Warkah .

Assalammualaikum.

Awak.. dah 2 tahun kita tak bertegur kan ? Semuanya bermula kerana
kebodohan saya sendiri .. saya bodoh kerana cari gaduh dengan awak.
Hanya kerana cemburu . saya gaduh dengan awak .

Sejak hari tu saya dan awak dah tak bertegur lagi . Siang malam saya
menangis . Sebab saya tak sangka sekelip mata sahaja saya kehilangan
awak , disebabkan tindakan bodoh saya .

Awak .. ingat tak . Masa form 2 .. saya mula2 tak suka sangat awak
sama kelas dengan saya . Sebab awak nakal , awak suka buli saya
sejak dari sekolah rendah lagi .Lagi malang bagi saya masa tu ,
awak duduk dekat depan saya .Tiap2 hari saya kena kacau dengan
awak . Tanpa kita sedar..hubungan kita makin rapat . Kan awak ? .
Awak dengan saya dah macam adik beradik , awak selalu buat
saya tersenyum .

Awak selalu pakai beg sekolah saya , sebab awak cakap beg saya
cantik padahal beg saya ada terkoyak masa tu . Orang selalu ingat
kita ni bercinta , walaupun kitaorang cuma kawan karib je. Saya
ingat lagi masa tu saya pakai keychain teddy smiley . Awak suka
sangat dekat keychain tu kan ? Awak selalu main2 dengan benda tu ..
sampai lah suatu hari tu .. keychain saya tali dia tercabut .. time
tu saya sedih sangat sebab tu keychain kegemaran saya ..

Awak pun ambil keychain saya , awak cakap awak nak repairkan
untuk saya kan ? dengan syarat saya bagi awak pegang keychain
tu . Pada mulanya saya tak percaya yang awak akan repair keychain
buruk tu . Kemudian satu hari tu , saya berjalan dengan kawan saya.
Saya terserempak dengan awak .. saya nampak.. keychain .. ya
itu keychain saya .. saya pasti sangat . Masa saya nampak tu , saya
sendiri terkejut .. tak sangka .. awak sanggup jahit semula keychain tu.
Time tu ayah saya dah sampai , saya sempat pandang wajah awak ..
awak tersenyum .. saya pun tersenyum . Saya gembira awak . Gembira
sangat ..

Saya sedar.. yang saya dah mula sukakan awak . Tapi saya tahu awak
sukakan saya tak lebih dari seorang rakan .. Sebab masa tu awak sedang
bercinta dengan orang lain .. saya sedar saya tidak patut menganggu hubungan
awak ..Tapi setiap hari hubungan kita semakin rapat .. awak semakin mesra
dengan saya .. sampaikan saya rasa awak layan saya lebih dari seorang
rakan ..

Kemudian ada suatu hari tu , saya tak ingat tarikh dia bila . Saya msg dengan
awak .. saya cakap dekat awak saya hendak bagitahu awak sesuatu ..
Awak pun tanyalah apa dia . Kemudian saya cakap saya SUKAKAN AWAK.
Tapi saya tahu jawapan awak apa.Jadi saya cakap dekat awak ,awak tak perlu
cakap apa2 . Sebab saya takut ..takut saya tak boleh terima jawapan awak
tu .. lagipun awak masih lagi bercinta dengan seseorang . Saya tak mahu jadi
orang ketiga ..

Keesokkan harinya .. saya nak masuk ke kelas . Saya nampak awak pandang
saya . Time tu saya rasa malu sangat awak , saya jadi tak tentu arah . Awak
pula ketawa tengok saya macam tu . Dalam kelas saya langsung tak tegur
awak sebab malu .. tapi awak .. awak tetap tegur saya .. seperti tak ada apa2
berlaku .. mungkin .. mungkin awak nak elakkan saya dari bersedih kan ?
Saya gembira sebab awak masih lagi layan saya seperti biasa. Malah semakin
hari semakin mesra hubungan awak dengan saya .

Saya ingat lagi .. masa birthday awak . Awak happy sangat sebab dapat free
call kan ? Haha . Awak tak habis2 call saya . Baru beberapa minit awak letak
telefon awak dah call balik . Time tu saya ketawa je tengok gelagat awak .

Tahun 2011 . Saya dengan awak dah tak sama kelas . Serious saya sedih
sangat.Hubungan kita masih lagi rapat masa tu . Awak dah pun putus
dengan gadis tu .Saya tak tahu sama ada saya patut gembira atau sedih
untuk awak ..

Bulan 2 . Saya dengar yang awak dah jatuh cinta pada seseorang .. seseorang
yang rapat dengan saya . Patah hati saya awak . Saya tak sangka awak boleh
jatuh cinta dekat kawansaya sendiri .. Saya selalu nampak awak berjumpa
dengan kawan saya. Kawan saya tu tak tahu yang saya suka sangat dekat
awak.Sebab saya tak pernah bagitahu dia . Jadi saya tak salahkan dia ..

Sampailah suatu hari tu , saya nampak awak masuk kelas saya . Saya
nampak awak berjumpa kawan saya . Waktu itu saya cemburu sangat
awak, awak nampak saya kemudian awak tegur saya. Jujur saya cakap,
saya tak sengaja nak tengking awak . Saya tak sengaja nak marah2 awak
dengan tiba2 . Maafkan saya awak .. saya betul2 tak sengaja ..

Tahun 2012 . Awal tahun . Kita masih lagi tak bertegur . Saya gembira
dengar yang awak dapat masuk kelas yang baik . Kebetulan pula,saya
nak pindah kelas ke kelas awak . Tapi .. semuanya terlambat . Saya dapat
tahu yang awak nak pindah ke sekolah lain . Last day awak dekat sekolah
tu , saya terfikir nak ucapkan selamat tinggal pada awak . Tapi bila awak
lalu depan saya je , saya gugup . Tak tahu nak cakap apa . sebab saya
risau awak masih marahkan saya .. Saya masih ingat pandangan awak
pada saya waktu tu .. saya menangis awak ..

Lagi buatkan saya pilu hati .. bila saya dapat tahu yang awak ada masalah.
Masalah yang saya rasa tak perlu disebutkan disini .. saya simpati pada
awak.Saya benci dekat diri saya ni , sebab bila awak kesedihan saya tak
dapat berada disisi awak sepertimana awak berada di sisi saya waktu
dahulu .. Maafkan saya awak.

Kini .. awak masih lagi segar diingatan saya .. tiap hari saya doakan masalah
awak itu selesai . Dan awak dapat tersenyum riang seperti dulu . Saya harap
sangat saya dapat berada disisi awak sekarang ni .. supaya saya dapat
kuatkan semangat awak .. supaya saya dapat buat awak ketawa ..

Sejauh mana pun awak berada . Saya akan sentiasa fikirkan awak . Sebab
awak lah kawan yang paling saya sayang sekali . Saya rindukan awak ..

Saya harap awak baca warkah saya ini ..

Wassalam.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Picoz Shupalula. berkata...

Sabarr. Sabarr. Tabahkan hati ye;)

Dalila Samsudin berkata...

@Picoz Shupalula. i will :')

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi