Aku Bukan Stalker ! Part 5

Part 4

Hari ni ialah hari dimana Hilman akan ada study bersama dengan Mika. Dan seperti biasa, sewaktu rehat dia akan duduk termenung memandang wajah Mika yang sedang duduk seorang diri. Sedang dia tersenyum seorang diri tanpa mempedulikan Aiman yang sedang sibuk bercerita tentang Piala Dunia tiba2 ada seorang lelaki yang tidak dikenali duduk di hadapan Mika sekali gus menghalang pandangan Hilman. Hilman mengerutkan dahinya. Hilman menyiku perlahan badan Aiman yang berada di sebelahnya.

"Weh. Siapa lelaki tu?" tanya Hilman. Aiman berhenti dari bercakap dan mula memandang kearah lelaki yang disebutkan oleh Hilman itu. "Oh..tu Irfan. Pelajar baru. Dia sama kelas dengan Mika" jawab Aiman dengan selamba. Hilman mengerutkan dahinya melihat Irfan sedang berbual mesra dengan Mika, dan berbual mesra yang dimaksudkan oleh Hilman ialah, Irfan tidak berhenti bercakap dan Mika hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. "Apahal dia rapat sangat dengan Mika tu..?" tanya Hilman dengan nada cemburu. Aiman mengigit bibir untuk menahan ketawa.

"Manalah aku tahu. Maybe dia suka Mika kot. Lagipun Irfan tu handsome woh.." kata Aiman sengaja hendak membuat kawannya cemburu. Bukan selalu dia dapat lihat Hilman macam ni, sebab selama ni dia tak ada persaingan untuk dapatkan Mika. Hilman mendengus menahan marah sambil memandang tajam kearah Irfan yang sedang tersenyum gembira itu. "Dia handsome je, aku ni comel dan handsome ! So aku lagi layak dengan dia" rungut Hilman. Aiman mengangkat kening memandang wajah Hilman yang sedang menahan marah itu sebelum ketawa . "Ahahaha serious kau ni pelik. Mengaku diri comel ! Wei kau tu lelaki lah! Ahahaha" kata Aiman sambil memegang perutnya yang sakit kerana ketawa. Hilman menjulingkan matanya keatas. "What, zaman sekarang ni ramai perempuan suka lelaki comel okay" kata Hilman sambil mengangkat bahunya. 

Mata Hilman kemudian menumpu kearah Irfan dan Mika yang bangun dari tempat duduk mereka dan berjalan beriringan ke kelas. "Okay thats it ! Dia cuba nak rampas Mika dari aku. Jangan harap!" kata Hilman dengan tiba2. Aiman hanya menggelengkan kepalanya.

***
Hilman duduk di library sambil memandang coklat yang dibawanya untuk Mika di atas peha. Dia betul2 rasa gemuruh untuk berikan coklat itu kepada Mika. Dan kebetulan hari ni Mika lambat sedikit sampai ke library kerana membantu guru. Sedang Hilman bermain dengan pen diatas meja, tiba2 pintu library terbuka dan Hilman mengangkat kepala untuk melihat siapa yang masuk. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Mika sedang berjalan kearahnya sambil membawa beberapa buku di tangan. "Maaf lambat" kata Mika dengan wajah yang risau. Hilman tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. "Takpa, saya tak kisah" kata Hilman.

Mika kemudian duduk dihadapannya dan mula membuka buku rujukannya, tidak sedar yang Hilman sedang gelisah dihadapannya. Hilman berdehem untuk memastikan suaranya sempurna dan merapikan sedikit rambutnya sebelum membuka mulut untuk memberikan coklat kepada Mika. "Um..Mi-" ayatnya dipotong apabila tiba2 ada suara seorang lelaki muncul dari belakang.

"Hey ! Mika! Tak sangka awak stay sekolah hari ni!" tegur seseorang dibelakang Hilman. Hilman mengetap giginya untuk menahan daripada menumbuk sesiapa sahaja yang menganggu rancangannya itu. Mika mengangkat kepala dan tersenyum. "Oh hai Irfan" ucap Mika. Mata Hilman membulat apabila melihat Irfan berjalan disebelahnya dan berdiri di hadapan Mika yang sedang duduk itu. "Awak buat apa kat sini?" tanya Irfan yang sedang membelakangi Hilman itu. "Saya ada study dengan kawan" kata Mika sambil memandang kearah Hilman. Irfan kemudian menoleh kearah Hilman sambil tersenyum. "Oh cool dude! Nama saya Irfan! Selamat berkenalan!" kata Irfan dengan ceria.Hilman sedaya upaya menggerakkan mulutnya untuk tersenyum sebelum memandang kearah wajah Irfan. " Hai. Hilman. Selamat berkenalan jugak" jawab Hilman dengan sedikit janggal. Irfan kemudian memandang semula kearah Mika. "Mika boleh tak saya join? Pleasee..." pujuk Irfan dengan tiba2. Hilman mengecilkan matanya dan menjeling kearah belakang kepala Irfan dengan harapan matanya akan muncul laser. Penyibuk betullah dia ni ! kutuk hati Hilman.

Mika yang terkejut dengan permintaan Irfan itu mula mengerutkan dahinya. "Ah..itu kena tanya Hilman dulu lah. Saya takut dia tak selesa" kata Mika dengan wajah serba salah. Irfan kemudian memandang kearah Hilman dengan riak wajah penuh harapan. "Hilman awak tak kisah kan?" tanya Irfan. Hilman memandang kearah Irfan dan kemudian kearah Mika. Dia kemudian mengeluh. Dengan keadaan terpaksa, dia mengukir senyuman kearah Irfan. "Sure. Saya tak kisah" kata Hilman sambil mengenggam tangannya.

Coklat yang berada di pehanya itu disembunyikan sebaik mungkin dengan kain alas meja.

***
"Dia tu busybody kau tau tak ! Sudahlah tak reti berhenti cakap then dia tak habis tersengih macam orang gila kat Mika" rungut Hilman di telefon bimbitnya.


"Wait. Wait. Kau yakin ke benda yang kau cakapkan ni pasal Irfan dan bukannya pasal diri kau sendiri?" kata Aiman sambil cuba untuk menahan ketawa. Mujur Hilman tidak dapat melihat riak wajahnya.

"Aiman ! Tak kelakarlah! Dia tu asyik bercakap je, sampai aku nak berbual dengan Mika pun tak dapat! Rimas aku dibuatnya" rungut Hilman lagi sambil menumbuk bantal tidurnya.

Aiman disebelah talian menjulingkan matanya keatas. Baru kau tau macam mana perasaan aku.. bisik hati Aiman.

"Alah relakslah..maybe dia tu jenis yang peramah. Aku tengok dia baru sehari kat sekolah dah banyak kawan dia dapat" kata Aiman. Sungguh berbeza sekali dengan apa yang difikirkannya sebentar tadi. Hilman mengeluh. Memang dia perasan yang Irfan tu dalam sekelip mata jadi famous disekolah, ditambah lagi dengan wajah kacaknya memang ramailah peminat.

Aiman mengeluh apabila Hilman hanya mendiamkan diri. Terasa simpati terhadap rakannya itu. "Macam ni lah..kalau kau tak nak Irfan tu rapat dengan Mika. Apa kata kau start berbual dengan Mika macam Irfan buat tu. And bukan lagi waktu study je kau tegur dia" cadang Amirul. Hilman mendiamkan diri sejenak.

"Tapi..aku tak beranilah. Nanti dia fikir aku ni pelik.." kata Hilman dengan nada perlahan. Aiman mengerutkan dahinya. "Dude. Irfan tu dengan kau sama level pelik dia. Okay je aku tengok Mika tu layan. Dah mulai esok kau akan sentiasa tegur Mika, and maybe kita boleh makan sama2 dengan dia. Lagipun dia kan selalu seorang diri" kata Aiman. "Tu dulu..sekarang ni Irfan yang duduk dengan dia.." kata Hilman sambil mengeluh. "Lantak pi lah kat Irfan tu. Kita duduk je dengan Mika tu. And nanti kau berbual lah dengan Mika, Irfan tu biar aku handle" kata Amirul cuba untuk menaikkan semangat kawannya.

Hilman tersenyum lepas berfikir panjang. "Thanks weh. Nanti bila kau ada suka siapa2 kau bagitahu aku. Aku pulak tolong kau okay! Bye !" kata Hilman dengan nada gembira sebelum mematikan panggilan. Aiman menggelengkan kepalanya sambil tersenyum . "Kalau aku minta nasihat dari kau..sampai tua pun aku jadi bujang" gumam Aiman sambil kembali bermain game FIFA di ruang tamu.

***
Keesokkan harinya Aiman dan Hilman mula menjalankan rancangan mereka pada waktu rehat. Setelah melihat Mika duduk seorang diri di tempat biasanya, mereka berdua mula bangun dan berjalan kearah Mika yang sedang tunduk sambil membaca buku dan menyuap roti ke dalam bukunya. "Hai Mika! Boleh kitaorang duduk sini?" tanya Aiman sambil tersenyum. Hilman juga sedaya upaya untuk memberikan senyuman yang terbaik kepada Mika. Mika mengangkat kepalanya dan memandang wajah Aiman dan Hilman. Reaksi wajahnya masih lagi neutral seperti tiada perasaan. Oh. Memang Mika jenis macam tu. "Sure" jawab Mika sebelum mula menunduk dan kembali membaca bukunya.

Aiman dan Hilman tersengih kearah satu sama lain dan mula duduk di hadapan Mika. Sedang mereka duduk itu tiba2 Irfan muncul dan duduk disebelah Mika yang sedang fokus itu. "Hai Mika ! Mak saya ada buatkan kek coklat hari ni. Nah dia ada bagi untuk awak sekali !" kata Irfan sambil menghulurkan bekal berwarna biru kepada Mika. Mika dengan tiba2 mengangkat mukanya dan tersenyum lebar. "Really?! Thanks ! Kirim salam kat mak awak okay!" kata Mika sambil mengambil bekal itu untuk melihat kek coklat yang diberi oleh Irfan. Buku yang berada dihadapannya ditolak tepi, dan bekal itu dengan pantas dibuka. Mika ketawa kecil apabila melihat kek coklat berada di depan matanya. Tidak sedar yang ada dua orang lelaki sedang memandang wajahnya dengan mulut yang terbuka.

Wow..ni pertama kali nampak Mika berkelakuan macam ni..comel bisik hati Hilman sambil memandang wajah Mika yang sedang menyuap kek kedalam mulutnya dengan wajah yang gembira. Irfan kemudian baru sedar ada dua orang lelaki di hadapannya. "Oh. Hai Hilman and err..sorry siapa nama awak?" tanya Irfan sambil memandang wajah Aiman. Aiman yang tersedar dari kejutan yang dia alami memandang wajah Irfan. "Oh. Hai saya Aiman. Kawan baik Hilman" kata Aiman sambil tersenyum. Irfan membalas senyumannya. "Okay. Korang berdua ni kawan Mika dah lama ke?" tanya Irfan sambil memandang pelik kearah Hilman yang sedang merenung kearah Mika yang terlampau sibuk menyumbat kek coklat kedalam mulutnya.

Aiman yang sedar tentang kelakuan kawannya itu dengan pantas menyiku badannya. "Aduh. Sakitlah!" marah Hilman sambil menjeling kearah Aiman. Aiman membalas jelingan itu. "Irfan tengah bercakap dengan kita ni!" bisik Aiman sambil menahan marah. Hilman mengeluh dan dengan berat hati memandang wajah Irfan yang sedang tersenyum tu. "Sorry. Apa soalan awak tadi?" tanya Hilman sambil mengukir senyuman palsu. "Saya tanya korang berdua ni dah lama ke kawan dengan Mika? Sebab setahu saya Mika ni nak tegur orang pun takut" kata Irfan sambil memandang sekilas kearah Mika yang masih lagi tidak menghiraukan situasi yang berlaku di meja itu dan menumpukan perhatian pada kek coklat.

Hilman mengetap giginya melihat pandangan Irfan kepada Mika dan berasa tidak puas hati bila lihat Irfan berlagak seperti sudah lama kenal dengan Mika. "Tak ada lah lama sangat. Baru tahun ni tegur,sebab nak mintak dia tolong jadi tutor" jawab Aiman sambil tersenyum. Irfan mengangguk kepalanya. "Oh thanks lah sudi kawan dengan Mika ni. Kalau korang tak ada,rasanya sampai habis sekolah dia ni forever alone" gurau Irfan sambil mendekatkan diri kearah Mika sewaktu menyebut Forever Alone. Mika hanya menjeling kearah Irfan dengan pipi yang mengembung penuh dengan kek. Comelnya !! jerit hati Hilman sambil cuba untuk menahan diri dari tersenyum namun dahinya berkerut melihat hubungan Irfan dan Mika. Kenapa mereka berdua ni nampak rapat semacam? Macam bukan baru kenal.

Hati Hilman mula rasa tidak sedap hati. Aiman yang perasan perubahan pada riak wajah kawannya itu dengan pantas mengubah topik. "Oh Irfan, awak datang dari sekolah mana? Kenapa pindah sini?" tanya Aiman. Irfan memandang kearah Aiman sambil tersenyum dan mula menjawab soalan Aiman. Namun satu pun tidak masuk ke telinga Hilman apabila fikirannya mula berserabut dan hatinya sakit kerana cemburu.

Takkanlah Mika ni dah suka dekat Irfan..

To Be Continue

As usual. 
Lee Joon as Irfan.kekeke

cuba teka apa hubungan dia dan Mika sebenarnya~ /wink/

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Mira_Othman berkata...

Ahah poyo je Hilman :p
Ah mesti Irfan dgn Mika ni sedara ! ea? ><

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi