Pandangan Kedua

DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION




Sambungan kepada [Bukan Dia] Klik tajuk tu untuk baca dulu. Taknak baca pun takpa kalau rasa dah pernah baca sebelum ni. 

"Abang minta maaf...tapi abang rasa..perasaan cinta abang pada awak dah hilang..abang sendiri tak tahu macam mana semua ni berlaku..tapi...abang rasa abang lebih cintakan Laila”
Tiga tahun abang..tiga tahun kita kekalkan perkahwinan ni..abang nak hancurkan macam tu je..hanya sebab abang cintakan perempuan lain.."
"Satu hari..abang bagi saya satu hari untuk cuba kembalikan perasaan tu pada abang, k-kalau abang masih lagi tak rasa perasaan tu..saya terima yang kita kena berpisah..please"
"So..awak dah dapat balik belum perasaan tu?"
Akmal menundukkan kepalanya sambil menggelengkan kepalanya, tidak sanggup melihat wajah Narsha
"Terima kasih untuk selama ni..selama awak cintakan saya. Terima kasih..saya hargai sangat2..dan saya doakan awak akan berkekalan dengan Laila..dan ianya tak berakhir macam kita berdua..jaga dia elok2...didik dia..dan sentiasa beri perhatian pada dia..Okay?" kata Narsha dengan masih lagi tersenyum walaupun mata dia tidak berhenti mengalir air mata. Akmal kemudian memeluk Narsha sambil mengucapkan minta maaf berkali kali dan Narsha hanya mampu menangis didada Akmal. 
Please...jangan tinggalkan saya... hanya itu yang berada di fikiran Narsha..
5 tahun kemudian 
Kelihatan Narsha keluar daripada keretanya setelah sampai di sebuah restoran . Dia kemudian berjalan dan masuk ke dalam restoran itu , seorang waiter menunduk kearahnya sebelum membawanya ke tempat duduk yang telah ditempah awal olehnya. Setelah meminta segelas air jus tembikai kepada waiter itu, dia pun tunduk dan berjalan meninggalkan Narsha. Narsha mengeluh dan melihat telefon bimbitnya. 

“Apahal lembab sangat minah ni” rungutnya sambil memuncungkan mulutnya.
Dia kemudian mengigit bibirnya sambil mendail nombor sebelum membawa telefon itu ketelinganya. Wajahnya masam menunggu panggilan telefon itu diangkat.
“Hello? Emy? Kau kat mana? Aku dah sampai ni” marahnya dengan wajah masam. Sekali skala matanya melilau melihat sekeliling restoran itu.  Setelah mendengar beribu alasan daripada rakannya di telefon, Narsha menjulingkan matanya ke atas sebelum menekan butang End Call. Sudah masak dengan perangai kawannya yang sering lambat bila ada temu janji sebegini rupa. Kata ada benda penting tapi dia yang lambat sampai! rungut hati Narsha.
Setelah 10 minit menunggu, kesabaran Narsha mula menipis dan baru sahaja dia hendak menelefon semula rakannya pint restoran itu terbuka. Dengan pantas matanya tertacap di pintu restoran itu. Kelihatan Emy dalam keadaan tergopoh gapah berjalan laju masuk . 
“Sorry beb ! Jalan jammed sebab ada kucing mati tengah jalan tadi” ujar kawannya sambil dengan selamba minum air jus tembikainya.  Narsha mengetap gigi dan menjeling ke arah Emy . “ Kalau kau rasa kau taknak lepas ni giliran kau yang mati better kau cakap apa yang penting sekarang” ujarnya selepas menarik nafas berkali kali untuk menahan sabar. Emy tersengih sebelum duduk dan membetulkan dirinya yang kelihatan tidak kemas itu kerana berpeluh. 
“Macam ni.. ada satu syarikat nak bekerjasama dengan syarikat kau” ujar Emy.  Setelah Narsha berpindah ke Perak, dia menggunakan kepintaraan beliau dalam perniagaan untuk membuka syarikat tudung sebagai  permulaan hidupnya. Itu pun setelah dipujuk berkali kali oleh Amir yang mahukan dia mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.  “Really ? Syarikat apa?” tanya Narsha. “Um syarikat ni baru nak buka cawangan mereka dekat sini dan diorang nak adakan show untuk memperagakan baju muslimah mereka yang baru . So untuk tudung mereka harap kita boleh supplier kan untuk mereka sekali gus boleh memperkenalkan syarikat kita ni kat semua orang” ujar Emy . Narsha mengeluh. “Okay..but kau tak cakap lagi apa nama syarikat tu?” tanya Narsha lagi.
Baru sahaja Emy hendak membuka mulut, mata Narsha terpandang ke arah pintu restoran. Dan di situ dia melihat dua orang yang dia langsung tidak mahu lihat untuk seumur hidup dia. 
Akmal dan Laila.
Narsha merasakan jantung dia berdegup dengan kencang. Emy yang perasan dengan perubahan riak wajah Narsha mengerutkan dahinya. “Are you okay Narsha?” tanyanya. Narsha memandang ke arah Emy sebelum mengangguk namun matanya melilau seperti tidak keruan. “A-aku okay. Emy aku kena pergi dulu. Nanti kau buat je appointment syarikat tu untuk jumpa aku okay. Then inform me. Bye” kata Narsha sebelum bangun dan keluar dari restoran itu sambil menundukkan kepala. “Eh wait ! Air ni..sapa nak bayar?” tanya Emy seorang diri sebelum mengeluh.
__
Narsha memandu laju keretanya. Tangannya mengenggam stereng kereta dengan kuat, air mata mula mengalir dengan laju ke pipinya. “Kenapa dengan aku ni ! Bukan ke aku dah lupa semua pasal tu!” tangis Narsha sendirian . Dia memandu laju sehingga sampai di bangunan kecil syarikatnya. Pintu dikunci, dia kemudian berjalan laju masuk ke dalam bangunan. Setelah masuk ke dalam, dia bertembung dengan Amir yang kebetulan lalu di situ.  Amir telah berhenti menjadi guru dan membuat keputusan untuk membantu Narsha menjayakan syarikat bisnes barunya ini. Sebab itu lah dia berada di bangunan itu sekarang ni. Amir yang melihat Narsha masuk dalam keadaan menangis mengerutkan dahinya.
“Narsha ? Are you okay?” tanya dia dengan penuh kerisauan sambil mendekatkan diri. “Hey..calm down..jom masuk ofis. Tak elok pekerja tengok boss diorang menangis macam ni” pujuknya lalu membawa Narsha masuk ke dalam ofisnya. “Alyn, please buatkan satu hot chocolate, then nanti ketuk je pintu okay? Nanti saya ambil air tu” pinta Amir lalu menutup pintu bilik itu. Dia kemudian melihat Narsha sedang duduk di sofa sambil menundukkan kepalanya. Amir berjalan ke mejanya dan mengambil beberapa helai tisu sebelum berjalan ke arah Narsha. Dia kemudian memberikan tisu itu kepada Narsha sebelum duduk di kerusi hadapannya. Narsha kemudian mengelap wajahnya yang basah dengan air mata itu dengan tisu . Tangisannya sudah berhenti namun dia masih lagi menundukkan kepala. 
Bunyi ketukan pintu memecah kesunyian di bilik itu. Amir bangun dan berjalan ke arah pintu lalu membuka pintu itu. Kelihatan Alyn sedang berdiri sambil memegang secawan air coklat panas. Amir mengambil cawan itu sambil mengucapkan terima kasih dan menutup semula pintu. Dia kemudian membawa cawan itu ke meja di hadapan Narsha dan meletakkannya. “Minum ni. It’s your favourite  katanya. Narsha mengangguk lalu mengangkat cawan itu dan minum sedikit daripadanya. 
Setelah 5 minit menunggu Narsha menghabiskan minuman itu akhirnya Amir bersuara. “So..apa yang jadi Narsha? Kenapa tiba-tiba je macam ni?” tanya Amir. Narsha mengangkat mukanya dan memandang Amir dengan wajah serious. Amir terdiam melihat mata Narsha yang jelas kelihatan kosong…seperti waktu dia baru diceraikan dulu.. Kejap. Tak mungkin-
“Aku nampak Akmal dengan Laila” kata Narsha dengan suara mendatar.
Amir melepaskan nafasnya yang ditahan dari tadi. Dahinya dipicit perlahan. Ternyata firasatnya betul. Ia memang berkaitan dengan Akmal.
__
Keesokkan harinya, Narsha membelek beberapa fail di atas meja itu sebelum telefon di ofisnya berbunyi. Dia mengangkat dan meletakkan gagang telefon itu di telingannya. “Hello. Ya Alyn? Oh baiklah suruh dia masuk” kata Narsha sebelum meletakkan telefon. Hari ini boss syarikat yang ingin bekerjasama dengannya akan datang untuk memberikan info yang lebih lanjut tentang perbincangan mereka. Syarikat itu seperti syarikat dia, baru sahaja dibuka 5 tahun dahulu dan nampaknya jualan mereka semakin hari semakin meningkat sekali gus menaikkan nama syarikat itu . Bagi Narsha itu satu peluang emas bagi dia untuk menaikkan nama syarikat dia supaya lebih dikenali. 
Pintu diketuk dan Narsha bangun dari tempat duduknya . Kelihatan Alyn membuka pintu bersama dengan seorang lelaki mengekorinya dari belakang. Wajah Narsha menjadi pucat dan jantungnya berdegup kencang. Kelihatan Akmal sedang masuk sambil tersenyum ke arah Alyn setelah mengucapkan terima kasih. Akmal kemudian mengalih pandangannya ke arah Narsha yang sedang berdiri. Kedua dua mereka berdiri kaku sambil memandang satu sama lain. Riak wajah Akmal dan Narsha masing-masing dalam keadaan terkejut dan pucat.
__
Kelihatan Narsha dan Akmal sedang duduk bertentangan satu sama lain. Masing-masing mendiamkan diri memikirkan apa ayat yang harus dimulakan untuk memecah kesunyian. Akmal berdehem sambil membetulkan kedudukkannya dan memandang ke arah Narsha.
“Awak..apa khabar?” tanya Akmal dengan berhati hati.
Narsha yang terkejut mendengar Akmal memulakan bicara menarik nafasnya dalam. 
“Baik. Alhamdullilah” jawab Narsha. Jarinya bermain main dengan hujung bajunya untuk menahan gemuruh dan menahan daripada dirinya menangis.
“Saya..tak tahu pulak awak yang owner syarikat ni..” kata Akmal.
“Saya mula buat lepas saya pindah sini. Amir yang cadangkan saya buat” kata Narsha.
Dahi Akmal berkerut mendengar nama Amir. Dia mengetap giginya sebelum bertanya
“Awak dengan Amir..” belum sempat ayatnya habis Narsha memotong . “Better kita cakap soal bisnes . Sebab ni tujuan asal kita kan?” tanya Narsha sambil memandang ke arah Akmal dengan wajah serious. Akmal terdiam sebelum menganggukkan kepala. 
Beberapa jam kemudian, Narsha dan Akmal telah mendapat persetujuan masing masing dan mereka keluar daripada ofis itu. Rupa-rupanya Akmal telah berhenti menjadi CEO untuk syarikat lamanya dan berikan syarikat itu kepada adiknya sebelum membuka syarikat baru. Katanya untuk berdikari sendiri. “Terima kasih sekali lagi sebab pilih syarikat saya untuk bekerjasama” ucap Narsha sambil tersenyum . Akmal menganggukkan kepalanya dengan membalas senyuman. “Sama-sama, nanti saya suruh secretary saya hantar segala dokumen yang perlu ditanda tangani dekat awak” katanya. Narsha mengangguk. Akmal kemudian berhenti berjalan setelah berada di luar ofis dan memandang ke arah Narsha. 
“Um Narsha..awak free tak malam ni? Saya ingat nak-” belum sempat ayat Akmal hendak habis ada satu suara menegur di belakang. “Narsha ! Jom pergi makan!” jerit Amir sambil berlari ke arah Narsha. Namun lariannya terhenti apabila melihat Akmal berada di hadapan Narsha. Dia kemudian berjalan laju semula lantas menumbuk wajah Akmal dengan kuat. Narsha yang terkejut melihat tindakan Amir menjerit. “Ya Allah ! Amir kau buat apa ni!?” tanya Narsha sambil membantu Akmal yang terduduk di lantai kerana tumbukkan Amir. Amir memandang wajah Akmal dengan wajah bengis.  “Kau buat apa dekat sini?! Berambus” kata Amir dengan suara garaunya menahan marah. Akmal bangun sambil mengelap bibirnya yang berdarah kerana luka. Dia kemudian menjeling ke arah Amir. “Sukahati aku lah nak datang sini. Aku nak jumpa isteri aku. Apa masalah kau?” kata Akmal dengan selamba. Narsha mengerutkan dahi mendengar ayat Akmal itu namun dia tidak dapat membuat apa kerana risaukan Amir yang seperti orang gila itu. Amir menggengam tangannya dengan kuat. 
“Isteri?! Kau buat lawak apa !? Kau tu dah cerai dengan dia! CERAI! Sedarlah!” tengking Amir membuatkan semua pekerja memandang ke arah mereka. Alyn yang berada berdekatan memandang dengan wajah risau. Amir kemudian mencengkam kolar baju Akmal lalu menghayunkan tangannya untuk menumbuk Akmal sekali lagi namun dihalang oleh Narsha yang menjerit dan memegang genggaman tangannya itu. “Amir ! Stop it !” Narsha menggunakan kuasanya sebagai boss untuk menghentikan situasi tegang itu. “Pergi masuk ofis saya sekarang !” marah Narsha dengan nada seorang boss dan bukan sebagai seorang kawan. Amir menjatuhkan tangannya dan menjeling ke arah Akmal yang sedang tersenyum sinis itu . Dia kemudian menendang meja berdekatan sebelum masuk ke dalam ofis dan menutup pintu dengan kuat. 
Narsha menarik nafas dalam untuk menenangkan dirinya sebelum memandang tajam ke arah Akmal. “Akmal. Saya minta maaf untuk Amir. Awak boleh balik, nanti dokumen semua tu bagi dekat Alyn pembantu saya sahaja. Tak perlu jumpa saya” kata Narsha dengan nada dingin. Dia kemudian berjalan menuju ke pintu sebelum berhenti untuk berkata . “ And one more things..Saya bukan isteri awak lagi. Isteri awak Laila” kata Narsha sebelum membuka pintu dan masuk. Pintu itu ditutup dengan kuat. Akmal mengenggam tangannya dengan kuat. 
“Tak .. kau masih isteri aku. Dan aku akan pastikan ia berlaku” kata Akmal dengan perlahan sebelum berjalan pergi dengan beribu rancangan di dalam fikirannya.
__
Narsha menghentak pintu ofis itu dengan kuat dan menjeling ke arah Amir yang duduk dengan wajah ketakutan .“WHAT WAS THAT?!!” tengking Narsha sambil mencengkak pinggang di hadapan Amir yang sedang memuncungkan mulutnya itu. “EXPLAIN . NOW” arah Narsha. Amir mengeluh. “ Um…aku tumbuk Akmal sebab dia pernah lukakan kau dulu?” kata Amir dengan nada teragak agak. Sememangnya Narsha yang sedang marah bukan boleh dibuat main. Ibarat singa lapar yang tunggu masa nak terkam. Narsha menghembus nafas dengan kasar. “ Dia tu rakan kongsi kita lah Amir ! Syarikat dia yang akan kita bekerjasama nanti ! Perlu ke kau datang terus tumbuk dia!?” terang Narsha. Amir mengalihkan pandangannya ke arah lain sambil memeluk tubuh. “Still..aku tak suka dia. Blacklist lah dia. Aku taknak bekerjasama dengan dia” rungut Amir. Narsha mengerutkan dahinya. “What?! Kau gila ke apa? Aku boss tau kat sini!” kata Narsha dengan nada terdesak kerana sifat kebudak budakkan kawannya itu. Amir menjeling ke arah Narsha. “ Hey! Dulu kau kata kita dua-dua boss? Mana aci!” marah Amir dengan nada seperti budak kecil. Narsha mengetap giginya menahan diri daripada mencarut Amir. “Amir. Stop it” arah Narsha dengan nada seperti seorang ibu yang meminta anaknya berhenti buat nakal. Amir mengeluh lalu menyandarkan badannya di kerusi. “Okay fine..tapi lepas ni kalau jumpa dia. Mesti kena ada aku kat sisi kau. MESTI !” kata Amir. Narsha mengeluh sambil duduk di hadapan Amir.
 “Okay..” 
“Janji?” 
“Yes. Janji.” 
Amir tersenyum puas.
__
Kelihatan Narsha dan Amir sedang duduk di sebuah kedai mamak sambil menikmati roti canai dan milo ais untuk Narsha , kopi untuk Amir. Amir memandang ke arah Narsha yang mengeluh setelah melihat telefon bimbitnya. “Kenapa?” tanya Amir. Narsha memandang ke arah Amir dengan wajah penat. “Si akmal tu sejak akhir-akhir ni tak habis-habis ganggu aku, ajak aku pi makan ” rungut Narsha. Amir mengerutkan dahinya lalu merampas telefon Narsha. “Hey!” marah Narsha sambil cuba untuk rampas kembali telefonnya. Amir menjauhkan telefon itu dari Narsha dan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu berikan kepada Narsha. “Nah. Mulai saat ni guna telefon aku. Phone kau biar aku yang pegang” kata Amir. Narsha mengerutkan dahinya. “Macam mana kalau orang penting call aku?” tanya Narsha. “Aku kerja dengan kau kan, nanti aku bagitahu lah nombor baru kau kat diorang. Or aku yang uruskan diorang sendiri” terang Amir sambil menyuap roti canai di mulutnya. “Um..kalau mak aku call macam mana?” tanya Narsha lagi . Taktik untuk dapatkan semula telefonnya. Amir memandang ke arah Narsha sambil tersengih. “Kau lupa ke? Mak kau kan sayang aku lebih dari kau. Mesti dia tak kisah bila aku yang angkat. Hehe” usik Amir . Narsha menjeling tajam ke arah Amir. “Ceh! Kau tu yang suka bodek mak aku! . Oh macam mana kalau..umm..hah ! Kalau Girlfriend kau yang call aku?” tanya Narsha lagi. Kali ni Amir memandang ke arah Narsha sambil tersenyum lembut. “Buat apa nak call kalau girlfriend aku tengah ada kat depan mata aku sekarang ni” katanya sambil mengenyitkan mata.  Wajah Narsha menjadi merah padam lalu dia menundukkan kepalanya dan sambung makan. Tamat segala taktiknya untuk dapatkan telefon tu. Amir pula menahan ketawa melihat reaksi Narsha. 
Entah bila Narsha akan buka hati sepenuhnya untuk menerima dia .
__
Narsha membelek baju-baju di kedai itu sebelum ditegur oleh seorang perempuan. “Narsha?” tegur perempuan itu. Narsha mengalihkan pandangannya dan terkejut melihat Laila berdiri di hadapannya sambil tersenyum.
Narsha memandang ke arah Laila yang sedang duduk di hadapannya setelah mereka setuju untuk duduk di Secret Recipe kerana ada hal yang ingin dibincangkan oleh Laila. Narsha melihat Laila masih lagi seperti dulu, namun dia semakin cantik dan sexy . Patutlah si Akmal tu sangkut kat dia kutuk hati Narsha. Kalau ikut hati dia malas hendak berjumpa dengan Laila. Buat sakit hati saja. 
“Saya tahu awak ada berjumpa dengan Akmal. Dan saya tahu Akmal selalu mesej awak” kata Laila.
Kening Narsha ternaik memandang pelik ke arah Laila. “Ye..okay..tu pun sebab kami akan bekerjasama nanti untuk event dia. Kenapa?” tanya Narsha. Cuba untuk berlagak berani dan kuat di hadapan Laila. Walhal jantungnya berdegup kemain laju sampai rasa nak terkeluar. Laila mengeluh sambil menyelitkan rambut panjangnya di belakang telinga. “Narsha..saya minta maaf sebab hal dulu- ” kata Laila lalu dipotong oleh Narsha. “Saya tak mahu dengar cerita pasal dulu lagi. Awak nak apa?” arah Narsha.  Laila memandang ke arah Narsha dengan riak wajah bersalah.
“Akmal masih cintakan awak..” kata Laila. Narsha terkedu. Tangannya mengenggam kuat bajunya.
“Jadi? Apa yang awak cuba nak sampaikan ni?” tanya Narsha sambil cuba menahan tangis. 
“ Saya..saya mengaku dulu sebenarnya saya yang goda Akmal dulu..saya jatuh cinta pada dia. Walaupun dia selalu tolak godaan saya sebab awak tapi saya tetap tak mengalah. Saya minta maaf. Saya tahu saya selfish sebab ambil hak orang..tapi saya betul-betul cintakan Akmal” kata Laila sambil menangis dan menundukkan kepalanya.
“Kenapa awak cerita semua ni kat saya? Saya dah tak ada kena mengena dengan awak berdua dah” kata Narsha.
“Saya nak merayu dengan awak..please..jangan ambil Akmal dari saya..” rayu Laila. Hati Narsha menjadi lembut melihat Laila merayu di hadapannya. Dia kemudian mengeluh. “Saya tahu ! Saya selfish sekarang ni! Tapi  Akmal  betul2 penting bagi  saya . Saya cintakan dia walaupun dia tak cintakan saya seperti dia cintakan awak” terang Laila. “Awak jangan risau..walau apa pun saya tak akan kembali pada dia..dia milik awak” terang Narsha. Dia tahu jodoh dia dengan Akmal sudah tiada. Dahulu waktu dia hendak diceraikan, dia cepat sahaja mengalah dan berundur. Bukan seperti Laila yang sanggup rendahkan egonya untuk merayu supaya cintanya tidak merampas. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk melindungi rumah tangganya walaupun suaminya..tidak cintakan dia. 
“Akmal tu perlukan perhatian yang lebih..dia suka kalau orang manjakan dia dan beri perhatian pada dia” nasihat Narsha kepada Laila sambil bangun. “Kalau nak pikat hati dia..apa kata awak start berubah menjadi lebih baik dan jadi isteri yang sempurna. InsyaAllah ..semuanya akan baik. Dan jangan risau pasal saya..sebab saya dah jumpa orang yang terbaik untuk saya” kata Narsha sambil mengusap bahu Laila lalu berjalan pergi dengan senyuman lega.
__
Hari pembukaan cawangan syarikat Akmal.
Narsha sedang berbual dengan beberapa orang VVIP sebelum ditegur oleh Akmal. 
“Hey Narsha. So macam mana event ni? Okay kan?” tanya Akmal sambil tersenyum. 

 Narsha mengangguk dan tersenyum lebar. “Yup ! Okay ! Alhamdullilah kita dapat sambutan hebat. And ada beberapa orang setuju nak bantu saya jayakan lagi syarikat ni. Hehe bestnya !”  kata Narsha sambil mengenggam  kedua tangannya dan memejam mata. Mulutnya tersenyum lebar. Akmal tersenyum melihat wajah Narsha yang manis itu. “Um..saya ingat nak ajak awak- ” kata Akmal sebelum Narsha memotong. “Oh tengok! Tu isteri awak !” kata Narsha sambil tersenyum lebar.  Akmal memusingkan badannya dan terkedu melihat isterinya, Laila. Laila yang dahulunya berpakaian seksi kini berbaju kurung moden dan bertudung. 
“A-abang..” panggil Laila perlahan sambil tersenyum ke arah Akmal.  Akmal terkedu melihat keayuan  isterinya. Narsha yang perasan tentang perubahan wajah Akmal mengenyitkan mata ke arah Laila sebelum berjalan  pergi  meninggalkan  kedua  pasangan  itu dengan doa supaya perkahwinan mereka akan menjadi  lebih bahagia selepas itu. 
Narsha sedang duduk minum di tepi sudut sambil tersenyum melihat Akmal sedang  bercakap dengan isterinya Laila. Kedua-dua mereka nampak comel bersama dan serasi. Kini Narsha sudah dapat menerima sepenuhnya perkara yang terjadi antara mereka dan dia. “Hoi ! Tengok apa tu!” tegur Amir yang tiba-tiba sahaja muncul dan duduk disebelahnya. Narsha tersenyum dan menunding ke arah pasangan bahagia jauh di hadapannya itu. “Tu hah..Laila isteri Kamal tu dah bertudung sekarang. Lawa dia” puji Narsha. Amir memandang dan tersenyum. “Nampaknya Akmal takkan kacau kau lagi lah lepas ni” usik Amir namun dalam hati dia bersorak gembira. 
Narsha ketawa kecil sebelum mengeluh dan melihat jarinya. “Haih bila lah jari manis aku ni nak berhias” katanya sambil muncungkan mulut. Amir memandang  ke arah Narsha.  “Kalau nak berhias, aku boleh je beli cincin untuk kau” usik Amir. Narsha menahan daripada tersenyum dan memandang ke arah Amir.  “Jumpa parent aku dulu” katanya sebelum berjalan laju pergi meninggalkan Amir yang terkedu itu. 
“ YES !!!” Jerit Amir seorang diri sambil menari kegembiraan. Tidak hiraukan pandangan pelik orang ramai. Narsha yang melihat dari jauh ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

Kita memerlukan pandangan yang kedua untuk betul-betul yakin dengan keputusan yang kita buat. Kerana pada pandangan pertama kita sering ditipu dengan perasaan kita sehingga lupa pada perkara yang lebih penting. Adanya pandangan kedua membuatkan kita tahu yang mana harus dilakukan oleh kita untuk elakkan daripada mengulangi kesalahan yang sama.



Tamat.


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

4 Itik gebo-gebo:

sheda ucu berkata...

rajinnya menulis bleh jadi penulis novel nanti nih hihi

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

bestnya. dah boleh jadi penilis novel dah nie. hihi :)

Jihan berkata...

Kenapa tak cuba buat novel?
Mana tau leh jadi cam JKRowling? Cecelia Ahern?

Am_Mir berkata...

Rindunyaaaaaa XD

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi