Cinta Remaja . Part 7

Tekan untuk membaca , Cinta Remaja Part 1 ,Cinta Remaja Part 2
Cinta Remaja part 3 , Cinta Remaja Part 4 , Cinta Remaja Part 5
Cinta Remaja Part 6  .


Delaila memaling , kelihatan seorang pelajar lelaki sedang memandangnya
dengan senyuman yang kelihatan sungguh manis . Untuk seketika , Delaila
terdiam sebelum lelaki itu menanya lagi " Ehem awak delaila ke ? " kali
ini dengan lebih kuat tetapi sopan . Delaila kemudian tersedar daripada
lamunannya . Dia mengganguk lalu tersenyum , " Ya , ada apa saya boleh
bantu ? " tanya delaila . Pelajar lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya
kepada Delaila " Saya Syahrul , pelajar baru di kelas awak tadi , ingat tak?"
Delaila tergelak kecil mendengar soalannya itu " Haha mestilah saya ingat "
lelaki itu pun tersenyum sekali , kemudian dia memberi surat kepada
Delaila " Ini ada seseorang suruh saya bagi dekat awak" Delaila mengerutkan
dahinya, " Siapa pula yang bagi ni" bisik hati Delaila . Lalu delaila tanpa
membuang masa Delaila membuka surat itu . Riak wajah Delaila kelihatan
sedikit muram,Syahrul yang perasan akan reaksi Delaila itu mula berasa risau
dan bertanya "Awak okey ke ? " .Delaila memandang Syahrul lalu mengganguk
sambil senyum.

Sedang Delaila dan Syahrul berbual dengan mesra , terdapat sepasang mata
sedang memandang mereka dengan penuh perasaan cemburu . "Syahrul awak
pelajar baru kan? awak boleh main alat muzik apa? " tanya cikgu Shah .
Syahrul mengangguk lalu menjawab " Saya pandai main piano cikgu"
Cikgu Shah tersenyum lalu mengarahkan dia untuk bermain di hadapan . Pada
waktu itu , suasana sudah pun menjadi riuh rendah . Sebelum Syahrul mula
bermain , dia sempat senyum ke arah Delaila . "Dia senyum dekat aku ke?"
bisik hati Delaila. Sememangnya Delaila tidak sedar yang hanya dia seorang
sahaja berada di tepi studio . Lalu Syahrul pun memainkan lagu Never Say
Goodbye  .




Tekan untuk mendengar ! 

Tatkala itu semua orang terpaku dengan kepatasan jarinya bermain
piano . Sofea yang dari tadi mendiamkan diri , terus menjadi seperti
tidak tentu arah dan berlari ke tempat Delaila berdiri . " Eh Delaila
hebat gila Syahrul tu kan !?" Sofea nampak begitu semangat dengan
tiba2 . Delaila tersenyum dan mengganguk sahaja , "Hebat juga dia
ni" Bisik hati Delaila . Selesai Syahrul memainkan lagu itu , Semua
pelajar bertepuk tangan,termasuk Delaila dan juga Sofea .

Selesai Kelas Muzik , bermakna waktu untuk rehat . Huda dan Elisha
telah pergi ke kantin untuk bertugas , Sofea pula terpaksa pergi berjumpa
dengan Cikgu Ning untuk berlatih lagi vokal nyanyian dia demi Hari Guru
nanti .

"Eh korang nampak Haziq tak ? " tanya Nazmi kepada Danish dan Faizal.
Mereka berdua hanya angkat bahu tanda tidak tahu . Mereka juga pelik,
lepas habis kelas muzik tadi haziq tiba2 menghilangkan diri . " Korang
perasan tak Haziq lain hari ni ? " tanya Nazmi lagi . "Perasan" Danish
dan Faizal menjawab dengan serentak . "Agak2 kenapa ya?" kali
ini Faizal pula yang bertanya , Nazmi dan Danish hanya mampu mengeluh
memikirkan rakan mereka itu . 

Kelihatan Delaila sedang berada di tangga seorang diri , "Hmm dekat surat
tu tadi tulis suruh tunggu dekat sini. Tak ada sesiapa pun" bisik hati Delaila.
Kalau diingat balik , sudah 5 minit Delaila menunggu disitu , tetapi tiada
sesiapa pun yang muncul . Dek kerana penat menunggu , Delaila akhirnya
membuat keputusan untuk beredar . Baru sahaja delaila hendak melangkah
turun tangga , tiba2 ada seseorang yang memegang lengannya sambil menyebut
namanya " Delaila tunggu !" 

(To Be Continued)

Cerita ini hanyalah rekaan semata mata . Credit untuk Youtube Rich949





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Tanpa Nama berkata...

cepat sambung .
ta sabar nee . hehe :)

Dalila Samsudin berkata...

hahaha Thanks sudi baca ^^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi