Cinta Remaja . Part 38

Tengok Part sebelumnya disidebar
Part 37 <-- tekan untuk membaca

Hari ni Faizal , Nazmi , Dan Haziq datang ke sekolah
dengan rancangan untuk menyelesaikan masalah Sofea
dan Danish .

Mereka telah bercadang untuk memerhati gerak geri
Fuad dan menyiasat sama ada fuad benar2 mencintai
Sofea .

Pada waktu rehat .
" Wei tu fuad , tengah jalan seorang diri" kata Haziq sambil
menunding jari ke ke arah Fuad yang berjalan menuju ke
library .Elisha , Delaila dan Huda telah ditugaskan untuk
membawa Sofea jauh dari Fuad . Untuk menyenangkan lagi
tugas mereka . Faizal , Haziq dan Nazmi kemudiannya mengekori
Fuad dari jauh. Sampai di perpustakaan , mereka berlindung disebalik
rak rak buku yang yang banyak itu sambil buat2 membaca buku .

"Wei nampak macam dia nak baca buku je" bisik Nazmi . "Yelah.
Aku pun rasa macam tu" kata Haziq . Sedang mereka berdua
bercakap , tiba2 seorang gadis menghampiri Fuad lalu
duduk disebelahnya ." Wei tengok tu Alisa kan?!" kata Faizal .
Lantas mereka bertiga senyap2 duduk meja dibelakang Fuad
sambil buat2 membaca buku untuk mencuri dengar perbualan Alisa dan
Fuad .

"U dah buat apa yang I suruh belum ?" tanya Alisa . "Belumlah ,U ingat senang
ke I nak goda perempuan tu" jawab Fuad sambil membelek belek buku .
"Apa yang susahnya? U kan kacak . Ramai perempuan tergila gila dekat
U . Perempuan hodoh macam Sofea tu takkan langsung tak terpikat dekat U"
kata Alisa dengan nada geram . "Entah" pendek sahaja jawapan Fuad.

"Entah?! U jangan main2 ya. I nak U goda juga si Sofea tu.Supaya I dapat
bersama dengan Danish" kata Alisa ." Sudahlah Alisa. I dah penat . Kesian
dekat diorang. Biarlah diorang bersama. U ni pun , kalau orang dah tak suka
terima jelah. Dah lepas ni I tak nak masuk campur dalam urusan U lagi!" marah
Fuad lantas bangun dari kerusi . Alisa kemudian memegang erat tangan Fuad,
" U dah jatuh cinta dengan Sofea kan ?" tanya Alisa. Fuad terdiam . "Ini takda
kena mengena dengan U" kata Fuad lantas pergi dari situ .

Sementara itu ,
"Wei korang ni okey tak ? dari tadi diam je" tanya Sofea. Delaila,Elisha
dengan Huda tersentak . " Ah takda apa2 lah . Kitaorang okey ." kata
Delaila sambil tersenyum memandang arah Elisha dan Huda. Sebenarnya
mereka bertiga terfikirkan hal tentang Fuad, Entah Faizal dan lain2 dapat
atau tidak cungkil rahsia daripada Fuad. Sedang Delaila melayan perasaan
memandang bunga2 yang ditanam pakcik kebun di sekolah , tiba2 dia
merasakan bahunya dicuit seseorang .

To Be Continued
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

Pwincess berkata...

You're so talented. Hehe =D

cha'e berkata...

waiting for another chapter !! ;)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi