Jangan Jatuh Cinta



DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION
AKU BUKAN STALKER WILL BE BACK 



Eiman dan Alya berkawan  sejak dari sekolah menengah lagi. Memandangkan mereka mempunyai minat yang sama , mereka telah memohon jurusan yang sama untuk masuk ke Universiti. Di universiti hubungan  mereka  semakin  lama  semakin erat. Di dalam  hubungan  mereka  ada  satu perjanjian yang mereka perlu patuh untuk sepanjang masa , mereka dilarang untuk jatuh cinta di antara satu sama lain untuk mengelakkan hubungan kawan mereka terputus.
Kelihatan Alya sedang berlari di koridor sebelum keluar ke arah taman yang luas. Di situ kelihatan pelajar-pelajar sedang berjalan dan berbual sesama sendiri. Ada beberapa pelajar sedang duduk di bawah pokok untuk belajar atau berehat . Alya berhenti sekejap di tengah taman itu lalu mula memandang sekeliling mencari seseorang. Apabila dia berjaya menangkap kedudukan orang yang dia cari itu dia mula tersenyum dan berjalan ke arahnya.
“Emaaan !” panggil Alya sambil mengusap kepala Eirman dengan kasar . Eirman menjeling ke arah Alya apabila rambutnya diusap kasar . “Stop it ! Rosak lah rambut aku! Buruk nanti” rungut Eirman. Alya tersengih melihat telatah kawannya itu. Dia kemudian duduk di sebelah Eirman. “Eleh bukan handsome pun kau! Tak ada beza pun kalau aku rosakkan” usik Alya sambil mengeluarkan roti dari dalam begnya. Eirman mencebik lalu kembali semula melakukan aktiviti yang dia lakukan sebelum Alya datang mengganggu, iaitu aktiviti membaca buku.
Alya memandang ke arah Eirman yang kembali membaca buku itu . Matanya dijulingkan ke atas.  “Mphtak hambis hambis vacha bufu” kata Alya dengan mulut yang penuh , beberapa cebis roti terkeluar dari mulutnya. Eirman mengerutkan dahinya melihat perangai tidak senonoh Alya itu. “Euw kau ni telan dulu baru cakap boleh tak?” marah Eirman. Alya menelan roti di mulutnya lalu tersengih sebelum memasamkan semula mukanya. “Janganlah baca buku je, makan lah sekali kau ni” marah Alya.  Eirman mengeluh . “Tak boleh . Minggu depan aku ada test . Kau tahu kan aku ni macam mana bila exam dah dekat” kata Eirman sambil memandang ke arah bukunya. Tiba-tiba bukunya ditarik dan roti sardin diletakkan di atas pehanya. “Aku tahu . Sebab tu aku paksa kau makan sekarang ni. Stop baca and start eating” arah Alya sambil meletakkan buku Eirman di tempat yang jauh darinya.
“Hey !” marah Eirman tapi dia tak mampu buat apa-apa bila Alya mula memandangnya dengan pandangan tajam. Dengan keadaan terpaksa Eirman membuka balutan roti sardin itu sebelum mula makan. Saat itu baru dia sedar yang dia sebenarnya lapar. Alya tersenyum melihat gelagat Eirman itu. “Kalau aku takda nanti aku taktau lah macam mana hidup kau nanti. Entah makan ke tak” kata Alya tiba-tiba. Eirman berhenti makan apabila mendengar kata-kata Alya itu, memandangkan Eirman sekarang ni seorang yatim piatu . Alya lah yang selama ini menjaga dia dan memastikan hidupnya sentiasa teratur.
“Janganlah cakap macam tu... anyway suatu hari nanti turn aku pulak yang jaga kau so jangan risau” kata Eirman. Alya memandang pelik ke arah Eirman. “Eee budak lembik macam kau nak jaga aku? No way. Better aku mintak Fahrin Ahmad yang jaga aku, badan sado” usik Alya. Eirman membeliakkan matanya . “What?! Hey aku sado okay ! Nak aku buka baju ni ke?! Nak!? Nak!?” kata Eirman sambil mengacah untuk membuka bajunya. “ Euw no ! Stop” kata Alya sambil ketawa besar dan menolak badan Eirman. Gelak tawa mereka berdua kedengaran kuat di taman itu membuatkan beberapa orang pelajar memandang pelik ke arah mereka. Hubungan mereka sememangnya ada naik turun , setiap hari ada sahaja perkara yang buatkan mereka bergaduh . Namun disebabkan itu lah hubungan mereka masih lagi utuh sehingga hari ini .
_
Semuanya berubah apabila Alya terlibat dalam kemalangan menyebabkan dia koma . Alya juga lumpuh pada bahagian kakinya. Eirman memandang ke arah Alya yang sedang terbaring di atas katil hospital. Sudah dekat 3 bulan Alya terlantar di katil. Eirman dan ibu Alya ,Puan Aminah bergilir-gilir menjaga Alya di hospital. Eirman mengeluh apabila fikirannya melayang ke insiden yang menyebabkan Alya menjadi begini.
Ia berlaku sewaktu Alya hendak pulang ke rumahnya sewaktu cuti sem . Dalam perjalanan pulang ke rumah , teksi yang dinaikinya telah dilanggar oleh lori membuatkan teksi itu terpusing beberapa kali. Dalam keadaan sedar tak sedar , kaki Alya telah tersepit dengan pintu yang remuk . Selepas itu Alya langsung tidak sedarkan diri. Lamunan Eirman terhenti apabila bunyi pintu dibuka kedengaran , kelihatan Puan Aminah masuk dengan senyuman sayu di bibirnya. “Makcik” panggil Eirman sambil tersenyum dan mula bangun dari kerusi untuk memberikan tempat duduk itu kepada ibu Alya. “Eman dah makan ke? Ni makcik bawa makanan untuk kamu” kata Puan Aminah sambil memberikan bekal kepada Eirman . “Belum. Terima kasih. Susah-susah je cik” kata Eirman sambil mengambil bekal itu. Puan Aminah kemudian duduk di kerusi dan mula memegang tangan anaknya yang sejuk itu. “Takpalah Eman..kamu tu dah macam anak makcik dah..ni kamu tolong jaga Alya pun makcik dah bersyukur”  kata Puan Aminah dengan perlahan. Eirman tersenyum lalu memandang ke arah Alya. “Doktor kata luka-luka dia kebanyakan dah sembuh. Cuma..entahlah kenapa dia masih tak sedarkan diri” kata Eirman. Puan Aminah mengangguk dan mula mengusap kepala anaknya. “Makcik sebenarnya takut fikirkan apa yang akan jadi lepas dia bangun nanti..” katanya dengan nada sebak. Eirman memandang ke bawah. Tangannya digenggam kuat. “Makcik takut dia tak boleh terima hakikat dengan keadaan badan dia sekarang ni” sambung Puan Aminah lagi kali ini air mata mula mengalir di pipinya.
Eirman menarik nafas panjang sebelum dihembuskan dengan perlahan . “Makcik jangan risau..saya akan jaga dia sampai saya mati. Saya janji” kata Eirman. Puan Aminah memandang ke arah Eirman sebelum tersenyum kecil. “Kamu berdua ni kadang-kadang nampak macam kekasih lah..makcik tak faham kenapa kamu berdua buat perjanjian pelik tu” katanya sambil ketawa kecil. Eirman memandang ke arah Puan Aminah dengan reaksi terkejut. “Makcik tahu?!” tanya dia. Puan Aminah ketawa sebelum mengangguk. “Alya mana pernah berahsia dengan makcik. Mestilah makcik tahu” katanya. Eirman menggaru kepalanya sambil cuba menahan malu. Mereka berdua diam untuk seketika sebelum Puan Aminah memulakan semula bicara. “Kamu masih lagi berpegang pada janji tu ke?” tanya Puan Aminah. Eirman mengangguk. “Kalau macam tu.. macam mana kamu nak jaga Alya sampai mati? Lambat laun kamu akan berkahwin dengan orang yang kamu cinta..mesti kamu kena bagi perhatian lebih pada isteri kamu” kata Puan Aminah.
Eirman mengerutkan dahinya. “Tak.. walaupun saya jatuh cinta dekat perempuan lain. Saya tetap akan kekalkan hubungan kami berdua. Saya tak akan tinggalkan kawan saya” terang Eirman dengan bersungguh-sungguh. Puan Aminah memandang lama wajah Eirman sebelum tersenyum. “Baiklah kalau kamu cakap macam tu” katanya perlahan sebelum kembali memandang wajah anaknya dan mengusap tangan anaknya berkali kali. Eirman memandang wajah Puan Aminah kemudian matanya dialihkan kepada Alya. Dia yakin dia tak akan mungkir janji.
_
Seminggu kemudian
Eirman sedang duduk di kerusi sambil membaca buku . Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menyebut “Ibu..” . Eirman memandang ke arah Alya dan terkejut melihat Alya sedang mengerutkan dahi dan mula meronta-ronta. Eirman memegang bahu Alya sebelum menggoyangkannya sedikit . “Alya? Alya?” panggil Eirman. Alya semakin kuat meronta , kerana panik Eirman mula menjerit memanggil jururawat di hospital itu. “Nurse ! Doktor !” jerit Eirman. Kelihatan doktor dan jururawat mula masuk menuju ke Alya. Alya kemudian dengan tiba-tiba membuka matanya dengan besar, matanya memandang tepat ke arah Eirman . Eirman terdiam kaku melihat Alya.  Salah seorang jururawat mula meminta Eirman untuk keluar dari bilik. Eirman akur dan mula berjalan keluar dari bilik itu. Pandangan Alya masih tetap ke arah Eirman sebelum dia keluar . Dengan tangan yang mengigil Eirman mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mula mendail nombor Puan Aminah, telefon kemudian diletakkan di telinganya. “Hello ? Makcik? Alya…dia dah sedar” kata Eirman . “Ya Allah..Alhamdullilah. Makcik pergi sana sekarang !” kata Puan Aminah dengan nada teruja . Eirman mengangguk walaupun dia tahu Puan Aminah tidak akan nampak. Panggilan itu kemudian dimatikan.
Eirman bersandar di dinding sambil melepaskan nafas lega. Doktor dan jururawat mula keluar dari bilik. Doktor itu berjalan ke arah Eirman dengan wajah yang tegang. “Eirman?” panggil doktor itu . Disebabkan Eirman setiap hari datang ke hospital , dia sudah pun dikenali oleh semua jururawat dan doktor di sini. “Ya Doktor ? Macam mana dengan Alya?” tanya Eirman dengan penuh kerisauan. “Dia seperti yang awak tahu..dah pun sedar dari koma. Keadaan dia pun sudah stabil..tapi..reaksi dia lepas tahu pasal kaki dia..” kata doktor itu sebelum terhenti dan memandang ke arah Eirman . Faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh doktor itu. Eirman mengangguk dan hatinya mula terasa berat. “Hanya awak dan ibu dia yang mampu tolong Alya sekarang ni..” kata doktor itu. Eirman hanya mendiamkan diri sambil tertunduk. Doktor itu kemudian menepuk bahunya sebelum berjalan pergi. Eirman kemudian menarik nafas sedalam nya sebelum menghembus dengan perlahan. Dia membuka pintu bilik itu dan melihat Alya yang sedang termenung memandang ke arah tingkap di luar.
“Alya?” panggil Eirman dengan perlahan. Alya langsung tidak memberi reaksi. Eirman masuk sebelum menutup pintu itu dengan perlahan. Dia kemudian berjalan perlahan ke arah Alya , jantungnya berdegup dengan kencang. “Alya? Ni aku Eman” kata Eirman lagi dengan nada perlahan. Alya kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Eirman dengan perlahan. Hati Eirman terasa sakit melihat wajah Alya yang sudah hilang harapan. Air mata mengalir di pipi Alya sebelum Alya mula menangis dengan kuat . “Er..Erman…k-kaki aku” tangis Alya dalam keadaan tersedu-sedu. Eirman menggenggam tangannya dengan kuat menahan perasaan sedih di dalam hatinya. Dia kemudian berjalan ke arah Alya dan mula memaut kepala Alya dengan perlahan sebelum dibawa kepada dadanya. Rambut Alya dibelai perlahan , bajunya basah kerana air mata Alya tetapi dia tidak kisah. Kerana kawan dia sangat perlukan dia sekarang ni. Tangisan Alya semakin kuat apabila kepalanya dibelai . “Macam mana aku nak hidup lepas ni?! Mak aku siapa nak jaga kalau aku ni cacat” kata Alya. Eirman melepaskan pelukannya dan mula memandang ke arah Alya. “Aku akan bantu kau..aku janji aku akan sentiasa di sisi kau” ucap Eirman kepada Alya.
_
Satu tahun kemudian , Alya kembali menyambung pelajarannya semula setelah baik daripada kemurungan dan berjaya dipujuk oleh ibu dan pensyarah untuk menyambung pelajaran. Manakala Eirman sudah pun menghabiskan pelajarannya. Setiap hari Eirman akan membantu Alya dengan menolak kerusi rodanya ke setiap kelas yang Alya perlu hadir walaupun Alya beberapa kali sudah beritahu dia boleh berdikari sendiri. Eirman terbangun dari tidurnya apabila mendengar suara riuh pelajar mula kedengaran. Dia membuat keputusan untuk tunggu Alya di dalam kelas sahaja dengan duduk di bahagian paling belakang. Disebabkan dia sudah belajar dengan apa yang Alya belajar sekarang dia menjadi bosan lalu tertidur di dalam kelas. Alya menoleh ke belakang dan tersenyum melihat wajah mamai Eirman . Eirman berdiri dan mula berjalan ke arah Alya. Kerusi roda itu kemudian ditolak jauh dari meja . “Best tidur?” usik Alya. Eirman tersenyum. “Best. Kalau time dulu mana aku boleh tidur dalam kelas. Mesti kena marah dengan lecture” jawab Eirman. Alya ketawa kecil mendengar jawapan Eirman. Dia melihat ramai pelajar memandang ke arahnya. Alya mula mengeluh. Eirman yang perasan tentang perubahan mood Alya mula mengusap kepalanya dengan perlahan. “Ignore diorang semua weh..kalau kau nak tahu gosip yang kita berdua ni pasangan muda yang berkahwin dan mula tersebar” kata Eirman. Mata Alya membulat sebelum dia menjerit “What?!” . Eirman menahan dirinya daripada tersenyum. “Euw! Sangat geli okay? Apa merapu sangat diorang ni” marah Alya sambil memeluk badannya. “Sweet lah. Suami yang setiap hari teman isteri dia pergi kelas. Semua orang melting bila tengok kita tau” usik Eirman lagi. “Yelah..teman isteri yang cacat” kata Alya dengan nada sedih. Eirman terhenti berjalan dan menolak kerusi roda itu. Dahinya dikerutkan dan wajahnya menjadi tegang. Dia kemudian berjalan ke hadapan Alya dan mula melutut untuk memandang Alya tepat di wajahnya. Alya mula panik apabila perasan yang Eirman telah berhenti di tengah-tengah taman dan ramai pelajar mula memandang ke arah mereka.
“Hey. Pandang aku” arah Eirman dengan tegas membuatkan Alya akur dan memandang ke arah Eirman. “Berapa kali aku nak pesan? Jangan sesekali gelarkan diri kau cacat” kata Eirman. Alya menundukkan kepalanya. “Betul lah aku cakap kan..kau tengok lah aku ni” kata Alya sambil menunjuk ke arah kakinya.  Eirman mengangkat jarinya lalu diletakkan di bawah dagu Alya memaksa Alya untuk memandang ke arahnya. “ Aku tak kisah semua tu..bagi aku kau tetap kawan aku yang dulu dan tetap istimewa di mata aku” katanya membuatkan wajah Alya tiba-tiba menjadi merah padam. Kedengaran beberapa pelajar perempuan “Auww sweetnya” di tepinya. Alya menjeling ke arah pelajar itu membuatkan mereka dengan pantas beredar. “Sibuk je” gumam Alya sambil memuncungkan mulutnya. Eirman ketawa lalu kembali bangun dan mula menolak kerusi roda itu semula.
“Kalaulah diorang tahu pasal janji kita takleh bercinta antara satu sama lain mesti takda gosip murahan ni” ngomel Alya. Eirman menggenggam pemegang kerusi roda itu dengan kuat lalu mengukir senyuman. “Kalaulah..”
_
Alya menolak tayar kerusi rodanya untuk menuju ke ruang tamu. Dia kemudian membuka televisyen dan mula menonton drama di TV itu. Puan Aminah yang baru keluar dari dapur tersenyum melihat anaknya di ruang tamu. “Hari ni tak keluar ke? Selalu kalau cuti panjang je mesti keluar dengan Eman tu” usik Puan Aminah. Alya memandang ke arah ibunya dengan wajah muram. “Entah si Eman tu. Langsung tak contact Alya seminggu ni” rungutnya . Puan Aminah mengerutkan dahinya. “Mesej pun tak ada?” tanya Puan Aminah. Alya menggelengkan kepalanya. Entah kenapa hatinya terasa sakit memikirkan Eirman . “Dia busy kot..dengan life dia. Biarlah dia bu, mana tahu dia dah bosan nak layan Alya ni” kata Alya. Puan Aminah mengeluh apabila melihat anaknya mula merajuk dan terasa hati dengan Eirman. “Tak baiklah kamu ni..takkan lah dia nak tinggal satu-satunya kawan baik dia ni” pujuk Puan Aminah. Alya hanya mendiamkan diri.
Keesokkan harinya Alya menerima panggilan telefon daripada Eirman. Tanpa dia sedari senyuman lebar mula terukir di bibirnya apabila melihat nama Eirman tentera di skrin telefon bimbitnya. “Hello? Eman !” ucap Alya dengan nada teruja. “Hai Alya..” jawab Eirman tanpa nada teruja. Alya mengerutkan dahinya mendengar nada suara Eirman. “Eman ! Mana kau pergi hah?! Dekat seminggu kau tak contact aku pun !” marah Alya namun sebaliknya dalam hati dia gembira apabila dapat mendengar suara Eirman. “Aku..err..aku busy. Sorry lah” kata Eirman dengan nada serba salah. “Busy sangat ke? Kau ni janganlah selalu overtime kalau kerja ! Rehat lah kekadang” marah Alya lagi. “Em alah-” kata-kata Eirman terpotong apabila kedengaran sayup suara perempuan lain sedang memanggil Eirman . “Eman? Sapa tu??” tanya Alya. “Sorry..err nanti aku explain kat kau. Aku call lain kali ya ! Bye” kata Eirman lalu mematikan panggilan.
Alya mengerutkan dahinya dengan telatah pelik Eirman itu. Perasaan sedih mula timbul apabila dia sedar yang dia hanya dapat bercakap untuk tempoh masa yang sekejap sahaja dengan Eriman.
_
“Aku dah ada girlfriend” kata Eirman sewaktu dia datang melawat Alya. Mereka sekarang sedang berada di taman belakang rumah Alya. Alya terdiam selepas mendengar apa yang diucapkan oleh Eirman. Dia sepatutnya berasa gembira apabila kawannya dah punya kekasih. Tapi entah kenapa mulutnya berat hendak buka untuk mengucap tahniah. “Alya?” panggil Eirman. Alya tersedar dari lamunannya dan mengukirkan senyuman. “Tahniah” kata Alya sambil mengenggam tangannya.
_
Sejak dari itu Eirman semakin kurang datang melawat Alya. Dia masih lagi menolong Alya pergi balik ke kelas namun sampai itu sahaja hubungan mereka. Selepas Eirman menghantar Alya balik , dia terus pergi semula di sisi kekasihnya. Alya berasa sedih memikirkan Eirman bersama dengan orang lain. Dia tidak mahu pentingkan diri tetapi dia tidak dapat mengelak daripada terasa kehilangan Eirman disisinya.
“Eman..jom stay rumah aku kita tengok movie dengan ibu malam ni sambil makan pizza macam dulu-dulu” ajak Alya . Eirman memandang ke arah Alya dengan riak wajah ragu-ragu sebelum mengangguk. “Okay” katanya. Malam itu Alya , Puan Aminah dan Eirman sedang duduk di hadapan televisyen sambil menonton The Minions semuanya atas permintaan Alya sendiri. Sekali sekala mereka ketawa melihat telatah Minions. Pizza di atas meja sudah pun habis dimakan oleh mereka bertiga.
Selesai menonton televisyen Eirman meminta diri untuk pulang ke rumah. Alya dan Eirman sedang berdiri di hadapan pintu , kedua dua mereka tersenyum memandang satu sama lain. “Thanks for today Eman” ucap Alya. Eirman tersenyum sambil mengangguk . “Sama-sama . Lagipun aku rindu nak luangkan masa dengan kau and makcik” kata Eirman . Alya tersengih. “Dahtu kau tak habis-habis dengan awek kau je memang lah” kata Alya. Senyuman Eirman tiba-tiba terhenti apabila topik itu disebut. Alya yang perasan tentang itu mula berasa bersalah. “Oh.. sorry” kata Alya.
“Takpa..sorry lah kalau aku jarang dengan kau sebelum ni..aku..”
“Takpa Eman..aku faham” potong Alya sambil tersenyum ke arah Eirman. Eirman memandang ke arah Alya dengan wajah yang penuh serba salah. Dia kemudian mengusap kepala Alya perlahan sebelum tersenyum kecil . “Bye..” ucap nya dengan perlahan lalu berjalan keluar dari rumah. Pintu rumah itu kemudian ditutup. Alya yang masih lagi berada di situ meletakkan satu tangannya di kepala tempat Eirman mengusapnya dan satu lagi di dadanya. Kepalanya ditunduk. Air mata mula mengalir di pipinya. “Bodohlah aku. Kan kita dah janji…” katanya dengan perlahan. Puan Aminah yang dari tadi sembunyi di tepi dinding untuk melihat apa yang dilakukan oleh mereka berdua itu mula memandang sayu ke arah anaknya.
_
Eirman memandang ke arah Puan Aminah yang berada di hadapannya. Pagi tadi dia mendapat panggilan darinya untuk datang berjumpa di kedai makan. “Um makcik nak jumpa saya sebab apa?” tanya Eirman. Puan Aminah mengeluh lalu meletakkan cawan the di meja sebelum memandang tepat ke arah Eirman. “Pasal Alya” jawabnya. Eirman mengerutkan dahinya. “Kenapa dengan Alya ? Dia ada sakit apa-apa ke?” tanya Eirman dengan wajah risau. “She love you” kata Puan Aminah tiba-tiba membuatkan Eirman terdiam. “Huh?” hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Jantungnya mula berdegung kencang. “And makcik tahu kamu pun cintakan dia” kata Puan Aminah lagi membuatkan wajah Eirman menjadi merah padam.
Eirman kemudian menundukkan kepalanya. “Mana ada makcik..tak mungkin lah” katanya namun jantungnya tidak henti-henti berdegup laju . “Ni semua sebab janji tu kan?” tanya Puan Aminah lagi. Eirman mendiamkan diri sambil mengangguk. “Kamu dah besar kan? Janji tu pun sebenarnya tak masuk akal! Ni soal perasaan ! Apa-apa boleh jadi. So sekarang ni disebabkan janji tu kamu berdua dah tersekat” marah Eirman. Eirman menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Tapi..kitaorang tak nak nanti kalau apa-apa jadi time bercinta , hubungan kawan kitaorang terputus” kata Eirman.
Puan Aminah menggelengkan kepalanya. Pening melayan perasaan orang muda sekarang ini . “Belum bercinta lagi kamu dah fikir bukan-bukan ! Kalau kamu betul-betul cintakan dia mesti kamu akan usaha buat yang terbaik. Gaduh tu perkara biasa! Makcik pun selalu gaduh dulu dengan arwah suami makcik” katanya yang tiba-tiba sayu teringatkan arwah suaminya.
“Dah tu..saya nak buat apa sekarang ni?” tanya Eirman dengan wajah keliru dan muncung apabila dimarahi oleh Puan Aminah. “Ajak Alya keluar esok ! Confess dekat dia! And awek kamu tu, makcik tahu kamu cuma berpura-pura ja! Penat dah makcik tengok perangai kamu berdua ni” kata Puan Aminah. Eirman hanya mengangguk .
_
Alya menjerit keriangan melihat kecantikkan pemandangan di hadapannya. Entah kenapa tiba-tiba harini Eirman ajak dia pergi keluar naik ke bukit. Agak semput juga Eirman untuk menolak Alya sepanjang jalan sampai Alya menjadi serba salah dan meminta untuk berhenti dan pergi ke tempat lain sahaja. Eirman hanya tersenyum dan kembali menolak Alya menuju ke puncak bukit.
Eirman tersenyum melihat wajah gembira Alya yang sedang melihat pemandangan itu. Dia kemudian mengeluarkan sekuntum bunga dari beg galasnya dan berjalan menuju ke arah Alya. Bunga itu disorokkan di belakang seluarnya sebelum dia melutut di hadapan Alya. Alya memandang pelik ke arah Eirman yang sedang tersengih memandangnya.
“Hai” ucap Eirman dengan lembut.
“Hai? Err kau kenapa?” tanya Alya dengan nada pelik.
“Saja. Nak tengok muka kau yang comel ni” puji Eirman. Dia tersenyum  melihat wajah Alya menjadi merah. “Err..thanks?” jawab Alya sambil cuba untuk mengalihkan pandangan ke arah lain. Eirman kemudian mula berwajah serius. “Em Alya? Kau ingat lagi tak janji kita dulu?” tanya Eirman . Alya terdiam sejenak sebelum mengangguk . “Kalau aku nak mungkir janji tu boleh tak?” tanya Eirman lagi. Dia kemudian merenung wajah Alya untuk melihat reaksinya. Alya memandang ke arah dengan reaksi terkejut dan keliru. “Maksud kau?” tanya Alya dengan perlahan.
“Kalau aku kata yang aku cintakan kau..kau terima tak?” tanya Eirman dengan perasaan takut. Alya terdiam sebelum dia menundukkan kepalanya. Eirman mengerutkan dahinya melihat reaksi Alya. “Eirman..kau tahu kan aku ni ca-“ belum sempat Alya menghabiskan ayatnya dahinya dijentik kuat. “Auw!” ngaduh Alya sambil memegang dahinya. Dia kemudian menjeling ke arah Eirman yang sedang tersengih itu. “Kan aku dah cakap jangan sebut perkataan tu. Degil lagi” marah Eirman namun mulutnya masih lagi tersengih. Alya memuncungkan mulutnya sambil memandang ke bawah. Tiba-tiba sekuntum bunga ros muncul di hadapannya.
“Kau tetap nampak istimewa di mata aku” kata Eirman. Alya mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Eirman yang sedang tersenyum itu. Matanya kemudian mula berair. Dia mengambil bunga ros itu sambil tersenyum. “ Hey kau ambik bunga tu tanpa jawab soalan aku” rungut Eirman tiba-tiba. Alya ketawa lalu dia tersenyum ke arah Eirman.
“Of course lah aku cintakan kau. Budak lembik”



The End

Check out cerpen aku yang lain di 
http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.my/p/blog-page.html



 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

8 Itik gebo-gebo:

sedutzone berkata...

Alamak, dah terjatuh cinta la...acaner ni?? hehehehhe...nice..

Syadiya Khairul berkata...

saya rapat dgn sorang laki ni. bff sejak darjah 1 tau! hihi. lepastu ada certain year weols macam tak kawan. naik form 1 kawan balik. bila kawan balik start jeles bila dia dgn perempuan lain. and now, em maafla he's my bf T^T ahahahah

Siti fironika berkata...

wah...sweet lah citer dia...ada terharu jugak baca sampai habis...huhuhuu..nti next time nak baca lg update terbaru k..thanks..hihihi

Dalila Samsudin berkata...

@Siti fironika thanks sudi baca ^^

Dalila Samsudin berkata...

@Syadiya Khairul untungnyaaa xD

Dalila Samsudin berkata...

@sedutzone ahahaha thanks ^^

Dalila Samsudin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
HouseOfHealin Kulim berkata...

Suweetttt.....ting tong punya janji... hehhehehe... akak pulak pernah ckp kat bff akak yang kami just gonna be bff forever...(sebenarnya nak lari sbb dia baik sgt, suweet + hensem ala ala flower boy yg maskulin and everthing u need, he got it...he's too perfect for me) tak layak jer dgn dia.. and u know what..until now.. he still single. and still stay by my side as bff ONLY... siapa ckp girl tk boleh ada bff lelaki...hehhee..
sob sob.. akak doakan dia jmpa jodoh yg baik. ^____^

xoxo :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi