DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION |
Sambungan kepada [Bukan Dia] Klik tajuk tu untuk baca dulu. Taknak baca pun takpa kalau rasa dah pernah baca sebelum ni.
"Abang minta maaf...tapi abang rasa..perasaan cinta
abang pada awak dah hilang..abang sendiri tak tahu macam mana semua ni
berlaku..tapi...abang rasa abang lebih cintakan Laila”
“Tiga tahun abang..tiga tahun kita kekalkan perkahwinan
ni..abang nak hancurkan macam tu je..hanya sebab abang cintakan perempuan
lain.."
"Satu hari..abang bagi saya satu hari untuk cuba kembalikan
perasaan tu pada abang, k-kalau abang masih lagi tak rasa perasaan tu..saya
terima yang kita kena berpisah..please"
"So..awak dah dapat balik belum perasaan tu?"
Akmal menundukkan kepalanya sambil menggelengkan kepalanya,
tidak sanggup melihat wajah Narsha
"Terima kasih untuk selama ni..selama awak cintakan
saya. Terima kasih..saya hargai sangat2..dan saya doakan awak akan berkekalan
dengan Laila..dan ianya tak berakhir macam kita berdua..jaga dia elok2...didik
dia..dan sentiasa beri perhatian pada dia..Okay?" kata Narsha dengan masih
lagi tersenyum walaupun mata dia tidak berhenti mengalir air mata. Akmal
kemudian memeluk Narsha sambil mengucapkan minta maaf berkali kali dan Narsha
hanya mampu menangis didada Akmal.
Please...jangan
tinggalkan saya... hanya itu yang berada di fikiran Narsha..
5
tahun kemudian
Kelihatan Narsha keluar
daripada keretanya setelah sampai di sebuah restoran . Dia kemudian berjalan
dan masuk ke dalam restoran itu , seorang waiter menunduk kearahnya sebelum
membawanya ke tempat duduk yang telah ditempah awal olehnya. Setelah meminta
segelas air jus tembikai kepada waiter itu, dia pun tunduk dan berjalan
meninggalkan Narsha. Narsha mengeluh dan melihat telefon bimbitnya.
“Apahal lembab sangat
minah ni” rungutnya sambil memuncungkan mulutnya.
Dia kemudian mengigit
bibirnya sambil mendail nombor sebelum membawa telefon itu ketelinganya.
Wajahnya masam menunggu panggilan telefon itu diangkat.
“Hello? Emy? Kau kat
mana? Aku dah sampai ni” marahnya dengan wajah masam. Sekali skala matanya
melilau melihat sekeliling restoran itu.
Setelah mendengar beribu alasan daripada rakannya di telefon, Narsha
menjulingkan matanya ke atas sebelum menekan butang End Call. Sudah masak
dengan perangai kawannya yang sering lambat bila ada temu janji sebegini rupa. Kata ada benda penting tapi dia yang lambat
sampai! rungut hati Narsha.
Setelah 10 minit
menunggu, kesabaran Narsha mula menipis dan baru sahaja dia hendak menelefon
semula rakannya pint restoran itu terbuka. Dengan pantas matanya tertacap di
pintu restoran itu. Kelihatan Emy dalam keadaan tergopoh gapah berjalan laju
masuk .
“Sorry beb ! Jalan
jammed sebab ada kucing mati tengah jalan tadi” ujar kawannya sambil dengan
selamba minum air jus tembikainya.
Narsha mengetap gigi dan menjeling ke arah Emy . “ Kalau kau rasa kau
taknak lepas ni giliran kau yang mati better kau cakap apa yang penting
sekarang” ujarnya selepas menarik nafas berkali kali untuk menahan sabar. Emy
tersengih sebelum duduk dan membetulkan dirinya yang kelihatan tidak kemas itu
kerana berpeluh.
“Macam ni.. ada satu
syarikat nak bekerjasama dengan syarikat kau” ujar Emy. Setelah Narsha berpindah ke Perak, dia
menggunakan kepintaraan beliau dalam perniagaan untuk membuka syarikat tudung
sebagai permulaan hidupnya. Itu pun
setelah dipujuk berkali kali oleh Amir yang mahukan dia mengubah hidupnya ke
arah yang lebih baik. “Really ? Syarikat
apa?” tanya Narsha. “Um syarikat ni baru nak buka cawangan mereka dekat sini
dan diorang nak adakan show untuk memperagakan baju muslimah mereka yang baru .
So untuk tudung mereka harap kita boleh supplier kan untuk mereka sekali gus
boleh memperkenalkan syarikat kita ni kat semua orang” ujar Emy . Narsha
mengeluh. “Okay..but kau tak cakap lagi apa nama syarikat tu?” tanya Narsha
lagi.
Baru sahaja Emy hendak
membuka mulut, mata Narsha terpandang ke arah pintu restoran. Dan di situ dia
melihat dua orang yang dia langsung tidak mahu lihat untuk seumur hidup dia.
Akmal dan Laila.
Narsha merasakan
jantung dia berdegup dengan kencang. Emy yang perasan dengan perubahan riak
wajah Narsha mengerutkan dahinya. “Are you okay Narsha?” tanyanya. Narsha
memandang ke arah Emy sebelum mengangguk namun matanya melilau seperti tidak
keruan. “A-aku okay. Emy aku kena pergi dulu. Nanti kau buat je appointment
syarikat tu untuk jumpa aku okay. Then inform me. Bye” kata Narsha sebelum
bangun dan keluar dari restoran itu sambil menundukkan kepala. “Eh wait ! Air
ni..sapa nak bayar?” tanya Emy seorang diri sebelum mengeluh.
__
Narsha memandu laju
keretanya. Tangannya mengenggam stereng kereta dengan kuat, air mata mula
mengalir dengan laju ke pipinya. “Kenapa dengan aku ni ! Bukan ke aku dah lupa
semua pasal tu!” tangis Narsha sendirian . Dia memandu laju sehingga sampai di
bangunan kecil syarikatnya. Pintu dikunci, dia kemudian berjalan laju masuk ke
dalam bangunan. Setelah masuk ke dalam, dia bertembung dengan Amir yang
kebetulan lalu di situ. Amir telah
berhenti menjadi guru dan membuat keputusan untuk membantu Narsha menjayakan
syarikat bisnes barunya ini. Sebab itu lah dia berada di bangunan itu sekarang
ni. Amir yang melihat Narsha masuk dalam keadaan menangis mengerutkan dahinya.
“Narsha ? Are you okay?” tanya dia dengan penuh
kerisauan sambil mendekatkan diri. “Hey..calm
down..jom masuk ofis. Tak elok pekerja tengok boss diorang menangis macam
ni” pujuknya lalu membawa Narsha masuk ke dalam ofisnya. “Alyn, please buatkan satu hot chocolate, then nanti
ketuk je pintu okay? Nanti saya ambil air tu” pinta Amir lalu menutup pintu
bilik itu. Dia kemudian melihat Narsha sedang duduk di sofa sambil menundukkan
kepalanya. Amir berjalan ke mejanya dan mengambil beberapa helai tisu sebelum
berjalan ke arah Narsha. Dia kemudian memberikan tisu itu kepada Narsha sebelum
duduk di kerusi hadapannya. Narsha kemudian mengelap wajahnya yang basah dengan
air mata itu dengan tisu . Tangisannya sudah berhenti namun dia masih lagi
menundukkan kepala.
Bunyi ketukan pintu
memecah kesunyian di bilik itu. Amir bangun dan berjalan ke arah pintu lalu
membuka pintu itu. Kelihatan Alyn sedang berdiri sambil memegang secawan air
coklat panas. Amir mengambil cawan itu sambil mengucapkan terima kasih dan
menutup semula pintu. Dia kemudian membawa cawan itu ke meja di hadapan Narsha
dan meletakkannya. “Minum ni. It’s your
favourite” katanya. Narsha
mengangguk lalu mengangkat cawan itu dan minum sedikit daripadanya.
Setelah 5 minit
menunggu Narsha menghabiskan minuman itu akhirnya Amir bersuara. “So..apa yang
jadi Narsha? Kenapa tiba-tiba je macam ni?” tanya Amir. Narsha mengangkat
mukanya dan memandang Amir dengan wajah serious. Amir terdiam melihat mata
Narsha yang jelas kelihatan kosong…seperti waktu dia baru diceraikan dulu..
Kejap. Tak mungkin-
“Aku nampak Akmal
dengan Laila” kata Narsha dengan suara mendatar.
Amir melepaskan
nafasnya yang ditahan dari tadi. Dahinya dipicit perlahan. Ternyata firasatnya
betul. Ia memang berkaitan dengan Akmal.
__
Keesokkan harinya,
Narsha membelek beberapa fail di atas meja itu sebelum telefon di ofisnya
berbunyi. Dia mengangkat dan meletakkan gagang telefon itu di telingannya. “Hello.
Ya Alyn? Oh baiklah suruh dia masuk” kata Narsha sebelum meletakkan telefon.
Hari ini boss syarikat yang ingin bekerjasama dengannya akan datang untuk
memberikan info yang lebih lanjut tentang perbincangan mereka. Syarikat itu
seperti syarikat dia, baru sahaja dibuka 5 tahun dahulu dan nampaknya jualan
mereka semakin hari semakin meningkat sekali gus menaikkan nama syarikat itu .
Bagi Narsha itu satu peluang emas bagi dia untuk menaikkan nama syarikat dia
supaya lebih dikenali.
Pintu diketuk dan
Narsha bangun dari tempat duduknya . Kelihatan Alyn membuka pintu bersama
dengan seorang lelaki mengekorinya dari belakang. Wajah Narsha menjadi pucat
dan jantungnya berdegup kencang. Kelihatan Akmal sedang masuk sambil tersenyum ke
arah Alyn setelah mengucapkan terima kasih. Akmal kemudian mengalih
pandangannya ke arah Narsha yang sedang berdiri. Kedua dua mereka berdiri kaku
sambil memandang satu sama lain. Riak wajah Akmal dan Narsha masing-masing
dalam keadaan terkejut dan pucat.
__
Kelihatan Narsha dan
Akmal sedang duduk bertentangan satu sama lain. Masing-masing mendiamkan diri
memikirkan apa ayat yang harus dimulakan untuk memecah kesunyian. Akmal
berdehem sambil membetulkan kedudukkannya dan memandang ke arah Narsha.
“Awak..apa khabar?”
tanya Akmal dengan berhati hati.
Narsha yang terkejut
mendengar Akmal memulakan bicara menarik nafasnya dalam.
“Baik. Alhamdullilah”
jawab Narsha. Jarinya bermain main dengan hujung bajunya untuk menahan gemuruh
dan menahan daripada dirinya menangis.
“Saya..tak tahu pulak
awak yang owner syarikat ni..” kata Akmal.
“Saya mula buat lepas
saya pindah sini. Amir yang cadangkan saya buat” kata Narsha.
Dahi Akmal berkerut
mendengar nama Amir. Dia mengetap giginya sebelum bertanya
“Awak dengan Amir..”
belum sempat ayatnya habis Narsha memotong . “Better kita cakap soal bisnes . Sebab ni tujuan asal kita kan?”
tanya Narsha sambil memandang ke arah Akmal dengan wajah serious. Akmal terdiam
sebelum menganggukkan kepala.
Beberapa jam kemudian,
Narsha dan Akmal telah mendapat persetujuan masing masing dan mereka keluar
daripada ofis itu. Rupa-rupanya Akmal telah berhenti menjadi CEO untuk syarikat
lamanya dan berikan syarikat itu kepada adiknya sebelum membuka syarikat baru.
Katanya untuk berdikari sendiri. “Terima kasih sekali lagi sebab pilih syarikat
saya untuk bekerjasama” ucap Narsha sambil tersenyum . Akmal menganggukkan
kepalanya dengan membalas senyuman. “Sama-sama, nanti saya suruh secretary saya
hantar segala dokumen yang perlu ditanda tangani dekat awak” katanya. Narsha
mengangguk. Akmal kemudian berhenti berjalan setelah berada di luar ofis dan
memandang ke arah Narsha.
“Um Narsha..awak free
tak malam ni? Saya ingat nak-” belum sempat ayat Akmal hendak habis ada satu
suara menegur di belakang. “Narsha ! Jom pergi makan!” jerit Amir sambil
berlari ke arah Narsha. Namun lariannya terhenti apabila melihat Akmal berada
di hadapan Narsha. Dia kemudian berjalan laju semula lantas menumbuk wajah
Akmal dengan kuat. Narsha yang terkejut melihat tindakan Amir menjerit. “Ya
Allah ! Amir kau buat apa ni!?” tanya Narsha sambil membantu Akmal yang
terduduk di lantai kerana tumbukkan Amir. Amir memandang wajah Akmal dengan
wajah bengis. “Kau buat apa dekat sini?!
Berambus” kata Amir dengan suara garaunya menahan marah. Akmal bangun sambil
mengelap bibirnya yang berdarah kerana luka. Dia kemudian menjeling ke arah
Amir. “Sukahati aku lah nak datang sini. Aku nak jumpa isteri aku. Apa masalah
kau?” kata Akmal dengan selamba. Narsha mengerutkan dahi mendengar ayat Akmal
itu namun dia tidak dapat membuat apa kerana risaukan Amir yang seperti orang
gila itu. Amir menggengam tangannya dengan kuat.
“Isteri?! Kau buat
lawak apa !? Kau tu dah cerai dengan dia! CERAI! Sedarlah!” tengking Amir
membuatkan semua pekerja memandang ke arah mereka. Alyn yang berada berdekatan
memandang dengan wajah risau. Amir kemudian mencengkam kolar baju Akmal lalu
menghayunkan tangannya untuk menumbuk Akmal sekali lagi namun dihalang oleh
Narsha yang menjerit dan memegang genggaman tangannya itu. “Amir ! Stop it !”
Narsha menggunakan kuasanya sebagai boss untuk menghentikan situasi tegang itu.
“Pergi masuk ofis saya sekarang !” marah Narsha dengan nada seorang boss dan
bukan sebagai seorang kawan. Amir menjatuhkan tangannya dan menjeling ke arah Akmal
yang sedang tersenyum sinis itu . Dia kemudian menendang meja berdekatan
sebelum masuk ke dalam ofis dan menutup pintu dengan kuat.
Narsha menarik nafas
dalam untuk menenangkan dirinya sebelum memandang tajam ke arah Akmal. “Akmal.
Saya minta maaf untuk Amir. Awak boleh balik, nanti dokumen semua tu bagi dekat
Alyn pembantu saya sahaja. Tak perlu jumpa saya” kata Narsha dengan nada
dingin. Dia kemudian berjalan menuju ke pintu sebelum berhenti untuk berkata . “
And one more things..Saya bukan isteri awak lagi. Isteri awak Laila” kata
Narsha sebelum membuka pintu dan masuk. Pintu itu ditutup dengan kuat. Akmal
mengenggam tangannya dengan kuat.
“Tak .. kau masih
isteri aku. Dan aku akan pastikan ia berlaku” kata Akmal dengan perlahan
sebelum berjalan pergi dengan beribu rancangan di dalam fikirannya.
__
Narsha menghentak pintu
ofis itu dengan kuat dan menjeling ke arah Amir yang duduk dengan wajah
ketakutan .“WHAT WAS THAT?!!” tengking Narsha sambil mencengkak pinggang di
hadapan Amir yang sedang memuncungkan mulutnya itu. “EXPLAIN . NOW” arah
Narsha. Amir mengeluh. “ Um…aku tumbuk Akmal sebab dia pernah lukakan kau dulu?”
kata Amir dengan nada teragak agak. Sememangnya Narsha yang sedang marah bukan
boleh dibuat main. Ibarat singa lapar yang tunggu masa nak terkam. Narsha
menghembus nafas dengan kasar. “ Dia tu rakan kongsi kita lah Amir ! Syarikat
dia yang akan kita bekerjasama nanti ! Perlu ke kau datang terus tumbuk dia!?”
terang Narsha. Amir mengalihkan pandangannya ke arah lain sambil memeluk tubuh.
“Still..aku tak suka dia. Blacklist lah dia. Aku taknak bekerjasama dengan dia”
rungut Amir. Narsha mengerutkan dahinya. “What?! Kau gila ke apa? Aku boss tau
kat sini!” kata Narsha dengan nada terdesak kerana sifat kebudak budakkan
kawannya itu. Amir menjeling ke arah Narsha. “ Hey! Dulu kau kata kita dua-dua
boss? Mana aci!” marah Amir dengan nada seperti budak kecil. Narsha mengetap
giginya menahan diri daripada mencarut Amir. “Amir. Stop it” arah Narsha dengan
nada seperti seorang ibu yang meminta anaknya berhenti buat nakal. Amir
mengeluh lalu menyandarkan badannya di kerusi. “Okay fine..tapi lepas ni kalau
jumpa dia. Mesti kena ada aku kat sisi kau. MESTI !” kata Amir. Narsha mengeluh
sambil duduk di hadapan Amir.
“Okay..”
“Janji?”
“Yes. Janji.”
Amir tersenyum puas.
__
Kelihatan Narsha dan
Amir sedang duduk di sebuah kedai mamak sambil menikmati roti canai dan milo
ais untuk Narsha , kopi untuk Amir. Amir memandang ke arah Narsha yang mengeluh
setelah melihat telefon bimbitnya. “Kenapa?” tanya Amir. Narsha memandang ke
arah Amir dengan wajah penat. “Si akmal tu sejak akhir-akhir ni tak habis-habis
ganggu aku, ajak aku pi makan ” rungut Narsha. Amir mengerutkan dahinya lalu
merampas telefon Narsha. “Hey!” marah Narsha sambil cuba untuk rampas kembali
telefonnya. Amir menjauhkan telefon itu dari Narsha dan mengeluarkan telefon
bimbitnya lalu berikan kepada Narsha. “Nah. Mulai saat ni guna telefon aku.
Phone kau biar aku yang pegang” kata Amir. Narsha mengerutkan dahinya. “Macam
mana kalau orang penting call aku?” tanya Narsha. “Aku kerja dengan kau kan,
nanti aku bagitahu lah nombor baru kau kat diorang. Or aku yang uruskan diorang
sendiri” terang Amir sambil menyuap roti canai di mulutnya. “Um..kalau mak aku
call macam mana?” tanya Narsha lagi . Taktik untuk dapatkan semula telefonnya. Amir
memandang ke arah Narsha sambil tersengih. “Kau lupa ke? Mak kau kan sayang aku
lebih dari kau. Mesti dia tak kisah bila aku yang angkat. Hehe” usik Amir .
Narsha menjeling tajam ke arah Amir. “Ceh! Kau tu yang suka bodek mak aku! . Oh
macam mana kalau..umm..hah ! Kalau Girlfriend kau yang call aku?” tanya Narsha
lagi. Kali ni Amir memandang ke arah Narsha sambil tersenyum lembut. “Buat apa
nak call kalau girlfriend aku tengah ada kat depan mata aku sekarang ni”
katanya sambil mengenyitkan mata. Wajah
Narsha menjadi merah padam lalu dia menundukkan kepalanya dan sambung makan.
Tamat segala taktiknya untuk dapatkan telefon tu. Amir pula menahan ketawa
melihat reaksi Narsha.
Entah bila Narsha akan
buka hati sepenuhnya untuk menerima dia .
__
Narsha membelek
baju-baju di kedai itu sebelum ditegur oleh seorang perempuan. “Narsha?” tegur
perempuan itu. Narsha mengalihkan pandangannya dan terkejut melihat Laila
berdiri di hadapannya sambil tersenyum.
Narsha memandang ke
arah Laila yang sedang duduk di hadapannya setelah mereka setuju untuk duduk di
Secret Recipe kerana ada hal yang ingin dibincangkan oleh Laila. Narsha melihat
Laila masih lagi seperti dulu, namun dia semakin cantik dan sexy . Patutlah si
Akmal tu sangkut kat dia kutuk hati Narsha. Kalau ikut hati dia malas hendak
berjumpa dengan Laila. Buat sakit hati saja.
“Saya tahu awak ada
berjumpa dengan Akmal. Dan saya tahu Akmal selalu mesej awak” kata Laila.
Kening Narsha ternaik
memandang pelik ke arah Laila. “Ye..okay..tu pun sebab kami akan bekerjasama
nanti untuk event dia. Kenapa?” tanya Narsha. Cuba untuk berlagak berani dan
kuat di hadapan Laila. Walhal jantungnya berdegup kemain laju sampai rasa nak
terkeluar. Laila mengeluh sambil menyelitkan rambut panjangnya di belakang
telinga. “Narsha..saya minta maaf sebab hal dulu- ” kata Laila lalu dipotong
oleh Narsha. “Saya tak mahu dengar cerita pasal dulu lagi. Awak nak apa?” arah
Narsha. Laila memandang ke arah Narsha
dengan riak wajah bersalah.
“Akmal masih cintakan
awak..” kata Laila. Narsha terkedu. Tangannya mengenggam kuat bajunya.
“Jadi? Apa yang awak
cuba nak sampaikan ni?” tanya Narsha sambil cuba menahan tangis.
“ Saya..saya mengaku
dulu sebenarnya saya yang goda Akmal dulu..saya jatuh cinta pada dia. Walaupun
dia selalu tolak godaan saya sebab awak tapi saya tetap tak mengalah. Saya
minta maaf. Saya tahu saya selfish sebab ambil hak orang..tapi saya betul-betul
cintakan Akmal” kata Laila sambil menangis dan menundukkan kepalanya.
“Kenapa awak cerita
semua ni kat saya? Saya dah tak ada kena mengena dengan awak berdua dah” kata
Narsha.
“Saya nak merayu dengan
awak..please..jangan ambil Akmal dari saya..” rayu Laila. Hati Narsha menjadi
lembut melihat Laila merayu di hadapannya. Dia kemudian mengeluh. “Saya tahu !
Saya selfish sekarang ni! Tapi Akmal betul2 penting bagi saya . Saya cintakan dia walaupun dia tak
cintakan saya seperti dia cintakan awak” terang Laila. “Awak jangan
risau..walau apa pun saya tak akan kembali pada dia..dia milik awak” terang
Narsha. Dia tahu jodoh dia dengan Akmal sudah tiada. Dahulu waktu dia hendak
diceraikan, dia cepat sahaja mengalah dan berundur. Bukan seperti Laila yang
sanggup rendahkan egonya untuk merayu supaya cintanya tidak merampas.
Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk melindungi rumah tangganya walaupun
suaminya..tidak cintakan dia.
“Akmal tu perlukan
perhatian yang lebih..dia suka kalau orang manjakan dia dan beri perhatian pada
dia” nasihat Narsha kepada Laila sambil bangun. “Kalau nak pikat hati dia..apa
kata awak start berubah menjadi lebih baik dan jadi isteri yang sempurna.
InsyaAllah ..semuanya akan baik. Dan jangan risau pasal saya..sebab saya dah
jumpa orang yang terbaik untuk saya” kata Narsha sambil mengusap bahu Laila
lalu berjalan pergi dengan senyuman lega.
__
Hari pembukaan cawangan
syarikat Akmal.
Narsha sedang berbual
dengan beberapa orang VVIP sebelum ditegur oleh Akmal.
“Hey Narsha. So macam
mana event ni? Okay kan?” tanya Akmal sambil tersenyum.
Narsha mengangguk dan tersenyum lebar. “Yup ! Okay ! Alhamdullilah kita dapat sambutan hebat. And ada beberapa orang setuju nak bantu saya jayakan lagi syarikat ni. Hehe bestnya !” kata Narsha sambil mengenggam kedua tangannya dan memejam mata. Mulutnya tersenyum lebar. Akmal tersenyum melihat wajah Narsha yang manis itu. “Um..saya ingat nak ajak awak- ” kata Akmal sebelum Narsha memotong. “Oh tengok! Tu isteri awak !” kata Narsha sambil tersenyum lebar. Akmal memusingkan badannya dan terkedu melihat isterinya, Laila. Laila yang dahulunya berpakaian seksi kini berbaju kurung moden dan bertudung.
Narsha mengangguk dan tersenyum lebar. “Yup ! Okay ! Alhamdullilah kita dapat sambutan hebat. And ada beberapa orang setuju nak bantu saya jayakan lagi syarikat ni. Hehe bestnya !” kata Narsha sambil mengenggam kedua tangannya dan memejam mata. Mulutnya tersenyum lebar. Akmal tersenyum melihat wajah Narsha yang manis itu. “Um..saya ingat nak ajak awak- ” kata Akmal sebelum Narsha memotong. “Oh tengok! Tu isteri awak !” kata Narsha sambil tersenyum lebar. Akmal memusingkan badannya dan terkedu melihat isterinya, Laila. Laila yang dahulunya berpakaian seksi kini berbaju kurung moden dan bertudung.
“A-abang..” panggil
Laila perlahan sambil tersenyum ke arah Akmal.
Akmal terkedu melihat keayuan isterinya.
Narsha yang perasan tentang perubahan wajah Akmal mengenyitkan mata ke arah Laila
sebelum berjalan pergi meninggalkan kedua pasangan
itu dengan doa supaya perkahwinan mereka
akan menjadi lebih bahagia selepas itu.
Narsha sedang duduk
minum di tepi sudut sambil tersenyum melihat Akmal sedang bercakap dengan isterinya Laila. Kedua-dua
mereka nampak comel bersama dan serasi. Kini Narsha sudah dapat menerima
sepenuhnya perkara yang terjadi antara mereka dan dia. “Hoi ! Tengok apa tu!”
tegur Amir yang tiba-tiba sahaja muncul dan duduk disebelahnya. Narsha
tersenyum dan menunding ke arah pasangan bahagia jauh di hadapannya itu. “Tu
hah..Laila isteri Kamal tu dah bertudung sekarang. Lawa dia” puji Narsha. Amir memandang
dan tersenyum. “Nampaknya Akmal takkan kacau kau lagi lah lepas ni” usik Amir
namun dalam hati dia bersorak gembira.
Narsha ketawa kecil
sebelum mengeluh dan melihat jarinya. “Haih bila lah jari manis aku ni nak
berhias” katanya sambil muncungkan mulut. Amir memandang ke arah Narsha. “Kalau nak berhias, aku boleh je beli cincin
untuk kau” usik Amir. Narsha menahan daripada tersenyum dan memandang ke arah Amir. “Jumpa parent aku dulu” katanya sebelum
berjalan laju pergi meninggalkan Amir yang terkedu itu.
“ YES !!!” Jerit Amir
seorang diri sambil menari kegembiraan. Tidak hiraukan pandangan pelik orang
ramai. Narsha yang melihat dari jauh ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
Kita memerlukan
pandangan yang kedua untuk betul-betul yakin dengan keputusan yang kita buat.
Kerana pada pandangan pertama kita sering ditipu dengan perasaan kita sehingga
lupa pada perkara yang lebih penting. Adanya pandangan kedua membuatkan kita
tahu yang mana harus dilakukan oleh kita untuk elakkan daripada mengulangi
kesalahan yang sama.
Tamat.
4 Itik gebo-gebo:
rajinnya menulis bleh jadi penulis novel nanti nih hihi
bestnya. dah boleh jadi penilis novel dah nie. hihi :)
Kenapa tak cuba buat novel?
Mana tau leh jadi cam JKRowling? Cecelia Ahern?
Rindunyaaaaaa XD
Catat Ulasan