Cinta Remaja . Part 30

Tengok kat sidebar kalau nak baca part sebelumnya

Faizal terdiam seketika mendengar kata2 Elisha itu . "Tak bagi bercinta?"
kata hati faizal . Lama juga faizal mendiamkan diri . Elisha sudah pun
mula gelisah melihat faizal yang diam secara tiba2 . Risau dia sekiranya
Faizal tiba2 sahaja hendak membenci dia . Faizal kemudian tersenyum
lalu berkata " Kalau macam tu , nak taknak kena lah ikut'

Elisha pelik melihat reaksi Faizal itu. Langsung tiada reaksi sedih atau
marah. Faizal perasan yang kekasihnya itu,mula berasa curiga dengan
reaksi yang diberikannya. Sebelum sempat elisha hendak membuka mulut
,faizal sudah pun mula berbicara 'awak janganlah salah sangka, saya tetap
sukakan awak. Cuma kita tak payahlah bercinta.Kawan pun dah cukup kan?'
Elisha terdiam seketika , didalam hatinya berasa lega kerana Faizal memahami
masalah yang dihadapinya . Lalu dilemparkan senyuman yang manis kepada
Faizal."Okey ! Lepas ni kita akan study sama2 ! No more cinta2 okey?"
kata Faizal.Elisha mengangguk dengan semangatnya .

Di Kelas
"Haziq" sapa  Delaila dari belakang . " Apa ?" tanya Haziq yang sedang sibuk
menyiapkan kerjanya . Delaila duduk di kerusi kosong yang bersebelahan
dengan Haziq itu sebelum mula berbicara . "Kenapa kau tak pernah bagitahu
aku yang kau couple balik dengan Amira?" tanya Delaila dengan wajah
serious . Haziq dengan tiba2 berwajah muram , ada reaksi bersalah di
wajahnya itu . Dia tahu dia tidak sepatutnya merahsiakan perkara itu dari
Delaila."Aku minta maaf, lagipun aku tak lama couple dengan dia . And
masa tu kau tengah sedih lagi sebab kehilangan kawan kau kan .." jawab
Haziq sambil tunduk.Delaila cuba untuk menenangkan diri dia .. dia menarik
nafas dia dengan panjang kemudian dihembus perlahan lahan . " boleh aku
tahu kenapa kau couple dengan dia balik and kenapa kau putus dengan dia
cepat sangat ?" tanya delaila . Haziq langsung tidak memandang Delaila . Dia
tidak mahu bagitahu punca dia putus dengan Amira ialah kerana dia .  " Tak
ada apa2 lah . Kau tak payah tahu okay . Sibuk je" kata Haziq sambil
menjelirkan lidahnya . Delaila mencebik . Geram melihat rakannya yang
tidak mahu menjawab pertanyaannya itu .

"Danish kau kenapa ? Cuba cerita kat aku . Dari tadi aku tengok kau masam
je"tanya Nazmi . Dia sememangnya tidak suka melihat rakan baiknya itu
bermasam muka. Danish hanya mengeluh , kata-kata terakhir Sofea tadi
masih lagi terngiang ngiang di fikirannya . "Tipu? siapa tipu?" tanya Danish
didalam hati . "Danish !"jerit Nazmi ditelinganya . " Sakitlah telinga aku kau
jerit ! . Nak apa??" tanya Danish sambil memegang telinganya . "Aku tanya
kau tak jawab , ingat kau dah pekak tadi" perli nazmi . "Sorrylah . Aku tengah
pening ni ." kata Danish dengan wajah yang masam mencuka  . " Pening ?
Kenapa?? kau demam ke ?" tanya Nazmi.Danish menggelengkan kepalanya
" Taklah .. Kau tahu tak ... tadi .. sebenarnya .. aku .. " kata danish dengan
gagapnya . " Sebenarnya apa ?!" jerit Nazmi seperti orang kurang siuman .
Dia sememangnya orang yang tidak reti bersabar .

"Kau boleh sabar tak ?" kata Danish sambil menjeling kearah Nazmi ." Hehe
sory"kata Nazmi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu ."Sebenarnya
tadi aku terus terang dengan Sofea yang aku suka dia" Kata danish dengan
lajunya membuatkan Nazmi sedikit terpinga pinga tidak dapat tangkap ayatnya
itu . " Kau apa tadi ? aku tak dengar ?" kata Nazmi . Danish mengeluh . " Tadi
.. Aku.. Terus Terang.. Dengan.. Sofea..yang .. aku .. suka .. dia . Faham ? "
kata Danish dengan lagak gaya seperti ibu yang mengajar anaknya untuk
bercakap.Dengan tidak sengaja Nazmi terjerit membuatkan semua pelajar
memandang mereka.Danish cepat cepat menekup mulut Nazmi untuk
mengelakkan Nazmi terlepas kata .

"Kau biar betul?!" tanya Nazmi .


(To Be Continued) 


Busy Kawad dan Kelas Tusyen di Sekolah . Maaf . Mungkin
lambat Update lagi .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Ni Sha berkata...

woooo . nama BF saya . haha . Faizal . hikhikk .

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi