Aku Bukan Stalker ! Part 6

Part 5


Di kelas Aiman sekali sekala memandang pelik kearah Hilman yang dari tadi hanya termenung dengan wajah serious. Aiman mendekatkan sedikit kerusinya dengan kerusi Hilman.

"Psst! Hilman ! Psst !" bisik Aiman kearah Hilman yang masih termenung itu.

Hilman masih lagi tidak menunjuk sebarang reaksi. Aiman kemudian mengerutkan dahinya.

"Psst ! Woi ! Hilman !" bisik Aiman dengan nada yang sedikit kuat sambil menendang kerusi Hilman.Hilman yang tersedar dari lamunannya itu memandang kearah Aiman sambil mengangkat kening.

"Apa dia?" jawab Hilman dengan nada perlahan dan riak wajah bosan. Aiman menjulingkan matanya keatas."Kau kenapa termenung? Kau fikir apa je?"  tanya Aiman masih lagi dengan nada yang perlahan. Tidak mahu cikgu dihadapan mendengar mereka berdua bercakap. Hilman mengeluh. "Aku fikir pasal Mika dengan Irfan lah.." jawab Hilman. Aiman mengangguk . "Oh..kenapa dengan diorang?" tanya Aiman. Hilman kemudian memandang wajah Aiman. "Kau tak rasa ke yang diorang tu rapat semacam? And aku tengok Irfan tu macam suka je dekat Mika. Mika pun layan je dia" rungut Hilman. Mereka berdua tidak sedar yang guru di hadapan mereka sedang memandang kearah mereka.

"What?! Kau jangan fikir bukan2 lah. Tak ada apa2 punya, and-"

"Hilman,Aiman kalau kamu rasa nak kena denda cuci tandas boleh je teruskan bercakap"

"And mana ada Perang Dunia Pertama mula dari 1939 ! Itu Perang Dunia Kedua! Kan cikgu?" sambung Aiman dengan lancar sambil tersenyum manis kearah cikgu dihadapannya. Cikgu di hadapannya itu mengeluh.

"Baguslah awak dah pandai sejarah. Tapi sekarang ni waktu Matematik. So berhenti mengarut dan tumpukan perhatian!" arah Cikgu itu dengan nada tegas sebelum mula memandang semula kearah papan hitam. Hilman dan Aiman masing2 melepaskan nafas lega.

Hilman kemudian kembali memandang kehadapan untuk mula fokus. Namun itu hanya untuk sementara apabila ada sehelai kertas dihulurkan kepadanya. Hilman menunduk dan membaca ayat yang tertulis disitu.

"Aku tak rasa Irfan tu suka dia. Kan dia baru kenal satu hari. Takkan lah dah suka"
                                                                                                            -Doktor Cinta-

Hilman mengambil pensel dan mula menulis sesuatu di kertas itu.

" Habis kau fikir aku ni dah lama kenal Mika baru aku suka ke? Aku baru nampak dia sekali dah jatuh cinta inikan pula selalu jumpa kat kelas"
                                                                                                            -Pesakit Angau Cinta-

Hilman kemudian menghulur kertas itu kepada Aiman. Aiman kemudian terangguk angguk membaca apa yang ditulis oleh Hilman itu.

"Kerja cuci tandas masih lagi kosong. So kalau rasa masih lagi nak berbalas surat macam orang bercinta buatlah. Lepas balik nanti boleh je singgah tandas"

Aiman dengan pantas mengangkat kepala dan melihat kearah cikgu itu. Dan terkejut apabila melihat cikgu itu masih memandang kearah papan hitam. Hilman dan Aiman memandang satu sama lain dengan wajah keliru. "Dia ada mata ke kat belakang kepala dia?" bisik Hilman. 

"Awak check lah sendiri kalau nak tahu" kata cikgu tu lagi sambil menulis sesuatu di papan hitam. Pelajar2 lain dikelas semuanya ketawa kecil melihat situasi yang berlaku itu.

***
Pada waktu balik,Hilman tunggu di sebalik koridor berdekatan dengan kelas Mika seperti biasa untuk menunggu Mika keluar dari kelas. Hilman kemudian tersenyum apabila melihat Mika keluar dari kelas namun senyumannya mati apabila melihat Irfan berjalan disebelah Mika. Hilman mengerutkan dahinya.

"Dah waktu balik pun dia ni nak kacau line aku" rungut Hilman dengan wajah yang masam. Dia kemudian berjalan perlahan mengikuti pasangan dihadapannya. Hilman memandang wajah Mika yang tersenyum gembira sedang bercakap dengan Irfan itu. Hilman mengeluh. Kan bagus kalau aku ni berani and peramah macam Irfan tu.. bisik hati Hilman. Sampai dipagar sekolah, Hilman mengharapkan supaya Irfan dan Mika berpisah namun sangkaannya salah apabila Irfan dan Mika masih berjalan berduaan. Hilman menggengam tangannya menahan marah.

"Patutnya aku yang jalan kat sebelah Mika and teman dia balik !" marah Hilman seorang diri sambil mengikuti mereka berdua dari belakang. Irfan dan Mika masih lagi berbual dengan gembira tidak menyedari yang Hilman secara tak sengaja berjalan sedikit dekat dengan mereka berdua. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Mika, Hilman hanya memasamkan muka dan melihat pasangan bahagia dihadapannya itu. Tak pernah Mika nampak gembira macam tu. Selama ni dia selalu berlagak seperti orang yang tiada emosi. Setelah sampai dirumah Mika, Hilman menyorok di kereta yang berdekatan dengan rumah Mika untuk melihat mereka berdua. Mata Hilman membulat apabila dia melihat Irfan dan Mika bersama sama masuk ke dalam rumah. 

Hilman memegang dadanya dimana hatinya berada. Sakit. Terasa seperti dihunus dengan pedang. Itu yang dia rasa. Kenapa Irfan masuk ke dalam rumah Mika? Apa hubungan mereka berdua sampai Irfan boleh melawat ke rumah Mika?

***
Hilman mengetuk pintu rumah Aiman beberapa kali sambil memberi salam. Pintu rumah itu kemudian terbuka dan kelihatan Aiman sedang memandang kearahnya dengan memakai baju lambang Superman dan seluar pendek. Ceh kutuk aku macam budak2 tapi diri sendiri layan Superman kutuk Hilman dalam hati lalu dengan selamba masuk kedalam rumah Aiman. Ibubapa Aiman selalunya tiada di rumah kerana kerja dan Aiman selalu ditinggalkan dengan orang gaji untuk menjaga makan minumnya. Sebab itu Hilman selalu lepak di rumah Aiman. 

"Kau tunggu kat dalam bilik aku, aku bawa air jap" kata Aiman lalu pergi ke dapur. Hilman mengangguk lalu mendaki tangga untuk menuju ke bilik Aiman. Sampai disitu dia terus terjun keatas katil Aiman sambil menekup mukanya dengan bantal. Beberapa minit kemudian dia terasa seperti ada kaki menendang pehanya. "Woi woi ! Siapa suruh selerakkan katil aku? Bangun!" arah Aiman sambil menendang peha Hilman berkali kali dengan memegang dulang yang berisi dengan dua gelas jus oren. Hilman mendengus lalu bangun dan duduk disisi katil Aiman. Aiman mengeluh melihat kelakuan kawannya, waktu balik sekolah tadi dia tiba2 dapat panggilan dari Hilman yang dia akan datang kerumah pada waktu petang. Aiman yang sudah lama kenal Hilman tahu yang kawannya itu menghadapi masalah.

Aiman meletakkan dulang itu dimeja studynya dan duduk disebelah Hilman. "Apahal ni? Moody semacam je?? tanya Aiman. Hilman mengeluh sebelum menjatuhkan separuh badannya dikatil dan kakinya di lantai. "Aku ikut Mika balik hari ni.." kata Hilman dengan perlahan sambil memandang siling bilik Aiman. Aiman menyengetkan kepalanya. "Ok..then?" tanya Aiman. "Aku nampak Irfan and Mika balik sama2..and Irfan siap masuk lagi rumah Mika.." kata Hilman dengan nada perlahan. Mata Aiman membulat mendengar apa yang dikatakan oleh Hilman. "W-what? Serious?! Diorang berdua je ke?!" tanya Aiman dengan nada terkejut. Hilman menjulingkan matanya keatas mendengar soalan bodoh dari kawannya itu. "No. Mestilah ada mak dia, aku nampak kereta mak dia ada. Kau gila diorang nak masuk berdua je kat rumah. Ingat ni drama mat saleh ke" perli Hilman. Aiman mengangguk kepalanya sambil melepaskan nafas lega. "Oh..manalah tahu kan..um..kalau dah sampai bawa jumpa parent ni. Maknanya hubungan diorang dah rapat lah kan?" tanya Aiman sambil baring disebelah Hilman. Hilman mengeluh. "Entahlah..tapi aku pelik lah. Kenapa Irfan dengan Mika tu nampak macam dah lama kenal? Betul ke diorang tu baru kenal time Irfan baru pindah" tanya Hilman. Aiman mengangkat bahunya. "Entah. Itu kita kena siasat lah. Its okay bro. Aku sedia membantu" kata Aiman sambil memandang kearah Hilman.Hilman tersenyum.

