ternampak sesuatu di bawah lantai. Dahinya berkerut. Dia berjalan dan mengambil benda itu dari lantai. Sekeping gambar. Zain memusingkan gambar itu dan matanya membulat melihat wajahnya sedang memandang kamera.Gambar itu kelihatan seperti diambil sendiri oleh Zain. Zain mengerutkan dahinya cuba mengingati bila dia mengambil gambar itu.Namun dia langsung tidak ingat bila. Mungkin kalau dia jumpa
Aina dan tanya pasal gambar ni dia akan dapat jawapan. Sekurang kurangnya dia ada alasan untuk berjumpa dengan Aina .

***
"So...cerita kat aku tentang semuanya atau aku tendang kau keluar dari rumah ni" arah Sue sambil memandang tajam kearah Aina yang sedang melutut di ruang tamu rumahnya.Petang tadi dengan tiba2 dia dapat panggilan dari Aina suruh ambil dia dekat kondo,sampai sana dia nampak Aina tengah berdiri seorang diri dengan kotak dan beg di lantai. Bila ditanya sebab kenapa dia hendak pindah secara mendadak,jawapan yang dia dapat hanya keluhan dari Aina.

Aina mengigit bibirnya apabila melihat wajah singa Sue sedang memandang kearahnya. Tunggu masa untuk menerkam Aina buat jadi makanan malam. Dia mengaku sejak bekerja dengan Zain dia jarak dapat berhubung dengan Sue, jadi sebab tu Sue tidak tahu tentang apa yang berlaku diantara dia dan Zain, begitu juga dengan perasaan dia terhadap Zain . Aina kemudian menarik nafas panjang sebelum membuka mulut untuk menceritakan semuanya yang berlaku kepada Sue.

10 minit kemudian.

"You're an idiot" kata Sue setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Aina. Aina mengerutkan dahinya. "Wait. What?" tanya Aina dengan reaksi bodoh. Sue menjulingkan matanya keatas.Meluat dengan perangai Aina ditambah lagi dengan perkara yang berlaku sekarang ni. "Yelah.Kau langsung tak confess dekat dia, tup tup kau dah putus asa. Bodoh lah tu" kata Sue sambil memeluk badannya dan bersandar di sofa. Langsung tidak simpati terhadap rakannya yang sedang melutut di lantai . "Tapi aku taknak jadi orang yang ketiga dalam hubungan diorang ! kau tahu kan diorang tu bercinta. Takkan kau nak aku jadi orang ketiga macam dalam drama melayu tu!Guna bomoh semua" rungut Aina sambil memuncungkan mulutnya.Tidak puas hati dengan layanan dingin yang diterimanya dari Sue. Sue bermain dengan kukunya lagak diva, langsung tidak pedulikan Aina.

"Tak suruh pun kau buat bomoh bagai macam dalam drama! Lembab lah kau ni! Ugh macam mana aku boleh kawan dengan kau entah.  At least kalau kau confess dengan dia, kau boleh tahu yang dia suka kau ke tak, and hati kau jadi tenang. Ini kau simpan buat jeruk basi kat hati kau tu siapa suruh? Sendiri yang terseksa. Ugh. Idiot. Aku nak tidurlah lagi best dari layan kau" kata Sue lalu berjalan pergi meninggalkan Aina.Aina memandang kearah sofa kosong tempat Sue duduk sebentar tadi dengan wajah yang keliru.

"Jeruk boleh basi ke....?" bisik Aina seorang diri sambil mengerutkan dahinya.



 To Be Continue
Zain masih tak sedar dia cintakan Aina. He's stupid. Just like Aina
ahahahaha okay sorry. Saya minta maaf sebab lambat update. Serious minta maaf.
Sebab tengah buat cerita baru Aku Bukan Stalker ! :) Its a short novel. Oh and juga
tengah menaip untuk Chapter terakhir bagi cerita ni .

#PrayForMH370



Double update ?



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Malu nak confess kot....



x0x0 ^___^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi