Bayangan





 
DO NOT take my work without permission !

Khairul membuka matanya. Dia melihat kipas disiling berputar laju, ibarat kehidupan manusia yang bergerak terlalu pantas sehingga kita pun tidak sedar akan kepantasannya. Khairul bangun dan duduk di sisi katil . Matanya memandang tingkap yang menampakkan keadaan langit semakin cerah menandakan sudahnya masuk waktu pagi. Dia kemudian menoleh dan melihat jam loceng di meja kecil sebelah katilnya.
10 pagi.
Khairul mengeluh dan bangun dari katil itu sebelum masuk ke dalam tandas. Hari yang menyeksakan akan berulang sekali lagi.
11 pagi.
Khairul dengan berpakaian suit masuk ke dalam bangunan tempat kerjanya. Sekali skala dia akan tunduk dan memberi salam kepada pekerja-pekerja di sana. Namun tiada seorang pun yang membalas atau mengendahkannya. Khairul mengeluh. Dia sudah biasa. Dia kemudian duduk di meja kerjanya. Kelihatan gambar-gambar dia dan rakannya ditampal di situ, termasuk juga dengan gambar dia bersama dengan tunangnya. Khairul menghulurkan tangannya dan memegang gambar yang ditampal itu satu persatu . Dia kemudian memejam mata dan menarik nafas sedalamnya.
12 tengah hari.
Khairul berlari keluar dari bangunan kerjanya. Dia sudah lambat. Dia tahu. Dia berlari sehingga dia sampai di sebuah café. Dari luar dia dapat melihat tunangnya duduk seorang diri di tempat yang mereka selalu duduk setiap kali waktu rehat. Khairul masuk dan berjalan ke arah meja itu. Tunangnya kelihatan sedang melihat sesuatu di telefon. Khairul kemudian duduk di hadapannya dan memandang kearahnya .
Ma-maaf lambat..saya janji..saya tak akan ulang lagi
Tunangnya tidak mempedulikannya. Dia hanya memandang ke arah telefon dan mengeluh.
Awak..pa-pandanglah saya..saya kata saya minta maaf kan?”
Suara Khairul mula menjadi serak. Air mata mula kumpul dimatanya. Tunangnya kemudian mengangkat muka dan memandang kearahnya.  Lama.
Awak…please..cakap dengan saya. Saya mohon..”
Khairul mula menangis. Tunangnya pun mula menangis sambil memegang kuat telefon di dadanya. Kemudian telefon itu berbunyi dan tunangnya dengan pantas mengesat air matanya. Dia kemudian menjawab telefon itu. Selesai menjawab dia bangun dan beredar dari situ meninggalkan Khairul seorang diri. Khairul melihat tunangnya berjalan di luar semakin jauh darinya. Air matanya mula mengalir laju.
Please…jangan tinggalkan saya..” bisiknya perlahan.

6 petang
Khairul membuka kasut dan masuk ke dalam rumah. Dia kemudian melihat ibu dan ayahnya sedang duduk ruang tamu menonton televisyen.
Erul dah pulang..ibu..ayah” ucap Khairul.
Namun ibu dan ayahnya hanya berdiam diri dan fokus menonton tv.  Khairul mengeluh dan berjalan di belakang sofa di mana ibu dan ayahnya sedang duduk. Dia membongkokkan badannya dan memeluk bahu ibunya dari belakang.
Erul…minta maaf..” bisiknya perlahan.
Kelihatan badan ibunya menjadi kaku. Khairul kemudian beralih ke arah ayahnya dan membuat perkara yang sama.
Maafkan Erul ayah…”  bisiknya perlahan.
Badan ayahnya juga menjadi kaku. Ayah dan ibunya saling berpandangan. Khairul terus berjalan masuk ke dalam biliknya.
12  pagi.
Khairul berjalan layu masuk ke dalam bilik air, pintu dikunci. Pisau  kecil berada di tangan kanannya. Dia memandang cermin di dinding. Air mata mula bertakung di matanya. Semakin lama semakin laju air mata mengalir. Khairul kemudian menjerit penuh kesengsaraan. Badannya terjatuh di lantai tandas itu. Dengan tangan yang mengigil, Khairul mengelar pergelangan  tangannya di mana nadinya berada. Darah mula keluar dengan banyak , esakkan Khairul semakin lama semakin perlahan. Matanya semakin tertutup dan akhirnya dia terbaring dilantai. Seorang diri, dipenuhi darahnya sendiri. Merah.
-
Sebulan yang lalu
Khairul berjalan pantas ke café untuk berjumpa dengan tunangnya. Dia tahu dia sudah lambat. Ini semua angkara bossnya yang tidak henti  memberinya kerja sampai dia terlupa nak tengok jam. Sampai di sana dia melihat tunangnya duduk seorang diri dengan wajah masam. Khairul dengan pantas masuk dan menuju kearahnya.
“Maaf  awak  saya  lambat! Saya janji takkan lambat lagi” katanya sambil duduk di hadapan tunangnya. Tunangnya berwajah masam dan langsung tidak memandang wajahnya. “Dah banyak kali awak bagi janji yang sama pada saya” kata tunangnya dengan perlahan. Khairul mengeluh . Kepalanya terasa berat dengan masalah di ofisnya dan kini tunangnya buat hal. “Awak, kan saya dah kata sorry? Apa lagi awak nak. Sudahlah . Kita makan je” kata Khairul dengan nada tegas sambil membelek menu di atas meja itu. “Awak selalu macam ni kan? Awak macam langsung tak fikir perasaan saya. Selalu busy dengan kerja awak tu, lepastu bila dah stress awak lepaskan kemarahan awak tu pada saya. Awak ingat saya apa?” marah tunangnya. Khairul menutup buku menu itu dengan kasar sambil menarik nafas dalam. “Awak jangan nak over boleh tak? Eh saya  kerja tu pun sebab untuk awak jugak tau? Kahwin nanti awak nak suruh saya bagi makan apa kat awak? Pasir?!” kata Khairul. Nada suaranya semakin tinggi. “Kahwin? huh..sekarang pun awak dah abaikan saya..jumpa pun jarang. Awak datang ni pun sebab saya paksa awak banyak kali. Kalau tak, awak tak datang kan?” sindir tunangnya sambil memandang tajam ke arah Khairul. Khairul mengetap giginya dengan kuat.
“Cuba faham  perasaan  saya  juga. Okay saya minta  maaf sebab abaikan awak, mungkin saya tak sedar tapi..” Khairul menarik nafas panjang. “Saya cintakan awak dan saya nak awak tahu tu..so please? Tolong faham situasi saya?” pujuk Khairul. Tunangnya menundukkan kepala. Sebelum mengangkat dan meletakkan sesuatu di atas meja itu. Mata Khairul membesar melihat apa yang diletakkan di atas meja itu. Cincin.
Kita putus….”
Khairul memandang lama cincin di atas meja itu. Tunangnya..tak. Bekas tunangnya baru sahaja pergi dari café itu . Air mata satu persatu jatuh ke pipinya. Bibirnya digigit kuat. Fikirannya serabut memikirkan segala apa yang berlaku sehingga membuatkan perkara ini berlaku. Cintanya baru sahaja pergi meninggalkan dia. Orang yang disangka akan menjadi separuh daripada jiwanya.
Hatinya remuk. Fikirannya celaru. Dunianya gelap.
-
Khairul berjalan masuk ke rumahnya dengan wajah sunggul. Ibunya yang sedang berada di dapur keluar dan melihat wajah sunggul anaknya itu. Dia kemudian dengan pantas berjalan ke arah Khairul dan memegang kedua pipi anaknya itu.
Erul? Kenapa ni sayang? Bagitahu ibu..” pujuk ibunya dengan wajah risau.
Er..erul..dah putus bu..” perlahan suara Khairul berkata. Matanya berkaca.
Ibunya terkedu sebelum memeluk anaknya itu . Khairul menangis di dakapan ibunya.
-
Khairul berjalan masuk ke dalam bilik air. Dia kemudian mengunci pintu bilik itu dengan tangannya memegang pisau kecil. Dia berjalan dan melihat wajahnya di cermin. Fikirannya terfikirkan  kejadian  siang  tadi  bersama dengan tunangnya. Tangisan Khairul semakin lama semakin kuat . Dia menarik narik rambutnya dan menumbuk cermin di dinding itu dengan kuat sehingga membuatkan tangannya luka. 
“Kenapa..kenapa..” ucap Khairul berkali kali seperti sebuah mantera.
Tangan kirinya yang memegang pisau kecil diangkat.  Dalam keadaan mengigil Khairul mengangkat tangannya dan menghiris pergelangan tangannya sambil menjerit dengan kuat. Dia menghiris berkali kali sehingga tangannya menjadi kebas. Tiada rasa. Darah memancut keluar dengan laju.  Kedengaran pintu bilik airnya diketuk kuat berkali kali. Suara ibunya menjerit diluar jelas kedengaran. Badan Khairul yang semakin lemah itu terjatuh ke lantai. Darah mula mengalir ke lantai . Lantai yang pada mulanya putih dicemari dengan warna merah.  Mata Khairul semakin berat dan nafasnya tersekat. Air mata menitik jatuh ke lantai berdarah itu sebelum matanya tertutup sepenuhnya.
__
Abang..kenapa anak kita sanggup bunuh diri..”
Sayang..sudahlah..dah sebulan perkara ni berlaku…kita doakan saja untuk arwah
__
10 pagi.

Khairul membuka matanya. Dia melihat kipas disiling berputar laju……….

Sekali lagi dia mengharungi hidup ibarat bayangan kepada dunia realiti. Menyeksakan.

Tamat

Yosh. Assalammualaikum. Wow didn’t expect that. Really. Terfikir cerita ni sambil mendengar lagu Skeleton Flower yang sekarang hangpa dengaq kat blog aku ni. Yup. Angst. Anyway, ini sebagai tanda minta maaf sebab lama tinggalkan blog ni. Because semester 2 feel like hell and I don’t even want to talk about it. So let it goooooo. 

Siapa faham cerita ni tahniah. Tak faham um?
BUNUH DIRI HARAM. SEKIAN.


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

7 Itik gebo-gebo:

Anis Farhana berkata...

Saya baca cerita ni laju laju so tak berapa nak faham hehe. Nanti saya baca lagi sekali hehehe :)))

Dalila Samsudin berkata...

@Anis Farhana thank you at least sudi baca xD hahahaha

bz the witch berkata...

sedih pula cerita ni. kenapalah khairul sanggup bunuh diri? Takkan sebab putus tunang dan hal pejabat pun terus nak tekanan sampai tak boleh kawal diri sendiri? hurmmm...kesian.

kann...dah meninggal, roh masih ada kat dunia. org bunuh diri akan ulang dan ulang cara dia bunuh diri tu. Allahuakbar!

thanx adik, buat cerita pendek mcm ni dan ada selit pengajaran juga. best...teruskan berkarya...

Dalila Samsudin berkata...

@bz the witch mungkin sebab khairul terlampau buta dengan perasaan dia sekarang smpai tk sedar. Tahniah sbb faham isi cerita yg kita cuba sampaikan ni :D Awak awesomee !!

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

sedih sedih sedih

Dalila Samsudin berkata...

@::ini belog saya . cinta hati saya:: nah tisu hahaha terima kasih

laila berkata...

dah baca cerita ni. i gotta admit that its a good story. cerita ni kena baca 2, 3 kali baru faham. anyway, keep up the good work. also, thanks for leaving your foot note at my cbox and visit my just-so-bored blog. kalau rajin datanglah lagi.

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi