Cinta Remaja . Part 37

Tengok Part sebelumnya disidebar.
Part 36 <-- tekan untuk membaca.

Memandangkan hari ini hari sabtu , Elisha,Delaila dan Huda
mengajak Nazmi, Haziq dan Faizal berjumpa ditaman untuk
membincangkan hal Danish dan Sofea ."Lambatnya diorang
ni " ngadu Huda sambil makan keropok yang dibeli pada
mulanya untuk dimakan bersama sama mereka tetapi kerana
mereka lambat datang sudah separuh keropok itu diratah oleh
gadis2 sunti itu .

"Assalammualaikum !" jerit 3 jejaka jambu itu . Delaila yang
sedang minum air mineral itu tersedak kerana terkejut dengar
jeritan itu. Huda pula menepuk nepuk belakang delaila yang
tersedak itu ."Hoi , perlu ke menjerit ?" marah Elisha sambil
membaling botol mineral yang kosong kearah mereka .

"Tak jawab dosa woi" kata Haziq sambil ketawa . "Waalaikumsalam"
jawab Delaila, Elisha dan huda serentak . Selepas puas ketawa ,
mereka lantas duduk didalam satu bulatan ."Baiklah mari kita mulakan
bacaan yassin" lawak Haziq ."Banyaklah kau haziq. Sudah jangan main2
dahlah datang lambat" marah Delaila  yang berada dihadapannya itu .
"Alah maaflah bukan sengaja , Nazmi ni hah berdandan mengalahkan
perempuan" gurau haziq . " Eh aku pula yang kena" kata Nazmi dengan
nada tidak puas hati . Faizal menggelengkan kepala , "Sudah kita datang
sini nak bincangkan hal kawan kita kan" tegurnya .

Dengan tiba2 keadaan menjadi senyap . Semua orang mula terfikir
hal Danish dan Sofea . "So apa yang korang bertiga nak dari kami?"
tanya Nazmi . "Kitaorang nak tahu , Danish ada bagitahu apa2 tak
tentang Sofea atau Alisa dekat korang?" tanya Elisha . "Danish ada
cerita dekat aku hal tentang Sofea, kenapa?" kata Nazmi.
Elisha , Huda dan Delaila mula menceritakan semuanya tentang apa
yang mereka dengar dari mulut sofea. Nazmi berkerut dahi apabila
mendengar cerita itu , seperti ada yang tidak kena dengan apa yang
didengarinya itu .

"Setahu aku Danish ikhlas sukakan Sofea. Dia takda pula cerita nak
kenakan Sofea semua tu . Lagipun aku tengok Danish kemain sedih
bila Sofea tolak cinta dia" kata Nazmi . "Then kenapa Alisa bagitahu
yang Danish nak main2 kan Sofea ?" tanya Huda . "Korang tak tahu
ke yang Alisa tu sukakan Danish ?" tanya Haziq . 7 orang rakannya
yang lain terdiam sambil memandang wajah haziq dengan riak muka
yang pelik . " Suka??" tanya Delaila . " Ya suka. Kenapa? takkan
tak tahu kot?" tanya Haziq . Semua orang menggeleng kepala.

"Betul ke ni Haziq ? Kau pasti ke ?" tanya Faizal meminta kepastian.
"Betul lah , buat apa nak tipu . Member si Alisa tu bagitahu aku" jawab
Haziq . "Jadi dah jelaslah sekarang . Baru aku faham apa yang terjadi
sekarang ni" kata Elisha sambil tersenyum . " Faham apa?" tanya Delaila
yang sedikit lembab itu .  Elisha tersenyum . " Alisa sukakan Danish,
tapi dia tahu yang danish tak sukakan dia tetapi sukakan Sofea. Dan dia
juga tahu yang Sofea menyukai Danish . Jadi untuk elakkan mereka
bersama , Alisa buat cerita yang buruk2 tentang Danish kepada Sofea
dengan harapan diorang takkan bersama" terang Elisha panjang lebar .
"Ooh" serentak mereka semua menyebut .

"Then Fuad tu apa cerita ?" tanya Delaila . "Fuad tu kita bagi kumpulan
lelaki yang siasat ye " kata Huda sambil tersenyum . " Apahal kitaorang
pula?" tanya Haziq tidak puas hati . " Sebab korang lelaki , senang nak
dekat dengan dia" jawab Huda . "Baiklah tentang Fuad biar kitaorang
yang settlekan cara lelaki " kata Faizal .  "Oh ya then kalau kita dah
tahu cerita yang sebenar , macam mana nak bagitahu dekat Sofea
dan Danish ?" tanya Nazmi . "Sabarlah . kita tunggu masa yang sesuai"
jawab Elisha.

To Be Continued


Cerita ni dah nak habis . Tapi aku je yang lambat update -.- Maaf .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Angel Dylora berkata...

cepat2 update ye awak ! ^.^ awak mmg pandai buat cerita ;)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi