Khairul membuka matanya. Dia melihat kipas disiling berputar laju, ibarat kehidupan manusia yang bergerak terlalu pantas sehingga kita pun tidak sedar akan kepantasannya. Khairul bangun dan duduk di sisi katil . Matanya memandang tingkap yang menampakkan keadaan langit semakin cerah menandakan sudahnya masuk waktu pagi. Dia kemudian menoleh dan melihat jam loceng di meja kecil sebelah katilnya.
10 pagi.
Khairul mengeluh dan bangun
dari katil itu sebelum masuk ke dalam tandas. Hari yang menyeksakan akan
berulang sekali lagi.
11 pagi.
Khairul dengan berpakaian
suit masuk ke dalam bangunan tempat kerjanya. Sekali skala dia akan tunduk dan
memberi salam kepada pekerja-pekerja di sana. Namun tiada seorang pun yang
membalas atau mengendahkannya. Khairul mengeluh. Dia sudah biasa. Dia kemudian
duduk di meja kerjanya. Kelihatan gambar-gambar dia dan rakannya ditampal di
situ, termasuk juga dengan gambar dia bersama dengan tunangnya. Khairul
menghulurkan tangannya dan memegang gambar yang ditampal itu satu persatu . Dia
kemudian memejam mata dan menarik nafas sedalamnya.
12 tengah hari.
Khairul berlari keluar
dari bangunan kerjanya. Dia sudah lambat. Dia tahu. Dia berlari sehingga dia
sampai di sebuah café. Dari luar dia dapat melihat tunangnya duduk seorang diri
di tempat yang mereka selalu duduk setiap kali waktu rehat. Khairul masuk dan
berjalan ke arah meja itu. Tunangnya kelihatan sedang melihat sesuatu di telefon.
Khairul kemudian duduk di hadapannya dan memandang kearahnya .
“Ma-maaf lambat..saya janji..saya tak akan ulang lagi”
Tunangnya tidak mempedulikannya.
Dia hanya memandang ke arah telefon dan mengeluh.
“Awak..pa-pandanglah saya..saya kata saya minta maaf kan?”
Suara Khairul mula
menjadi serak. Air mata mula kumpul dimatanya. Tunangnya kemudian mengangkat
muka dan memandang kearahnya. Lama.
“Awak…please..cakap dengan saya. Saya mohon..”
Khairul mula menangis.
Tunangnya pun mula menangis sambil memegang kuat telefon di dadanya. Kemudian
telefon itu berbunyi dan tunangnya dengan pantas mengesat air matanya. Dia
kemudian menjawab telefon itu. Selesai menjawab dia bangun dan beredar dari
situ meninggalkan Khairul seorang diri. Khairul melihat tunangnya berjalan di
luar semakin jauh darinya. Air matanya mula mengalir laju.
“Please…jangan tinggalkan saya..” bisiknya perlahan.
6 petang
Khairul membuka kasut
dan masuk ke dalam rumah. Dia kemudian melihat ibu dan ayahnya sedang duduk
ruang tamu menonton televisyen.
“Erul dah pulang..ibu..ayah” ucap Khairul.
Namun ibu dan ayahnya
hanya berdiam diri dan fokus menonton tv. Khairul mengeluh dan berjalan di belakang sofa
di mana ibu dan ayahnya sedang duduk. Dia membongkokkan badannya dan memeluk
bahu ibunya dari belakang.
“Erul…minta maaf..” bisiknya perlahan.
Kelihatan badan ibunya
menjadi kaku. Khairul kemudian beralih ke arah ayahnya dan membuat perkara yang
sama.
“Maafkan Erul ayah…” bisiknya
perlahan.
Badan ayahnya juga
menjadi kaku. Ayah dan ibunya saling berpandangan. Khairul terus berjalan masuk
ke dalam biliknya.
12 pagi.
Khairul berjalan layu
masuk ke dalam bilik air, pintu dikunci. Pisau kecil berada di tangan kanannya. Dia memandang
cermin di dinding. Air mata mula bertakung di matanya. Semakin lama semakin
laju air mata mengalir. Khairul kemudian menjerit penuh kesengsaraan. Badannya
terjatuh di lantai tandas itu. Dengan tangan yang mengigil, Khairul mengelar
pergelangan tangannya di mana nadinya
berada. Darah mula keluar dengan banyak , esakkan Khairul semakin lama semakin
perlahan. Matanya semakin tertutup dan akhirnya dia terbaring dilantai. Seorang
diri, dipenuhi darahnya sendiri. Merah.
-
Sebulan yang lalu
Khairul berjalan pantas
ke café untuk berjumpa dengan tunangnya. Dia tahu dia sudah lambat. Ini semua angkara
bossnya yang tidak henti memberinya
kerja sampai dia terlupa nak tengok jam. Sampai di sana dia melihat tunangnya
duduk seorang diri dengan wajah masam. Khairul dengan pantas masuk dan menuju
kearahnya.
“Maaf awak saya lambat! Saya janji takkan lambat lagi” katanya
sambil duduk di hadapan tunangnya. Tunangnya berwajah masam dan langsung tidak
memandang wajahnya. “Dah banyak kali awak bagi janji yang sama pada saya” kata
tunangnya dengan perlahan. Khairul mengeluh . Kepalanya terasa berat dengan masalah
di ofisnya dan kini tunangnya buat hal. “Awak, kan saya dah kata sorry? Apa
lagi awak nak. Sudahlah . Kita makan je” kata Khairul dengan nada tegas sambil
membelek menu di atas meja itu. “Awak selalu macam ni kan? Awak macam langsung
tak fikir perasaan saya. Selalu busy dengan kerja awak tu, lepastu bila dah stress
awak lepaskan kemarahan awak tu pada saya. Awak ingat saya apa?” marah
tunangnya. Khairul menutup buku menu itu dengan kasar sambil menarik nafas
dalam. “Awak jangan nak over boleh tak? Eh saya
kerja tu pun sebab untuk awak jugak tau? Kahwin nanti awak nak suruh
saya bagi makan apa kat awak? Pasir?!” kata Khairul. Nada suaranya semakin
tinggi. “Kahwin? huh..sekarang pun awak dah abaikan saya..jumpa pun jarang. Awak
datang ni pun sebab saya paksa awak banyak kali. Kalau tak, awak tak datang kan?”
sindir tunangnya sambil memandang tajam ke arah Khairul. Khairul mengetap
giginya dengan kuat.
“Cuba faham perasaan saya juga.
Okay saya minta maaf sebab abaikan awak,
mungkin saya tak sedar tapi..” Khairul menarik nafas panjang. “Saya cintakan awak
dan saya nak awak tahu tu..so please? Tolong faham situasi saya?” pujuk
Khairul. Tunangnya menundukkan kepala. Sebelum mengangkat dan meletakkan
sesuatu di atas meja itu. Mata Khairul membesar melihat apa yang diletakkan di
atas meja itu. Cincin.
“Kita putus….”
Khairul memandang lama
cincin di atas meja itu. Tunangnya..tak. Bekas tunangnya baru sahaja pergi dari
café itu . Air mata satu persatu jatuh ke pipinya. Bibirnya digigit kuat. Fikirannya
serabut memikirkan segala apa yang berlaku sehingga membuatkan perkara ini
berlaku. Cintanya baru sahaja pergi meninggalkan dia. Orang yang disangka akan
menjadi separuh daripada jiwanya.
Hatinya remuk. Fikirannya
celaru. Dunianya gelap.
-
Khairul berjalan masuk
ke rumahnya dengan wajah sunggul. Ibunya yang sedang berada di dapur keluar dan
melihat wajah sunggul anaknya itu. Dia kemudian dengan pantas berjalan ke arah
Khairul dan memegang kedua pipi anaknya itu.
“Erul? Kenapa ni
sayang? Bagitahu ibu..” pujuk ibunya dengan wajah risau.
“Er..erul..dah putus bu..” perlahan suara Khairul berkata. Matanya berkaca.
Ibunya terkedu sebelum
memeluk anaknya itu . Khairul menangis di dakapan ibunya.
-
Khairul berjalan masuk
ke dalam bilik air. Dia kemudian mengunci pintu bilik itu dengan tangannya
memegang pisau kecil. Dia berjalan dan melihat wajahnya di cermin. Fikirannya
terfikirkan kejadian siang tadi bersama dengan tunangnya. Tangisan Khairul
semakin lama semakin kuat . Dia menarik narik rambutnya dan menumbuk cermin di
dinding itu dengan kuat sehingga membuatkan tangannya luka.
“Kenapa..kenapa..” ucap
Khairul berkali kali seperti sebuah mantera.
Tangan kirinya yang
memegang pisau kecil diangkat. Dalam
keadaan mengigil Khairul mengangkat tangannya dan menghiris pergelangan
tangannya sambil menjerit dengan kuat. Dia menghiris berkali kali sehingga tangannya
menjadi kebas. Tiada rasa. Darah memancut keluar dengan laju. Kedengaran pintu bilik airnya diketuk kuat
berkali kali. Suara ibunya menjerit diluar jelas kedengaran. Badan Khairul yang
semakin lemah itu terjatuh ke lantai. Darah mula mengalir ke lantai . Lantai yang
pada mulanya putih dicemari dengan warna merah.
Mata Khairul semakin berat dan nafasnya tersekat. Air mata menitik jatuh
ke lantai berdarah itu sebelum matanya tertutup sepenuhnya.
__
“Abang..kenapa anak kita sanggup bunuh diri..”
“Sayang..sudahlah..dah sebulan perkara ni
berlaku…kita doakan saja untuk arwah”
__
10 pagi.
Khairul membuka matanya.
Dia melihat kipas disiling berputar laju……….
Sekali lagi dia mengharungi hidup ibarat bayangan kepada dunia realiti. Menyeksakan.
Sekali lagi dia mengharungi hidup ibarat bayangan kepada dunia realiti. Menyeksakan.
Tamat
Yosh. Assalammualaikum.
Wow didn’t expect that. Really. Terfikir cerita ni sambil mendengar lagu
Skeleton Flower yang sekarang hangpa dengaq kat blog aku ni. Yup. Angst.
Anyway, ini sebagai tanda minta maaf sebab lama tinggalkan blog ni. Because
semester 2 feel like hell and I don’t even want to talk about it. So let it
goooooo.
Siapa faham cerita ni tahniah. Tak faham um?
BUNUH
DIRI HARAM. SEKIAN.
7 Itik gebo-gebo:
Saya baca cerita ni laju laju so tak berapa nak faham hehe. Nanti saya baca lagi sekali hehehe :)))
@Anis Farhana thank you at least sudi baca xD hahahaha
sedih pula cerita ni. kenapalah khairul sanggup bunuh diri? Takkan sebab putus tunang dan hal pejabat pun terus nak tekanan sampai tak boleh kawal diri sendiri? hurmmm...kesian.
kann...dah meninggal, roh masih ada kat dunia. org bunuh diri akan ulang dan ulang cara dia bunuh diri tu. Allahuakbar!
thanx adik, buat cerita pendek mcm ni dan ada selit pengajaran juga. best...teruskan berkarya...
@bz the witch mungkin sebab khairul terlampau buta dengan perasaan dia sekarang smpai tk sedar. Tahniah sbb faham isi cerita yg kita cuba sampaikan ni :D Awak awesomee !!
sedih sedih sedih
@::ini belog saya . cinta hati saya:: nah tisu hahaha terima kasih
dah baca cerita ni. i gotta admit that its a good story. cerita ni kena baca 2, 3 kali baru faham. anyway, keep up the good work. also, thanks for leaving your foot note at my cbox and visit my just-so-bored blog. kalau rajin datanglah lagi.
Catat Ulasan