Narsha dan Akmal sudah berkahwin
selama 3 tahun. Mereka memang sepasang suami isteri yang bahagia. Semuanya
sempurna walaupun mereka masih lagi tidak mempunyai anak kerana kesibukkan
kerja. Akmal bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat milik ayahnya manakala
Narsha bekerja di kedai bunga yang diberi oleh suaminya sebagai hadiah
ulangtahun yang pertama dulu. Walaupun kehidupan mereka mewah, Narsha tetap
mahu bekerja untuk mengisi masa lapangnya.
Narsha meneliti bunga-bunga di kedainya dan mengira jumlah bunga yang tinggal untuk membeli stok baru .Aktivitinya terganggu apabila ada seseorang memanggilnya dari belakang. "Hey Narsha!" jerit seseorang. Narsha menoleh dan tersenyum melihat kawan baiknya Amir sedang berjalan kearahnya sambil tersenyum. "Oh hey. Ada apa datang sini?" tanya Narsha sambil berjalan menuju ke kaunter untuk mencatat semula apa yang dia kira tadi. "Saja. Nak melawat kawan aku dari kecil ni. Salah ke?" tanya Amir sambil membuat reaksi terkilan. Narsha ketawa. "Mana ada. Selalu kau kan sibuk dengan aktiviti sekolah" kata Narsha sambil tersenyum. "Hari ni hari Ahad. Mana ada sekolah" kata Amir sambil bermain dengan keychain di telefonnya. "Oh ye ke? Aku tak ingat. Maklumlah, aku bukan budak sekolah lagi" gurau Narsha. Amir memuncungkan mulutnya. "Hey! Aku ni cikgu okay. Bukan budak sekolah" marah Amir. Narsha hanya ketawa .
Perbualan mereka terganggu apabila bunyi pintu kedai terbuka. Amir dan Narsha menoleh untuk memandang siapa yang masuk. Senyuman yang terukir dibibir Narsha menjadi lebih besar apabila melihat suaminya masuk ke dalam kedai. Namun dahinya berkerut apabila melihat seorang gadis berambut panjang mengikutinya dari belakang. "Hey sayang.." ucap Akmal sambil mengusap kepala Narsha membuatkan tudungnya menjadi senget. Narsha memuncungkan mulutnya apabila diperlakukan sebegitu rupa. Akmal ketawa melihat wajah geram suaminya sebelum memandang kearah Amir dan tersenyum. "Oh. Hai Amir, lama tak jumpa kan" kata Akmal sambil bersalam dengan Amir. Amir mengangguk sambil tersenyum.
Narsha masih lagi memandang kearah perempuan yang berada di belakang Akmal itu. "Um abang, siapa tu?" tanya Narsha dengan nada perlahan. Akmal menoleh dan memandang perempuan yang berada di belakangnya. "Oh. Ni secretary abang yang baru. Narsha, ni Laila. Laila ni isteri saya Narsha" ucap Akmal sambil tersenyum. Laila berjalan kearah Narsha sambil tersenyum. "Selamat berkenalan" ucap Laila sambil tersenyum.
Dan bermula dari situ lah semuanya berlaku..
________
Narsha berlari kearah ruang tamu
apabila mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Dia kemudian tersenyum melihat
nama suaminya tentera di skrin telefon.
"Hello, abang? Hari ni abang nak makan apa? Saya baru nak masak ni" ucap Narsha dengan gembira."Hello, oh sayang sorry. Abang banyak sangat kerja hari ni so tak boleh balik awal. Nanti abang makan dekat kedai je okay. Sayang masak untuk sayang seorang je okay? Bye ! I love you" ucap Akmal lalu mematikan panggilan sebelum sempat Narsha menjawab.
Narsha mengeluh . Baru sahaja dia rancang nak luangkan masa dengan suaminya.
Dan sejak hari itu Narsha sedar yang suaminya tidak henti2 bercerita tentang Laila. Narsha hanya mampu tersenyum dan mengangguk mendengar segala cerita yang suami dia katakan. Perasaan cemburu mula timbul didalam diri dia namun dia menolak tepi jauh disudut hati kerana dia tahu, suaminya masih cintakan dia walaupun mulutnya sering bercerita tentang perempuan lain.
"Abang, jom kita pergi I-city hari sabtu ni? Saya bosan lah duduk rumah.." kata Narsha sambil memuncungkan mulutnya. Akmal yang sedang membaca surat khabar itu memandang sekilas kearah isterinya. "Maaflah sayang. Abang ada hal sabtu tu..sayang ajaklah kawan sayang ikut" kata Akmal sambil tersenyum kecil. Narsha mengeluh sambil memeluk tubuhnya. Busy,busy,busy! Itu lah alasan yang selalu diberikan oleh Akmal sejak kebelakangan ni bila Narsha ajak pergi berjalan. Akmal yang sedar isterinya sedang merajuk itu mula meletak surat khabar ditepi dan mendekatkan diri kearah Narsha. Dia kemudian memeluk bahu Narsha dan membisik "Sorry..saya janji nanti ada masa kita pergi sama2 okay?" pujuk Akmal lalu mencium dahi Narsha. Narsha kemudian memberikan senyuman manis kearah Akmal sambil menganggukkan kepalanya.
______
3 bulan sudah berlalu dan janji itu masih tidak ditepati. Akmal semakin sibuk dengan kerja dan semakin jarang pulang ke rumah awal. Narsha mula risau melihat suaminya setiap hari pulang lewat kerumah. Dan Narsha juga sedar yang Akmal semakin jarang memanggilnya sayang dan jarang memeluknya seperti selalu. Dia mula berasa tidak sedap hati. Macam mana kalau Akmal dah mula bosan dengan dia? Macam mana kalau perasaan cinta Akmal pada dia sudah mula hilang? Narsha mengeleng kepalanya berkali kali untuk membuang tanggapan buruknya itu. Percaya pada suami kau Narsha..percaya pada dia..InsyaAllah tak ada apa2.. bisik Narsha seorang diri.
Suatu hari sewaktu mereka berdua makan di rumah bersama sama, Narsha secara tidak sengaja menanya soalan yang mengubah hidupnya. "Abang..i-i love you" ucap Narsha dengan perlahan. Akmal yang baru sahaja hendak menyuap makanan terhenti pergerakkannya. Dia kemudian memandang pelik kearah Narsha sebelum mengangguk dan kembali makan. Narsha mengerutkan dahinya. "Abang..kenapa tak jawab?" tanya Narsha sambil memuncungkan mulutnya sedikit. "Okay." jawab Akmal sambil masih lagi fokus menyuap makanan. "Okay? Tu je?! Abang tak nak sebut I love you too juga ke?" tanya Narsha dengan nada yang masih lagi dikawal. Dia tidak mahu meninggikan suara dihadapan suaminya. Akmal meletakkan sudu diatas pinggan sebelum bangun dan berjalan keluar dari dapur meninggalkan Narsha dalam keadaan terkedu.
Narsha mengenggam cawan yang berada ditangannya itu dengan kuat. Cuba untuk menangkap apa yang sedang berlaku. Kenapa suami dia sendiri tidak mahu menyebut perkataan tu? Selalunya Akmal dengan gembira menyebut perkataan tu kepada Narsha. Tanpa sedar air mata mula mengalir laju jatuh ke pipinya, dan dari situ dia mendengar pintu rumahnya ditutup menandakan Akmal telah pergi keluar dari rumah.
"Tak..tak mungkin..Akmal masih sayangkan aku..aku kena percayakan dia..maybe dia penat..yes..penat" ucap Narsha seorang diri cuba untuk menenangkan dirinya. Air matanya dikesat dengan tangannya.
_______
"Abang rasa..kita patut berpisah.." ucap Akmal dengan tiba2 sewaktu Narsha sedang membasuh pinggan. Narsha dengan menjatuhkan pinggan di tangannya dan memusingkan badannya kearah Akmal yang masih lagi duduk di meja makan sambil menundukkan kepala. Jantung Narsha berdegup kencang. "A-apa? Abang cakap apa? Saya rasa saya salah dengar lah tadi" ucap Narsha dengan tangan yang mengigil. "Awak tak salah dengar...saya kata kita patut berpisah" ucap Akmal sambil memandang kearah Narsha dengan wajah yang sedih. Narsha menggelengkan kepalanya berkali kali. Air mata mula berkumpul tunggu masa sahaja untuk dia jatuh ke pipi.
"Tak..abang jangan lah bergurau..saya tak nak berpisah..kenapa tiba2? Saya ada buat salah ke? Kalau ada saya minta ampun bang..tapi tolong..jangan tinggalkan saya.." rayu Narsha sambil menangis dan melutut di hadapan suaminya. Akmal terkejut melihat tindakkan isterinya dan mula bangun menuju ke arah isterinya untuk menyuruhnya berdiri. Narsha masih lagi berdegil dan tidak mahu bangun. Pipinya basah kerana air mata tidak berhenti mengalir. "Kenapa...kenapa abang nak berpisah? Saya sayangkan abang.." ucap Narsha. Akmal mengeluh lalu memeluk isterinya. "Abang minta maaf...tapi abang rasa..perasaan cinta abang pada awak dah hilang..abang sendiri tak tahu macam mana semua ni berlaku..tapi...abang rasa abang lebih cintakan Laila dari awak..abang minta maaf sangat2..kamu tak buat salah apa2..abang yang salah sebab jatuh cinta pada perempuan lain. Abang dah cuba hilangkan perasaan tu,tapi sikit pun tak berjaya.." ucap Akmal sambil memeluk erat isterinya. Mata Narsha yang berair itu membulat mendengar pengakuan Akmal.
Tanpa sedar Narsha menolak kasar badan Akmal. "Sanggup abang buat saya macam ni...and abang ingat perceraian ni benda main2 ke?! Sesuka hati abang nak berpisah dengan saya" marah Narsha. Perasaan perlu hormat terhadap suaminya hilang ditenggelami oleh perasaan marah. Akmal mengeluh lalu mengusap kepalanya dengan kasar. "Abang tahu benda ni bukan perkara yang boleh dibuat main, tapi abang buat ni sebab abang taknak awak terluka lagi! Awak masih lagi nak tinggal dengan saya walaupun tahu saya dah tak cintakan awak?" terang Akmal. Narsha mengalihkan pandangannya lalu mengigit bibirnya. "Kita boleh cuba kan..kembalikan perasaan tu.." bisik Narsha sambil mengenggam tangannya disisi. Akmal menggeleng kepalanya. "Saya dah cuba...dan saya tak dapat kembalikan perasaan tu..maaf.." ucap Akmal dengan perlahan. Dengan tangan yang mengigil Narsha meraup wajahnya lalu mula menangis teresak esak. "Tiga tahun abang..tiga tahun kita kekalkan perkahwinan ni..abang nak hancurkan macam tu je..hanya sebab abang cintakan perempuan lain.." bisik Narsha sambil menangis dan memeluk lututnya. Akmal yang duduk dihadapannya hanya mampu menunduk dengan perasaan bersalah "Maaf...abang minta maaf.." ucapnya perlahan.
"Satu hari..abang bagi saya satu hari untuk cuba kembalikan perasaan tu pada abang, k-kalau abang masih lagi tak rasa perasaan tu..saya terima yang kita kena berpisah..please" rayu Narsha sambil mengangkat mukanya dan memandang kearah Akmal. Akmal yang berasa serba salah melihat wajah terluka Narsha itu menganggukkan kepalanya.
_______
Mereka berdua berdiri di tempat I-city dimana tempat yang pernah dijanjikan oleh Akmal dulu untuk mereka pergi bersama. Sebelum masuk, Narsha memegang tangan Akmal. Akmal menoleh dan memandang wajah pucat Narsha itu. "Untuk hari ni je..kita jangan fikir pasal masalah kita tu..okay?" kata Narsha. Akmal mengangguk dan mula jalan sambil berpegangan tangan dengan Narsha.
Mereka berdua menaiki dan masuk ke semua tempat permainan yang berada di situ. Dan sehinggalah ke destinasi terakhir mereka. Mereka menaiki kabel yang membawa mereka kelilingi taman I City yang berwarna warni itu dari atas. Sewaktu berada disitu, Akmal dan Narsha masing mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan.
"So..awak dah dapat balik belum perasaan tu?" tanya Narsha sambil memandang Akmal dengan penuh harapan. Akmal menundukkan kepalanya sambil menggelengkan kepalanya, tidak sanggup melihat wajah Narsha. Narsha menggengam pemegang kabel itu dengan kuat. Lampu berwarna warni disitu menampakkan wajah Narsha yang sedang menangis. Sampai sahaja di tempat perhentian, Narsha dengan pantas turun dan berjalan untuk menuju ke kereta. Akmal berlari mengejar Narsha lalu memegang lengannya. "Narsha..please..dont do this.Kita masih boleh berkawan kan?" kata Akmal kepada Narsha yang masih menunduk itu. Narsha menggengam tangannya yang mengigil itu dan mengetap bibirnya untuk mengelakkan daripada dia menangis teresak esak. "Narsha...im sorry.." kata Akmal dengan nada bersalah. Narsha memejam matanya. "Stop. Jangan nak minta maaf kalau akhirnya awak akan ceraikan saya juga..kita mungkin boleh berkawan lagi tapi mungkin bukan pada waktu terdekat.." kata Narsha dengan perlahan. Dia kemudian mengangkat kepalanya dan memandang kearah Akmal dengan senyuman . Senyuman yang dicuba sedaya upaya untuk dia lakukan. Hati Akmal menjadi pedih melihat Narsha memberikan senyuman palsu kepadanya. "Terima kasih untuk selama ni..selama awak cintakan saya. Terima kasih..saya hargai sangat2..dan saya doakan awak akan berkekalan dengan Laila..dan ianya tak berakhir macam kita berdua..jaga dia elok2...didik dia..dan sentiasa beri perhatian pada dia..Okay?" kata Narsha dengan masih lagi tersenyum walaupun mata dia tidak berhenti mengalir air mata. Akmal kemudian memeluk Narsha sambil mengucapkan minta maaf berkali kali dan Narsha hanya mampu menangis didada Akmal.
Please...jangan tinggalkan saya... hanya itu yang berada di fikiran Narsha..
_______
Setelah mereka berpisah. Narsha telah berpindah ke Perak dan kedai yang diberikan oleh Akmal itu dijual walaupun Akmal berkali kali memberitahu yang kedai itu milik dia. Akmal pula berkahwin dengan Laila,namun entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang hilang di dalam perkahwinan itu.
Laila tak pernah tunggu dia pulang ke rumah dengan senyuman macam Narsha..
Laila tak pernah masak..malah
dia selalu membeli makanan di luar..
Laila juga suka melenting bila
Akmal mengusap kepalanya seperti yang dia selalu lakukan terhadap Narsha..
Laila pun tak pernah bercerita
tentang anak yang dia mahu sebelum tidur...
Laila bukan Narsha..
Dan pada waktu itu baru Akmal tersedar..dia telah tinggalkan sesuatu yang sangat istimewa bagi dia. Tapi semuanya terlambat. Kerana manusia sering sedar tentang kepentingan seseorang apabila seseorang itu pergi dari hidup mereka..
Dan Narsha..setelah bertahun dia jauhkan diri dia dari sosial dengan orang kerana tekanan. Akhirnya ada seseorang yang memberi cahaya kearah kehidupan gelapnya itu. Amir. Kawan baiknya sendiri yang tidak pernah putus asa untuk menaikkan semangatnya dan membantu Narsha ketika susah. Malah dia sanggup berpindah di Perak semata mata untuk menjaga Narsha.
Dan Narsha tahu..dialah kebahagiaan yang dirinya pinta selama ini.
Edited on 15/4/2015
Sambungan Bukan Dia --- [ Pandangan Kedua]
3 Itik gebo-gebo:
Tulah akmal , tak hargai Narsha T_T Nice story :3 Keep it up. >< Kesian Narsha. Padan muka si Akmal >:D
aghhh memang sedih T___T
ending pun macam happy ending tapi still ada sad part jugak.
mohon bagi tissue. hm.
Suka cerpen ni jugakkk! :D <3 <3
Suka ayat ni
='< Tapi semuanya terlambat. Kerana manusia sering sedar tentang kepentingan seseorang apabila seseorang itu pergi dari hidup mereka..
Keep it up!!! :D <3 <3 <3
Catat Ulasan