"Thanks Aiman..kau selalu tolong aku. And aku nak tahu juga, selama ni kau tak pernah cerita kat aku pasal perempuan. Kau tak ada suka sesiapa ke? Or..w-wait jangan cakap yang kau ni gay?! Berdosa besar wei !" kata Hilman dengan wajah panik dan mula bangun dari katil itu dan menjauhkan diri dari Aiman. Aiman tersedak mendengar kenyataan Hilman itu lalu memandang wajah Hilman. "Kepala otak kau! Ikut suka mulut kau je kata aku gay. Aku ada lah suka dekat seseorang" kata Aiman lalu bangun dan menuju ke meja belajarnya untuk minum sedikit air. "Ok then siapa yang kau suka tu? Bagitahu lah aku! Aku boleh tolong" kata Hilman dengan semangat. Aiman ketawa kecil sambil memandang gelas yang berisi jus oren itu. "Kau selesaikan hal kau tu dulu Hilman..lagipun dalam kes aku dah tak ada harapan lagi" kata Aiman dengan perlahan. Hilman mengerutkan dahinya. "Apa maksud kau?" tanya Hilman. Aiman tersenyum kecil lalu duduk di kerusi menghala kearah Hilman. "Sebab dia dah habis sekolah,and aku pernah tegur dia sekali je" kata Aiman . Mata Hilman membulat.

"Woah! So kau suka dekat perempuan yang lagi tua dari kau?!" kata Hilman dengan nada sedikit tinggi. Aiman menjulingkan matanya keatas. "Tua setahun jelah. Lagipun dia dulu senior kita" kata Aiman dengan selamba. "Siapa?! Aku kenal tak??" tanya Hilman dengan teruja. Aiman ketawa kecil melihat kelakuan Hilman. "Balqis. Kau kenal kan?" tanya Aiman sambil tersenyum. Sekali lagi mata Hilman membulat, dan Aiman fikir kalau dia bulat kan lagi mata dia ada kemungkinan mata Hilman yang sepet tu boleh berubah jadi bulat macam mata Aiman. "Balqis?! Maksud kau perempuan ganas tu?! Yang selalu join dalam sukan kat sekolah and ada khabar angin yang dia pernah belasah lelaki tu?!" tanya Hilman .Aiman mengerutkan dahinya mendengar apa yang dikatakan oleh Hilman.

"Dia tak ganas lah. Cuma tak berapa...lembut.Anyway! Ya. Dia perempuan yang aku suka.Oh pasal rumours dia belasah lelaki tu sebenarnya betul. Itu tak penting! And stop bulatkan mata kau yang sepet tu! Ngeri aku tengok! Yang penting aku memang takda harapan nak jumpa dia lagi. So tutup cerita!" kata Aiman lalu berjalan keluar dari bilik meninggalkan Hilman yang masih dalam keadaan terkejut. " Aku nak main FIFA keluar kalau nak join!" jerit Aiman dari luar. Hilman masih lagi ternganga sambil menangkap semua maklumat yang dia terima.

"Kawan aku...suka kat perempuan kasar macam tu...kehidupan ni memang penuh dengan kejutan"


To Be Continue
Rasanya cerita ni terpanjang sedikit kot. 
Maaf lambat.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Aku Bukan Stalker ! Part 5

Part 4

Hari ni ialah hari dimana Hilman akan ada study bersama dengan Mika. Dan seperti biasa, sewaktu rehat dia akan duduk termenung memandang wajah Mika yang sedang duduk seorang diri. Sedang dia tersenyum seorang diri tanpa mempedulikan Aiman yang sedang sibuk bercerita tentang Piala Dunia tiba2 ada seorang lelaki yang tidak dikenali duduk di hadapan Mika sekali gus menghalang pandangan Hilman. Hilman mengerutkan dahinya. Hilman menyiku perlahan badan Aiman yang berada di sebelahnya.

"Weh. Siapa lelaki tu?" tanya Hilman. Aiman berhenti dari bercakap dan mula memandang kearah lelaki yang disebutkan oleh Hilman itu. "Oh..tu Irfan. Pelajar baru. Dia sama kelas dengan Mika" jawab Aiman dengan selamba. Hilman mengerutkan dahinya melihat Irfan sedang berbual mesra dengan Mika, dan berbual mesra yang dimaksudkan oleh Hilman ialah, Irfan tidak berhenti bercakap dan Mika hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. "Apahal dia rapat sangat dengan Mika tu..?" tanya Hilman dengan nada cemburu. Aiman mengigit bibir untuk menahan ketawa.

"Manalah aku tahu. Maybe dia suka Mika kot. Lagipun Irfan tu handsome woh.." kata Aiman sengaja hendak membuat kawannya cemburu. Bukan selalu dia dapat lihat Hilman macam ni, sebab selama ni dia tak ada persaingan untuk dapatkan Mika. Hilman mendengus menahan marah sambil memandang tajam kearah Irfan yang sedang tersenyum gembira itu. "Dia handsome je, aku ni comel dan handsome ! So aku lagi layak dengan dia" rungut Hilman. Aiman mengangkat kening memandang wajah Hilman yang sedang menahan marah itu sebelum ketawa . "Ahahaha serious kau ni pelik. Mengaku diri comel ! Wei kau tu lelaki lah! Ahahaha" kata Aiman sambil memegang perutnya yang sakit kerana ketawa. Hilman menjulingkan matanya keatas. "What, zaman sekarang ni ramai perempuan suka lelaki comel okay" kata Hilman sambil mengangkat bahunya. 

Mata Hilman kemudian menumpu kearah Irfan dan Mika yang bangun dari tempat duduk mereka dan berjalan beriringan ke kelas. "Okay thats it ! Dia cuba nak rampas Mika dari aku. Jangan harap!" kata Hilman dengan tiba2. Aiman hanya menggelengkan kepalanya.

***
Hilman duduk di library sambil memandang coklat yang dibawanya untuk Mika di atas peha. Dia betul2 rasa gemuruh untuk berikan coklat itu kepada Mika. Dan kebetulan hari ni Mika lambat sedikit sampai ke library kerana membantu guru. Sedang Hilman bermain dengan pen diatas meja, tiba2 pintu library terbuka dan Hilman mengangkat kepala untuk melihat siapa yang masuk. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Mika sedang berjalan kearahnya sambil membawa beberapa buku di tangan. "Maaf lambat" kata Mika dengan wajah yang risau. Hilman tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. "Takpa, saya tak kisah" kata Hilman.

Mika kemudian duduk dihadapannya dan mula membuka buku rujukannya, tidak sedar yang Hilman sedang gelisah dihadapannya. Hilman berdehem untuk memastikan suaranya sempurna dan merapikan sedikit rambutnya sebelum membuka mulut untuk memberikan coklat kepada Mika. "Um..Mi-" ayatnya dipotong apabila tiba2 ada suara seorang lelaki muncul dari belakang.

"Hey ! Mika! Tak sangka awak stay sekolah hari ni!" tegur seseorang dibelakang Hilman. Hilman mengetap giginya untuk menahan daripada menumbuk sesiapa sahaja yang menganggu rancangannya itu. Mika mengangkat kepala dan tersenyum. "Oh hai Irfan" ucap Mika. Mata Hilman membulat apabila melihat Irfan berjalan disebelahnya dan berdiri di hadapan Mika yang sedang duduk itu. "Awak buat apa kat sini?" tanya Irfan yang sedang membelakangi Hilman itu. "Saya ada study dengan kawan" kata Mika sambil memandang kearah Hilman. Irfan kemudian menoleh kearah Hilman sambil tersenyum. "Oh cool dude! Nama saya Irfan! Selamat berkenalan!" kata Irfan dengan ceria.Hilman sedaya upaya menggerakkan mulutnya untuk tersenyum sebelum memandang kearah wajah Irfan. " Hai. Hilman. Selamat berkenalan jugak" jawab Hilman dengan sedikit janggal. Irfan kemudian memandang semula kearah Mika. "Mika boleh tak saya join? Pleasee..." pujuk Irfan dengan tiba2. Hilman mengecilkan matanya dan menjeling kearah belakang kepala Irfan dengan harapan matanya akan muncul laser. Penyibuk betullah dia ni ! kutuk hati Hilman.

Mika yang terkejut dengan permintaan Irfan itu mula mengerutkan dahinya. "Ah..itu kena tanya Hilman dulu lah. Saya takut dia tak selesa" kata Mika dengan wajah serba salah. Irfan kemudian memandang kearah Hilman dengan riak wajah penuh harapan. "Hilman awak tak kisah kan?" tanya Irfan. Hilman memandang kearah Irfan dan kemudian kearah Mika. Dia kemudian mengeluh. Dengan keadaan terpaksa, dia mengukir senyuman kearah Irfan. "Sure. Saya tak kisah" kata Hilman sambil mengenggam tangannya.

Coklat yang berada di pehanya itu disembunyikan sebaik mungkin dengan kain alas meja.

***
"Dia tu busybody kau tau tak ! Sudahlah tak reti berhenti cakap then dia tak habis tersengih macam orang gila kat Mika" rungut Hilman di telefon bimbitnya.


"Wait. Wait. Kau yakin ke benda yang kau cakapkan ni pasal Irfan dan bukannya pasal diri kau sendiri?" kata Aiman sambil cuba untuk menahan ketawa. Mujur Hilman tidak dapat melihat riak wajahnya.

"Aiman ! Tak kelakarlah! Dia tu asyik bercakap je, sampai aku nak berbual dengan Mika pun tak dapat! Rimas aku dibuatnya" rungut Hilman lagi sambil menumbuk bantal tidurnya.

Aiman disebelah talian menjulingkan matanya keatas. Baru kau tau macam mana perasaan aku.. bisik hati Aiman.

"Alah relakslah..maybe dia tu jenis yang peramah. Aku tengok dia baru sehari kat sekolah dah banyak kawan dia dapat" kata Aiman. Sungguh berbeza sekali dengan apa yang difikirkannya sebentar tadi. Hilman mengeluh. Memang dia perasan yang Irfan tu dalam sekelip mata jadi famous disekolah, ditambah lagi dengan wajah kacaknya memang ramailah peminat.

Aiman mengeluh apabila Hilman hanya mendiamkan diri. Terasa simpati terhadap rakannya itu. "Macam ni lah..kalau kau tak nak Irfan tu rapat dengan Mika. Apa kata kau start berbual dengan Mika macam Irfan buat tu. And bukan lagi waktu study je kau tegur dia" cadang Amirul. Hilman mendiamkan diri sejenak.

"Tapi..aku tak beranilah. Nanti dia fikir aku ni pelik.." kata Hilman dengan nada perlahan. Aiman mengerutkan dahinya. "Dude. Irfan tu dengan kau sama level pelik dia. Okay je aku tengok Mika tu layan. Dah mulai esok kau akan sentiasa tegur Mika, and maybe kita boleh makan sama2 dengan dia. Lagipun dia kan selalu seorang diri" kata Aiman. "Tu dulu..sekarang ni Irfan yang duduk dengan dia.." kata Hilman sambil mengeluh. "Lantak pi lah kat Irfan tu. Kita duduk je dengan Mika tu. And nanti kau berbual lah dengan Mika, Irfan tu biar aku handle" kata Amirul cuba untuk menaikkan semangat kawannya.

Hilman tersenyum lepas berfikir panjang. "Thanks weh. Nanti bila kau ada suka siapa2 kau bagitahu aku. Aku pulak tolong kau okay! Bye !" kata Hilman dengan nada gembira sebelum mematikan panggilan. Aiman menggelengkan kepalanya sambil tersenyum . "Kalau aku minta nasihat dari kau..sampai tua pun aku jadi bujang" gumam Aiman sambil kembali bermain game FIFA di ruang tamu.

***
Keesokkan harinya Aiman dan Hilman mula menjalankan rancangan mereka pada waktu rehat. Setelah melihat Mika duduk seorang diri di tempat biasanya, mereka berdua mula bangun dan berjalan kearah Mika yang sedang tunduk sambil membaca buku dan menyuap roti ke dalam bukunya. "Hai Mika! Boleh kitaorang duduk sini?" tanya Aiman sambil tersenyum. Hilman juga sedaya upaya untuk memberikan senyuman yang terbaik kepada Mika. Mika mengangkat kepalanya dan memandang wajah Aiman dan Hilman. Reaksi wajahnya masih lagi neutral seperti tiada perasaan. Oh. Memang Mika jenis macam tu. "Sure" jawab Mika sebelum mula menunduk dan kembali membaca bukunya.

Aiman dan Hilman tersengih kearah satu sama lain dan mula duduk di hadapan Mika. Sedang mereka duduk itu tiba2 Irfan muncul dan duduk disebelah Mika yang sedang fokus itu. "Hai Mika ! Mak saya ada buatkan kek coklat hari ni. Nah dia ada bagi untuk awak sekali !" kata Irfan sambil menghulurkan bekal berwarna biru kepada Mika. Mika dengan tiba2 mengangkat mukanya dan tersenyum lebar. "Really?! Thanks ! Kirim salam kat mak awak okay!" kata Mika sambil mengambil bekal itu untuk melihat kek coklat yang diberi oleh Irfan. Buku yang berada dihadapannya ditolak tepi, dan bekal itu dengan pantas dibuka. Mika ketawa kecil apabila melihat kek coklat berada di depan matanya. Tidak sedar yang ada dua orang lelaki sedang memandang wajahnya dengan mulut yang terbuka.

Wow..ni pertama kali nampak Mika berkelakuan macam ni..comel bisik hati Hilman sambil memandang wajah Mika yang sedang menyuap kek kedalam mulutnya dengan wajah yang gembira. Irfan kemudian baru sedar ada dua orang lelaki di hadapannya. "Oh. Hai Hilman and err..sorry siapa nama awak?" tanya Irfan sambil memandang wajah Aiman. Aiman yang tersedar dari kejutan yang dia alami memandang wajah Irfan. "Oh. Hai saya Aiman. Kawan baik Hilman" kata Aiman sambil tersenyum. Irfan membalas senyumannya. "Okay. Korang berdua ni kawan Mika dah lama ke?" tanya Irfan sambil memandang pelik kearah Hilman yang sedang merenung kearah Mika yang terlampau sibuk menyumbat kek coklat kedalam mulutnya.

Aiman yang sedar tentang kelakuan kawannya itu dengan pantas menyiku badannya. "Aduh. Sakitlah!" marah Hilman sambil menjeling kearah Aiman. Aiman membalas jelingan itu. "Irfan tengah bercakap dengan kita ni!" bisik Aiman sambil menahan marah. Hilman mengeluh dan dengan berat hati memandang wajah Irfan yang sedang tersenyum tu. "Sorry. Apa soalan awak tadi?" tanya Hilman sambil mengukir senyuman palsu. "Saya tanya korang berdua ni dah lama ke kawan dengan Mika? Sebab setahu saya Mika ni nak tegur orang pun takut" kata Irfan sambil memandang sekilas kearah Mika yang masih lagi tidak menghiraukan situasi yang berlaku di meja itu dan menumpukan perhatian pada kek coklat.

Hilman mengetap giginya melihat pandangan Irfan kepada Mika dan berasa tidak puas hati bila lihat Irfan berlagak seperti sudah lama kenal dengan Mika. "Tak ada lah lama sangat. Baru tahun ni tegur,sebab nak mintak dia tolong jadi tutor" jawab Aiman sambil tersenyum. Irfan mengangguk kepalanya. "Oh thanks lah sudi kawan dengan Mika ni. Kalau korang tak ada,rasanya sampai habis sekolah dia ni forever alone" gurau Irfan sambil mendekatkan diri kearah Mika sewaktu menyebut Forever Alone. Mika hanya menjeling kearah Irfan dengan pipi yang mengembung penuh dengan kek. Comelnya !! jerit hati Hilman sambil cuba untuk menahan diri dari tersenyum namun dahinya berkerut melihat hubungan Irfan dan Mika. Kenapa mereka berdua ni nampak rapat semacam? Macam bukan baru kenal.

Hati Hilman mula rasa tidak sedap hati. Aiman yang perasan perubahan pada riak wajah kawannya itu dengan pantas mengubah topik. "Oh Irfan, awak datang dari sekolah mana? Kenapa pindah sini?" tanya Aiman. Irfan memandang kearah Aiman sambil tersenyum dan mula menjawab soalan Aiman. Namun satu pun tidak masuk ke telinga Hilman apabila fikirannya mula berserabut dan hatinya sakit kerana cemburu.

Takkanlah Mika ni dah suka dekat Irfan..

To Be Continue

As usual. 
Lee Joon as Irfan.kekeke

cuba teka apa hubungan dia dan Mika sebenarnya~ /wink/

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Photographer Part 45 [Final]

 Part 44

Aina berjalan keluar dari kereta lalu tersenyum kearah pemandu itu. "Terima kasih pakcik, um pakcik boleh balik dulu sebab saya rasa saya duduk lama dekat sini. Balik nanti saya boleh call kawan saya ambik" kata Aina. Pemandu itu mengangguk sambil tersenyum. "Baiklah cik. Hati2, apa2 call saya or Amirul. Saya pergi dulu" kata pemandu itu lalu memandu kereta tersebut pergi dari tempat Aina berada. Aina memandang kereta itu sehingga ianya hilang dari pandangan sebelum mengeluh.

Dia kemudian memusing badan dan memandang Roda Ferris yang tersergam indah di hadapan matanya itu. Ramai ahli keluarga dan pasangan bercinta berada di taman hiburan itu. Aina berjalan sendirian dengan kamera yang tergantung di lehernya itu. Sekali sekala dia akan menangkap gambar badut atau suasana orang lalu lalang disitu. Aina berhenti di hadapan kedai yang menjual gula kapas dan tersenyum. Memori dia bersama dengan Zain muncul di ruang difikirannya. Dan serta merta hati Aina menjadi sakit memikirkan apa yang sudah berlaku kepada mereka berdua sejak kebelakangan ini. 

Aina kemudian berjalan menuju ke Roda Ferris dan dia beruntung kerana tidak ramai yang beratur untuk menaiki Roda Ferris itu . Setelah tiba giliran Aina, Aina masuk ke kabel seorang diri dan mula mengambil gambar suasana bandar dari dalam kabel itu . Sehinggalah dia sedar yang dia berada di bahagian yang paling tinggi sekali. Aina ketawa mengimbas tentang gurauan yang dia bagitahu Zain .

"Kalau kau nak tahu , orang cakap bila cable kita ni berhenti kat atas sekali,tahan nafas dan tutup mata sepanjang cable kita ni turun ke bawah.Dan bila kita buka mata,kita akan nampak orang yang kita sayang didepan mata kita" ucap Aina kepada Zain.

Aina tersenyum seorang diri sebelum berpusing dan memandang kearah pintu kabel itu dan mula menutup mata. Dia tahu perkara ini tidak betul, tapi entah kenapa sekarang ni dia rasa hendak mencuba apa yang pernah dilakukan oleh Zain. Aina mengangkat sedikit kamera di lehernya untuk menangkap gambar siapa yang malang sangat menjadi mangsa kisah dongengnya. Setelah merasakan kabel itu berhenti dan berada di bawah, dengan mata yang masih ditutup Aina menekan punat kameranya untuk menangkap gambar sebelum menarik nafas dan membuka matanya. 

.......

Waktu itu Aina dapat rasakan seperti masa berhenti untuk seketika. Zain. Lelaki yang selama ini dia suka dan cuba sedaya upaya untuk lupakan sedang berada di hadapan pintu dengan keadaan berpeluh seperti baru lepas berlari. Aina masih lagi terdiam apabila Zain tiba2 sahaja masuk ke kabel sebelum pintu kabel itu tertutup. Mereka berdua saling memandang satu sama lain seperti cuba untuk menangkap apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"Um..Zain? kau buat apa kat sini?" tanya Aina setelah sedar dari lamunannya. Zain tersenyum dengan masih lagi memandang kearah wajah Aina dan berdiri dekat dengan Aina. Aina mula berasa tidak selesa dengan pandangan yang diberikan oleh Zain itu.

"Kita berdua ni bodoh kan..?" kata Zain tiba2. Membuatkan Aina mengangkat kepala dan memandang wajah Zain dengan riak wajah keliru. "Huh?" jawab Aina. Zain tersenyum manis. "Kenapa awak tak bagitahu awal2 yang awak suka saya?" tanya Zain dengan nada perlahan. Aina mengerutkan dahinya apabila mendengar Zain membahasakan "Awak Saya" dengan dia untuk pertama kali sejak mereka berjumpa. "Um..sebab awak dah ada kekasih?" jawab Aina. Lidahnya terasa pelik apabila mengantikan Kau kepada Awak. Zain ketawa kecil.

"Please sebut i love you dekat saya sekali lagi.." pinta Zain sambil merenung wajah Aina. Aina terkedu dan wajahnya membahang. Aina kemudian mengalihkan pandangannya. "E-er a-apahal tiba2 ni?" tanya Aina sambil menundukkan kepalanya. "Please..." pujuk Zain lagi. Aina mengeluh. "I-i l-love you..?" kata Aina dengan wajah keliru..

Tatkala itu, kabel dimana terdapatnya mereka berdua didalam sedang berhenti di atas sekali tanpa mereka berdua sedari.

"I love you too.." ucap Zain perlahan.

***

Sue mengeluh melihat Amirul yang sedang membaringkan kepalanya di atas meja. "Sudahlah tu..kita dah buat apa yang kita rasa betul..banyak lagi perempuan dekat luar sana" pujuk Sue. Sebenarnya sebelum Aina sampai di kedai, Amirul telah memberitahu Sue tentang cadangannya untuk menyatukan semula Zain dan Aina. Dan dia telah meminta izin Sue untuk memberi cuti kepada Aina. Demi untuk merahsiakan hal itu, Amirul dan Sue terpaksa berpura pura seperti mereka masih lagi bersikap dingin diantara satu sama lain. Amirul mengangkat mukanya yang basah kerana menangis itu dengan wajah yang masam.

"Saya rindu Aina.." rengek Amirul sambil memuncungkan mulutnya. Sue menjulingkan matanya keatas. "Awak merapu apa ni. Baru jumpa tadi kan, nak rindu apanya" kata Sue sambil menghirup jus apple di hadapannya. "Yelah, lepasni saya mesti tak dapat lepak dengan Aina. Sebab si Zain tu kan tak suka kalau saya rapat dengan dia" rungut Amirul sambil mengesat air mata di pipinya. "Jangan risaulah, walaupun si Zain tu jenis tak bagi lelaki lain dekat dengan hak dia. Saya yakin dia tak dapat lawan Aina punya. Awak tahu kan Aina tu degil dia macam mana. So tak payah risau pasal tu. Ni mana mamak ni roti canai tak sampai lagi?!" kata Sue dengan tiba2 sambil mengerutkan dahinya.

***

5 tahun kemudian.

"Misha ! Mari sini kat mama" kata Aina kepada anaknya yang berumur 3 tahun itu. Misha berlari kearah ibunya sambil ketawa kecil. Aina kemudian mendukung Misha dan memandang kearah cermin yang menunjukkan Zain sedang berdiri di bilik recording untuk merakamkan album barunya. "Misha,tengok tu papa !" kata Aina sambil menunjukkan kearah Zain yang sedang fokus menyanyi sambil memandang kearah mereka berdua itu. Misha ketawa sambil melambai lambai kearah ayahnya. 

"Hai Aina ! Misha!" panggil seseorang di belakangnya. Aina menoleh dengan Misha yang masih lagi berada di dakapannya itu. Aina kemudian tersenyum melihat Amirul sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum. "Oh, hai Amirul ! Buat apa kat sini?" tanya Aina dengan nada ceria. Walaupun dia sudah berkahwin dengan Zain, dia masih lagi rapat dengan Amirul. Itu pun jika mereka hendak berjumpa or berbual mesti kena ada Zain atau Sue dengan mereka. Ini kerana Zain seorang lelaki yang sangat kuat cemburu, dan Aina hanya mampu bersabar melihat perangai suaminya itu.

"Saja.Misha meh sini dekat Uncle" kata Amirul sambil menghulur tangan untuk mendukung Misha. Misha yang sememangnya rapat dengan Amirul dengan rela hati pergi kearah dakapan Amirul. Amirul kemudian mencium pipi Misha berkali kali sehingga membuatkan Misha ketawa kerana geli. Aina tersenyum melihat telatah mereka berdua dan terkejut apabila tiba2 sahaja ada tangan memaut erat pinggangnya dan seseorang memeluk badannya dari belakang.

Aina tidak perlu toleh untuk tahu siapa yang memeluknya itu."Kau buat apa kat sini?" tanya Zain dengan masih lagi memeluk erat badan Aina walaupun Aina sedaya upaya cuba untuk meleraikan pelukkan itu. Amirul berhenti mencium pipi Misha dan menoleh kearah wajah Zain yang sedang menjeling itu. "Saja nak jumpa kekasih aku" jawab Amirul dengan selamba. Zain mendengus menahan marah. "Aina bukan kekasih kau lagi lah ! Dia kan dah jadi isteri aku!" marah Zain.Namun nada marahnya saling tak tumpah seperti budak kecil yang bergaduh berebut gula.Amirul menjulingkan matanya keatas.

"Siapa kata kekasih aku tu Aina, aku maksudkan si Misha ni.Kan sayang kan?" kata Amirul sambil tersenyum kearah Misha yang bermain dengan kolar bajunya.Dia kemudian berjalan meninggalkan Zain dan Aina sendirian.

Setelah melihat kelibat Amirul pergi bersama dengan Misha. Aina mula ketawa dengan kuat. Zain kemudian melepaskan pelukkannya dan mula memuncungkan mulutnya. "Apa yang kelakar sangat? Saya tak suka tau awak rapat dengan Amirul" rungut Zain.Aina berhenti dari ketawa dan tersenyum kearah Zain.

"Jangan risaulah..lagipun dia dah nak kahwin dah pun" kata Aina. Mata Zain membulat. "Really?! Dengan siapa? kenapa dia tak bagitahu saya pun?!" tanya Zain. Aina menjulingkan matanya keatas. "Nak bagitahu apanya dah kalau dia datang je awak buat gaya macam singa nak terkam rusa" perli Aina. Zain memuncungkan mulutnya. Aina tersenyum lalu mengusap pipi suaminya. "Dia nak kahwin dengan Sue..tak sangka hubungan diorang dah sampai ke tahap tu..so awak tak perlulah nak cemburu lagi okay?" kata Aina.Zain mengeluh sebelum mula tersenyum kecil.

"Okay..I  love you" kata Zain lalu mencium dahi Aina.

"I love you too" kata seseorang di pintu studio. Mereka berdua menoleh dan melihat Amirul yang masih mendukung Misha sedang berdiri di pintu dengan wajah yang bosan. Zain menjeling tajam kearah Amirul kerana dia telah menghancurkan mood romantiknya namun Amirul sedikit pun tidak tergugat. Aina hanya mampu ketawa melihat telatah mereka berdua. Siapa sangka Artis Kerek yang selama ni dia meluat boleh jadi suami dia..
  End
Oh wow. Dah habis dah? Ahahaha maaf kalau tak berapa bagus seperti yang anda harapkan. Sebab waktu aku sedang taip cerita ni. Otak aku blank. So um yeah. At least Zain dan Aina dapat bersama kan? lol.Anyway terima kasih pada yang sudi baca sama ada sukarela atau terpaksa ahaha. Maaf sekali lagi kalau cerita ni merapu. Sebab kadang2 lain yang aku fikir lain yang aku type. Sobs.

THANK YOU AND BYE
Say hello to Aku Bukan Stalker~

Maybe ada Chapter Delete Scene dikemudian hari 




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Bukan Dia..

DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION




Warning. 

/Sediakan tisu/

Narsha dan Akmal sudah berkahwin selama 3 tahun. Mereka memang sepasang suami isteri yang bahagia. Semuanya sempurna walaupun mereka masih lagi tidak mempunyai anak kerana kesibukkan kerja. Akmal bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat milik ayahnya manakala Narsha bekerja di kedai bunga yang diberi oleh suaminya sebagai hadiah ulangtahun yang pertama dulu. Walaupun kehidupan mereka mewah, Narsha tetap mahu bekerja untuk mengisi masa lapangnya.

Narsha meneliti bunga-bunga di kedainya dan mengira jumlah bunga yang tinggal untuk membeli stok baru .Aktivitinya terganggu apabila ada seseorang memanggilnya dari belakang. "Hey Narsha!" jerit seseorang. Narsha menoleh dan tersenyum melihat kawan baiknya Amir sedang berjalan kearahnya sambil tersenyum. "Oh hey. Ada apa datang sini?" tanya Narsha sambil berjalan menuju ke kaunter untuk mencatat semula apa yang dia kira tadi. "Saja. Nak melawat kawan aku dari kecil ni. Salah ke?" tanya Amir sambil membuat reaksi terkilan. Narsha ketawa. "Mana ada. Selalu kau kan sibuk dengan aktiviti sekolah" kata Narsha sambil tersenyum. "Hari ni hari Ahad. Mana ada sekolah" kata Amir sambil bermain dengan keychain di telefonnya. "Oh ye ke? Aku tak ingat. Maklumlah, aku bukan budak sekolah lagi" gurau Narsha. Amir memuncungkan mulutnya. "Hey! Aku ni cikgu okay. Bukan budak sekolah" marah Amir. Narsha hanya ketawa .

Perbualan mereka terganggu apabila bunyi pintu kedai terbuka. Amir dan Narsha menoleh untuk memandang siapa yang masuk. Senyuman yang terukir dibibir Narsha menjadi lebih besar apabila melihat suaminya masuk ke dalam kedai. Namun dahinya berkerut apabila melihat seorang gadis berambut panjang mengikutinya dari belakang. "Hey sayang.." ucap Akmal sambil mengusap kepala Narsha membuatkan tudungnya menjadi senget. Narsha memuncungkan mulutnya apabila diperlakukan sebegitu rupa. Akmal ketawa melihat wajah geram suaminya sebelum memandang kearah Amir dan tersenyum. "Oh. Hai Amir, lama tak jumpa kan" kata Akmal sambil bersalam dengan Amir. Amir mengangguk sambil tersenyum.

Narsha masih lagi memandang kearah perempuan yang berada di belakang Akmal itu. "Um abang, siapa tu?" tanya Narsha dengan nada perlahan. Akmal menoleh dan memandang perempuan yang berada di belakangnya. "Oh. Ni secretary abang yang baru. Narsha, ni Laila. Laila ni isteri saya Narsha" ucap Akmal sambil tersenyum. Laila berjalan kearah Narsha sambil tersenyum. "Selamat berkenalan" ucap Laila sambil tersenyum.

Dan bermula dari situ lah semuanya berlaku..
________
Narsha berlari kearah ruang tamu apabila mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Dia kemudian tersenyum melihat nama suaminya tentera di skrin telefon.

"Hello, abang? Hari ni abang nak makan apa? Saya baru nak masak ni" ucap Narsha dengan gembira."Hello, oh sayang sorry. Abang banyak sangat kerja hari ni so tak boleh balik awal. Nanti abang makan dekat kedai je okay. Sayang masak untuk sayang seorang je okay? Bye ! I love you" ucap Akmal lalu mematikan panggilan sebelum sempat Narsha menjawab.

Narsha mengeluh . Baru sahaja dia rancang nak luangkan masa dengan suaminya.

Dan sejak hari itu Narsha sedar yang suaminya tidak henti2 bercerita tentang Laila. Narsha hanya mampu tersenyum dan mengangguk mendengar segala cerita yang suami dia katakan. Perasaan cemburu mula timbul didalam diri dia namun dia menolak tepi jauh disudut hati kerana dia tahu, suaminya masih cintakan dia walaupun mulutnya sering bercerita tentang perempuan lain.

"Abang, jom kita pergi I-city hari sabtu ni? Saya bosan lah duduk rumah.." kata Narsha sambil memuncungkan mulutnya. Akmal yang sedang membaca surat khabar itu memandang sekilas kearah isterinya. "Maaflah sayang. Abang ada hal sabtu tu..sayang ajaklah kawan sayang ikut" kata Akmal sambil tersenyum kecil. Narsha mengeluh sambil memeluk tubuhnya. Busy,busy,busy! Itu lah alasan yang selalu diberikan oleh Akmal sejak kebelakangan ni bila Narsha ajak pergi berjalan. Akmal yang sedar isterinya sedang merajuk itu mula meletak surat khabar ditepi dan mendekatkan diri kearah Narsha. Dia kemudian memeluk bahu Narsha dan membisik "Sorry..saya janji nanti ada masa kita pergi sama2 okay?" pujuk Akmal lalu mencium dahi Narsha. Narsha kemudian memberikan senyuman manis kearah Akmal sambil menganggukkan kepalanya.
______

3 bulan sudah berlalu dan janji itu masih tidak ditepati. Akmal semakin sibuk dengan kerja dan semakin jarang pulang ke rumah awal. Narsha mula risau melihat suaminya setiap hari pulang lewat kerumah. Dan Narsha juga sedar yang Akmal semakin jarang memanggilnya sayang dan jarang memeluknya seperti selalu. Dia mula berasa tidak sedap hati. Macam mana kalau Akmal dah mula bosan dengan dia? Macam mana kalau perasaan cinta Akmal pada dia sudah mula hilang? Narsha mengeleng kepalanya berkali kali untuk membuang tanggapan buruknya itu. Percaya pada suami kau Narsha..percaya pada dia..InsyaAllah tak ada apa2.. bisik Narsha seorang diri.

Suatu hari sewaktu mereka berdua makan di rumah bersama sama, Narsha secara tidak sengaja menanya soalan yang mengubah hidupnya. "Abang..i-i love you" ucap Narsha dengan perlahan. Akmal yang baru sahaja hendak menyuap makanan terhenti pergerakkannya. Dia kemudian memandang pelik kearah Narsha sebelum mengangguk dan kembali makan. Narsha mengerutkan dahinya. "Abang..kenapa tak jawab?" tanya Narsha sambil memuncungkan mulutnya sedikit. "Okay." jawab Akmal sambil masih lagi fokus menyuap makanan. "Okay? Tu je?! Abang tak nak sebut  I love you too juga ke?" tanya Narsha dengan nada yang masih lagi dikawal. Dia tidak mahu meninggikan suara dihadapan suaminya. Akmal meletakkan sudu diatas pinggan sebelum bangun dan berjalan keluar dari dapur meninggalkan Narsha dalam keadaan terkedu.

Narsha mengenggam cawan yang berada ditangannya itu dengan kuat. Cuba untuk menangkap apa yang sedang berlaku. Kenapa suami dia sendiri tidak mahu menyebut perkataan tu? Selalunya Akmal dengan gembira menyebut perkataan tu kepada Narsha. Tanpa sedar air mata mula mengalir laju jatuh ke pipinya, dan dari situ dia mendengar pintu rumahnya ditutup menandakan Akmal telah pergi keluar dari rumah.

"Tak..tak mungkin..Akmal masih sayangkan aku..aku kena percayakan dia..maybe dia penat..yes..penat" ucap Narsha seorang diri cuba untuk menenangkan dirinya. Air matanya dikesat dengan tangannya.

_______

"Abang rasa..kita patut berpisah.." ucap Akmal dengan tiba2 sewaktu Narsha sedang membasuh pinggan. Narsha dengan menjatuhkan pinggan di tangannya dan memusingkan badannya kearah Akmal yang masih lagi duduk di meja makan sambil menundukkan kepala. Jantung Narsha berdegup kencang. "A-apa? Abang cakap apa? Saya rasa saya salah dengar lah tadi" ucap Narsha dengan tangan yang mengigil. "Awak tak salah dengar...saya kata kita patut berpisah" ucap Akmal sambil memandang kearah Narsha dengan wajah yang sedih. Narsha menggelengkan kepalanya berkali kali. Air mata mula berkumpul tunggu masa sahaja untuk dia jatuh ke pipi.

"Tak..abang jangan lah bergurau..saya tak nak berpisah..kenapa tiba2? Saya ada buat salah ke? Kalau ada saya minta ampun bang..tapi tolong..jangan tinggalkan saya.." rayu Narsha sambil menangis dan melutut di hadapan suaminya. Akmal terkejut melihat tindakkan isterinya dan mula bangun menuju ke arah isterinya untuk menyuruhnya berdiri. Narsha masih lagi berdegil dan tidak mahu bangun. Pipinya basah kerana air mata tidak berhenti mengalir. "Kenapa...kenapa abang nak berpisah? Saya sayangkan abang.." ucap Narsha. Akmal mengeluh lalu memeluk isterinya. "Abang minta maaf...tapi abang rasa..perasaan cinta abang pada awak dah hilang..abang sendiri tak tahu macam mana semua ni berlaku..tapi...abang rasa abang lebih cintakan Laila dari awak..abang minta maaf sangat2..kamu tak buat salah apa2..abang yang salah sebab jatuh cinta pada perempuan lain. Abang dah cuba hilangkan perasaan tu,tapi sikit pun tak berjaya.." ucap Akmal sambil memeluk erat isterinya. Mata Narsha yang berair itu membulat mendengar pengakuan Akmal.

Tanpa sedar Narsha menolak kasar badan Akmal. "Sanggup abang buat saya macam ni...and abang ingat perceraian ni benda main2 ke?! Sesuka hati abang nak berpisah dengan saya" marah Narsha. Perasaan perlu hormat terhadap suaminya hilang ditenggelami oleh perasaan marah. Akmal mengeluh lalu mengusap kepalanya dengan kasar. "Abang tahu benda ni bukan perkara yang boleh dibuat main, tapi abang buat ni sebab abang taknak awak terluka lagi! Awak masih lagi nak tinggal dengan saya walaupun tahu saya dah tak cintakan awak?" terang Akmal. Narsha mengalihkan pandangannya lalu mengigit bibirnya. "Kita boleh cuba kan..kembalikan perasaan tu.." bisik Narsha sambil mengenggam tangannya disisi. Akmal menggeleng kepalanya. "Saya dah cuba...dan saya tak dapat kembalikan perasaan tu..maaf.." ucap Akmal dengan perlahan. Dengan tangan yang mengigil Narsha meraup wajahnya lalu mula menangis teresak esak. "Tiga tahun abang..tiga tahun kita kekalkan perkahwinan ni..abang nak hancurkan macam tu je..hanya sebab abang cintakan perempuan lain.." bisik Narsha sambil menangis dan memeluk lututnya. Akmal yang duduk dihadapannya hanya mampu menunduk dengan perasaan bersalah "Maaf...abang minta maaf.." ucapnya perlahan.

"Satu hari..abang bagi saya satu hari untuk cuba kembalikan perasaan tu pada abang, k-kalau abang masih lagi tak rasa perasaan tu..saya terima yang kita kena berpisah..please" rayu Narsha sambil mengangkat mukanya dan memandang kearah Akmal. Akmal yang berasa serba salah melihat wajah terluka Narsha itu menganggukkan kepalanya.

_______


Mereka berdua berdiri di tempat I-city dimana tempat yang pernah dijanjikan oleh Akmal dulu untuk mereka pergi bersama. Sebelum masuk, Narsha memegang tangan Akmal. Akmal menoleh dan memandang wajah pucat Narsha itu. "Untuk hari ni je..kita jangan fikir pasal masalah kita tu..okay?" kata Narsha. Akmal mengangguk dan mula jalan sambil berpegangan tangan dengan Narsha.

Mereka berdua menaiki dan masuk ke semua tempat permainan yang berada di situ. Dan sehinggalah ke destinasi terakhir mereka. Mereka menaiki kabel yang membawa mereka kelilingi taman I City yang berwarna warni itu dari atas. Sewaktu berada disitu, Akmal dan Narsha masing mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan.

"So..awak dah dapat balik belum perasaan tu?" tanya Narsha sambil memandang Akmal dengan penuh harapan. Akmal menundukkan kepalanya sambil menggelengkan kepalanya, tidak sanggup melihat wajah Narsha. Narsha menggengam pemegang kabel itu dengan kuat. Lampu berwarna warni disitu menampakkan wajah Narsha yang sedang menangis. Sampai sahaja di tempat perhentian, Narsha dengan pantas turun dan berjalan untuk menuju ke kereta. Akmal berlari mengejar Narsha lalu memegang lengannya. "Narsha..please..dont do this.Kita masih boleh berkawan kan?" kata Akmal kepada Narsha yang masih menunduk itu. Narsha menggengam tangannya yang mengigil itu dan mengetap bibirnya untuk mengelakkan daripada dia menangis teresak esak. "Narsha...im sorry.." kata Akmal dengan nada bersalah. Narsha memejam matanya. "Stop. Jangan nak minta maaf kalau akhirnya awak akan ceraikan saya juga..kita mungkin boleh berkawan lagi tapi mungkin bukan pada waktu terdekat.." kata Narsha dengan perlahan. Dia kemudian mengangkat kepalanya dan memandang kearah Akmal dengan senyuman . Senyuman yang dicuba sedaya upaya untuk dia lakukan. Hati Akmal menjadi pedih melihat Narsha memberikan senyuman palsu kepadanya. "Terima kasih untuk selama ni..selama awak cintakan saya. Terima kasih..saya hargai sangat2..dan saya doakan awak akan berkekalan dengan Laila..dan ianya tak berakhir macam kita berdua..jaga dia elok2...didik dia..dan sentiasa beri perhatian pada dia..Okay?" kata Narsha dengan masih lagi tersenyum walaupun mata dia tidak berhenti mengalir air mata. Akmal kemudian memeluk Narsha sambil mengucapkan minta maaf berkali kali dan Narsha hanya mampu menangis didada Akmal.

Please...jangan tinggalkan saya... hanya itu yang berada di fikiran Narsha..

_______

Setelah mereka berpisah. Narsha telah berpindah ke Perak dan kedai yang diberikan oleh Akmal itu dijual walaupun Akmal berkali kali memberitahu yang kedai itu milik dia. Akmal pula berkahwin dengan Laila,namun entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang hilang di dalam perkahwinan itu.

Laila tak pernah tunggu dia pulang ke rumah dengan senyuman macam Narsha..
Laila tak pernah masak..malah dia selalu membeli makanan di luar..
Laila juga suka melenting bila Akmal mengusap kepalanya seperti yang dia selalu lakukan terhadap Narsha..
Laila pun tak pernah bercerita tentang anak yang dia mahu sebelum tidur...

Laila bukan Narsha..

Dan pada waktu itu baru Akmal tersedar..dia telah tinggalkan sesuatu yang sangat istimewa bagi dia. Tapi semuanya terlambat. Kerana manusia sering sedar tentang kepentingan seseorang apabila seseorang itu pergi dari hidup mereka..

Dan Narsha..setelah bertahun dia jauhkan diri dia dari sosial dengan orang kerana tekanan. Akhirnya ada seseorang yang memberi cahaya kearah kehidupan gelapnya itu. Amir. Kawan baiknya sendiri yang tidak pernah putus asa untuk menaikkan semangatnya dan membantu Narsha ketika susah. Malah dia sanggup berpindah di Perak semata mata untuk menjaga Narsha.

Dan Narsha tahu..dialah kebahagiaan yang dirinya pinta selama ini.



Edited on 15/4/2015 
Sambungan Bukan Dia  --- [ Pandangan Kedua

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Aku Bukan Stalker ! Part 4

Part 3



Aiman berjalan dengan lemah longlai kearah kantin sekolahnya sambil diikuti oleh Hilman disebelah. Sampai sahaja di tempat duduk Aiman dengan pantas duduk dan membaringkan kepalanya diatas meja. "Hilman..belikan aku makanan. Aku tak laratlah" kata Aiman sambil memejamkan matanya. "Okay!" jawab Hilman dengan bersemangat sebelum pergi ke arah kaunter makanan. "Macam mana budak tu boleh semangat sangat hari ni.." ngeluh Aiman lalu mengangkat kepalanya dan meregangkan badan. Hilman kemudian sampai dengan membawa mee goreng bersama dengan air bandung lalu diletakkan di atas meja. Aiman mengerutkan dahinya. "Mana makanan kau?" tanya Aiman. Hilman tersengih lalu mengeluarkan roti dari dalam poketnya. "Aku diet. Makan roti je" kata Hilman lalu duduk dihadapan Aiman

Aiman mengerutkan dahinya. "Euw. Macam perempuanlah kau ni asyik jaga badan. Kau yakin ke kau ni lelaki? Meh sini aku nak check" kata Aiman sambil berlakon untuk pergi kearah Hilman. Mata Hilman membulat. "Hoi baik sikit ayat tu ! Aku tumbuk kau baru kau tau aku lelaki ke perempuan" kata Hilman sambil menjeling kearah Aiman. Aiman ketawa melihat kawannya lalu mula tunduk untuk menjamah mee goreng itu. "So..pasal Mika semalam..aku tak dapat tangkap semuanya kecuali yang kau dah dapat nombor dia..kau nak buat apa je dengan nombor dia?" tanya Aiman sambil menyuap mee ke dalam mulut.

Hilman mengerutkan dahinya untuk berfikir. "Hmm...aku nak tanya dia pasal soalan sejarah jelah kot. Tapi aku tak tau macam mana nak mulakan dulu" rungut Hilman. Aiman masih lagi menumpukan perhatian pada mee langsung tidak mengangkat muka kearah Hilman. "Apa susah. Kau mesej je lah macam ni, Hey saya Hilman si stalker awak selama 4 bulan! Saya nak tanya awak satu soalan boleh?" perli Aiman dengan selamba. Hilman mengecilkan matanya. "Aku bukan stalker lah ! Berapa kali aku nak cakap. And takkanlah aku nak cakap yang selama ni aku ikut dia balik rumah -" Amirul mengangkat kepalanya untuk memandang kearah Hilman, dan matanya membulat melihat sesuatu dibelakang Hilman yang masih sedang bercakap tu.

"And aku tengok maklumat peribadi dia secara senyap, lepastu aku-"

"Hil-.."

"Aku kadang2 ambik gambar dia waktu ada koko, and then-"

"Hilman"

"Yang aku selalu cakap dia tu ada mata yang cantik. Kau tahu kan mata dia tu bersinar bila-"

"Hilman !"

Hilman berhenti dari membebel apabila tiba2 sahaja Aiman menjerit namanya. Hilman mengerutkan dahinya apabila diganggu. "What? Aku tak habis cakap lagi ni" rungut Hilman. Namun Aiman hanya duduk membatu sambil memandang kearah belakang Hilman. Keliru. Hilman memusing kepalanya dan tersedak apabila melihat Mika sedang berdiri di belakang. Oh.My.God. itu saja yang berada di fikiran Hilman apabila melihat wajah serious Mika dibelakang.

Suasana menjadi janggal tiba2 apabila tiada seorang pun yang mulakan bercakap setelah lebih 2 minit. Aiman kemudian berdehem untuk menghilangkan perasaan janggal itu. "Ehem. Hai Mika..awak nak apa datang sini?" tanya Aiman sambil cuba untuk tersenyum. Hilman masih lagi membatu sambil memandang kearah Mika yang berada di belakangnya. Aiman terfikir, tidak sakit ke leher Hilman bila toleh macam tu dalam keadaan lama.

Mika memandang kearah Aiman dan kemudian kearah Hilman lalu tersenyum kecil. "Saya lupa nak bagi kertas soalan sejarah kat Hilman semalam. Nah" kata Mika sambil menghulur kearah Hilman. Namun Hilman masih lagi membatu. Mika menyengetkan kepalanya sambil mengerutkan dahinya kerana keliru dengan kelakuan Hilman. Aiman yang melihat kelakuan bodoh kawannya itu mula menepuk dahi sebelum bangun dan mengambil kertas itu dari tangan Mika. "Ha Ha Ha.. sorry. Hilman ni ada penyakit. Dia tak boleh orang tiba2 muncul kat belakang dia. Nanti dia kena sawan sampai tak boleh gerak" kata Aiman sambil cuba untuk ketawa namun gagal apabila ketawanya saling tak tumpah seperti robot. Mika mengerutkan dahinya sambil memandang kearah Aiman. "Oh..okay. Saya pergi dulu lah. Bye" kata Mika sambil tersenyum sebelum pusing dan mula berjalan meninggalkan dua orang lelaki malang itu. Aiman melepaskan nafas lega apabila melihat Mika sudah hilang dari pandangan.

Aiman kemudian menoleh kearah kawannya yang masih membatu itu. Dia menjulingkan matanya keatas sebelum menepuk belakang Hilman dengan kuat membuatkan Hilman tersedak dan bangun dari membatu. "Oh my god !! Malunya ! Mana dia?! Dia dah pergi ke?! Ah! Kau rasa dia dengar tak?! Oh god! mesti dia benci aku ! No ! Mesti dia nak report kat polis ! Oh god ! Macam mana kalau dia report?! Aku tak nak masuk juvana ! Tak nak ! Aiman tolong aku !" ucap Hilman dengan wajah panik sambil tangannya dilibas libas seperti ada lalat disekelilingnya. Aiman betul2 berharap supaya Hilman tertampar wajahnya sendiri dengan tangannya yang tidak henti melibas itu.

"Relaks. Aku rasa dia tak tahu siapa budak yang kita cakapkan tu" kata Aiman sambil menyambung makan mee gorengnya. Hilman kemudian menjatuhkan kepalanya di meja dengan kuat seperti orang yang pengsan secara tiba2. "Matilah aku..." rengek Hilman. Aiman mengeluh melihat kesengsaraan kawannya itu. "Jangan risaulah..lagipun minggu depan baru kau ada kelas dengan dia kan? Nasib seminggu sekali. Kalau tak malu je kena jumpa hari ni" kata Aiman. Hilman masih lagi dalam keadaan merengek seperti budak tak dapat gula2.

Aiman tiba2 tersenyum apabila dia mendapat satu idea. "Oh! Yelah. Ni lah jalan untuk kau start mula mesej dia" kata Aiman. Hilman mengangkat mukanya lalu memandang kearah Aiman. "Huh?" itu sahaja yang keluar dari mulutnya. "Malam ni, kau mesej kat dia kata kau minta maaf sebab sawan- err maksud aku sebab kau berkelakuan bod- i mean pelik ! Yes pelik." terang Aiman sambil tersenyum. Hilman mengerutkan dahinya sambil mengaru dagunya dengan jari telunjuk. "Hmm..bagus juga idea kau. Tapi lepas tu aku nak cakap apa lagi?" tanya Hilman. Aiman mengeluh. "Lepastu kau tanyalah pasal soalan2 sejarah ke apa. Ni hah, kan dia baru bagi soalan sejarah kat kau" kata Aiman sambil memberikan kertas itu kepada Hilman. Hilman mengambil kertas itu lalu membeleknya sambil tersenyum. "Oh ! Pandai jugak kau ni! Thanks !" kata Hilman sambil tersenyum lebar. Aiman tersenyum bangga. "Aku memang pandai daripada kau. Tak boleh buat apa dah" kata Aiman dengan selamba sebelum kembali menyuap mee kedalam mulut.

***
Hilman memandang kearah telefon bimbitnya dengan dalam keadaan meniarap. Dia tidak henti2 mengetap bibirnya dan memandang kearah skrin telefon itu. "Ugh...macam mana ni" gumam Hilman seorang diri. Dia sekarang ni sedang bertempur dengan perasaan dia sendiri untuk menghantar mesej kepada Mika.


To: Mikaaaaa <3
Hai.

Hilman meraup wajahnya untuk mengawal perasaan gemuruhnya apabila dia selesai menekan butang Send. "Please please please ! bagi dia balas" gumam Hilman sambil mengenggam kedua tangannya.  Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi dan dengan pantas Hilman mengcapai telefonnya dan membuka mesej itu.


From : Mikaaaaa <3
Hai ? Siapa ni ?
 Hilman menepuk dahinya apabila dia terlupa untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu. Dia mengigit bibirnya untuk menahan dari tersenyum. Kalau orang lain berada di dalam biliknya sekarang ni mesti mereka fikir yang Hilman ni sebenarnya perempuan yang tersesat dalam badan lelaki kerana kelakuan angaunya saling tak tumpah macam fangirl yang jumpa idolnya.


To : Mikaaaaa <3
Oh sorry. Saya Hilman ! :)

 Hilman meletakkan telefon itu dibawah lalu dia memandang kearah telefon itu sambil tersenyum untuk menunggu Mika membalas mesejnya.


From : Mikaaaaa <3
Oh...ok. Awak nak apa?

Hilman memuncungkan sedikit mulutnya apabila itu sahaja reaksi yang dia dapat daripada Mika. Namun dia tak mampu buat apa, sebab memang itu perangai Mika. Sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak banyak bercakap.



To : Mikaaaaa <3
Saya nak minta maaf hal tadi..sorry saya tak sihat sikit hari ni
Hilman mengetap bibirnya apabila dia menaip mesej itu dan menekan butang send. Tak sihat. Ya memang dia tak sihat bila nampak Mika tiba2 munculkan diri dari belakang. Jadi itu tak dikira tipu. 


From : Mikaaaaa <3
Oh. Its Okay.
Hilman mengerutkan dahinya. "Susah betul nak berbual dengan dia ni.." rungut Hilman. Namun dia tetap tidak putus asa. Dan dia mula fikir untuk menggunakan taktik menanya soalan tentang pembelajaran kepada Mika. Baru sahaja dia hendak menaip tiba2 pintu biliknya terbuka.

"Ya Allah bertuah punya anak ! Hilman ! Apa kamu buat kat bawah katil tu?! Keluar cepat! Kotorlah! Macam mana kamu boleh muat kat situ?!" jerit ibunya dengan riak wajah panik.

Hilman hanya mampu tersengih.

Dan pada waktu malam sekali lagi Aiman diganggu oleh Hilman melalui telefon. Pada waktu itu Aiman masih lagi mempersoalkan persahabatan diantara dia dengan Hilman .


To Be Continue
Enjoy.


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Photographer Part 44

Part 43

Amirul keluar dari kereta sambil menggalas beg yang berisi raket tennisnya itu. Dia kemudian memejam matanya dan menarik nafas panjang. Dia membuka matanya dan memandang kearah langit. "Harap2 keputusan yang aku buat ni baik untuk semua orang..." guman Amirul sambil tersenyum tawar.  Dia kemudian berjalan menuju ke gelanggang dan melihat Zain sedang menunggu di bangku. Amirul tersenyum. "Wow..first time kau datang awal dari aku. Selalu aku yang tunggu kau" perli Amirul sambil meletakkan begnya. Zain bangun dan memandang kearah Amirul dengan wajah serious. "Kali ni..biar aku yang tentukan tujuan perlawanan ni" kata Zain sambil berdiri di hadapan Amirul.

Amirul tersenyum sinis. "Oh. Great. Aku harap ianya perkara yang bagus. So apa?" kata Amirul sambil mengeluarkan raketnya. "Kalau aku menang..aku dapat peluang untuk confess pada Aina. Kalau tak..a-aku akan lupakan dia macam mana dia cuba lupakan aku.." ucap Zain sambil menggengam raket di tangannya. Pergerakan Amirul terhenti sekejap sebelum dia berdiri dan memandang kearah Zain. "Deal" ucap Amirul sambil berjalan masuk ke gelanggang.

***
Aina memandang pelik kearah restoran lima bintang di hadapannya itu sebelum berjalan kearah driver yang berada di dalam kereta itu. "Um..saya suruh awak pergi kat kedai makan biasa je. Bukan kat sini" ucap Aina. Driver itu tersenyum. "Tuan Amirul yang arahkan saya bawa awak kesini. Katanya sebagai hadiah. Cik boleh masuk ke dalam dan nanti pekerja disana layan cik. Bayaran semua Tuan Amirul akan selesaikan" terang driver itu. Mata Aina membulat. "What?! Tak nak lah. Kata kat dia tak apa..saya boleh makan kat tempat lain" pujuk Aina. Driver itu ketawa kecil. "Maaf cik. Ni arahan Amirul. Katanya anggap ni sebagai hadiah terakhir dia" kata driver itu. Aina terdiam. "Hadiah terakhir?" tanya Aina. Driver itu mengangguk. "Itu yang dia kata dekat saya" ucapnya. 

Aina mengeluh sebelum berjalan masuk ke dalam restoran itu. Masuk sahaja Aina dilayan oleh seorang waiter dan dibawa ke meja yang disediakan untuk dia. Dia kemudian dihidangkan makanan kegemaran dia. Sewaktu dia makan , dia diiringi oleh seorang pemain piano yang memainkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Amirul. Membuatkan Aina tersenyum seorang diri mengingati memori itu.

Seusai makan, seorang pelayan datang dan meletakkan tab di mejanya membuatkan Aina mengerutkan dahinya. Dia nak suruh aku makan tab ni ke? bisik hati Aina sambil memandang kearah pelayan itu dengan reaksi keliru. Pelayan itu ketawa kecil sebelum menekan sesuatu di tab itu dan tiba2 video yang mempunyai wajah Amirul seorang diri sedang memandang kamera kelihatan. Mata Aina membulat melihat wajah Amirul muncul di tab itu sebelum mendengar apa yang dikatakan oleh Amirul.

"Ehem..err..awkwardnya saya cakap kat depan tab ni sorang2. Anyway..saya harap awak enjoy makanan dan lagu yang saya arahkan diorang sedia untuk awak. Saya harap dengan semua tu awak akan ingat tentang perkara ni untuk selama lamanya.Saya buat macam ni sebab saya nak bagitahu awak yang saya betul2 bersyukur sebab kenal awak..awak berjaya membuka hati saya..Awak tahu kenapa saya dulu playboy? Hehe..ni saya nak bagitahu awak.Sebenarnya dulu saya ada cintakan seorang gadis ni..dia lah segala galanya untuk saya.Saya dah merancang untuk berkahwin dengan dia..tapi..waktu saya nak melamar dia..saya nampak dia dengan lelaki lain.Waktu tu,tuhan je tahu macam mana sakitnya hati saya tengok orang yang saya cinta bersama dengan lelaki lain. Dan sejak tu..saya tak percayakan perempuan. Saya mainkan hati perempuan sebab saya percaya cinta tu hanya menyusahkan . Sampailah suatu hari tu..saya nampak awak menangis..saya tak tahu kenapa hati saya sakit sangat bila nampak awak dalam keadaan lemah macam tu..sampailah saya sedar. Yang saya dah mula jatuh hati pada awak..sikap awak yang ceria tu berjaya menarik perhatian saya. Saya dapat tahu yang awak suka Zain..dan saya mengaku yang saya cemburu bila dapat tahu. Tapi..saya tak mengaku kalah. Saya cuba juga untuk menarik perhatian awak, dan sentiasa pastikan yang awak tak keseorangan. Waktu saya confess dekat awak..saya betul2 tak sangka yang awak akan cuba untuk terima saya. Malam tu saya menangis bila ingat balik ahahaha, saya memang kuat menangis. Dan bila awak terima lamaran saya..saya rasa saya lah lelaki paling bahagia. Dan saya yakin saya akan bahagiakan awak..tapi..sayangnya awak masih lagi terperangkap dengan perasaan awak kepada Zain.

Walaupun awak cuba untuk sejukkan hati saya dengan mencuba untuk cintakan saya..saya tahu yang awak takkan boleh untuk cintakan saya. Sebab hati awak hanya untuk Zain..sekuat mana awak menolak perasaan tu..dia tetap takkan hilang..Saya mengaku yang kadang2 saya penat menunggu..tapi..tak salah kan kalau saya berharap? manalah tahu..awak berubah hati tiba2..ahaha. Sorry saya betul2 tak rancang nak menangis kat sini. Anyway..saya nak awak datang ke Roda Ferris tempat yang paling awak suka. Macam mana saya tahu? Zain yang bagitahu saya..ehehe. So..apa lagi? Pergi sana. Saya ada suprise untuk awak! And akhir sekali.. I Love You Aina.." ucap Amirul sebelum video itu tertutup. Aina memandang kearah tab itu dengan reaksi terkejut. Dia tidak sedar yang dia menangis sewaktu menonton video itu. Dengan pantas Aina mengesat air matanya sebelum bangun dari tempat itu.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu Aina berjalan keluar dan masuk ke dalam kereta dimana driver itu menunggu. "Hantar saya ke tempat roda ferris tu.." arah Aina dengan perlahan sambil termenung kearah luar tingkap. Driver itu mengangguk. Aina mengeluh apabila memikirkan Amirul. Dia betul2 berasa serba salah,dan dia betul2 sudah cuba untuk jatuh cinta pada Amirul. Namun perasaan yang dia mampu berikan pada Amirul hanyalah suka sebagai kawan..tak lebih dari tu. Aina meraup wajahnya sambil mengetap bibirnya untuk menahan dari menangis. Kenapa dia cintakan lelaki yang salah..kenapa dia tak cintakan lelaki yang betul2 menghargai dia. Aina mula rasa menyesal kerana menerima pekerjaan yang ditawar oleh Zain dulu. Kalau dia tak terima, dah lama semua ni takkan terjadi. Dan dia akan hidup bahagia tanpa tersekat dengan masalah ni.

"Maaf cik..saya bukan nak sibuk hal cik..tapi..saya tengok cik betul2 nampak tertekan. Walaupun saya tak tahu apa masalah cik..saya harap cik dapat membuat keputusan yang baik. Ikut kata hati cik..mana yang cik rasa betul. Jangan buat tindakkan melulu..kalau tidak makin bertambah masalah cik. Percaya dengan kata hati cik..jangan terlampau banyak berfikir sampai cik salah membuat pilihan. Saya harap cik dapat selesaikan masalah cik itu dengan baik" nasihat driver itu. Aina diam sejenak mendengar apa yang dikatakan oleh driver itu sebelum tersenyum. "Terima kasih pakcik..saya pun harap masalah saya akan selesai dengan cepat." ucap Aina sambil tersenyum dan memandang kearah luar tingkap. Driver itu hanya tersenyum.

***
Zain melutut di gelanggang itu sambil menggengam tangannya yang dilantai itu. Raketnya dibiarkan terbiar di sisinya. Badannya penuh dengan peluh. Zain melihat bola tennis yang berada di hadapannya lalu mengetap bibirnya. Dia kalah. Zain menundukkan kepalanya dan tanpa sedar air matanya mengalir jatuh ke lantai. Badannya mengigil menahan daripada menangis namun gagal kerana air matanya masih tidak henti2 mengalir. Amirul yang berada di hadapannya hanya memandang kearah Zain dengan riak wajah kosong.

"Kau kalah...dan kau tak dapat confess dekat Aina" kata Amirul sambil berjalan kearah Zain yang sedang menundukkan kepalanya itu. "A-aku tahu..dan aku rasa aku layak terima kekalahan ni. Salah aku juga..aku terlampau bodoh nak sedar perasaan Aina pada aku..dan aku terlampau banyak lukakan hati dia..Dan aku menyesal..bila aku dah sedar tentang perasaan aku..semuanya terlambat..kalaulah aku diberi peluang..aku cuma nak bagitahu dia yang aku cintakan dia..dan aku nak bersama dengan dia.." kata Zain sambil menangis dan meraup wajahnya. "Aku rasa..kau lagi layak bersama dengan dia..at least..kau dapat bahagiakan dia..daripada aku ni..selalu buatkan dia menangis" sambung Zain lagi sambil mengesat air mata dia dan bangun dari lantai.

Amirul menggengam raketnya dengan kuat. Zain kemudian tersenyum dan berjalan kearah Amirul. "Dia akan lebih bahagia dengan kau.." kata Zain sambil memegang bahu Amirul. Amirul menundukkan kepalanya apabila Zain mula berjalan ke bangku untuk menyimpan raket. "Kau salah.." ucap Amirul kepada Zain , membuatkan Zain menoleh dan memandang kearahnya. "Dia akan lebih bahagia bila bersama dengan kau.." kata Amirul sambil memandang kearah Zain yang sedang keliru itu. Amirul tersenyum tawar. "Aku cadangkan kau pergi kat Roda Ferris tempat kegemaran dia tu...kat situ kau akan tahu jawapan dia.." kata Amirul lalu mengambil beg sandangnya dan mula menyimpan raket. "Apa lagi kau buat kat sini? Pergilah . Sebelum aku tukar fikiran" kata Amirul dengan masih lagi menunduk untuk menyimpan raket. Zain yang tersedar mula mengambil begnya dan berlari untuk pergi ke keretanya, namun sebelum dia pergi dia sempat memeluk Amirul dan membisikkan terima kasih kepadanya. 

Amirul mengeluh lalu duduk di bangku seorang diri setelah melihat Zain pergi dari sini. Air mata mula jatuh ke pipinya namun Amirul hanya mampu ketawa hiba. Amirul kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor seseorang.

"Hello..Amirul?"

"..........Zain dah pergi"

"Oh..hey..awak sure ke pasal ni? Awak yakin awak tak menyesal?"

"Saya tahu yang saya akan menyesal..tapi..saya akan lagi menyesal kalau saya terus buat silap dengan paksa Aina terima saya..Kami berdua dah banyak buat silap dalam membuat keputusan. Dah tiba masa dia,untuk saya betulkan balik semuanya.."

"Um..Saya bangga dengan awak Mirul..So..untuk elakkan awak moody. Kita pergi makan sama2 nanti okay?"

"Okay. Thanks sue.."




To Be Continue
Part seterusnya Last Chapter? Maybe. 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi