Cinta Remaja . Part 32

Kelihatan syahrul duduk sendirian di biliknya . Buku ulangkaji
di hadapannya langsung tidak disentuh . Sudah dua hari Syahrul
tidak datang kesekolah sejak naik sekolah hari tu , kerana perlu
ikut ibunya pergi melawat makciknya di selangor . Rasa takut
mula menyelebungi dia tatkala dia teringat , yang dia akan bertemu
dengan Delaila . Entah kenapa . sejak kejadian di taman hari itu ,
perasaannya padanya Delaila mula berubah .

Syahrul memeluk tubuhnya , matanya memandang kearah siling .
Lalu dipejamkan matanya itu . Serta merta segala kejadian yang
berlaku di taman itu , tangisan delaila , kemarahan dia kepada
Haziq, waktu dia mengalirkan air mata scara tiba2 di hadapan
rakan haziq semuanya diimbas kembali . "Kenapa dengan aku
ni !" jerit hati Syahrul lalu menekup mukanya dengan kedua dua
tangannya .

Keesokkan Harinya.

Pelajar2 Sekolah Sri Muzika semuannya beratur untuk masuk ke kelas .
"Syahrul lama tak nampak awak" tegur Delaila sambil tersenyum manis.
Syahrul terkejut mendengar sapaan Delaila itu . Automatik jantungnya
berdegup kencang . "Eh kenapa dengan aku ni . tenang ! tenang"
bisik hati syahrul . "Ah yelah lama tak jumpa" kata Syahrul sambil tersenyum.

"Kenapa awak tak datang 2 hari ?" tanya Delaila . "Saya pergi melawat
makcik saya di selangor" balas syahrul . Delaila mengangguk . "Ah..
syahrul . Saya nak ucap terima kasih ya tentang hal di taman hari tu,
awak datang pujuk saya" kata Delaila sambil memandang Syahrul .
Syahrul memandang Delaila . Tanpa dia sedari mata mereka saling
bertemu . Waktu itu , Syahrul sudah pun menjadi tidak keruan .
"Aaah .. aah .. tak apalah .. kita kan kawan" jawab Syahrul sambil
tergagap gagap . Berkerut dahi delaila apabila melihat syahrul itu tiba2
sahaja jadi gagap . " Eh aku ni dah kenapa ! pandang dia pun dah berdebar
hati ni! " jerit hati Syahrul .

Sedang Syahrul dan Delaila berbual di kelas , haziq tiba2 datang kearah
mereka. " Hai Syahrul ! lama tak nampak kau . Hai Delaila" sapa Haziq
sambil tersenyum . Delaila tersenyum melihat Haziq lalu menjawab "Hai
haziq" . Syahrul melihat wajah Delaila yang nampak sungguh bahagia apabila
haziq berada disitu . Tiba2 sahaja hati dia menjadi sakit , di pukul2 dadanya
tanpa sebab . Seperti orang tercekik makanan pun ada. " Eh syahrul kau
kenapa ? sakit jantung ke ?" tanya Haziq . Syahrul tersedar dari lamunannya .

"Ah , tak ada apa2 saja je nak test aku ni kuat ke tak" jawab Syahrul dengan
spontannya . Walaupun dia tahu jawapan dia tu tersangat lah merepek dan
bodoh . Tapi nak buat macam mana  , dia sendiri tidak faham kenapa dengan
diri dia itu . Delaila dan Haziq tergelak mendengar jawapan Syahrul itu .

Sofea tergopoh gapah menaiki tangga , kerana dia sangkakan guru
biologinya yang garang itu sudah pun masuk ke kelas . Dia terlambat masuk
kelas semuanya gara2 cikgu Ain yang minta bantuan dia mengangkat barang
tadi . Nak tak nak kena buat juga . Langkahnya dipercepatkan apabila sampai
di koridor kelasnya . Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ,

"Auwww !!" jerit Sofea dan Danish . Jeritannya itu buatkan semua mata
pelajar tertumpu kearah mereka . Sofea dan Danish sudah pun memegang
dahi masing2 , sakit kerana terhantuk dengan kuat tadi . "Eh awak ni
buta ke?" marah Sofea . " Apa saya pulak ! awak lah , main melulu masuk
tak bagi salam" kata Danish sambil mengusap dahinya .

"Eh korang sudah lah tu , tak payah nak gaduh " kata Elisha untuk menenangkan
keadaan . Tidak pernah2 dia melihat Danish dan Sofea gaduh sampai terjerit-
jerit sebegitu rupa . "Ah sudahlah ! ketepi saya nak masuk !" marah Sofea.
Lalu berjalan pergi ke mejanya, mukannya merah padam kerana malu dan
marah. "Hish dah langgar orang tak reti minta maaf" marah danish
lalu berjalan laju pergi keluar dari kelas .

"Eh kenapa dengan diorang tu?" tanya Delaila kepada Haziq dan Syahrul sambil
menundingkan jari kearah mereka . "Entah" jawab Syahrul dan Haziq dengan
serentak .

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

3 Itik gebo-gebo:

Si Matatajam berkata...

Nice story.p/s: akak ni blogger br hope leh follow yek.

Dalila Samsudin berkata...

@Si Matatajam sudah tentulah boleh :D

kay_are berkata...

cite ni menarik.. tapi kne bace dari episod 1 baru faham r kot kan? sebab still blur lagi ni.. @.@ danish tu hero, sofea tu heroin ke, ke delaila tu heroin? tak dapat agak pun T_T

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi