Suprise? Untuk peminat Suamiku Pembuli .
Kehidupan Siti dan Asyraf
sememangnya bahagia. Ditambah lagi dengan hadirnya 2 cahaya mata mereka Aiman
dan Aina. Walaupun mereka berdua jelas mengikut perangai nakal Asyraf namun ada
masanya mereka menjadi anak yang sweet
dan caring .Terutama sekali pada ibu
mereka, Siti.
Hari ni siti , membawa
anaknya ke Tesco untuk membeli bahan dapur. Aiman dan Aina seperti biasa, mulut
mereka sentiasa petah bercakap lagi-lagi bila nampak snek kegemaran mereka.
Siti meletakkan mereka di dalam trolley
untuk memudahkan kerjanya mencari bahan masak.
Beberapa minit
kemudian, Siti melepaskan anaknya dari trolley untuk membiarkan mereka memilih
sendiri snek yang mereka mahu sementara dia sedang memilih buah-buahan untuk
dimakan waktu malam nanti. Sedang dia meneliti buah-buahan di situ, ada seseorang
menegurnya daripada belakang.
“Um..Siti?”
Siti menoleh badannya
ke arah belakang dan terkedu melihat lelaki itu. Arif.
Arif dan Siti merupakan
sahabat karib sejak dari zaman sekolah lagi. Hubungan mereka terlalu rapat
sehingga ramai menyangka yang mereka ni couple.
Dan ada seorang manusia yang tidak menyukai Arif dia ialah Asyraf. Waktu
sekolah pasti ada saja cara yang dilakukan Asyraf untuk membuli Arif. Dan
disebabkan itulah Siti benci pada Asyraf. Siti juga pernah mempunyai perasaan
suka pada Arif namun hubungan mereka terputus apabila Arif terpaksa belajar di
luar negara demi menyambung bisnes
ayahnya di sana.
“A-arif?! Lama tak
nampak awak ! Awak apa khabar?!” ujar Siti dengan nada terkejut dan teruja.
Jantungnya berdegup melihat Arif yang sekian lama berada di luar negara. Dari
dahulu lagi Arif terkenal dengan wajah yang kacak dan senyuman yang manis. Arif
melemparkan senyuman manisnya membuatkan wajah Siti sedikit merah. Sampai
sekarang senyuman Arif mampu membuat Siti berasa malu. “Alhamdullilah saya
okay. Awak..apa khabar? Buat apa sekarang?” tanya Arif.
Baru sahaja Siti hendak
menjawab soalan itu. Jeritan si kembar kedengaran. “Mama !” jerit Aiman dan
Aina lalu berlari dan memeluk kaki Siti. Air muka Arif berubah menjadi keliru
melihat dua orang kembar itu. “Oh..awak dah kahwin? T-Tahniah! Who’s the lucky
guy?” tanya Arif .Siti menggaru belakang kepalanya sebelum menjawab.
“Um..a-asyraf” jawab Siti. Mata Arif membesar. “What!? Asyraf si pembuli tu?!”
tanya Arif dengan suara yang kuat membuatkan tiga beranak itu tersentak. Siti
mengangguk kepalanya. “Err..parent kami aturkan perkahwinan ni. So..tadaa!”
ucap Siti sambil mendepa tangannya di kepala anaknya. Arif diam sejenak sebelum
mula tersenyum. “So..korang bukan kahwin atas cinta lah..” gumam Arif . Siti
mengerutkan dahinya. “Eh.B-bu- “ belum sempat dia habis kata Arif sudah
memotong. “Okaylah! Saya kena pergi dulu. Jumpa lagi kay!” ucap Arif sambil
mengenyitkan matanya dan melambai ke arah kembar lalu berlalu pergi
meninggalkan Siti terpinga pinga .
Aiman menarik hujung
baju Siti untuk mendapatkan perhatiannya. “Mama! Aiman tak suka kat pakcik tu!”
rungut Aiman sambil memuncungkan mulutnya “Aina pun! Aina pun!” ujar Aina
sambil mengangkat tangannya seperti budak yang mahu menjawab kuiz di sekolah. Siti
tersedar daripada lamunannya dan mengerutkan dahi melihat si kembar. “Hey apa
ni? Tak baik tau. Tu kawan mama, janganlah cakap bukan2” marah Siti dengan nada
perlahan. Dia kemudian mendukung Aina dan memasukkannya ke dalam trolley, lalu
mencium pipinya. Aiman yang enggan masuk ke dalam trolley hanya memuncungkan
mulutnya dengan wajah masam. Melihat telatah anak lelakinya itu Siti tersenyum
manis. Dia tahu apa yang difikirkan oleh anaknya. “Jom makan aiskrim!” kata
Siti dengan teruja sambil mengusapkan kepala anaknya. Sekelip mata si kembar
menjerit kegembiraan .
**
Asyraf baru sahaja
pulang dari kerja, sampai sahaja di pintu rumah dia dapat melihat dua orang
kembarnya sedang berlari ke arahnya. “Yeay ! Papa dah balik!” jerit si kembar
sambil melompat ke arah Asyraf. Asyraf
memeluk kedua-dua anaknya itu . Dia kemudian memimpin anaknya di kedua-dua
belah tangan sambil berjalan masuk ke rumah. “ Mama mana?” tanya Asyraf. “Mama
kat dapur ! Mama kata nak masak ayam hari ni!” ujar Aiman sambil terloncat-loncat
kegembiraan. Asyraf tersenyum kecil melihat telatah anaknya itu. “ Apa kata
Aiman dengan Aina pi main kat ruang tamu. Papa nak jumpa mama kejap” kata
Asyraf sambil mengenyitkan matanya ke arah Aiman, faham kehendak ayahnya Aiman
memimpin Aina pergi bermain di ruang tamu.
Asyraf berjalan ke
dapur dan tersenyum melihat isterinya sedang memasak sambil memakai apron pink.
Nampak comel. Dia kemudian berjalan perlahan di belakang isterinya sebelum
memeluk tubuh badan kecil isterinya itu. Siti terkejut sebelum tersenyum kerana
dia tahu itu suaminya melalui bau minyak wangi yang masih lagi terlekat di
badan suaminya. Dia kemudian menoleh ke belakang dan tersenyum melihat suaminya
sedang meletakkan dahi di bahunya. “Selamat pulang” ucap Siti lalu mencium
hidung suaminya. Asyraf ketawa kecil apabila diperlakukan begitu. Siti kemudian
kembali fokus dengan masakannya. “Bila nak siap? Saya lapar” rungut Asyraf
sambil memuncungkan mulutnya. Siti mengangkat tangan kirinya lalu mengusap pipi
suaminya. “Sabarlah. Kejap lagi. Apa kata awak pergi mandi dulu” kata Siti.
Asyraf kemudian
mengeratkan pelukannya. “Jom sayang..” bisik Asyraf. Melihat perangai gatal
suaminya sudah muncul, Siti mengangkat pisau yang berada di tangannya itu. “Apa
dia sayang?” kata Siti sambil membuat senyuman tidak bersalah. Asyraf dengan
pantas melepaskan pelukan apabila melihat pisau itu. “Err.. saya pergi mandi
dulu ye” kata Asyraf lalu berjalan lalu keluar dari dapur. Siti ketawa melihat
telatah suaminya itu sambil menggelengkan kepala.
**
Mereka sedang makan
apabila Aiman tiba-tiba sahaja membuka cerita tentang kejadian di Tesco pagi
tadi . Siti yang terlupa tentang perkara itu mula berasa kaku apabila mengesan
aura dingin dari suaminya.
“Papa tahu tak ! Habis
muka mama merah bila mama cakap dengan lelaki tu! mesti dia jahat kan papa?”
“Betul tu! Betul tu!
Pastu kan dia kata papa kahwin dengan mama bukan atas dasar cinta. Cinta tu apa
papa? Jajan ke?”
“Cinta pun taktau! Tu
laut ah ! Dasar laut dengan dasar cinta kan sama .Oh pastu kan papa! Pakcik tu
kenyit kan mata dekat mama”
“Cinta tu laut? Oh
camtu papa nanti cuti kita pi cinta lah eh? Nak main air !”
“Ish dia ni! Sibuk ja”
Siti sekarang
betul-betul rasa hendak seletep mulut anak kembarnya itu lalu kunci mereka di
dalam bilik. Dia dapat rasakan bulu roma nya meremang sekarang ni. Matilah aku lepasni.. jerit hatinya.
**
Hari sudah lewat malam
dan kedua kembar itu sudah pun masuk tidur. Siti sedang menyikat rambut
sementara menunggu suaminya keluar dari tandas. Sejak makan malam tadi langsung
suaminya tidak bercakap dengan dia dan hanya termenung seorang diri. Siti yang
berasa serba salah itu mula memikirkan pelan untuk memujuk suaminya.
Asyraf keluar dari
tandas dan mula berjalan ke arah katil . “Abang?” panggil Siti dengan perlahan.
Asyraf terhenti daripada berjalan ke arah katil. “Apa?” tanya Asyraf dengan
nada dingin. Siti berjalan merapati Asyraf dan memeluk badan suaminya daripada
belakang. “Siti minta maaf bang.. pasal hal di Tesco tu” ujar Siti dengan penuh
ikhlas. Badan suaminya mula relaks dan tidak tegang. “Siapa lelaki tu?” tanya
Asyraf. Siti melepaskan pelukannya dan mula rasa panik. “Err..Arif” jawabnya
perlahan namun jawapan itu didengari jelas oleh Asyraf membuatkan dia memusing
dan memandang ke arah Siti dengan pantas. “What?! Mamat tu!?” jerit Asyraf.
Siti memalsukan senyuman dan mengangguk cuba untuk tenangkan suaminya. “Err
ye..” jawabnya . Asyraf mula berwajah bengang , dia kemudian memegang kedua-dua
belah bahu Siti dengan kuat.Mata Siti membesar apabila dipegang sebegitu,
Asyraf kemudian merenung tajam ke arah Siti. “Awak suka dia ke?” tanya Asyraf
dengan serius. Reaksi Siti berubah menjadi terkejut dan geli . “Apa?! Tak lah !
Merapu lah abang ni ! Eee dia kawan saya lah!” kata Siti dengan muka yang
berkerut. Asyraf melepaskan pegangannya tapi wajahnya tetap tegang. “Dah tu
kenapa Aiman cakap awak blushing jumpa dia?” tanya Asyraf. Siti menggaru
kepalanya dan mula mengalihkan pandangan. “Em..awak tahu kan..Arif tu sejak
dulu lagi dia handsome so.. saya tak dapat control muka saya dari blushing”
terang Siti dengan serba salah.
Wajah Asyraf kemudian
berubah menjadi sedih dan terluka ibarat kucing yang baru sahaja dibuang oleh
tuannya. “Habis awak nak kata saya tak handsome lah?” tanya Asyraf dengan nada
sedih. Siti dengan pantas memandang ke arah suaminya. “Eh ! Tak lah awak still
lagi handsome. Jangan risau” pujuk Siti. Asyraf masih lagi memuncungkan mukanya
seperti tidak percaya dengan jawapan Siti. Siti mengeluh dan mula menekup wajah
Asyraf dengan kedua tangannya. Dia kemudian merapatkan wajahnya dan mula
mencium kedua-dua pipi suaminya berkali-kali sehingga suaminya mula ketawa
kecil. Siti kemudian berhenti dan memandang ke arah suaminya dengan senyuman
lembut. “Walaupun saya tak suka awak dulu..tapi percaya lah sekarang ni awak
lah yang paling saya cinta dunia dan akhirat” ucap Siti dengan lembut. Asyraf
tersenyum lalu memeluk isterinya. “Dan awak pun akan jadi cinta saya dunia dan
akhirat..” katanya sambil membelai rambut isterinya.
_
Siti mengeluh melihat
suaminya dan anak kembar mereka sedang sibuk bermain dengan sayur kubis yang berada
di rak sayur itu. Entah kenapa minggu ni Asyraf nekad hendak menemaninya ke
Tesco untuk membeli barang dapur . Katanya hendak tolong cari barang dapur tapi
hakikatnya main sayur dengan anaknya. Selesai membeli sayur dan daging , Siti menemani
anak dan suaminya pergi ke bahagian mainan. Sedang mereka melihat barang-barang
mainan , tiba-tiba ada suara menegurnya dari belakang.
“Assalamualaikum” ucap
seseorang dari belakang. Siti menoleh dan terkejut melihat Arif berada di
belakangnya dengan senyuman manis. “Waalaikumsalam” jawab Siti. Arif tersengih
memandang ke arah Siti. “Seorang je ke?” tanya dia. Belum sempat Siti hendak
menjawab ada suara yang bersuara . “Tak lah dengan famili” kata Asyraf yang tiba-tiba sahaja muncul di tepi Siti.
Arif dan Siti masing-masing terkejut. Asyraf kemudian memeluk pinggang Siti
dengan erat dan memberikan senyuman palsu ke arah Arif. Arif yang kelihatan
tidak selesai itu membalas senyuman sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Lama tak jumpa Asyraf”
ucap Arif sambil bersalam dengan Asyraf. Dia menggigit bibirnya apabila Asyraf
membalas salam itu dengan genggaman yang kuat. Mereka kemudian melepaskan
tangan masing-masing. “Sayang.. jom balik . Anak-anak kita dah penat tu” kata
Asyraf dengan lembut ke arah Siti . Siti yang terpinga-pinga itu hanya
mengangguk dan mula melambai ke arah Arif. Arif hanya mampu tersenyum lalu mula
berjalan ke arah lain. Hilang sahaja kelibat Arif , Asyraf melepaskan pelukannya
dan mula berlari ke arah di mana Arif baru sahaja pergi. Dia kemudian membaling
bola plastik tepat kena ke arah kepala Arif yang mengaduh kesakitan itu. Arif
hanya mengeluh kerana dia tahu siapa dalang yang baling bola kepadanya itu.
Langkah kakinya di lajukan.
“Hehehe padan muka”
kata Asyraf seorang diri sambil berjalan semula ke arah isterinya yang hanya
mampu ternganga melihat perangai suaminya. Siti kemudian mengeluh sambil
menggelengkan kepalanya. Tak ubah
langsung perangai buli dia ni…
Tamat. Kot.
Mesti tak ada siapa yang expect ni kan..well sebenarnya aku pun. aku baru perasan benda ni ada kat draf and separuh dah siap hahahaha. Enjoy ! Still aku tengah usahakan versi novel punya. Lepas siapkan Aku Bukan Stalker.
BUKU TERBITAN PERTAMA DARI DALILA SAMSUDIN. KLIK SAYA
BUKU TERBITAN PERTAMA DARI DALILA SAMSUDIN. KLIK SAYA