Cinta Remaja . Part 31

Tengok Disidebar untuk part sebelumnya

"Betul lah , takkan aku nak main2 pulak" kata Danish . Nazmi terdiam
seketika . Fikirannya sedikit bercelaru . Masakan pula tiba2 sahaja
Danish jatuh cinta dengan Sofea . Dulu bila ditanya sama ada Danish
suka atau tidak pada Sofea , Danish tak mahu mengaku . Ah sudah
lah semua itu tidak penting lagi . Yang penting sekarang ini Danish
Sudah pun mengaku yang dia sukakan Sofea .

"Habis tu , Sofea cakap apa ?" tanya Nazmi .Danish mengeluh.
Nazmi setia menunggu Danish untuk mulakan bicara . "Dia tak
suka aku ." kata Danish dengan wajah yang muram . Itu sahaja
yang mampu dia jawab . "Tak mungkin ." kata Nazmi dengan nada
yang perlahan , nasib Danish tidak dengar . Nazmi mula syak sesuatu
kerana dia tahu  Sofea sukakan Danish . Jadi kenapa tiba2 sahaja Sofea
berubah hati ?.

Waktu Balik

Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu seorang diri di tangga . Pelajar
lain sudah pun pulang kecuali dia  . Kerana menunggu seseorang . Seseorang
yang amat penting bagi dia .

"Assalammualaikum Fuad" sapa Sofea . Fuad tersedar dari lamunannya
sebentar tadi . "Waalaikumsalam Sofea" jawab Fuad dengan nada yang
manja . Sofea tersenyum . Namun senyumannya itu jelas tawar , kerana
hal dia dengan danish masih lagi belum selesai . "Maaflah sebab ajak
jumpa awak waktu macam ni"kata Fuad . "Tak apa, lagipun awak nak
apa jumpa? " jawab Sofea

"Sofea awak ingat tak pertama kali kita berjumpa dulu ?" tanya Fuad sambil
tersenyum . Sofea tiba2 ketawa,  lucu apabila teringat kainnya habis basah
kerana terkena air . Waktu itu memang geram Sofea dibuatnya . "Haha ingat
sangat kenapa ? " tanya Sofea .  Fuad tersenyum . "Saja tanya . Tapi .. awak
tahu tak kenapa saya ajak keluar selepas tu?" tanya Fuad lagi . Sofea
mengangguk."Tahu sebab awak nak minta maaf kan ?" tanya Sofea .
" Yup . and ada lagi satu sebab dia" kata Fuad sambil tersenyum .

"Apa dia?" tanya Sofea . "Saya suka awak. Sejak kali pertama kita berjumpa
hari tu . Sebab tu saya sengaja nak ajak awak keluar" kata Fuad . Sofea
terkejut mendengar kata2 Fuad itu , Seakan akan semuanya ini mimpi .
Dalam satu hari ada dua jejaka yang berterus terang dengan dia ? .
Seperti dalam drama pula .Lamunan sofea itu mula terhenti apabila Fuad
berdehem kerana pelik melihat Sofea yang terdiam dari tadi . " Ah maaf "
kata Sofea . Mukanya menjadi merah kerana malu .

"Jadi?" tanya Fuad . "Jadi apa?" tanya Sofea dengan wajah yang keliru . Fuad
ketawa kecil . Lucu melihat gadis yang disukainya itu . " Jadi awak suka atau
tak pada saya?" tanya Fuad sambil tersenyum . Sofea terdiam , fikirannya
bercelaru . Dia memang sukakan Fuad .. tapi .. hati dia seperti tidak
membenarkan dirinya menyukai Fuad . Seperti ada sesuatu yang menghalangnya.

"Boleh tak saya jawab nanti?" tanya Sofea sambil tersenyum manis . Dia
sengaja buat begitu kerana dia tahu fikiran dia masih lagi bercelaru . Wajah
Fuad bertukar masam . " Okeeeeylaaaah" jawab Fuad sambil muncungkan
mulutnya seperti kanak2.Sofea ketawa ."Awak ni janganlah merajuk . Jom
saya belanja Aiskrim" kata Sofea cuba untuk memujuk rakannya itu . Fuad
kembali tersenyum lalu pantas bangun dan berjalan menuruni tangga
membuatkan Sofea terpinga pinga . " Eh awak nak pergi mana tu?" jerit
Sofea . " Kata nak belanja Aiskrim ! Cepatlah !" jerit Fuad dari bawah.
Sofea ketawa melihat telatah rakannya itu . "Gelojoh betul " kata Sofea
lalu terus turun kebawah .

Sofea tidak sedar ada mata yang memerhatikan dia dari jauh ...

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi