Aku Bukan Stalker ! Part 3

Part 2



"You doing it again..." kata Aiman sambil membaca buku rujukan di tangannya. Hilman menoleh dan memandang pelik kearah Aiman. "Huh? What? Apa aku buat?" tanya Hilman. Aiman mengeluh. "Aktiviti Stalker kau tu lah. Come on..tegur jelah dia. Kat depan mata je tu!" marah Aiman sambil menunjukkan kearah Mika yang sedang duduk bersendirian di pondok sekolah. Hilman menggaru kepalanya. "Aku seganlah.." kata Hilman. Aiman ketawa sinis kearah Hilman. "Kau stalk dia sepanjang hari nak segan apanya" perli Aiman sambil menyelak helaian bukunya. Hilman memuncungkan mulut. "Itu lain, tak perlukan percakapan. Ni kena bercakap then pandang mata dia yang bersinar tu. Oh aku ada tak cerita kat kau yang mata dia-" bebel Hilman dengan teruja sebelum kepalanya diketuk dengan kuat oleh Aiman menggunakan buku. "Shut up. Berapa kali kau nak cerita pasal mata dia yang bersinar blablabla tu" marah Aiman lalu sambung semula membaca bukunya. Hilman mengusap kepalanya yang sakit kerana diketuk. "Hey..tak baik tau main kepala" rungut Hilman. Aiman hanya memekakkan telinga sambil membaca buku. Malas hendak layan angau kawannya itu.

"Daripada kau pandang anak dara orang tu macam lelaki pervert. Lebih baik kau baca nota Sejarah tu. Ada faedah sikit" nasihat Aiman. Hilman kemudian tersedar tentang tujuan dia duduk di taman sekolah kerana hendak study dengan Aiman, tapi disebabkan Mika tiba2 muncul dan duduk di pondok yang jauh sikit berhadapan dengan mereka Hilman terus hilang fokus. Hilman kemudian mula membuka buku nota yang dibiarkannya di peha itu kemudian mula membaca dengan senyuman dibibir. At least dia dapat merasa study di taman dengan Mika, walaupun jauh kedudukkan mereka.

***
Setelah dua minggu Hilman dan Mika study bersama sama. Hubungan mereka menjadi rapat. Dan rapat yang dimaksudkan oleh Hilman ialah sewaktu mereka bertembung Mika akan senyum dan menegurnya sebelum berjalan pergi. Walaupun ianya cuma "Hai Hilman" cukup buatkan Hilman menjadi cair seperti jeli.Aiman mengeluh melihat penyakit angau kawannya itu. "Hoi. Dia cakap Hai je. Itu kau kata rapat?" tanya Aiman apabila selesai mendengar cerita cinta Hilman itu. Hilman mengangguk dengan penuh teruja. "Yup! Hey kau tau kan Mika tu susah nak tegur and senyum depan orang! So aku beruntunglah dapat tegur dengan dia!" ucap Hilman dengan ceria. Aiman menggelengkan kepalanya melayan karenah Hilman. Angau dia makin menjadi jadi.

Sedang Hilman dan Aiman duduk di bangku dewan sekolah untuk menunggu perhimpunan tiba2 ada seorang perempuan datang kearah mereka berdua. Hilman dan Aiman mengangkat muka untuk melihat wajah gadis itu. Gadis itu menyorokkan tangannya di belakang sambil menundukkan mukanya. Sebelum memandang kearah Hilman. "Um..Hilman? B-boleh saya cakap dengan awak kejap?" tanya gadis itu dengan malu2. Aiman yang sudah dapat menangkap apa yang berlaku itu dengan pantas bangun dan pergi meninggalkan Hilman yang terpinga pinga itu.

"Err..awak nak apa?" tanya Hilman sambil menggaru kepalanya. Gadis itu dengan tiba2 menghulur sekotak coklat kepada Hilman membuatkan Hilman terdiam. "Ni coklat untuk awak! And Hilman, saya suka awak!" ucap gadis itu sambil memejam matanya dan menghulurkan coklat kepada Hilman. Hilman yang masih terkejut itu secara spontan mengambil kotak coklat. "Oh..terima kasih um maaf siapa nama awak?" tanya Hilman dengan masih lagi dalam keadaan terkejut. Gadis itu memandang kearah Hilman dengan wajah yang membahang. "Syikin" jawabnya perlahan. "Okay..thanks Syikin untuk coklat ni. Tapi..pasal suka tu..um thanks juga. But sorry. Saya tak ada perasaan macam tu kat awak" kata Hilman dengan berhati hati. Dia betul2 taknak kejadian 2 tahun lepas dimana dia secara tak sengaja membuat seorang gadis yang baru confess dengannya menangis. Disebabkan itulah dia dapat gelaran Playboy sebab ada pelajar buat gosip kononnya dia mainkan hati perempuan.

Syikin memasamkan mukanya sebelum kembali tersenyum. "Its okay. Awak terima coklat saya pun saya dah kira happy. Anyway thanks terima coklat tu. Saya pergi dulu" kata Syikin sebelum berlari meninggalkan Hilman. Hilman tercengang melihat situasi itu sebelum menghembuskan nafas lega. At least budak tu tak menangis. Aiman kemudian tiba2 muncul sambil ketawa terbahak bahak. Hilman memandang pelik kearah kawannya. "Ahahaha teruk betul muka kau tadi time dia confess kat kau!" kata Aiman sambil ketawa. Hilman tidak menghiraukan Aiman lalu memandang coklat yang diberi oleh Syikin itu. Sebelum dia terfikirkan sesuatu.

"Aha! I know ! Aku patut bagi Mika coklat sebagai tanda terima kasih!" kata Hilman dengan tiba2 sambil tersenyum. Aiman yang masih ketawa itu terus terhenti lalu memandang wajah Hilman dengan riak keliru. "Huh what?" tanya Aiman apabila tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Hilman. Setahu dia, tadi baru dia kutuk wajah Hilman. Takkan Hilman tak sedar kot. Hilman memandang wajah Aiman sambil tersengih. "Aku nak bagi Mika coklat!" katanya . Aiman mengeluh. "Seriously kau ni..buang masa aku je ketawa teruk2 kat kau tapi kau langsung tak hiraukan" ngeluh Aiman sambil kembali duduk disebelah Hilman. Hilman hanya tersenyum sambil memandang coklat yang berada di tangannya itu.

***
Selesai waktu pendidikan jasmani, Hilman menunggu Aiman di luar bilik persalinan setelah selesai menukar baju. Waktu itu hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di situ, semua pelajar sudah pun masuk ke dalam kelas. Sedang dia menunggu itu tiba2 dia terdengar bunyi di koridor sebelah, kerana sifat ingin tahunya kuat Hilman mengendap di tepi dinding untuk melihat apa yang berlaku. Matanya membulat melihat Mika sedang melutut di lantai sambil mengutip buku yang berterabur di lantai, matanya kemudian beralih kepada seorang lelaki yang sedang tersenyum sinis memandang Mika yang sedang mengutip buku itu.

"Kau ni mata dah ada empat pun masih buta lagi langgar aku. Kalau cantik tak apa lah jugak. Ni nerd!" ejek lelaki itu sebelum berjalan melepasi Mika dan menuju kearah tempat Hilman bersembunyi. Darah Hilman membuak mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Lelaki itu yang tidak sedar Hilman sedang berdiri di sebelah dinding terkejut apabila dia merasakan badannya di tarik dan dihentak kearah dinding. Lelaki itu kemudian mengerutkan dahi dan membuka mata melihat Hilman sedang memegang kolar bajunya dengan wajah yang tegang.

"Dude. Kau apahal tolak aku tiba2 kat dinding?! Lepaslah!" marah lelaki itu sambil cuba untuk melepaskan genggaman tangan Hilman dikolar bajunya. Hilman memandang tajam kearahnya. "Kau! Aku nampak lagi kau buli si Mika tu. Tau lah apa nasib kau!" marah Hilman. Lelaki itu kemudian memandang pelik kearah Hilman sebelum ketawa. "Kau suka kat nerd tu ke? Ahahaha macam takda perempuan lain" ejek lelaki itu sambil ketawa. Namun ketawanya mati apabila Hilman mengangkat sebelah tangannya untuk menumbuk ke arah wajah lelaki itu. "Aku serious. Kau tahu kan apa yang aku boleh buat dekat kau? So..jangan main2 dengan amaran aku. Ingat. Jangan. Sentuh . Mika." ucap Hilman dengan wajah bengis.

"Eh Hilman so- woah. what did i missed ? Hilman?" tanya Aiman apabila dia keluar sahaja dari bilik persalinan dan melihat Hilman sedang memerangkap seorang lelaki didinding dengan berwajah tegang. Hilman memandang sekilas ke arah Aiman sebelum kembali memandang ke arah lelaki itu. Lelaki itu mula berasa cuak. "Kau faham tak apa yang aku cakap-" Hilman melihat tanda nama lelaki itu sebelum menyambung "Syafiq ?" tanya Hilman . Syafiq menganggukkan kepalanya berkali kali dengan wajah pucat. "Good. Dah pergi dari sini" arah Hilman sambil melepaskan kolar baju Syafiq itu. Syafiq dengan pantas berlari pergi meninggalkan Hilman dan Aiman. Aiman mengangkat kening memandang wajah kawannya."So? Apahal?" tanya Aiman. Hilman tersengih. "Nanti aku cerita kat kau. Dah jom! Kita dah lambat. Kalau kena marah aku cakap ni salah kau" kata Hilman sambil tersenyum.

Aiman menggelengkan kepalanya. "Tadi tu first time aku nampak kau serious semacam. Kalau tak asyik tersengih je macam lovesick monkey" kata Aiman sambil berjalan disebelah Hilman. Hilman ternganga. "Lovesick monkey? Hey elok sikit okay! Aku terlampau handsome nak dibandingkan dengan haiwan tu" kata Hilman. Aiman menjulingkan matanya keatas. "Dah tu kau nak aku cakap kau tu lovesick puppy ke?" perli Aiman. Hilman mengecilkan matanya kearah Aiman. "Nope! Panggil aku lovesick Prince Charming" kata Hilman dengan wajah bangga sambil tersenyum. Aiman membuat lagak hendak termuntah mendengar jawapan kawannya. "Kau tu Prince Stalker ada lah.." gumam Aiman dengan perlahan sambil memandang pelik kearah kawannya yang masih lagi tersengih seorang diri. Seriously, dia betul2 sedang cuba untuk ingat kenapa dia berkawan dengan Hilman dulu.. 

"So cepat bagitahu aku kenapa kau tolak si Syafiq tu kat dinding?" tanya Aiman sambil duduk di kerusi. Hilman mengeluarkan buku untuk mata pelajaran seterusnya sebelum memandang kearah Aiman. "Dia tolak Mika sampai jatuh and kutuk Mika. So aku bagi lah amaran kat dia" kata Hilman. Aiman diam sejenak untuk berfikir. "Wait..so kau cakap yang kau pergi belagak gangster kat Syafiq tu dan tinggalkan Mika sorang2?" tanya Aiman. Hilman mengangguk tanpa berfikir panjang. Aiman mengeluh sambil memicit dahinya. "Kenapa kau lembab sangat..kan elok kau pergi tolong Mika tu daripada kau belagak gangster tak tentu pasal" kata Aiman sambil memandang wajah Hilman. Hilman membuka mulutnya untuk bercakap sebelum tutup semula untuk menghadam apa yang dikatakan oleh Aiman. "Yelah! Apahal aku ni lembab sangat!" ucap Hilman dengan wajah yang terkejut. Aiman hanya menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. "Apa lah nasib ada kawan macam kau.." gumam Aiman.

***
 Hilman dan Mika mengemas barang di atas meja setelah 3 jam mereka belajar. Sepanjang masa pembelajaran itu Hilman tak habis2 berfikir macam mana untuk dapatkan nombor telefon Mika. Mika tersenyum kearah Hilman sebelum mula berjalan untuk keluar dari library. Hilman pula dengan pantas mengejar Mika,walaupun ikut fikiran dia yang waras dia tahu dia nampak macam fanboy yang jumpa artis dia. "Err..M-mika tunggu kejap" panggil Hilman. Mika menghentikan langkahnya dan berpusing untuk memandang kearah Hilman yang seperti cacing kepanasan itu dengan wajah yang serious. Hilman menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sebelum memandang kearah Mika. "S-saya..nak minta n-nombor a-wak boleh?" tanya Hilman dengan gelisah. Mika mengerutkan dahinya. Panik. Hilman dengan pantas menyambung ayatnya untuk mengelakkan salah faham. "K-kejap! S-saya minta sebab nanti saya buat latihan kat rumah, and saya ada yang tak faham boleh saya tanya awak. T-tapi kalau awak tak selesa nak bagi nombor awak kat saya tak apa . Saya tak kisah" terang Hilman sambil mengusap belakang lehernya. Jantungnya berdegup kencang sehingga terasa seperti hendak terkeluar dari badan. Riak wajah Mika masih lagi serious sebelum dia mengeluarkan pen dan kertas kecil. Lalu dia memberikan kertas itu kepada Hilman yang terkejut itu. Mika sekali lagi memberikan senyuman manis sebelum berjalan keluar dari library meninggalkan Hilman yang sedang membatu sambil mengenggam kertas yang mempunyai nombor telefon Mika.

"YEEESS !" jerit Hilman sambil melompat. Tidak sedar yang semua manusia di perpustakaan sedang menjeling tajam kearahnya. "Diam !" jerit seorang pengawas perpustakaan itu sambil menjeling kearah Hilman. Hilman yang tersedar tentang kelakuan dia itu mula menunduk dan berjalan laju keluar dari library untuk selamatkan diri.

***
"Aimaaan! Kau rasa macam mana ayat aku nak mula mesej dia ?! Kau rasa dia balas tak?!"  kata Hilman di dalam bilik tidurnya sambil memegang telefon di telinganya. "Uggh...mfanfahmawakdha" ucap Aiman di sebelah talian. Hilman mengerutkan dahinya. "Hah? Kau cakap bahasa apa tu?" tanya Hilman. Namun tiada jawapan di sebelah talian. Hilman mula memuncungkan mulutnya. "Aimaan!!" rengek Hilman.

"Ya Allah ! Kau boleh tak jangan ganggu aku! Dari petang tadi kau telefon untuk benda sama! Ni dah pukul 3 pagi ! 3 pagi kau tau tak ! Sudah jangan ganggu aku atau esok aku penggal kepala kau!" marah Aiman lalu mematikan panggilan langsung tidak kisah tentang kawannya yang sedang merajuk itu. "Ceh..orang minta tolong je..macam ni ke kawan" kutuk Hilman setelah ditengking oleh kawannya sebelum tersenyum melihat nombor telefon Mika yang berada di contactnya. 

Keesokkan harinya , Aiman hanya tidur di dalam kelas kerana terlampau penat diganggu seharian oleh Hilman. Manakala Hilman masih lagi tidak berhenti membebel tentang Mika yang memberinya nombor telefon.

To Be Continue

 

IU as Mika. Idk ! I just randomly choose.




Jawapan kepada Nurulee : Yup this is based on true story cuma ditokok tambah dan diubah suai untuk buat lagi menarik. Ni berdasarkan perangai perempuan di sekolah (macam kita dulu2) yang suka skodeng crush kita bila nampak kat sekolah nampak lelaki handsome je mula lah gosip dengan kawan. Eleh macam lah tak pernah buat dedulu ahaha. so yeah. Cuma yang berbeza ialah, kita tukar lelaki yang ada crush dekat perempuan tu. And cerita ni juga boleh kira diilhamkan dari kisah kawan baik aku yang ada crush dekat lelaki yang pendiam (macam Mika dalam cerita ni) . Dan aku pula kira macam Aiman yang selalu jadi mangsa mendengar cerita Angau mereka. Dari segi aktiviti stalk pulak dalam real life dia takdalah teruk macam dalam cerita ni, dia cuma suka pandang and berangan je. Pfft. Sorry~

So kesimpulannya, sebahagian cerita ni adalah based on true story (Part jatuh cinta pada orang yang pendiam dan ada kawan yang kena dengar cerita angau mereka) dan yang lain2 hanya rekaan semata mata. So terhasil lah cerita ni. Actually kebanyakkan cerita yang aku tulis ni ada part yang based on true story. Cuma aku ambil dia punya situasi dan tambah sikit2 isi dalam cerita tu. And ada juga berdasarkan apa yang aku nampak dalam keadaan sekeliling aku. Contohnya macam Hello Baby, kisah ayah kena jaga baby. I think ayah kena selalu luangkan masa dengan anak mereka dan jangan terlampau khusyuk dengan kerja. So itu lah mesej yang aku cuba sampaikan. Sebab kita tahu tak ramai anak rapat dengan ayah, even aku sendiri kadang2 awkward dengan ayah aku sebab ayah aku pendiam. But i still love you dad. And mesej kedua pula, nak ubah persepsi orang yang kerja jaga anak ni MUDAH. Tak. Serious tak. Ianya susah dan penat. Tapi dah kalau jaga anak sendiri, semua tu tak penting kan? (Type macam aku dah ada anak. Actually aku jaga anak orang je. Tu pun berpeluh satu badan nak handle)

Ops. Terpanjang pulak. Sorry. Hehehe harap ini awak faham apa yang kita cuba sampaikan ni. Anyway thanks sebab sudi baca !


 



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Aku Bukan Stalker ! Part 2

Part 1


Hilman datang ke sekolah dengan penuh bersemangat. Bersemangat untuk berdepan dengan Mika dan memintanya untuk jadi Tutor. Namun setiap kali dia lihat wajah Mika, Hilman rasakan seperti tulangnya sudah menjadi jeli. Lembik semacam sehingga membuatkan dia tidak mampu untuk berjalan kearah Mika. Aiman yang sudah meluat melihat Hilman menjadi sotong tidak bernyawa itu mula berjalan kearah Mika sewaktu rehat. 

Mata Hilman membulat melihat kawannya sedang menuju kearah Mika yang sedang duduk seorang diri di meja makan. "Oh shot! Apa dia nak buat tu !" ucap Hilman seorang diri dengan wajah yang panik. Dia kemudian melihat Aiman dengan selamba duduk di hadapan Mika lalu berkata sesuatu kearah Mika. Hilman hanya mampu merenung kearah mereka berdua dengan wajah yang pucat. Hilman terbatuk apabila Mika dengan tiba2 memandang tepat kearahnya dengan wajah keliru sebelum memandang semula kearah Aiman. Hilman dapat merasakan jantungnya berhenti sebentar sewaktu Mika memandangnya. 

Aiman kemudian berjalan semula kearah Hilman yang sedang membatu itu dengan senyuman sinis. "Sudah. Settle semuanya. Esok lepas habis sekolah sampai pukul 3 di library. Subjek Sejarah" kata Aiman lalu menyambung semula makan nasi goreng yang ditinggalnya sebentar tadi. Hilman pula kelihatan seperti rohnya sudah melayang keluar dari badannya. Tidak percaya dengan apa yang sudah berlaku.

***
"Masuk"

"No"

"Masuk !"

"No!"

Situasi sekarang ini ialah Aiman sedang cuba sedaya upaya menolak Hilman untuk masuk kedalam library. Mujur tidak ramai yang lalu lalang disitu, silap2 mereka digelar pelajar gila kerana SPM. Aiman mengusap kasar rambutnya apabila melihat perangai degil kawannya itu. "Aish! Seriously! Kau dah ada peluang nak kawan dengan dia. Masuk jelah! Apahal pengecut sangat!" marah Aiman sambil menarik beg Hilman yang disandangnya untuk mengelakkannya dari lari. Hilman kemudian memandang wajah Aiman dengan riak wajah risau. "Macam mana kalau dia tak suka aku? macam mana kalau aku buat silap? Macam mana kalau dia fikir aku ni bodoh dalam sejarah? macam mana-" kata Hilman dengan suara panik sebelum dipotong oleh Aiman.

"Stop! Kau jangan nak banyak songeh. Sekarang kau masuk dan pergi jumpa dia !" marah Aiman lalu dia menggunakan segala kekuatan dia untuk menolak dan menendang Hilman masuk ke dalam library sehingga membuatkan Hilman tersungkur di dalam. Hilman merengek kesakitan apabila ditendang oleh kawannya, dia kemudian mengangkat kepala dan wajahnya membahang apabila semua pelajar di dalam library memandang kearahnya yang sedang melutut di lantai. Hilman dengan pantas bangun dan cuba untuk berlari keluar semula namun terhenti apabila dia melihat Aiman sedang berdiri di luar pintu dengan pandangan tajam . "Go!" Aiman mengisyaratkan ayat itu dengan mulutnya sambil memandang tajam kearah Hilman. Hilman mula terasa hendak menangis. Dengan hati yang berat dan badan yang mengigil Hilman berjalan masuk ke library dan matanya mula mencari kelibat Mika.

Nafas Hilman terhenti seketika apabila dia melihat Mika sedang khusyuk membaca buku di tepi sudut library seorang diri. Dia betul2 nampak cantik sewaktu dia sedang membaca buku. Hilman menarik nafas panjang sebelum berjalan kearah Mika. Dia tidak sedar ada beberapa orang pelajar mula memandang pelik kearahnya kerana jalannya saling tak tumpah seperti robot berkarat. 

Setelah sampai di hadapan Mika, Hilman berdehem untuk mendapatkan perhatiannya yang sedang fokus membaca. Mika mendongak untuk melihat siapa yang berada di hadapannya dan tersenyum melihat Hilman sedang berdiri dengan wajah yang merah padam. "Err..H-hi. S-saya H-hilman. S-saya yang m-mintak awak ajar s-saya" kata Hilman dengan tergagap. Dalam fikiran Hilman penuh dengan perkataan mencarut kerana kebodohannya sendiri sebab tergagap di hadapan gadis idamannya itu. Mika hanya tersenyum manis mendengar Hilman memperkenalkan diri. "Hai. Saya Mika. Um..thanks sebab pilih saya jadi tutor awak. Anyway awak boleh duduk sekarang. Then kita mulakan pembelajaran kita" kata Mika dengan masih lagi tersenyum. Hilman mengangguk lalu duduk di hadapan Mika. 

"Okay. Ni saya dah siapkan awak soalan2 untuk awak jawab. Awak jawab dulu mana yang awak tahu. Then kita akan bincang mana yang awak tak tahu tu okay?" kata Mika sambil menghulurkan beberapa kertas kepada Hilman. Hilman mengangguk lalu mula cuba. Diulangi.Cuba untuk fokus kearah kertas itu namun matanya tidak dapat berhenti dari sekali sekala menjeling kearah Mika yang sedang fokus menulis sesuatu di bukunya. 

Setelah 30 minit, Mika memandang kearah Hilman yang sedang menggaru kepalanya dengan pen itu dengan wajah yang berkerut. Mika tersenyum melihat telatah Hilman itu sebelum mula bertanya kepada Hilman. "So..awak dah selesai jawab belum?" tanya Mika. Hilman memandang kearah Mika dengan mata yang terbeliak seperti terkejut mendengar Mika menegurnya. Mika mengerutkan dahinya melihat reaksi Hilman. "Err..hello? Saya tanya awak dah siap belum jawab?" tanya Mika sambil melambai kearah Hilman. Hilman tersedar dari lamunannya dan mula menunduk malu. "Oh sorry. Dah. Tapi ada yang saya tak tahu" kata Hilman dengan wajah risau. Mika mengangguk sambil tersenyum. "Takpa. Kita mula bincang sekarang okay? Kalau ada yang awak tak faham awak bagitahu saya" kata Mika sebelum mula mengambil kertas Hilman untuk melihat apa yang dia tulis.

Hilman tersenyum sambil memandang kearah wajah serious Mika itu. Gembira kerana impiannya untuk mendekati Mika menjadi kenyataan. 

*** 
 Keesokkan harinya, Sampai sahaja di sekolah Hilman diserang oleh Aiman. "Yo ! Bro apa cerita semalam?" tanya Aiman sambil meletakkan sebelah tangannya di bahu Hilman. Hilman tersengih apabila dia mengingati apa yang terjadi semalam. "Dia baik sangat weh ! kau tahu tak ada satu masa tu aku betul2 tak dapat tangkap apa yang dia ajar then dia ulang balik berkali kali dekat 5 kali dia ulang dekat aku. Dia langsung tak naik angin kau tau tak ! Dia senyum dan lembut je ajar aku ! Serious dia betul buat aku -" bebel Hilman dengan teruja namun baru separuh dia cerita Aiman sudah berjalan pergi meninggalkan dia dengan wajah annoying. "Ugh . Aku tak suruh pun kau buat cerita novel kat aku. Cerita sikit2 dah lah" rungut Aiman sebelum berjalan pergi meninggalkan Hilman. Hilman memuncungkan mulutnya apabila ditinggalkan seorang diri. "Hey! Tunggulah! Dengar aku habis cerita dulu!" rungut Hilman seperti budak kecil sambil berjalan pantas mengejar Aiman.

"So semalam kau teman dia balik tak?" tanya Aiman. Sengaja untuk mengubah topik daripada Hilman terus membebel tentang cerita Angaunya itu. Hilman menganggukkan kepalanya. "Teman" jawabnya sambil menconteng sesuatu dibuku latihannya. "Teman dari jadi jauh ke dekat?" tanya Aiman lagi. "Jauh" jawab Hilman dengan selamba. "What?!" marah Aiman. Hilman memandang pelik kearah kawannya itu. "Apa? Kenapa?" tanya Hilman dengan wajah keliru. Aiman memicit dahinya menahan pening. "Ugh. Kau patutnya teman dia dari dekat, jalan sama2 dengan dia. Bukan dari jauh macam stalker. Kan korang dah kenal satu sama lain" kata Aiman. Hilman mengerlipkan matanya beberapa kali sambil memandang kearah Aiman. "Oh..tu ke? Taknaklah. Nanti dia tolak pelawaan aku. Baik aku tengok dia dari jauh je" kata Hilman sambil menyambung kerjanya menconteng buku. Aiman menggelengkan kepalanya melayan karenah kawannya itu.

"Then kau dah confess kat dia belum?" tanya Aiman lagi. Hilman menggelengkan kepalanya. "Kan aku kata, aku nak tunggu lepas SPM . Buat masa ni aku nak kawan dengan dia dulu" kata Hilman. Aiman mengeluh. "Sukahati kaulah Hilman. Asalkan kau bahagia" kata Aiman sebelum memandang kehadapan apabila guru matapelajaran kelasnya sudah masuk.


To Be Continue
 Serious cerita ni panjang sedikit. Sikit je. If aku nak buat ni jadi novel. Akan ambil masa macam Cinta Photographer. But. Hey~ Bukan orang kisah pun. Tapi kalau nak buat ni jadi Short Novel minimum (6-15) chapter.

 
Macam biasa aku suka bayangkan wajah watak aku ahaha,
kali ni Minho as Aiman .




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Photographer Part 43

Part 42
 
Amirul dan Aina sekarang ni sedang berada di puncak di mana tempat pertama Amirul membawanya sewaktu dia sedang sedih. Mereka berdua hanya mendiamkan diri melayan perasaan sambil memandang suasana Kuala Lumpur. Amirul memandang wajah Aina yang sedang termenung itu. "Aina.." panggil Amirul. Aina menoleh untuk memandang wajah Amirul. "Ya?" jawab Aina. Amirul menarik nafas panjang sebelum membuka mulut."Awak sukakan Zain lagi ke?" tanya Amirul. Aina terdiam sebelum menundukkan kepalanya.Melihat reaksi Aina itu Amirul tersenyum tawar . "Its okay..." kata Amirul sambil kembali memandang kearah hadapan. Aina mengetap bibirnya. "Amirul...s-saya akan cuba sukakan awak. A-wak janganlah risau. Saya dah berhenti mengharap pada Zain, dan sekarang saya akan tumpukan perhatian pada awak je" kata Aina dengan perlahan. Amirul hanya tersenyum.

***
Beberapa minggu sudah berlalu semenjak kejadian Aina confess pada Zain itu. Sejak itu , Zain langsung tidak berjumpa atau bertegur dengan Aina. Zain lebih banyak habiskan masanya dengan melakukan kerja. Berita tentang dia dan Liyana putus hubungan tersebar luas di Malaysia. Zain berjalan perlahan masuk ke studionya sebelum baring diatas sofa. Marina mengeluh melihat keadaan Zain yang semakin hari semakin teruk itu. Setiap hari ada saja shooting or show yang dia kena hadiri. Itu semua atas permintaan Zain. Marina sedar yang Zain mula berkelakuan begitu sejak Aina berhenti dari kerja.

"Zain..awak tak nak cuti ke sehari? Muka awak dah pucat, berat badan pun menurun. Awak okay ke tak ni?" tanya Marina. "Im fine..just leave me alone.." jawab Zain dengan mata yang tertutup. Marina mengeluh."Ni semua sebab Aina ke..?" tanya Marina dengan berhati hati. Sejak Aina berhenti, sekalipun Zain tidak menyebut nama Aina disini. Bila Marina bercakap tentang Aina, mesti mood Zain akan berubah serta merta. Badan Zain menjadi tegang apabila nama Aina disebut. "Mana ada.." jawab Zain dengan perlahan. Marina memicit dahinya melihat kelakuan Zain. "Zain. Sampai bila nak macam ni? Cuba bagitahu saya apa masalah awak dengan Aina?" tanya Marina dengan suara yang tegas. Zain mengeluh sebelum bangun dan duduk di sofa.

"Dia..confess dekat saya.." kata Zain dengan perlahan sambil meraup mukanya. Mata Marina membulat mendengar apa yang dikatakan oleh Zain. "W-what? Serious? Bila dia confess?! Akhirnya !" kata Marina dengan gembira. Zain mengangkat muka dan memandang wajah Marina dengan riak keliru. "Apa yang akhirnya?" tanya Zain. Marina tersengih memandang Zain. "Aina tu dah mula suka awak sejak dulu lagi waktu awal2 bekerja. Awak tu yang buta" kata Marina sambil memeluk tubuhnya dan bersandar di kerusi. "M-macam mana awak boleh tahu? And kenapa awak tak bagitahu saya?" tanya Zain. Marina mengeluh. "Gila ke apa? Takkan saya nak bagitahu awak. Biarlah dia confess sendiri. Lagipun dah jelas kot dari cara dia pandang awak selama ni. Awak je yang terlampau kerek sampai tak sedar tentang perasaan orang" perli Marina. Zain mengerutkan dahinya apabila mendengar perkataan kerek itu. Perkataan yang selalu digunakan oleh Aina. "Serious awak ni terpengaruh dengan Aina. Saya boss awak pun awak nak bagi saya kerek" kata Zain sambil memuncungkan mulutnya. Marina menjulingkan matanya keatas. "So..Apa jawapan yang awak bagi?" tanya Marina. Zain mengetap bibirnya. "Nothing..saya tak cakap apa2..saya terlampau terkejut. And saya terus tinggalkan dia" kata Zain dengan perlahan.

"WHAT?!" jerit Marina sambil berdiri dari kerusi itu. Zain menelan air liurnya melihat wajah Marina yang sedang naik angin itu. "Err..salah ke?" kata Zain . Marina kemudian mengambil beg tangannya lalu melibas beg itu kearah Zain berkali kali. "Bodoh betul lah kau ni! Takkan tak sedar lagi yang kau tu suka Aina! Ada ke pi tinggal je dia ! Ish!" marah Marina sambil memukul Zain berkali kali. Zain mengaduh kesakitan sambil menghalang beg itu terkena mukanya dengan tangan. Namun fikirannya mula terfikir tentang ayat yang diucapkan oleh Marina. Aku..suka Aina?

***
Keesokkan harinya Zain hanya mengeluh apabila Marina langsung tidak mahu senyum kearahnya dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Sedang Zain duduk di studionya untuk menulis lirik lagu tiba2 ada seseorang masuk ke dalam bilik studionya. Zain mengangkat muka dan terdiam melihat Amirul masuk dengan senyuman dibibirnya. "Hey.." ucap Amirul sambil duduk di hadapan Zain. Zain mengenggam pensel ditangan sambil cuba untuk senyum kearah Amirul. "Hey..kau nak apa datang sini?" tanya Zain. Amirul tersenyum kearah Zain. "Kenapa? Nak melawat cousin sendiri pun tak boleh ke?" tanya Amirul sambil bermain dengan patung Iron Man yang berada di meja Zain itu. Zain menarik nafas panjang untuk mengawal emosinya. "Selama ni kau datang sini sebab nak jumpa Aina je.." kata Zain sambil kembali memandang kearah kertas yang berada di mejanya membuatkan dia tidak nampak Amirul sedang tersenyum sinis kearahnya.

"Aku datang sini nak ajak kau lawan tennis dengan aku.." kata Amirul. Badan Zain menjadi tegang mendengar perkataan tu. "Aku tak nak main.." jawab Zain. Amirul ketawa lalu mendekatkan badannya kearah Zain . "Kau yakin ke? kau tahu kan ni pasal apa? Aku akan tunggu kau petang ni kat tempat biasa. Kalau kau rasa kau masih ada peluang..kau datang. Tapi..kalau kau tak datang..jangan bersedih kalau kau hilang peluang kau tu untuk selama lamanya" kata Amirul sebelum bangun dari kerusi itu dan membetulkan kemejanya. "Aku pergi dulu..and tolong fikir betul2.." kata Amirul sebelum berjalan keluar dari studio. Zain menghembuskan nafas panjang setelah Amirul keluar dari bilik itu. Dia kemudian menekup wajahnya sambil berfikir tentang apa yang diucapkan oleh Amirul.

Patut ke dia pergi ke situ dan berlawan dengan Amirul..

***
Aina baru sahaja balik dari majlis perkahwinan dimana dia ditugaskan untuk mengambil gambar. Dahi Aina berkerut apabila melihat Amirul sedang menunggu di hadapan kedai gambar itu. "Amirul? Buat apa kat sini? Kenapa tak masuk?" tanya Aina. Amirul tersenyum lalu mengusap kepala Aina. "Tak nak saya masuk. Kawan awak tu pandang saya macam nak makan je" kata Amirul sambil memuncungkan mulutnya. Aina ketawa kecil sebelum membuka pintu kedai itu. "Dia baik lah. Cuma akhir2 ni je mood dia tak berapa baik" kata Aina sambil masuk ke kedai. Amirul hanya mengekori Aina dari belakang.

Sue yang melihat Aina masuk ke kedai itu tersenyum. "Hey..dah balik pun. Best majlis tu?" tanya Sue. Aina membalas senyuman sambil meletakkan kelengkapan semua di atas meja. "Boleh lah..aku tak sempat nak fikir benda lain pasal busy sangat" kata Aina. Sue ketawa lalu menghampiri Aina. "Apa kata hari ni kau cuti. Kau pergi lah jalan kat mana2 yang kau suka" kata Sue. Aina mengerutkan dahinya. "Habis gambar2 ni macam mana?" tanya Aina. Sue memegang bahu Aina sambil tersenyum. "Itu biar aku uruskan..kau pergi lah keluar dengan Amirul ke apa..okay?" kata Sue. Aina mengangguk sambil tersenyum. "Ayat kau tu macam nak halau aku keluar pun ada jugak. Anyway thanks! Aku keluar dulu okay" kata Aina sambil mengambil kamera peribadinya dan berjalan kearah Amirul yang sedang sibuk bercakap di telefon itu.

Aina mencuit bahu Amirul untuk mendapatkan perhatiannya. Amirul mematikan telefon itu lalu memandang kearah Aina. "Sue bagi saya cuti. Jom kita pergi makan and jalan2?" kata Aina sambil tersenyum. Amirul mengerutkan dahinya. "Um..saya tak boleh keluar sekarang. Maaf. Tadi baru secretary saya call kata ada meeting" kata Amirul. Senyuman Aina mati apabila mendengar jawapan Amirul. "Oh its okay..saya keluar sorang2 jelah kalau macam tu." kata Aina. Amirul kemudian memandang kearah Aina dengan wajah bersalah. "Maaf..oh saya dah call driver saya suruh datang sini. Awak nak pergi mana , awak bagitahu je dia okay?" kata Amirul. Aina tergamam sebentar mendengar apa yang dikatakan oleh Amirul. "Huh? Driver? Eh tak apa lah saya boleh jalan je. Lagipun kedai ni kat dekat bandar so semuanya dekat2" kata Aina. Amirul tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "No. Biar driver saya hantar awak. Please?" pujuk Amirul. Aina mengeluh lalu menganggukkan kepalanya.

***

Setelah melihat Aina pergi dengan menaiki kereta yang dipandu oleh drivernya Amirul berjalan menuju ke arah keretanya. Sebelum dia masuk, dia sempat tersenyum kearah Sue yang berada di dalam kedai yang juga tersenyum kearah Amirul. Amirul masuk ke kereta dan menuju ke rumahnya untuk menukar baju. Sebentar tadi dia menerima panggilan dari Zain yang bersetuju untuk berlawan tennis dengannya.

"Nampaknya..hari ni kita akan dapat tengok siapa yang akan dapat bersama dengan Aina" kata Amirul seorang diri sambil tersenyum.


To Be Continue
Sigh. Sejak dapat result ni makin busy. Baru nak publish cerita tetiba kena panggil
cakap pasal sambung belajar semua. Blegh. Anyway pelajaran perlu diutamakan.

 



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Aku Bukan Stalker! Part 1

ALL PLOT BY ME


"Stalker"

"Oh shut up ! Mana ada aku stalker. Aku tengok je dia!"

"Yelah tu. Tengok dia makan, tengok dia balik rumah. Tengok dia belajar. Pfft Stalker lahtu"

"Ugh. I hate you"

"I love you too"

"Euw. Gay"

Kelihatan dua orang lelaki yang berumur 17 tahun sedang duduk di kantin sekolah mereka. Seorang lelaki sedang makan manakala seorang lagi sedang fokus memandang seseorang. "Kau boleh tak sehari je tak pandang dia macam tu? Macam pervert lah kau ni" marah Aiman sambil menjeling ke arah kawannya yang sedang fokus memandang seseorang di hadapan meja makan mereka. "Amboi. Mana ada aku pervert. Aku tengok je dia. Lagipun bukan dia perasan pun aku" kata Hilman sambil menongkat dagu dan tersenyum memandang gadis idamannya Mika.

Mika seorang gadis nerd yang sering berdamping dengan buku. Dia seorang yang pendiam dan suka menyediri. Disebabkan itu jika ada orang yang tanya "Kenal Mika?" semua orang akan menjawab "Ada ke pelajar nama tu?" termasuk dengan classmatenya sendiri. Memang tiada siapa yang ingat or sedar tentang kewujudan Mika di sekolah dan kelas. Tapi ada seorang lelaki yang sedar tentang kewujudan gadis itu. Hilman.

Pertama kali Hilman mengenali  Mika sewaktu dia berada di library untuk pertama kali dalam 5 tahun dia berada di sekolah. Dengan tujuan untuk mencari buku rujukan untuk SPM. Waktu itu Hilman sedang sibuk mencari buku rujukan untuk pendidikan Prinsip Akaun apabila dia dengan tidak sengaja terlanggar rak buku dengan kuat membuatkan beberapa buku jatuh. Panik dan malu. Dengan pantas Hilman mencangkung untuk mengutip semula buku yang bersepah itu sambil menyumpah seranah kerana nasib malangnya itu. Sewaktu dia sedang fokus mengutip buku tiba2 ada sepasang tangan sedang mengutip salah satu buku yang berterabur itu lalu dihulurkan kepada Hilman.

Hilman mengangkat mukanya dan terkejut melihat wajah Mika sedang menghulurkan buku kearahnya sambil tersenyum. Itu pertama kali Hilman melihat Mika dan senyumannya. Cermin matanya yang besar itu menutup kecantikkan mata Mika dan Hilman hanya mampu terpegun melihat wajah Mika secara dekat itu. Sejak hari itu , Hilman mulakan Misi Mengenali Mika (3M). Hilman menggunakan segala ilmu playboynya untuk mendapat maklumat tentang Mika. Termasuk dengan memujuk sedaranya yang kebetulan guru kelas Mika.

Dari situlah bermulanya aktiviti Stalker seperti yang diiktirafkan oleh Aiman kawannya baiknya itu walaupun Hilman bermati matian menafikannya.

***
Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan. Dengan pantas Hilman bangun dari tempat duduknya dan menyandang beg sekolahnya. "Aku pergi dulu tau Aiman ! Jumpa petang nanti!" kata Hilman sambil berlari keluar dari kelas. "Woi! Kau jangan buat benda pelik2 tau!" pesan Aiman sambil tersengih apabila Hilman sempat menjeling kearah Aiman sebelum keluar dari kelas.

Dengan pantas Hilman berjalan menuju ke kelas Mika. Mika selalunya menjadi orang yang terakhir keluar dari kelas. Jadi Hilman selalu menunggunya di tepi sudut koridor untuk melihat dia keluar dari kelas. Pandangan pelik pelajar2 yang lalu di situ langsung tidak diendahkannya. Lagipun sudah lebih 4 bulan dia lakukan perkara ni . Jadi dia tidak ambil kisah sangat apa yang orang cakap. Hilman tersenyum apabila melihat Mika keluar dari kelasnya sendirian sebelum mengekorinya dari belakang dan memastikan jaraknya jauh supaya Mika tidak tahu tentang kewujudannya.

Setiap hari lepas habis sekolah Hilman pasti akan mengekori Mika dari belakang sepanjang dia berjalan ke rumahnya. Dan selepas Mika sudah masuk rumah, baru Hilman akan patah balik untuk kerumahnya. Mujur rumahnya hanya berada disimpan sebelah jadi dia tidak kisah untuk temankan Mika balik walaupun Mika tidak pernah sedar tentang kewujudannya.

Hilman tersenyum sambil memandang Mika yang sedang berjalan seorang diri menuju ke rumahnya. Kadang2 Mika akan bertegur dengan makcik2 di kawasan itu, kadang2 dia akan berhenti untuk memberi gula kepada kanak2 yang bermain di situ dan kadang dia akan berhenti sebentar untuk bermain dengan kucing yang dia jumpa. Hilman tersenyum melihat karenah Mika yang berubah selepas dia keluar dari sekolah. Di luar sekolah, Hilman dapat melihat personaliti Mika yang lain dari seorang yang pendiam kepada seorang yang peramah. Kadang2 dia terfikir juga kenapa Mika suka menyendiri di sekolah dan langsung tidak mahu bertegur sapa. Mungkin disebabkan ramai orang gelarkannya Nerd jadi dia tak berani untuk berbual dengan orang. 

Lamunan Hilman terhenti apabila dia melihat Mika sudah berjalan masuk ke dalam rumahnya. Hilman memuncungkan bibir apabila dia sedar yang dia perlu tunggu esok untuk melihat wajah Mika lagi. Hilman kemudian berpusing dan mula berjalan kearah rumahnya dengan senyuman. Sekurang kurangnya Mika dapat balik ke rumah dengan selamat. 

***
Hilman dan Aiman baring di rumput padang setelah penat bermain bola. Masing2 diam untuk menghilangkan rasa penat mereka. "So..bila kau nak confess dengan dia?" tanya Aiman tiba2. Hilman mengangkat kening lalu memandang ketepi untuk melihat kawannya. "Confess apa?" tanya Hilman. Aiman menjeling kearahnya. "Confess yang kau ni stalker" perli Aiman. "Idiot" gumam Aiman dengan perlahan. Hilman mengerutkan dahinya. "Hey! Aku bukan Stalker okey! Aku ni cuma..err..Wira yang dalam diam melindungi puteri dia!" kata Hilman dengan bersemangat. Aiman memandang pelik kearah kawannya. 

"Seriously..kau ni dah nak habis sekolah. Tapi otak macam budak2. Baik kau cakap kau ni Power Rangers je" perli Aiman sambil bangun untuk duduk. Hilman juga bangun untuk duduk sebelum memeluk tubuhnya. "Power Rangers bukan kuat mana pun. Baik Iron man! Boleh terbang and kaya raya" kata Hilman. Aiman ternganga mendengar jawapan kawannya. Sungguh Hilman ni memang lembab dan naif kadang2 . Orang perli pun dia tak perasan. Entah macam mana boleh dapat gelaran Playboy and Jejaka Paling Handsome pun dia tak tahu. "Ugh. Dah lah. Tutup cerita pasal tu. Aku tanya pasal Mika lah. Bila kau nak bagitahu dia hal yang kau tu tergila gilakan dia" kata Aiman.

"Kau gila?! Dia tu pelajar pintar tu. Kalau aku confess kat dia sekarang mahu kena tendang aku dengan dia. Lagipun SPM dah dekat kan" kata Hilman dengan riak wajah yang terover terkejutnya. "Aku suruh kau confess pasal aku nak kau kawan dengan dia. At least takdalah kau nak sembunyi2 tengok dia macam pervert" kata Aiman. Hilman membuat lagak hendak memukul Aiman sewaktu mendengar perkataan Pervert. "Banyaklah kau pervert. Aku takutlah nak tegur dia. Macam mana kalau dia fikir yang aku ni pelik? And dia taknak kawan dengan aku?" tanya Hilman dengan riak wajah sedih.

"Memang pelik pun.." bisik Aiman namun Hilman dapat menangkap perkataan itu ditelinganya. "Apa?! Hey kau ni. Kejap panggil aku stalker, pastu pervert ni pelik pulak. Banyak noh nickname aku!" marah Hilman. Aiman hanya mengangkat bahu dengan wajah selamba. "Kau try jelah. Takpun kau minta dia jadi tutor kau. Lagipun subjek Sejarah kau makin menurun kan" cadang Aiman langsung tidak mempedulikan amarah Hilman sebentar tadi. 

Hilman mengerutkan mukanya untuk menghadam apa yang dicadangkan oleh Aiman sebelum tersenyum lebar. "Great idea Aiman ! Oh kau lah sahabat dunia akhirat ku! I love you!" kata Hilman dengan teruja sambil memeluk kawannya. Aiman berwajah pucat apabila dipeluk atau lebih sesuai diserang oleh kawannya itu. "G-Get off me you idiot ! Dah lah berpeluh!" marah Aiman sambil menolak badan Hilman yang sedang memeluknya itu. Hilman melepaskan pelukkannya sambil tersengih. Masih lagi memikirkan idea tentang Mika menjadi tutornya. "Seriously. Berhenti dari tersengih macam tu. You look creepy" kata Aiman dengan wajah yang berkerut sebelum bangun untuk mengemas barangnya.


To Be Continue.
Ahahaha Should i turn this story into Short Novel? This story is Fun to write.
Because of Hilman and Aiman. Ahahah

 
Onew as Hilman. Kekeke this is my imagination 
Cuba teka siapa Aiman~ clue : Minat bola


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Reincarnation III

 Warning Ini cerita Fantasi.
Jadi ianya tidak pernah wujud dalam buku sejarah anda.
Atau mana2 buku sekolah




Farhad dan Aryani sedang berjalan di dalam hutan apabila tiba2 sahaja kedengaran bunyi siren dari arah istana. Farhad dan Aryani memandang satu sama lain. "Mereka dah sedar tentang kehilangan awak. Kita kena jalan cepat sikit untuk elakkan dari bertembung dengan pasukan pencari nanti" kata Farhad. Aryani menangguk kepalanya. Mereka berdua kemudian berjalan pantas di dalam hutan yang gelap gelita itu. Setelah beberapa jam mereka berjalan, Farhad terdengar bunyi kuda sedang berlari kearah mereka. Dengan pantas Farhad menarik tangan Aryani dan membawanya masuk kedalam hutan tebal dan semak samun untuk bersembunyi. Aryani yang tersentak itu hampir sahaja hendak menjerit namun Farhad dengan pantas menekup mulutnya. Mereka berdua kemudian duduk bersembunyi di belakang batu besar dan semak samun.

"Diam...saya dengar bunyi kuda datang arah kita.." bisik Farhad. Aryani hanya mengangguk sambil cuba sedaya upaya mengecilkan dirinya di sebalik batu itu. Bunyi kuda berlari itu semakin dekat dan akhirnya mereka berhenti di tempat Farhad dan Aryani bersembunyi. Jantung Aryani berdegup kencang. Dia betul2 harap mereka takkan ditangkap. Dengan tiba2 ada seseorang mengacu pedang di leher Farhad dan Aryani membuatkan nafas mereka berdua terhenti seketika. "Tuan puteri buat apa dekat sini? Tak ada gunanya nak bersembunyi tuan puteri" kata seorang lelaki dengan suara garau. Aryani mengangkat kepalanya untuk melihat tuan empunya suara dan pedang itu. Matanya membulat apabila melihat orang itu bukanlah orang istana yang ditugaskan untuk mencari dia. Tapi mereka ni Ahli Gelap dimana mereka sering membunuh dan menculik orang yang kaya untuk mendapatkan duit. 

Lelaki yang berbaju hitam itu memandang sinis kearah Aryani apabila menyedari wajahnya menjadi pucat. "Rasanya tuan puteri tahu siapa saya kan? Seronok saya dapat jumpa tuan puteri" kata lelaki itu. "Phoenix..." kata Aryani dengan perlahan. Phoenix tersenyum sinis. "Ya..itu saya. Terharu saya bila awak tahu nama saya" kata Phoenix sambil memandang kearah Farhad dan Aryani. "T-tapi..macam mana kamu boleh tahu saya akan ada dekat sini?" tanya Aryani. Phoenix mengangkat bahunya. "Saya dibayar seseorang. Sudah. Sekarang bangun dari sini dan ikut saya" arah Phoenix dengan masih lagi mengacu pedang itu di leher Aryani. Pengikutnya pula mengacu kearah Farhad. 

Aryani dan Farhad bangun dengan berhati hati. Farhad dalam diam cuba untuk mengeluarkan pedangnya namun Phoenix sudah pun perasan. "Oh. Si tukang kebun ada pedang? Bagus. Apa kata kita lawan, tak ada lah bosan sangat kerja saya ni" kata Phoenix sambil tersenyum sinis. Farhad dan Aryani keluar dari tempat persembunyian mereka dan berjalan keluar ke tempat dimana kuda2 Ahli Gelap itu berada. "Aryani..kalau jadi apa2 saya nak awak lari dari sini secepat mungkin" bisik Farhad. "Auw..dah nak mati pun masih lagi nak bisik2 dengan kekasih. Cemburu saya dibuatnya" perli Phoenix. Pengikutnya ketawa mendengar perlian dari ketua mereka. Farhad memandang tajam kearah Phoenix dan pengikutnya di hadapan lalu mengeluarkan pedangnya dan berdiri di hadapan Aryani.

"Oh wow..Seorang tukang kebun nak jadi wira kepada seorang Puteri. Romantiknya..tapi sayang . Ni bukan cerita dongeng yang ada happy ending. Kau takkan dapat menang wahai tukang kebun" kata Phoenix sambil bermain main dengan pedangnya. Farhad merengus menahan marah. "Belum cuba belum tahu..oh kalau kau nak tahu. Ayah aku dulu seorang bekas pahlawan. Jadi aku tahu serba sedikit cara nak gunakan pedang" kata Farhad. Phoenix mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sinis. "Baiklah kalau itu yang kau nak.." kata Phoenix. "Aryani..lari!" bisik Farhad sebelum meluru kearah Phoenix dan pengikutnya. Aryani tersentak namun dia dengan pantas lari meninggalkan Farhad. Aryani menoleh kebelakang dan melihat Farhad sedang berlawan dengan mereka semua.

"Pergi tangkap puteri tu!" arah Phoenix kepada pengikutnya sambil mengelak hanyunan pedang yang dilakukan oleh Farhad.  Farhad melihat beberapa pengikutnya lari mengejar Aryani membuatkan dia tidak sedar Phoenix menghayunkan pedang kearah kepalanya. Farhad menjerit sakit apabila dahinya kirinya dihiris oleh bucu pedang itu. Farhad berundur kebelakang sambil memegang dahinya yang berdarah. "Sakit? Itu baru sikit. Cepatlah serang aku. Aku bosan ni" kata Phoenix sambil tersenyum sinis. 

***
Aryani lari masuk ke dalam hutan tebal . Dia dapat mendengar beberapa orang pengikut Phoenix sedang mengikutnya dari belakang.  Sedang dia berlari itu dia tidak sedar yang ada kayu besar di tanah membuatkan dia tersandung dan terjatuh. Aryani mengerutkan dahinya apabila dia berasa dahinya kanannya berdarah. Kepalanya pening akibat hentakkan di kayu itu. Dengan perlahan Aryani cuba untuk bangun dari situ dengan dahi kanannya yang berdarah. Namun terlambat apabila dia dikepung oleh pengikut Phoenix.

"Seronok kan bila kena kepung macam ni? Tunggu masa nak mati je.." kata seseorang di sebalik pokok. Aryani mengecilkan sedikit matanya untuk melihat siapa orang itu yang tiba2 sahaja muncul di dalam gelap. Setelah nampak, mata Aryani membulat. "P-putera Irham?" kata Aryani. Putera Irham tersenyum sinis sambil bersandar di pokok itu. "Oh..awak ingat lagi siapa saya. Saya ingatkan lepas awak dah ada kekasih gelap, awak lupakan saya" perli Putera Irham. "T-tapi macam mana awak-" belum sempat Aryani menghabiskan ayatnya Putera Irham sudah memotong. "Saya secara tak sengaja terdengar perbualan awak dengan si tukang kebun tu. Bagus juga bila saya terdengar semua tu. Senang sikit kerja saya nak bunuh awak" kata Putera Irham sambil berjalan dekat kearah Aryani.

Wajah Aryani menjadi pucat. "B-bunuh s-saya? Tapi kenapa? Awak ke yang bayar  Phoenix?!" tanya Aryani. Putera Irham ketawa sinis. "Ya..memang aku yang upah Phoenix untuk buru korang berdua..tujuan dia untuk jatuhkan kerajaan Nasturtium ni.Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Ayah aku dah lama merancang nak jatuhkan kerajaan ni. Dan bila ayah kau pilih aku sebagai bakal suami kau,aku terima jelah dengan rela hati. Sebab bila kau dah mati, serta merta kerajaan ni akan jatuh di tangan aku" Badan Aryani mengigil. Dia betul2 tidak dapat berfikir dengan waras sekarang ni. 

"Selamat tinggal Puteri Aryani..terima kasih senangkan kerja saya" kata Putera Irham sebelum menghunus pedang kearah hati Aryani sehingga tertembus kebelakang. Mata Aryani terbeliak apabila dia sedar yang dia ditikam. Aryani mula mengigil dan badannya mula kebas. Fikirannya mula melayang kepada Farhad yang sedang bertarung demi menyelamatkan dia. Aryani memandang kearah wajah Putera Irham yang sedang tersenyum sinis itu sebelum penglihatannya mula menjadi hitam.

***

Farhad terjatuh ke tanah apabila dia merasakan hati dia sakit tiba2. Fikirannya mula terfikir tentang Aryani. "Tak..tak mungkin..Aryani takkan apa2..dia selamat" bisik Farhad cuba untuk menghilangkan rasa tidak sedap hatinya itu. "Rasanya..kau tak patut berangan waktu macam ni" kata Phoenix lalu menghunus pedang itu ke hati Farhad.  Badan Farhad menjadi layu lalu terjatuh ke tanah apabila Phoenix menarik pedang itu keluar. "Seronok dapat main dengan kau, tapi kau kena sedar tak semua kisah cinta akan berakhir dengan gembira" kata Phoenix sebelum berjalan kearah kudanya. 

***
2014

"Okay! Okay! Hish! Boyfriend apa kau ni nak bagi bunga untuk awek tapi suruh orang lain beli!" rungut perempuan itu ke telefon bimbitnya sambil meletakkan keretanya di hadapan kedai bunga. "Yelah . Aku dah sampai. Nanti aku hantar kat kau. Bye" kata perempuan itu lalu mematikan telefonnya. Dia kemudian berjalan masuk kedalam kedai bunga itu.

Masuk sahaja di situ dia disambut oleh seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum melihat kearah perempuan itu membuatkan jantung perempuan itu berdegup kencang. Itulah pertama kali dia melihat wajah lelaki itu, namun dia rasa seperti dia sudah lama kenal dengan lelaki itu. Perempuan itu berdehem sebelum berjalan kearah lelaki itu. "Hai selamat datang, Cik nak beli bunga apa?" tanya lelaki itu sambil tersenyum manis. Perempuan itu tersenyum dan memandang kearah lelaki itu. 

Dahi perempuan itu berkerut apabila melihat ada parut di dahi kiri lelaki itu. "Um..awak ada parut kat dahi kiri awak.." kata perempuan itu tanpa sedar. Lelaki itu terdiam seketika kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh perempuan itu. Perempuan itu kemudian tersedar apa yang dia ucapkan mula berwajah merah menahan malu. "Ah..maaf. Maaf. Saya tak sengaja" kata perempuan itu. Lelaki itu kemudian ketawa melihat wajah merah perempuan itu. "Its okay, saya lahir2 dah ada parut kat dahi kiri saya ni. Um..awak pun ada parut sama dengan saya kat dahi kanan awak" kata lelaki itu sambil menunjukkan kearah dahi perempuan itu. Perempuan itu ketawa. "Oh. Samalah. Saya lahir2 ada parut ni" kata perempuan itu.

Lelaki itu tersenyum sebelum bertanya "Oh..awak nak beli bunga apa?". "Saya nak sejambak bunga ros" kata perempuan itu sambil membalas senyuman. Lelaki itu mengangguk sebelum pergi mengambil bunga ros itu dan datang semula ke kaunter itu. Dahi perempuan itu berkerut apabila ada sebatang bunga berwarna purple di sebelah sejambak bunga ros itu. "Um..saya tak minta bunga ni" kata perempuan itu. Lelaki itu tersenyum. "I know..itu untuk awak. Bunga Gloxinia..it means-"

"Love at First Sight" kata perempuan itu sambil memandang kearah bunga Gloxinia itu. Lelaki itu tersenyum. "Hey..nama saya Farhad. Boleh saya tahu siapa nama awak?" tanya lelaki itu sambil memberi bunga gloxinia kepada perempuan itu.

"Aryani..nama saya Aryani.."

The End.
Phew..Its a lot of work here.. At last berjaya habiskan cerita ni. Serious susah gila nak reka cerita fantasi macam ni. And maaf kalau bosan or wtv. Sebab ni cubaan pertama aku dalam tema fantasi ni. Dimana berlaku Reincarnation (Penjelmaan semula). Farhad dan Aryani pada tahun 1679 yang dah mati berjumpa semula di dunia yang baru pada tahun 2014. So..thanks for reading !

Aku Bukan Stalker ! Coming soon~ Pfft kawan aku tak habis2 suruh post cerita ni awal. 



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Reincarnation II

 Warning Ini cerita Fantasi. 
Jadi ianya tidak pernah wujud dalam buku sejarah anda.
atau mana2 buku sekolah.
Part I

 Sebulan kemudian.

Aryani baring di katilnya sambil memandang kearah bunga Gloxinia yang diberi oleh Farhad setiap hari.Untuk mengelakkan daripada bunga itu layu, Aryani letakkannya di pasu dan sentiasa menyiram bunga itu. Dia nekad yang dia akan berterus terang pada Farhad hari ni. Namun lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk. "Puteri..Tuanku nak jumpa puteri sekarang" ucap orang gajinya di luar. "Baiklah. Nanti saya turun" ucap Aryani sambil turun dari katilnya. Entah kenapa hatinya betul2 berasa tidak senang hati sekarang. Dia berharap ayahnya tidak tahu tentang hubungan dia dan Farhad.

Aryani masuk kedalam bilik dimana dan melihat ayah dan ibunya sedang menunggu bersama sama dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal. "Ada apa ayah nak jumpa?"tanya Aryani. "Ah..Aryani. Ni ayah nak kenalkan kamu dengan Putera Irham dari Negara Dandelion. Bakal suami kamu" kata Raja Arshad dengan senyuman lebar. Putera Irham kemudian bangun dan menundukkan kepalanya sebelum tersenyum."Selamat berkenalan Puteri Aryani"kata Irham dengan penuh berkarisma.Aryani terdiam. Baru sekarang dia teringat yang dia akan dikahwinkan dengan Putera Irham.Fikirannya melayang memikirkan Farhad,Cinta pertamanya. 

"Aryani? Kamu okay? Duduk lah dulu. Kita nak bincang hal kahwin kamu" ucap Permaisuri Riana. Aryani tersedar dari lamunannya dan berjalan perlahan untuk duduk dihadapan ibubapanya.

***
Farhad duduk di tempat dimana dia dan Aryani selalu berjumpa. Dia memandang lama bunga Gloxinia yang berada di tangannya itu dengan senyuman. "Hai..Lama tunggu?" ucap Aryani sambil duduk di sebelah Farhad. "Tak ada lah lama sangat.." kata Farhad sambil tersenyum namun senyumannya mati apabila melihat wajah muram Aryani. "Kenapa ni?" tanya Farhad.Aryani mengeluh. 

Aryani kemudian memandang wajah Farhad. "Farhad..awak sukakan saya tak?" tanya Aryani tiba2. Farhad terdiam seketika. Terkejut mendengar soalan Aryani. "E-Eh? A-apa yang awak cakap ni?" tanya Farhad dengan nada panik dan keliru. Aryani mengerutkan dahinya."Jawab soalan saya Farhad!" arah Aryani. Farhad mengeluh lalu kepalanya diusap perlahan sebelum memandang kearah wajah Aryani. "Ya..saya sukakan awak..sejak pertama kali saya jumpa awak..tapi saya tahu saya tak layak untuk awak jadi-"belum sempat Farhad menghabiskan ayatnya Aryani sudah memotong. "Saya pun sukakan awak" kata Aryani sambil tersenyum. Mata Farhad membulat. Jantungnya berdebar mendengar bait kata yang diucapkan oleh Aryani .

"A-apa? A-wak b-biar betul?" tanya Farhad dengan tergagap . Aryani tersenyum lebar melihat kelakuan Farhad. "Yup..ianya Cinta pandangan pertama. Pertama kali saya nampak awak saya rasa sesuatu dalam hati saya. Perasaan tu macam tarik saya untuk bersama dengan awak. Dan saya tak kisah apa pekerjaan awak sebab itu semua tak penting buat saya. Asalkan awak berada disisi saya,itu dah buat saya gembira" ucap Aryani sambil tersenyum. Farhad melepaskan nafas lega sebelum baring diatas rumput dengan senyuman. Siapa sangka seorang puteri akan jatuh hati pada dia, seorang tukang kebun di istana. "Saya pun jatuh cinta pandang pertama pada awak...selama ni saya selalu dengar orang cerita betapa cantiknya dan sempurnanya awak. Bila awak tegur saya hari tu dekat taman, dan saya dapat tengok awak secara dekat, dapat lihat mata awak yang bersinar tu , saya tahu yang saya dah jatuh cinta..dan sekarang ni awak pula kata yang awak cintakan saya. Saya betul2 rasa macam dalam mimpi" kata Farhad sambil ketawa kecil. Aryani tersenyum mendengar apa yang diucapkan oleh Farhad, namun senyumannya mati apabila dia teringat tentang perkahwinan dia. "Um..Farhad..saya ada sesuatu nak bagitahu awak sebenarnya.." kata Aryani. Farhad mengerutkan dahinya sebelum bangun dari rumput itu untuk memandang wajah Aryani.

"Waktu Hari Jadi saya nanti..ayah dan ibu saya akan kahwinkan saya dengan Putera Irham" kata Aryani sambil menundukkan kepalanya. Air muka Farhad menjadi muram apabila mendapat tahu tentang itu, namun dia cuba untuk mengawal dirinya. "Oh..tapi..kenapa awak bagitahu semua ni lepas awak dah berterus terang pada saya?" tanya Farhad dengan nada terluka. Aryani memandang wajah Farhad. "Sebab saya nak awak bawa saya pergi dari sini sebelum majlis kahwin saya" kata Aryani.

Farhad mengerutkan dahinya. "M-maaf. Apa? Maksud awak apa? Bawa pergi dari sini?" tanya Farhad dengan sedikit keliru. Aryani mengenggam tangannya. "Saya nak kita berdua larikan diri. Saya tak cintakan Putera Irham. Saya cintakan awak dan saya nak kahwin dengan awak. Sebabtu saya nak awak bawa saya pergi dari sini" terang Aryani. Farhad terkedu sebentar mendengar penjelasan Aryani,sebelum memandang ke mata Aryani dengan riak wajah risau dan sedih. "Awak yakin ke..? Kalau kita larikan diri..awak takkan dapat kehidupan senang awak ni lagi..dan kehidupan kat luar istana ni mencabar. Saya taknak awak menyesal.." kata Farhad. Aryani mengetap bibirnya. "Saya yakin..dan saya tak kisah. Saya yakin awak akan lindungi saya dan sentiasa berada disisi saya. Kita berdua boleh harungi semua tu bersama sama" kata Aryani sambil tersenyum. Farhad kemudian mendiamkan diri sejenak untuk berfikir . Dia tahu perkara ni berisiko, dan ada kemungkinan pihak istana akan memburu mereka berdua. Tapi..kalau dia tak buat semua ni, dia akan kehilangan orang yang dia sayang. Farhad memejamkan matanya sebelum membuka dan tersenyum kearah Aryani sambil mengangguk.

"Baiklah..kalau itu saja cara untuk kita bersama.." kata Farhad sambil tersenyum. Aryani juga tersenyum lebar mendengar jawapan Farhad. Namun mereka berdua tidak sedar sepanjang perbualan mereka berdua itu didengari oleh seseorang..Putera Irham. Putera Irham yang bersandar di pokok berdekatan dengan tempat mereka berdua itu tersenyum sinis apabila mengetahui tentang rancangan mereka sebelum dia berjalan pergi meninggalkan pasangan bercinta.

Tak semua cerita cinta akan berakhir dengan episod gembira..

***
Aryani membuka matanya dan melihat sekeliling biliknya yang gelap itu. Dia dan Farhad sudah bersetuju untuk melarikan diri pada pukul 2 pagi. Aryani bangun dari katilnya dan berlari ke tingkap untuk mencari kelibat Farhad yang menunggu di bawah. Dia kemudian melihat Farhad sedang melambai sebagai isyarat untuk dia mula bertindak. Aryani mengeluarkan tali dari bawah katilnya yang diberi oleh Farhad pada petang tadi dan mengikat hujung tali di besi yang berada di tingkapnya lalu sebelah lagi hujung talinya dicampak kebawah di mana Farhad sedang menunggu. Setelah memastikan tali itu diikat mati di besi tingkap itu, Aryani menarik nafas panjang sebelum memegang tali itu dengan kuat dan menstabilkan badannya untuk melangkah kebawah.

Dengan perlahan lahan, Aryani mengenggam tali itu dan melepaskannya sedikit demi sedikit sambil menjatuhkan badannya kebawah. Kaki dan badannya distabilkan untuk mengelakkan dia terjatuh terus. Badan Aryani mengigil namun dia menguatkan semangatnya untuk turun dari situ. Dia langsung tidak berani untuk memandang kebawah. Aryani melepaskan nafas lega apabila kakinya menjejak tanah. Dia kemudian melepaskan tali itu dan memandang kearah Farhad yang tersenyum lega itu. 

"Wow..boleh tahan. Macam dah biasa je buat macam ni" gurau Farhad sambil mengusap kepala Aryani. Aryani menumbuk perlahan bahu Farhad sambil tersenyum. "Diamlah, sudah kita kena gerak cepat. Kalau tak pengawal datang" kata Aryani. Farhad mengangguk sebelum memegang tangan Aryani dan membawanya menyeledup ke dalam taman. Aryani memandang pelik kearah Farhad. "Kenapa kita lalu sini, bukan pintu besar dekat belah sana ke?" bisik Aryani. Farhad tersenyum lalu berjalan ke dalam taman yang dipenuhi pokok dan bunga itu. "Kalau lalu sana, belum apa2 kita dah kena tangkap. Kita lalu dekat lorong rahsia yang hanya saya seorang je tahu kewujudannya" kata Farhad sambil memandang sekeliling untuk memastikan tiada pengawal.

Farhad kemudian berhenti di hadapan belukar yang berdekatan dengan dinding. Di sebalik dinding itulah tempat yang Aryani teringin sekali jejak. Selama ni ibubapanya selalu melarang dia keluar dari kawasan istana. Dan apabila dia menyedari yang dia akan berjalan keluar dari kawasan istana ini, dia tidak dapat sembunyi dari tersenyum gembira memikirkannya. Farhad kemudian mengeluarkan pedang yang dicurinya dari bilik senjata lalu dia melibas pedang itu kearah belukar untuk membuat ruang. Setelah selesai terdapat satu lorong kecil di bahagian bawah dinding itu. Mata Aryani membulat, dia tidak pernah tahu pun ada lorong rahsia untuk keluar dari kawasan Istana ni. Farhad yang melihat reaksi Aryani itu ketawa kecil. "Saya jumpa masa hari pertama saya datang sini. Saya jumpa secara tak sengaja. Lubang ni kecik sikit, awak kena merangkak untuk masuk dalam ni. Sampai kat luar awak akan nampak hutan. Sebabtu tak ada orang tahu tentang kewujudan lorong ni. Saya pun tak tahu macam mana lorong ni boleh wujud" terang Farhad sambil menyimpan pedang itu disisi pinggangnnya. Aryani hanya mengerlipkan matanya beberapa kali kerana terkedu.

Farhad kemudian menghulurkan tangannya. "Sebelum tu..awak yakin ke tentang semua ni?" tanya Farhad untuk kepastian. Aryani tersedar dari lamunannya lalu tersenyum kearah Farhad. "Saya yakin" jawab Aryani sambil tersenyum sebelum mengambil tangan Farhad dan mula merangkak dahulu kedalam lorong itu. Farhad mengekorinya dari belakang setelah memastikan keadaan sekeliling selamat. Sebelum dia masuk Farhad menolak sedikit belukar itu untuk menutup jalan ke lorong itu sebelum masuk kedalam.

Sampai diluar Farhad melihat Aryani sedang memandang kearah hutan dengan senyuman yang penuh kegembiraan. Farhad menepuk nepuk baju dan seluarnya yang kotor dipenuhi tanah dan berjalan kearah Aryani. "Okay..sekarang kita cuma perlu berjalan masuk ke hutan ni, dan kita akan sampai ke sebuah perkampungan. Kat situ, kita akan cuba dapatkan kuda. Lepas dah dapat kita akan menuju ke arah selatan di mana tempat yang saya yakin mereka takkan dapat cari kita sebab disitu daerah Labilon. Mereka takkan berani masuk ke situ" terang Farhad. Aryani menganggukkan kepalanya.

Mereka berdua kemudian berjalan mengharungi hutan belantara itu. Farhad dapat melihat yang Aryani berasa tidak selesa dan takut dengan keadaan sekeliling. Farhad kemudian memegang bahu Aryani dengan sebelah tangannya. "Hey..jangan takut. Saya akan lindungi awak" ucap Farhad sambil tersenyum. Aryani menganggukkan kepalanya sambil membalas senyuman.

***
"Kita akan serang mereka sewaktu mereka penat dan berehat nanti" ucap lelaki itu sambil memandang tajam kearah pasangan yang berjalan masuk kedalam hutan yang gelap gelita itu."Baik Phoenix..." jawab beberapa orang lelaki berbadan tegap di belakangnya. 

To Be Continue

Well.. again. Cerita ni rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan mana2 sejarah hidup Malaysia blablabla. Oh did you guys dah tahu apa maksud Gloxinia ? Thanks for reading. Aku buat cerita ni pun atas dasar bosan lol . Ia ada 3 chapter sahaja.



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi