Jam
pukul 3 pagi New York City . Keisya yang sedang memandu setelah seharian dia
berada di ofis demi menyiapkan kertas projek yang akan dia bentangkan pada hari
lusa mengeluh kepenatan. Walaupun sudah pukul 3 pagi , namun di bandar itu
masih lagi meriah dan penuh dengan manusia di setiap kedai dan pejalan kaki.
Ada beberapa sekumpulan orang muda yang dalam keadaan mabuk berdiri di tepi
jalan sambil menyanyi dengan kuat. Keisya mengerutkan mukanya , benci melihat
perangai mereka yang mabuk dan mengganggu ketenteraman awam . Keretanya
kemudian dilajukan untuk cepat beredar dari kawasan itu sebelum dia belok di
satu simpang. Tiba-tiba satu kelibat berlari ke tengah jalan raya iaitu di
hadapan kereta Keisya membuatkan Keisya menjerit sambil memijak pedal brek
dengan pantas. Nampaknya tindakan Keisya itu tidak cukup pantas apabila lembaga
itu dilanggar kuat olehnya sehingga tergolek di jalan raya.
Keisya
menarik brek tangan dalam keadaan tangan yang mengigil. “Oh god..apa aku dah
buat ni” kata Keisya dengan panik dan mula keluar dari kereta. Dia berjalan ke
hadapan keretanya dan melihat seorang lelaki memakai suit sedang terbaring di
jalan. Keisya kemudian memandang sekeliling jalan itu dan mendapati hanya dia
dan belum pasti mayat atau tidak lelaki itu sahaja. Keisya mendekati lelaki dan
menendang perlahan bahunya . Tiada pergerakan. Keisya mula panik dan air mata
mula bertakung di matanya. Dia kemudian mencangkung dan memeriksa nadi lelaki
itu. “Oh!” reaksinya apabila mendapati lelaki itu masih hidup. Keisya kemudian
melihat wajah lelaki itu secara dekat. Handsome..
Dia
kemudian mengetuk kepalanya sendiri apabila terganggu seketika. Mukanya
kemudian berkerut apabila dia bau arak di badan lelaki itu. “Yuks” katanya
dengan muka berkerut. Keisya kemudian terdengar suara beberapa orang sedang
ketawa dari arah jauh membuatkan dia panik . Dia kemudian mula membuka pintu
belakang keretanya dan menarik badan lelaki itu masuk ke dalam keretanya. Nevermind the fact that baju suit tu
mungkin berharga sampai cecah ribuan. Yang penting sekarang dia perlu
selamatkan diri dia dan lelaki itu. Dia tak mahu masuk penjara sebab melanggar
orang.
Keisya
memandu laju ke rumah teresnya dan saat itu Keisya bersyukur rumahnya bukan
rumah apartment. Peluh ketiak kena angkat lelaki itu. Keisya mengangkat lelaki
itu dengan meletak tangannya di atas bahu . Dengan menggunakan segala tenaganya
akhirnya dia berjaya membawa masuk lelaki itu ke dalam rumahnya. Lelaki itu
kemudian di campak ke atas sofa kerana dia tidak tahan dengan bau arak.
Keisya
kemudian mendial nombor kawannya untuk meminta pertolongan. “Hello ? Nira? Yes I know its freaking 4 am right now but I
need your help! Please I beg you!” rayu Keisya . “What if aku cakap yang kat rumah aku ada lelaki sekarang ni? Nira?
Hello?” panggil Keisya apabila panggilan dimatikan secara tiba-tiba. Keisya
mengeluh lalu mendekati lelaki yang masih lagi sedang pengsan itu. Dia meneliti
badan dan kepala lelaki itu untuk melihat jika ada luka atau darah tapi tidak
menjumpai apa-apa. “ Wow.. power
mamat ni kena langgar tak ada pun darah” kata Keisya seorang diri .
Baru
sahaja dia hendak ke dapur untuk mengambil minuman tiba-tiba pintu rumahnya
diketuk kuat . Keisya berlari ke arah pintu itu dan membukanya . Kelihatan Nira
dengan wajah yang bengis dan masih lagi memakai baju itu sedang memandang ke
arahnya. “Explain” arah Nira sambil
masuk ke dalam rumah dan matanya membesar melihat lelaki tidak dikenali sedang
terbaring di atas sofa. “Lajunya kau sampai” kata Keisya sambil menutup pintu .
Nira menjulingkan matanya ke atas . “ Rumah aku jarak tiga rumah je dari rumah
kau” kata Nira dengan nada malas sebelum memeluk badannya dan memandang ke arah
Keisya. “Explain kat aku kenapa ada
lelaki pakai suit kat rumah kau?”
Keisya
menggaru kepalanya. “Em.. aku langgar dia” terang Keisya. Mata Nira membulat. “What?! kau langgar dia?! Dah tu kau bawa
dia ke sini sebab apa?!” tanya Nira dengan nada panik. Keisya memandang ke arah
Nira dengan penuh serba salah. “Sebab aku takut kena masuk penjara nanti sebab
langgar dia. Lagipun aku panik and seorang diri time tu” terang Keisya lagi
seperti budak kecil yang dimarahi oleh ibunya. Nira mengurut dahinya sambil
cuba untuk menenangkan diri. “Kau tak check
id dia ke ? Nama dia alamat dia ke apa?” tanya Nira lagi. Keisya memandang
Nira dengan wajah bercahaya. “Great
ideaaa” katanya lalu berjalan lelaki itu untuk mencari dompet. Nira
ternganga melihat kawannya itu. “Kau langsung tak terfikir idea tu dari tadi
ke?” tanya Nira dengan riak terkejut sambil melihat Keisya sedang berusaha
menepuk bahagian poket di seluar lelaki itu . “Nope” jawab Keisya. Nira
memicit lagi dahinya melihat perangai kawannya itu.
“Nira
aku rasa kita ada masalah” kata Keisya dengan tiba-tiba . Nira memandang ke
arah Keisya. “ Apa?” tanya dia. Keisya memandang ke arah Nira dengan wajah
serious. “Lelaki ni tak bawak dompet langsung” kata Keisya. Nira mengerutkan
dahinya. “Tak mungkin lah.. gila ke apa lelaki pakai suit mahal macam ni tak
bawa dompet” kata Nira sambil memerhati keadaan lelaki itu. “Maybe he’s an idiot” kata Keisya dengan nada yakin. Kau lah yang idiot kata Nira dalam hati
tidak mampu untuk luah di hadapan kawannya itu. Dia kemudian menarik baju
kemeja lelaki itu ke atas dengan kasar untuk melihat keadaan badannya. Keisya
di belakang mula panik. “ Woah Nira ! Kau buat apa!? Aku tak nak kena tangkap
sebab gangguan seksual !” kata Keisya dengan panik namun Nira memekakkan
telinganya. “Diamlah. Tengok ni kat badan dia penuh lebam. Mesti dia kena
rompak dalam keadaan mabuk ni” kata Nira. Keisya yang sedang menutup matanya
dengan tapak tangan mula mengintip sedikit untuk tengok badan lelaki itu yang oh my god dia ada six pack abs! Wajah Keisya mula merah padam. Nira yang pelik
apabila tidak mendengar reaksi dari kawannya mula menoleh dan tersenyum melihat
kawannya berwajah merah. Dia kemudian tutup semula badan lelaki itu dengan
baju.
Nira
bangun dan memandang kawannya. “So
sekarang kau yakin ke nak biar lelaki ni dekat sini?” tanya Nira. Keisya
mengangguk. “Terpaksa lah dah kalau dia id pun tak ada” katanya . Nira
mengangguk sambil membetulkan kedudukan lelaki itu di sofa. “Oh dan aku rasa
esok aku tak pergi kerja kot. Tak ada sapa jaga laki ni” kata Keisya lagi. Nira
memandang ke arah lelaki itu kemudian ke arah Keisya . “Suka hati kau lah
Keisya tapi jangan lupa letak ais dekat lebam dia tu” terang Nira sambil
tersenyum sinis melihat wajah Keisya mula menjadi merah padam. “Okay lah aku
pergi dulu. Esok pagi kau call aku terus tau. Nak tahu kau hidup lagi ke tak
lepas bermalam dengan lelaki ni” usik Nira . “Nira!” jerit Keisya dengan reaksi
panik . Nira ketawa sambil berjalan ke arah pintu . “Bye!” jerit Nira lalu
keluar dari rumah itu. Keisya mengeluh lalu
memandang ke arah lelaki yang masih lagi tidak sedarkan diri itu.
Satu
jam kemudian , Keisya selesai membersihkan sedikit muka dan tangan lelaki itu
dan letak ais di bahagian perutnya yang lebam itu dengan wajah yang merah padam
sebelum dia menyelimutkan lelaki itu dengan selimut tebal. Dalam keadaan
mengantuk dan penat Keisya menghantar mesej kepada boss nya dan mula masuk ke
dalam bilik. Pintu bilik itu dikunci demi keselamatan dan dia terus tertidur di
atas katilnya.
_
Keisya
mengerutkan dahinya apabila mendengar bunyi telefon bimbitnya sedang berdering
dengan kuat . Keisya membuka matanya dan melihat keadaan di luar sudah pun
cerah menandakan sudah waktu pagi. Dia mencapai telefon bimbitnya dan
mengerutkan dahi melihat Nira menelefonnya. “Hello” jawab Keisya dengan suara
serak . “Hello my bestie! Kau hidup lagi yeay ! So apa jadi kat lelaki hot yang
kau bawa semalam?!” tanya Nira dengan riang. Keisya mengerutkan dahinya.
“Lelaki mana ni?” tanya Keisya dengan keadaan mamai. Kedengaran Nira mengeluh
dengan kuat. “Semalam kau langgar lelaki then kau bawak dia balik sebab
kononnya tak nak masuk penjara. Does that
ring a bell? “ tanya Nira. Keisya dengan pantas bangun . “Ugh aku lupa
pasal dia. Kejap aku pergi check” kata Keisya sambil bangun dari katil untuk ke
tandas. “Aku datang rumah kau kejap lagi ! Tunggu aku ya!” kata Nira lalu
mematikan panggilan. Keisya meletakkan telefonnya di meja sebelum pergi ke
tandas untuk mandi dan bersiap jumpa lelaki itu dengan harapan dia sudah sedar.
Selesai
bersiap Keisya keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Nampaknya lelaki
itu sudah pun bangun dari mimpi lenanya semalam. Dengan tiba-tiba Keisya jadi
panik dan takut. Keisya datang ke arah lelaki itu yang nampak dalam keadaan
terpinga-pinga dengan situasinya sekarang. “Hai..” tegur Keisya dengan
perlahan, tidak mahu terkejut kan lelaki itu. Lelaki itu mengerutkan dahinya.
“Kau siapa? Aku kat mana ni?” tanya lelaki itu . Keisya mengangkat keningnya orang Melayu gak rupanya dia ni bisiknya
di dalam hati. Keisya menggaru kepalanya.
“Err
saya Keisya, semalam.. saya jumpa awak terbaring kat tengah jalan so saya bawa
awak ke rumah saya sekarang ni. Saya dah cuba cari id awak tapi tak jumpa”
terang Keisya separuh menipu separuh jujur. Lelaki itu mengerutkan dahinya
seperti sedang berfikir. Pintu rumah diketuk mengganggu perbualan mereka
seketika. Keisya membuka pintu dan kelihatan Nira sedang tersengih di depan
pintu. “You alive !!” jerit nya
dengan nada sindir. Keisya memuncungkan mulutnya dan memberi ruang untuk Nira
masuk. Nira kemudian memandang ke arah lelaki yang sedang kebingungan itu . “Oh
you awake?! Hello nice to meet you! I’m Nira” tegur Nira . “Dia Melayu Nira”
kata Keisya. Nira membesarkan matanya mendengar info terbaru itu. “Oh wow. Okay..emm..macam
mana keadaan awak sekarang? Okay?” tanya Nira. Lelaki itu memandang ke arah
Nira dengan wajah pelik . “Badan aku sakit sikit . By the way thanks lah
selamatkan aku terbaring kat tengah jalan semalam” kata lelaki itu sambil
tersenyum kecil ke arah Keisya. Nira mengerutkan dahinya dengan keliru. “Siapa
selamatkan siapa? Terbaring tengah jalan?” tanya Nira dengan keliru. Lelaki itu
tersenyum ke arah Nira . “ Keisya kata dia nampak aku terbaring kat tengah
jalan semalam tu yang dia bawak balik sini” terang lelaki itu. Nira mengangkat
keningnya dan memandang ke arah Keisya yang sudah pun melarikan pandangan ke
arah lain untuk elak daripada disoal . “Oookay…” kata Nira sambil cuba menahan
gelak.
“Anyway
siapa kau? Sebab kita orang tak dapat cari id kau langsung” terang Nira. Keisya
hanya mengangguk di belakang. Lelaki itu kemudian mengerutkan muka. Lama. Dia
kemudian mula pucat dan memandang ke arah Keisya dan Nira. “Aku tak ingat nama
aku” katanya.
“Oh come on ! tak boleh cliché lagi ke
benda ni!” rungut Nira dengan kuat.
_
Situasi
sekarang Nira, Keisya dan lelaki yang tidak bernama itu sedang duduk di meja
makan sambil mengunyah bijirin coco
crunch . Satu-satunya makanan yang ada di rumah Keisya. “So.. kau tak ingat
nama kau.. badan kau bau arak.. then kau Melayu.. aku panggil kau Bob” kata
Nira dengan tiba-tiba membuatkan lelaki tidak bernama dan Keisya sama-sama
tersembur makanan . Keisya kerana dia tidak tahan ketawa manakala lelaki tidak
bernama itu kerana dia terkejut. “Apahal bob pulak?!” tanya lelaki itu . Nira
hanya mengangkat bahu.
“Itu
je yang ada dalam otak aku sekarang. Oh lepas ni pergi mandi. Baju aku ada bawa
untuk kau” kata Nira. Keisya yang sudah pun berhenti ketawa itu memandang ke
arah Nira. “Rajinnya kau bawa baju untuk dia” kata Keisya. Nira memandang ke
arah Keisya “Dah tu takkan kau nak duduk serumah dengan laki bau arak ni
sepanjang hari” kata Nira. Keisya terus mengangguk tidak mahu memanjangkan
perbualan lagi.
Lelaki
tidak bernama itu kemudian mandi dan memakai baju t-shirt biasa dan seluar
jeans yang dibawa oleh Nira. Baju kemeja suitnya direndam oleh Keisya. “So… apa
kata kita mulakan strategi nak dapatkan ingatan Bob balik” kata Nira selepas
mereka duduk di ruang tamu. “Hey nama aku bukan bob lah!” jerit Bob tidak puas
hati. Nira tidak melayan Bob dan terus fokus berfikir. Keisya menggaru
kepalanya. “Um kalau kita pergi balik kat tempat aku jumpa dia okay tak? Mana
tahu ada orang kat situ kenal dia” cadang Keisya. Nira mengangguk. “Okay juga.
Kau jumpa dia dekat mana?” tanya Nira. “Dekat Brooklyn.. area club Output I
think..” kata Keisya. Nira memandang ke arah Bob sambil mengangkat
keningnya. “Seriously Bob? Tempat tu? Ugh ..okay fine jom pergi” kata Nira.
_
Dalam
perjalanan ke sana , beberapa kali Keisya menoleh ke belakang untuk melihat
keadaan Bob . Sekali skala Bob akan tersenyum ke arah Keisya membuatkan wajah
Keisya menjadi merah kerana malu dan juga kerana senyuman Bob itu menawan. Nira
hanya menahan ketawa melihat telatah kawannya itu . Sampai di sana , secara
kasarnya Nira yang lebih banyak bertanya pada orang-orang yang bekerja di situ
dan pejalan kaki dengan menarik Bob ke hadapan dan bertanya “Do you know him?” dengan wajah serius
membuatkan beberapa orang mula berasa takut dengannya. Satu jam kemudian mereka
mula penat dan berehat di sebuah café. Di meja hanya ada Keisya dan Bob
sementara Nira pergi ke tandas. “Um.. awak okay ke?” tanya Keisya dengan perlahan
apabila melihat Bob dari tadi memicit dahinya. Bob memandang ke arah Keisya
lalu tersenyum kecil sambil mengangguk. “Okay.. cuma.. saya rasa semalam saya
ada terlanggar something lah.. kepala saya sakit” ngadu Bob sambil memicit
kepalanya. Keisya tersedak air coklat yang diminumnya membuatkan Bob
memandangnya dengan wajah yang risau.
Setelah
selesai batuk dan lap mulutnya akibat tersedak. Keisya menggaru kepalanya dan
memandang ke arah Bob dengan wajah yang serba salah. “Em Bob..” panggil Keisya
dengan perlahan tetapi Bob sedang sibuk melihat surat khabar yang ada di meja
itu. “Bob” panggil Keisya lagi dengan lebih kuat tetapi dipotong apabila Bob
tiba-tiba sahaja menjerit namanya. “Keisya ! Saya rasa saya kenal laki ni!”
kata Bob sambil menunjuk gambar seorang lelaki sedang duduk di sofa dan
memegang IPhone 6s yang terbaru. Keisya mengerutkan dahinya. “Tu David.. artis
kat sini.. semua orang kenal” kata Keisya. Bob menggelengkan kepalanya. “Yes I know tapi tak tahu kenapa saya
rasa saya kenal sangat dengan dia ni and rasa yang kami berdua pernah berjumpa”
kata Bob dengan wajah yang gembira. Nira datang dan duduk di meja “Apahal ni?”
tanya Nira. Keisya hanya mengangkat bahu lalu tunjuk ke arah Bob. “Aku rasa aku
pernah jumpa David ni” terang Bob sambil tunjuk gambar David di surat khabar
itu. Nira mengerutkan mukanya dan memandang wajah Bob dengan penuh sangsi.
“Tu
artis. And kau…Bob” kata Nira masih lagi dalam keadaan ragu-ragu. Bob mendengus
kemarahan. “Ugh aku bukan bob betul pun ! Aku yakin aku kenal dia ni dalam real
life” terang Bob lagi. Nira kemudian tersengih . “ Ke kau gay and ..” dia
mengangkat-angkat keningnya ke arah Bob. Bob membuat muka jijik dan geli. “Euw
! No ! Please lah percaya aku” kata Bob lalu memandang ke arah Keisya dengan
penuh harapan. Keisya terkejut melihat renungan itu terus menganggukkan kepala.
“Okay.. tapi macam mana nak cari dia?” tanya Keisya. Nira menjulingkan matanya
ke atas melihat reaksi yang sudah dapat di agak daripada Keisya. “ Kita pergi
dekat syarikat dia lah. Mana lagi” kata Nira. Bob mengangguk dengan wajah
gembira dan tersenyum manis ke arah Keisya. Mereka kemudian berjalan keluar
dari café itu.
“By
the way. Kau yakin kau bukan gay? Bob”
“Nira
! For god sake ! NO !” dan Keisya hanya
ketawa .
_
Sampai
di syarikat Billion yang terkenal
dengan artis-artis terkemuka bekerja di situ mereka dihampakan dengan info yang
mereka dapat tentang David. Kerani di situ kata David sekarang berada di luar
negara untuk tujuan perfileman. Mereka berjalan di kaki lima menuju ke arah kereta
mereka sebelum Keisya terhenti melihat seekor anak kucing sedang duduk di atas
jalan raya seorang diri. Keisya menoleh ke atas melihat isyarat lampu jalan
pejalan kaki dan melihat ia dalam keadaan hijau. Dia kemudian melintas dan
menuju ke arah anak kucing itu.
Sedang
dia mengangkat anak kucing itu kedengaran suara Bob sedang menjerit
memanggilnya sebelum badannya ditolak kasar ke tepi . Dalam keadaan bingung dan
pening kerana hentakan jalan raya itu Keisya bangun dan melihat Bob sedang
terbaring di atas jalan raya tetapi kali ini ada darah. Wajah Keisya mula pucat
dan dia berlari ke arah Bob , Nira sudah pun berlari di sana setelah memaki
hamun tuan kereta yang melanggar Bob itu.
Keisya
menepuk perlahan pipi Bob namun tiada pergerakan. Air mata mula mengalir di
pipinya. Kedengaran suara Nira sedang bercakap di telefon meminta ambulance
untuk datang. Keisya hanya duduk di situ dan memegang tangan Bob dengan kuat.
Mengharap supaya ambulance datang dengan pantas.
_
Di
hospital kelihatan Keisya dan Nira berdiri di tepi katil pesakit sambil melihat
Bob yang sedang terbaring. “Aku rasa jodoh Bob ni dengan kereta and jalan kuat
lah. Semalam kena, harini pun” kata Nira cuba untuk meriahkan suasana sedikit.
Keisya hanya tersenyum kecil. Dia betul-betul berasa serba salah di atas apa
yang terjadi hari ni dan semalam. Keisya kemudian tersenyum apabila melihat Bob
mula sedarkan diri. “Ugh.. what happened..”
kata Bob dengan suara serak dan memegang kepalanya yang berbalut. “Kau kena
langgar dengan kereta” kata Nira . Keisya mengangguk sambil membantu Bob untuk
duduk. Bob kemudian mula memandang ke arah Keisya dan Nira dengan reaksi
terkejut. “Aku dah ingat ! Aku dah ingat nama aku !” kata Bob tiba-tiba. Nira
dan Keisya tersenyum gembira. “So apa nama kau?” tanya Nira. “Khairul !” kata
Khairul (Yeah. No more Bob) . Nira
hanya mengangguk. “Aku harapkan nama kau power macam Bront Palarae but
Khairul..hm okaylah” kata Nira dengan selamba. Khairul tidak mempedulikan Nira
dan memandang ke arah Keisya dengan pandangan tajam. “Keisya.. aku ingat apa
jadi semalam” katanya . Keisya mula berwajah pucat. “I can explain..” kata Keisya dengan perlahan dan muka seperti
hendak menangis. Khairul kemudian ketawa dengan kuat. Membuatkan Keisya
memandang pelik ke arahnya. Nira mengisyaratkan gila dengan memusing jarinya di tepi kepala ke arah Keisya. Khairul
berhenti daripada ketawa dan memandang ke arah Keisya.
“Jangan
risau. Aku yang salah sebab tiba-tiba lari kat tengah jalan, sebenarnya time tu
aku cuba nak kejar pencuri yang curi dompet aku lepas kena tumbuk. Oh dan pasal
bau arak tu , bukan aku yang minum, time aku kejar aku ada terlanggar arak kat
tangan seorang laki tu sampai tumpah kat baju. Sebab tu lah..” terang Khairul.
“So..tak ada adegan kau mabuk sebab putus cinta then kena rompak lepastu kena
langgar kereta sebab mabuk sangat?” tanya Nira. Khairul menjeling ke arah Nira.
“No. Gila ke apa aku nak minum arak” kata Khairul.
“Um
kalau macam tu macam mana awak boleh ada dekat kawasan club tu?” tanya Keisha.
“Saya teman kawan saya David tu lah , dia nak pergi club tu . Lepas dia dah
balik saya pun nak call driver saya tapi time tu lah dompet dan phone saya kena
curi” terang Khairul lagi. Keisya mengangguk. “Kau kenal David? Serious ke? Kau
kerja apa ni?” tanya Nira. “Aku kerja kat Billion , tu syarikat ayah aku” kata
Khairul sambil tersenyum. Nira dan Keisya ternganga .
_
Khairul
dan Keisya berdiri menghadap satu sama lain di luar bangunan hospital setelah
Khairul menelefon pemandunya untuk ambil. “By
the way.. for yesterday actually I was so enchanted by your
beauty that I ran into your car. So I'm going to need your number for insurance
purposes”
kata Khairul dengan tiba-tiba membuatkan Keisya terkedu dan bingung. “
Huh?” itu sahaja yang keluar dari mulut Keisya. “Ugh tak perlu rasanya guna
pickup line untuk dapatkan nombor dia. Nak muntah aku, bukan kau nampak pun dia
semalam time kena langgar” kata Nira tiba-tiba dari belakang membuatkan Keisya
yang baru faham dengan situasi tersebut mula berwajah merah kerana malu.
Khairul menjeling ke arah Nira sebelum tersenyum ke arah Keisya. “So?” tanya
Khairul dengan penuh harapan. Keisya mengangguk dan mula mengeluarkan kertas
dan pen dari beg tangannya kemudian mula menulis nombornya di atas kertas itu.
Dia kemudian berikan kepada Khairul yang kemudian tersenyum lebar dan mula
masuk ke dalam kereta.
Khairul
melambai dari dalam kereta dan menjerit Bye!
and Thanks ! kepada Nira dan Keisya.
_
Keesokan
harinya Keisha menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali
I tried my best
to not feel anything for you. Guess what? I failed.[K]
Keisya tersenyum.
Tamat.
Meh. Cuba nak buat cerita yang lain dari lain dan berakhir dengan cerita yang macam ni. Anyway hope you enjoy. Btw pickup line tu dari Google.
1 Itik gebo-gebo:
Keisha tu nama salah sekor hamster sy kn mati sebab tuan die terpijak die lol XD
Jom Terjah: ketahui sebab & kenapa trend Fesyen Lelaki semakin popular sekarang ni!
Catat Ulasan